ASSALAMUALAIKUM

Monday, May 5, 2014

MEMBENTUK BELIA : DARI DALAM KELUAR ATAU LUAR KE DALAM?

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD S.A.W Sesuatu yang indah ketika kita diberikan peluang untuk bersama mendidik belia dalam memahami arah tuju mereka dan cuba untuk menukar pemikiran mereka agar menjauhi persepsi. Dari pengalaman mengendalikan latihan belia, hasil dari pengalaman bersama mereka, ternyata belia bangkit memberontak semata-mata atas sebuah persepsi yang digambarkan oleh pemimpin ke atas mereka. Tidak kira samada ianya pemimpin pembangkang atau kerajaan. Belia hari ini, bukanlah seperti belia yang terdahulu. Kalau zaman dahulu mereka belum didedahkan dengan dunia sesawang yang hampir 70% di isi dengan pelbagai maklumat yang telah di propagandakan. Rata-rata jurang yang memisahkan belia dengan kebenaran informasi telah menjadi seluas lautan. Belia hari ini tidak didedahkan dengan kepentingan asas terlebih dahulu, lalu mereka yang ibarat kain putih ini telah disumbatkan dengan pelbagai kepentingan lain di dalam kehidupan. Khusus bagi belia Melayu/Islam, amat memeranjatkan apabila ada diantara mereka yang amat jauh sekali mengenali pemimpin ulung mereka, yakni Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Tanpa mengetahui siapa pemimpin ulung tersebut mereka sudah dijamukan oleh pelbagai falsafah dari pemimpin barat yang dihalakan kepada mereka sebagai IKON. Tidak hairanlah kalau IKON belia hari ini terdiri dari pemimpin barat yang mempunyai ideology sekularisme. Jarang sekali kita mendengar ceramah dikalangan ahli politik memperkenalkan ideology dan falsafah yang diketengahkan oleh Nabi dan Rasul kita serta sahabatnya. Sedangkan mereka merupakan antara pemimpin unggul dunia. Sehingga salah seorang penulis Barat yang bukan dikalangan umat Islam telah menyatakan di dalam tulisan beliau antara 100 pemimpin yang paling berpengaruh di dunia adalah Nabi kita Muhammad s.a.w. Junjungan kita sering dikaitkan dengan agama semata dan bukan ideology dan falsafah yang disampaikan melalui sunnah baginda. Sebagi contoh ; Belia harini ini lebih mengenali Steven Covey dengan 7 Habitnya daripada Rasulullah dengan 4 sifatnya, yakni Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah. Pelbagai pakar motivasi dari luar dibawa masuk bagi melatih anak belia. Mereka didedahkan dengan pelbagai ahli falsafah barat yang dianggap hebat untuk menjadikan seseorang anak belia Berjaya di dunia. Apakah itu sahaja kejayaan yang ingin kita capai? Bagi belia Melayu/Islam sudah tentulah mereka harus didedahkan dengan kejayaan dunia dan akhirat. Pernah kedengaran rungutan dari pegawai tinggi kerajaan, betapa berjuta wang telah dibelanjakan untuk melatih anak belia agar tidak terlibat dengan pelbagai gejala yang tidak sihat. Termasuk juga menghilangkan persepsi mereka di dalam pelbagai berita propaganda yang mengajak mereka menentang kerajaan, malahan terlibat dengan pelbagai demonstrasi haram. Namun kata mereka hasilnya hampir tidak Nampak. Pemimpin kita merasa hebat sekiranya dapat mengeluarkan kata mutiara dari ahli falsafah barat. Lalu mereka mulai mencanang kata-kata tersebut ke sana kemari di dalam setiap ceramah kepada belia. Tidak dinafikan bahawa ramai antara belia kita telah mempunyai pendidikan agama yang hebat. Tetapi jangan lupa bahawa ramai juga belia kita yang tidak langsung mengenali agama Islam. Ada antara mereka tidak tahu membaca Surah asas ibadah pun yakni Al Fatihah. Jauh sekali