Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Selawat dan Salam Buat Baginda Rasulullah s.a.w
Sememangnya sudah menjadi lumrah kalau darah seni bercampur dengan darah politik inilah hasilnya. Tidak dapat tidak akan terkait juga beberapa istilah bahasa-bahasa seni untuk dikaitkan dengan jelmaan-jelmaan pemimpin politik yang kebelakangan ini berbagai rupa dan ragam.
Kita pun tahu banyak program atau training motivasi dianjurkan oleh pelbagai pemimpin. Mereka datang dan potong riben kemudian hantar semua rakyat masuk akhirnya mereka sendiri terlepas untuk memasuki mana-mana program motivasi. Akhirnya yang makin pandai dan cerdik rakyat. Jawapannya lihat sekarang apa sudah jadi.
Apakah istilah Pemimpin Wayang Kulit? Kalau nak tahu inilah jenis pemimpin yang suka sembunyi di belakang layar. Pemimpin Dalang WK ini semakin menjadi-jadi sekarang sehinggakan banyak kerja yang tidak baik di dalangi mereka tak kiralah di parti mana pun juga. Kalau kita lihat saman makin menjadi-jadi. Kalau dulu balai polis bertindak untuk menyelesaikan masalah rakyat tetapi sekarang dah mula sibuk kena selesaikan masalah pemimpin yang kian menjadi-jadi dalam saman menyaman ini.
Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan pemimpin menyelesaikan masalah rakyat akhirnya rakyat yang berada di balai polis pula terpaksa menyelesaikan masalah mereka. Apa sudah jadi dunia politik sekarang. Makin cerdik dan pandai makin tak boleh bawa berbincang. Cakap sikit saman. Tak mungkin sesuatu kes itu sampai ke mana-mana balai polis kalau tidak mempunyai dalangnya. Tak mungkin Seri Rama dan Rawana berpencak silat di dalam wayang kulit kalau tidak ada dalang yang memegang watak mereka yang diikat kepada sebatang kayu. Manusia dalam dunia politik juga sudah menjadi wayang kulit. Sia-sia di lahirkan Allah ke muka bumi ini merdeka minda, jiwa, roh dan tubuh kalau semunya dikumpulkan di di biarkan diikat seperti patung wayang kulit dan di mainkan seperti mereka. Apa tak ada akai ka? Inilah kerja pecacai politik yang sanggup di mainkan sebagai wayang kulit oleh sesetengah pemimpin yang menjadi Dalang Wayang kulit di atas pentas politik.
Manakala pemimpin Tukang Karut Dikir Barat pulak tak lain dan tak bukan adalah di kalangan pemimpin yang suka sangat di sokong, di dokong dan di ampu
The moral of the story, manusia sekarang sudah tidak lagi merdeka jiwa dan raga. Tak ada siapa tangkap dan tak ada siapa jajah sendiri menyondol untuk diikat segala-galanya oleh sesetengah pemimpin. Kalau zaman dahulu kita dengar hanya Sultan sahaja boleh murka dan diberikan hukuman, maka zaman sekarang bila pemimpin murka pun silap-silap haribulan court dalam masuk.
Bila banyak sangat berita-berita yang menunjukkan pelbagai kes dan aduan dan report polis yang dibuat oleh sesetengah pemimpin kepada sesetengah pemimpin lain maka hati mula menjadi mual. Rasa macam dalam negara ini “its all about the leaders”. Rakyat yang berniaga nak bungkus ka, anak orang kena culik ka, rumah rakyat kena rompak ka semuanya dah tidak mendapat perhatian media lagi. Maklumlah kes-kes “high profile makin menjadi-jadi. Semakin tinggi darjat semakin menjatuhkan mertabat. Apa sudah jadi dengan pemimpin negara ini. Semua pemimpin telah mula menunjukkan belang masing-masing. Dalam parlimen pun dah jadi macam kedai kopi . Sikit hari anak-anak kita dah tak tahu macam mana nak bezakan antara percakapan pemimpin dengan percakapan mat rempit, sama sahaja bunyinya. Kalau bergaduh pun sama Cuma tak pakai helmet saja.
Terkadang terasa hairan mengapa keadaan pemimpin kita dewasa ini makin menjadi-jadi? Apakah mereka inginkan populariti? Kalau nakkkan populariti maka kenalah belajar dengan Mawi bukan dengan Dato Seri Najib Tun Razak. Silap pentas namanya tu.
Kita boleh hitung dan kira dengan jari berapa ramai pemimpin politik setelah mereka bergelar pemimpin mengikuti kursus motivasi untuk meningkatkan diri dan prestasi? Apakah mereka para pemimpin sudah bijak pandai dan maksum sehingga tidak perlu lagi menjalani kursus atau training? Bila disuruh atau dijemput ke training tak ada masa tetapi kalau holiday Tuhan sahaja yang mengetahui. Kalau inilah keadaan pemimpin memang kita harus menganjurkan satu training khusus untuk mereka supaya mereka kembali mampu berfikiran rasional untuk menjadi pelindung kepada rakyat dan bukan disebaliknya meminta perlindungan dari rakyat yang berada di balai polis atau mahkamah.
“Sifat mulia ada sepuluh terdapat pada lelaki tetapi tidak pada ayahnya dan terdapat pada hamba sahaya tetapi tidak pada tuannya. Sifat-sifat ini diberikan oleh Allah ta’ala kepada siapa sahaja yang dikasihiNya. Iaitu benar perbicaraannya, dibenarkan orang, memberi kepada yang meminta, membalas dengan layak segala perbuatan, bersilratulrahim, memelihara amanah, menjaga keamanan teman dan memuliakan tentangga dan memuliakan tetamu;yang lebih mulia dari sifat ini ialah malu “.
Inilah punca sebenarnya pemimpin kita dewasa ini dah tak ada sifat malu . Masing-masing akan