untuk mengenali Junjungan Nabi dan sahabatnya. Inilah yang dikatakan, tumpuan latihan kepada belia kebanyakkannya bermula dari luar dan bukan dalam. Banyak latihan fizikal dan sedikit sekali latihan rohani ditumpukan. Setiap kali kita mendatangkan ustaz mahupun ustazah, para belia mulai berpersepsi bahawa mereka dijebakkan untuk menjadi seperti ustaz dan ustazah tersebut. Belia seolah-olah melihat agama sebagai satu tempat untuk dihukum semata. Seolah mereka tidak mempunyai tempat dikalangan orang baik dan soleh setelah mereka terjebak denga pelbagai gejala sosial. Apabila dilakukan kaji selidik ke atas belia tersebut, kebanyakkan dari mereka menyatakan perkara yang sama. Mereka senantiasa dibentangkan dengan pelbagai hukuman sekiranya mereka telah bebruat kejahatan. Seolah tiada ruang taubat bagi mereka. Sebagai pelatih yang merasakan diri terlalu banyak dosa, secara tidak langsung akan terpisah dengan pelatih lain yang mempunyai asas pendidikan agama. Bagi kebanyakkan belia, mereka merasa Islam adalah satu dunia yang menyekat 100% segala keseronokan. Bermakna tiada perkataan enjoy di dalam Islam, kerana semua penceramah dating hanya untuk menghukum dan tidak langsung memberi ruang buat mereka berfikir dan menyatakan perkara yang benar pada pandangan mereka. Kebanyakkan para belia didedahkan dengan kebaikan kerajaan semata sehingga mereka merasakan bahawa setiap pemimpin kerajaan harus dipandang maksum dan tidak boleh ditegur. Inilah akibatnya sekiranya pembimbing tidak tahu berwassatiyah di dalam menyampaikan ilmu dan informasi kerajaan kepada belia. Kita harus sedar bahawa setiap media samada TV dan radio 100% memihak dan berkata perkara yang baik tentang kerajaan. Kalau ditambah pula dengan pembimbing setiap seminar berkata perkara yang sama, maka belia akan menjadi bosan. Salah kita apabila kita juga berpersepsi terhadap para belia. Ketika kita menyatakan kesalahan kerajaan, kita menyangka bahawa belia tersebut akan membenci kerajaan. Hakikatnya kelemahan sesebuah kerajaan itu secara fitrah adalah perkara biasa. Apabila kita pertimbangkan semula dengan kebaikan kerajaan berbanding dengan kelemahan yang kecil, maka belia mudah menerimanya. Mereka akan kembali kepada fikiran fitrah yakni sebagai manusia pemimpin atau rakyat semua terdedah kepada dosa dan kesalahan. Makanya setiap latihan harus kembali kepada fitrah. Menyampaikan apa yang sebenar dan bukan melebih-lebihkan apa yang tidak ada. Itulah yang dimaksudkan dengan pendidikan dalam lebih penting dari bermulanya pendidikan luaran. Kembali kepada fitrah. Menyampaikan yang buruk dan baik tentang kerajaan dan mulai mengajak mereka pertimbangkan bersama. Sudah tentulah kita sebagai pembimbing harus menanam dahulu cerita bagaimana Nabi dan Rasul ketika mereka menjadi Khalifah. Sekiranya mereka juga terdedah kepada kesilapan dan kesalahan bukanlah bermakna kesalahan mereka itu diakukan dengan sengaja oleh mereka seperti kita, tetapi semata-mata dijadikan Allah untuk kita mengambil iktibar dari para Anbia kita. Keegoan seseorang belia haruslah di pertimbangkan. Mereka hanya akan tunduk dengan penjelasan yang sebenar secara wassatiyah (kesederhanaa) dan rasional. Samada suka atau tidak itulah fitrah yang dijadikan Allah pada setiap manusia. Kita imbau kembali tentang diri kita sendiri. Bagaimana pemikiran dan hati serta semangat kita ketia muda belia. Bukankah kita juga tidak suka dipaksa menerima sahaja apa yang diucapkan? Kita juga inginkan satu penjelasan dari setiap kejadian secara rasional dan tidak berlebihan. Apa yang salah harus diakui dan apa yang baik dibentangkan untuk mereka berfikir dan bukan untuk mereka berubah ketika itu juga. Dari maklum balas yang diterima dari melatih hampir 14ribu belia, hampir 80% tidak didedahkan dengan pemimpin unggul kita yang sebenar untuk mereka kiblatkan yakni Rasulullah s.a.w. sedangkan kita memaksa mereka untuk menyukai dan menerima setiap pemimpin di dalam kerajaan seperti seorang Nabi yang maksum. Langsung tidak kita kritik, dihadapan belia, sedangkan kita tidak mengetahui bahawa belia tersebut terlebih dahulu disogokkan dengan propaganda tentang pelbagai isu pemimpin kerajaan kita. Belia amat suka berbincang. Mereka amat suka sekiranya kita tidak menafikan yang benar itu benar dan salah itu salah. Janganlah kita merasakan bahawa kita sedang mengkhianati pemimpin kita apabila mengakui kesakahan mereka. Tetapi pengakuan tersebut sebenarnya adalah semata-mata untuk mengurangkan kebencian belia ke atas pemimpin kita sebenarnya. Sebagai rumusan kepada semua belia, bagaimana harus mendidik mereka , maka bermulalah setiap pemimpin mengajak mereka berkiblatkan pemimpin unggul kita dahulu yaki Nabi Muhammad s.a.w. sebelum kita mengajak mereka bersama pemimpin kerajaan. Janganlah kita gambarkan kepada mereka bahawa pemimpin kita adalah maksum sebaliknya berilah gambaran yang sebenar dan nyatakan bahawa bersamalah kita berdoa agar setiap kesilapan pemimpin akan senantiasa terbuka dimata Allah untuk pemimpin kita berubah kearah kebaikan. Lihatlah betapa mulianya sifat Rasulullah setelah mencapai kemenangan dan kembali ke Mekah. Semua pemimpin jahiliah yang menentangnya dahulu diberikan keampunan tanpa dendam. Kenalkan sifat seorang pemimpin Islam terlebih dahulu sebelum mengenalkan pemimpin bangsa terutamanya Melayu yang penuh dengan kisah hasad dan dendam antara satu sama lain. Itu yang harus dicontohi belia. In sha Allah sekiranya pemimpin kita akan dapat menampilkan keperibadian mengikut Al Quran dan Sunnah maka lebih memudahkan kita untuk mendidik belia kearah kebaikan. In sha Allah. Beratus juta telah dihabiskan kerajaan untuk membentuk belia dari luar dengan segala macam kemahiran dunia. Namun ingat apa sahaj yang berkaitan dunia semuanya bersifat sementara. Mulailah kita melatih Belia berzikir, untuk menguatkan rohani. Seperti kita melatihkan mereka mengangkat berat untuk kekuatan jasmani. In sha Allah sekiranya kita banyak mendedahkan mereka kepadan amalan rohani, maka segala latihan jasmani dan minda akan lebih merubahkan persepsi dan pemikiran minda belia. Saya senantiasa mengingatkan belia, agar jangan menjadi seekor lembu ditengah padang ragut, hanya tahu makan. Padang ragut belia adalah Facebook. Maka jadilah seorang petani yang mengutip hasil dan memakan hanya buahan terbaik di ladang, bermakna setiap kali mengadap laman sesawang berfikir dahulu dan teliti hasil sebelum memasukkan ke minda. In sha Allah dengan perumpamaan sedemikian ternyata belia lebih mudah memahami. Inilah pendidikan Holistik sebenar. Seharusnya kita mencari para ilmuan dan pembimbing yang banyak menekankan ilmu kerohanian tentulah Islam, sebelum Allah mengangkat semua pembimbing soleh di dunia ini. Senantiasa membimbing dari dalam sebelum bimbingan luaran ditekankan. Muhasabahlah!! Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dengan cara mencabutnya begitu saja dari manusia, akan tetapi Allah akan mengambil ilmu dengan cara mencabut (nyawa) para ulama, sehingga ketika Allah tidak meninggalkan seorang ulama pun, manusia akan mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh yang apabila ditanya mereka akan memberikan fatwa tanpa didasarkan ilmu lalu mereka pun sesat serta menyesatkan. (Shahih Muslim No.4828)

NEW WORLD ORDER: PENDEKATAN PARTI MALAYSIA POLITIK TERKINI

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD S.A.W Semestinya rakyat Malaysia sudah sedia maklum apakah strategi dan pendekatan terbaru untuk menguasai dunia secara total oleh sesebuah Negara. Banyak yang telah dinyatakan di dalam dada akhbar dan media elektronik serta laman sesawang bagaimana, sebuah organisasi yang dianggotai oleh mereka yang kaya, terkenal dan berkuasa dan ahli politik, telah berkumpul untuk membentuk satu kerjasama bagi memusnahkan Negara tertentu, untuk dijadikan laluan buat mereka berkuasa dan mengambil kuasa memerintah dan menawan secara tidak langsung sesebuah Negara tersebut. Mereka akan meletakkan kuasa memerintah kepada seorang pemimpin yang dijadikan boneka buat mereka menyalurkan kuasa ke Negara itu. Terlalu lama perkataan New World order ini bermain diminda kita. Namun tanpa kita sedari strategi ini telah menyelinap masuk ke dalam parti kita. Strategi ini boleh juga dianggap sebagai perang “perang psikologi”. Pencetusan perang sesama sendiri dan akhirnya pencetus peperangan sebenar akan mula memainkan peranannya apabila kekecohan telah reda dan kemenangan dipihak pencetusnya. Inilah satu-satunya peperangan yang sukar untuk menjejaki siapa pencetusnya yang sebenar. Kalau kita berperang sudah pasti kita akan mengenali siapa kaptennya. Namun peperangan baru ini berlainan, kerana kita tidak akan mengenali Kaptennya. Malahan juga bukan musuh yang diperangi, akan tetapi peperangan wujud sesama sendiri untuk musuh mendapatkan kemenangannya. Dunia alam maya adalah sebuah dunia tanpa sempadan. Tentu ramai yang tahu bagaimana kaum Yahudi yang kecil bilangan mereka mampu menguasai dunia. Ini adalah kerana mereka mengkaji sedalamnya kitab Al Quran. Hanya satu sahaja keinginan mereka iaitu menghancurkan Islam. Maka apa yang mereka cari adalah kelemahan musuh mereka. Itulah yang disebut “The Art Of War”. Yakni mengenali musuh sebelum memeranginya. Mereka tahu bahawa kehebatan Islam adalah rohaninya. Seseorang Islam yang begitu kental spiritualitinya merupakan seorang yang teguh pendirian mereka. Maka itulah sedikit demi sedikit mereka mereka cipta segala macam bentuk yang dapat memusnahkan jiwa orang Islam, dari makanan sehinggalah kepada media dan hiburan. Setelah jiwa Islam mulai lemah pada saat itulah mereka mulai menzahirkan pula pelbagai bentuk kenikmatan dunia, apa lagi kalau bukan, harta, kuasa dan wanita. Ini hanyalah kajian dan pandangan peribadi, ketika melihat permainan politik di Malaysia. Pemimpin serta ahli politik yang lemah jiwanya mulai diserang dengan segala kenikmatan dunia. Mereka ditawarkan pelbagai rupabentuk kenikmatan seperti Harta, Kuasa dan Wanita. Setelah kenikmatan dipersembahkan maka dicetus pula cara dan bagaimana untuk mengekalkan apa yang dimilikinya. Apa lagi kalau bukan menguasai dunia propaganda terbesar iaitu “Alam Dunia Maya”. Bagi mengekalkan 3 kehebatan dunia tersebut, ahli dan pemimpin politik sanggup melakukan apa sahaja untuk samada mengekalkannya atau mendapatkannya bagi yang memepunyai cita-cita besar di dalam politik. Musuh politik mulai memakai pakaian bulu ayamnya walaupun mereka sebenarnya adalah musang. Mereka ditebarkan di dalam parti politik kita untuk kononnya beralih arah dari pembangkang kepada kerajaan. Hakikat sebenar adalah mereka ingin memasukkan jarum ke dalam minda pemimpin untuk mengekalkan kuasa, harta dan wanita. Mereka tidak datang dengan tangan kososng apabila diterima. Kononya pemimpin kita merasa mereka lebih bijak dari parti lawan, dan kononnya mereka ingin mengenali musuh dan mendapatkan rahsia musuh. Ternyata pemimpin kita silap. Agak mustahil bagi seorang pejuang yang sanggup masuk keluar penjara satu ketika dahulu berkorban jiwa mempertahankan pemimpin pembangkang mereka dapat melupakannya begitu mudah. Iqraq!!. Namun apa yang kita lihat hari ini semuanya diangkat dan disanjung oleh pemimpin kita hanya kerana mendapat sumber dari parti lawan. Tanpa mereka sedari sumber yang telah diberikan bertahun-tahun langsung tidak dapat menembak atau mengebom serta menumbangkan pihak lawan. Kadang-kadang agak kehairanan, apabila bekas ahli pembangkang yang diterima masuk oleh kerajaan dengan titian emas sepatutnya menambahkan majoriti di dalam PRU kita. Namun kalau dikaji semula, lagi ramai yang diterima masuk, dan diangkat serta dijulang, lagi bertambah merudum parti kita. Cuba Tanya dimana peluru mereka? Atau mereka masuk tanpa peluru tetapi cuba pula memakai peluru kita dan menembak kita dari dalam. Wallahualam. Bukanlah sesuatu yang menghairankan dikalangan ahli Cyber apabila mereka yang kita kenali sebagai ahli cyber totok pembangkang tetiba bekerja pula dengan parti kerajaan, kata orang mereka merupakan talam yang bermuka-muka. Kesetiaan mereka masih dengan pembangkang, namun hasil kehidupan mereka dengan parti kerajaan. Mereka akan digunakan oleh ahli politik kerajaan untuk menjadi “kaki belasah” teman seperjuangan yang tidak mereka sukai. Setelah sesama rakan politik itu tumbang , maka menjadi satu laluan mudah untuk mereka mendapatkan tempat idaman mereka iaitu Kuasa, harta dan wanita. Antara ahli politik yang tamakkan 3TA itu tadi akan mengupah sesiapa sahaja di dalam parti pembangkang sebagai bloggernya untuk spinkan isu rakan seperjuangan di dalam parti yang sama. Siapa yang menjadi dalang, anak Cina makan pengat sendiri mahu ingat. Selama saya berada di dalam UMNO budaya sedemikian jarang sekali kita dengari. Namun semakin menjadi-jadi apabila UMNO mulai membuat jambatan emas mengalu dan mengangkat bekas pengkhianat parti sebagai rakan sebantal kembali. Cuba kita ingat kembali, kalau dahulu musuh sesama parti akan menggunakan ahli mereka bagi menjatuhkan sesama sendiri. Sebab itulah walau bermusuhan macamana sekali pun masih tiada ketirisan maklumat kepada pembangkang Tetapi lain pula corak peperangan kali ini. Seingat saya, pelopor pertama yang handal di dalam dunia Cyber masih berpihak kepada pembangkang. Mereka agak kehadapan dalam propaganda media masa. Sudah tentulah kita tahu siapa guru mereka kalau bukan diajar oleh US. Negara Amerika cukup terkenal dengan kehebatan mereka mempropagandakan sesuatu perkara. Ketika berada di luar Negara kita akan perasan sikap mereka yang sering disebut “They can make big deal out of nothing”. Mereka mampu memperbesarkan perkara atau benda yang tidak penting dan hebat pun. Strategi propaganda mulai menyerap masuk ke dalam UMNO, bukan untuk menguatkan parti seperti pembangkang. Sebaliknya peperangan alam maya ini, telah melemahkan parti sendiri. Kita umpama membaling bom sesama sendiri di dalam Alam maya. Siapa dapat kuasai alam maya maka dialah akan dapat mempertahankan 3TA, malahan akan ditakuti oleh ramai ahli. Sebab itulah tidak hairan kalau ada pemimpin yang kurang cerdik mewar-warkan akan menubuh kumpulan Cybernya sendiri untuk belawan dengan Red Bean Army (RBA). Silap haribulan tauke RBA kekawan sendiri. Wallahualam. Sebagai ahli parti yang amat sayangkan parti, ini merupakan satu cetusan minda yang harus dinilai dan diambil berat oleh pemimpin tertinggi UMNO agar mereka tidak terus dibuai dengan godaan bekas pengkhianat yang telah dijadikan rakan sebantal. Percayalah bahawa walau pun mereka tidur sebantal dengan kita, tetapi mimpi tetap lain-lain. Seharusnya seawal mereka diterima masuk kembali ke dalam UMNO, mereka harus menunjukkan kemampuan mereka menaikkan majority pengundi kepada kerajaan dan bukan meruntuhkannya. Akhirnya, apa yang menyedihkan kawan ditendang musuh digendong. Majoriti mulai merudum. Resolusi terbaik buat UMNO adalah, wassatiyah dalam anggapan diri. Jangan melihat dengan mata aksesori tapi pandanglah dengan mata hati. Kerana Allah semakin mencabut satu persatu ahli parti yang ikhlas, jujur dan setia dengan perjuangan UMNO dan menggantikannya dengan musang berbulu ayam. Disangka kembali dengan membawa senjata tetapi lain pula jadinya. Mulailah kita berfikir sejenak apakah silap pembangkang atas kelemahan kita atau silap kita mengembalikan pembangkang ke dalam rumah sendiri. Ingat kekalahan kita bukanlah kerana ramai orang mengundi pembangkang . Tetapi kekalahan kita adalah kerana ramai ahli kita yang tidak mahu mengundi kita, kenapa? Muhasabahlah. "Pada zaman Rasulullah s.a.w orang munafik selalu tidak menyertai peperangan, malah mereka bergembira dengan sikap mereka tidak bersama Rasulullah s.a.w. Apabila Nabi s.a.w kembali, mereka mengemukakan berbagai alasan kepada baginda sambil bersumpah dan mengharapkan pujian terhadap apa yang mereka tidak lakukan. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat : Jangan sekali-kali engkau menyangka wahai Muhammad bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang telah mereka lakukan itu dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, maka jangan kamu sangka mereka akan terselamat dari seksa " [Hadith Sahih Riwayat Muslim] Mereka juga akan belot diwaktu peperangan sebagaimana perang Uhud. Didalam sebuah riwayat dari Zaid bin Thabit r.a :- "Ketika Nabi s.a.w keluar ke peperangan Uhud, sebahagian daripada tentera yang mengikuti baginda membelot menyebabkan para sahabat menjadi dua pasukan. Sebahagian daripada para sahabat berkata: Kita akan membunuh mereka, manakala sebahagian lagi berkata: Kita tidak boleh membunuh mereka. Lalu Allah s.w.t menurunkan Ayat 'Yang bermaksud: Maka apakah yang menyebabkan kamu berpecah menjadi dua golongan kerana kaum munafik itu'"

Tuesday, April 8, 2014

BERKEMPENLAH: BIAR BERHEMAH JANGAN BERLUCAH

Bismillahirahmanirahim Selawat dan salam buat Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w Tentu ramai yang tertunggu kedatangan tarikh 11 Mac 2014 untuk mengetahui siapakah bakal menjadi calun Dun Kajang bertanding dengan Anwar Ibrahim yang dikatakan akan menjadi calun di sana. Waima siapa pun yang bakal menjadi calun BN, pertama yang harus diingatkan adalah jangan sesekali berlucah di sana. Berkempenlah secara sehat, tanpa mengeluarkan fakta skandal seks dan moral beliau. Cukup sudah apa yang berlaku di dalam dunia politik BN mahupun pembangkang, semuanya tidak lain penuh dengan pelbagai skandal moral. Selama ini BN di lihat sebagai balaing batu sembunyi tangan seolah rakyat tidak tahu semua skandal seks di dalam kepompong mereka sendiri. Ramai yang berkata cakap sahaja pasal homoseksual, lesbianism, skandal seks bersama isteri orang dan lain-lain semuanya ada di dalam kerajaan BN. Apakah benar maka setiap pemimpin BN harus tepuk dada siasat segera. Kita sudah berada di dalam zaman milinieum, pada saya rakyat semua sudah pandai dan bijaksana dalam menilai seseorang pemimpin. Bagi mereka kalau di dalam kerajaan wujud pemimpin yang berbuat perkara yang sama jadi apa kurangnya dengan Anwar Ibrahim. Maka tidak hairan semasa PRU2008 seorang bekas Imam Masjid Negara iaitu Dr Firdaus yang dikenali dengan seorang insan yang mulia dan bersih juga dapat dikalahkan oleh Anwar. Maka dari situ BN harus sedar bahawa isu moral Anwar sudah tidak boleh diguna pakai lagi kerana akhirnya sekarang ianya sudah terbalik dari meluat mendengar akhirnya rakyat mulai simpati dengannya. Bila terlalu banyak perkara betul dicakap akhirnya ia menadi tidak betul. Tambahan pula ketika pembangkang langsung tidak bermain dengan skandal seks dan moral pemimpin BN. Mereka hanya menyatakan sekali dan kemudian menyuruh rakyat berfikir tanpa mengeluarkan kenyataan tersebut berkali-kali. Terlalu banyak fakta tentang Anwar yang boleh dimainkan terutamanya tentang pengkhianatan beliau terhadap Negara. Usahasama dan kerjasama beliau dengan pihak Yahudi. Bagaimana beliau dijadikan wayang kulit oleh pemimpin luar Negara untuk menghancurkan Malaysia. Ramai pengkaji membuat analisis mengapa Amerika memilih Anwar sebagai Aset Antarabangsa sedangkan beliau bukanlah pakar ekonomi kerana dia hanya berkelulusan Ijazah Umum iaitu Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya serta bekas Aktivis Islam ABIM, WAMY dan IIT. Barangkali latar belakang itulah yang disimpulkan oleh pemikir-pemikir Yahudi, termasuk Paul Wolfowitz bahawa Anwar boleh diperalatkan kerana melihat potensi beliau sebagai seorang yang mempunyai keupayaan berpidato (orator) tetapi “Opportunist” yang bercita-cita tinggi. Bahkan Anwar dilihat berpotensi serta mampu memanipulasikan agama serta mudah berkawan termasuk Yahudi dan Nasrani. Menurut lapuran “Jewish Political Studies Review”(Oktober 2006) Peranan Anwar adalah tukang lapur kepada American Jewish Organizations (AJO) mengenai Negara-negara Islam yang telah dikritik regim Israel. Pada 1997, Anwar elaporkan kepada AJO bahawa Tun Dr Mahathir, ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia membantu pihak Islam di Palestin serta mengkritik regim Israel , iaitu Netanyahu. Menurut Mike Billington, dalam mengulas buku tulisan Anwar, "The Asian Renaissance" (Kuala Lumpur: Times Books International,1996) lebih membela dasar-dasar penjajahan Barat ke atas Asia. Bermakna buku tulisan Anwar itu sendiri telah meletakkan dirinya sebagai pro-Barat dan mengharapkan beliau dipilih Barat sebagai'pemimpin agung' di rantau Asia. Kesungguhan meletakkan diri sebagai 'pemimpin agung' Asia, jelas terpancar lagi apabila beliau mengarahkan badan pemikirnya, Institut Kajian Dasar (IKD) menganjurkan program 'lobi nama Anwar' di Amerika melalui Dailog Pasifik bermula 1994-1998. Dari kiri Kamaruddin Jaafar, dulu Pengerusi Institut Kajian Dasar (IKD). Sekarang Setiausaha Agung PAS. Manakala sebelah kanan ialah Douglas H. Paal, dulu Pengerusi Asia Pacific Policy Center(APPC), sekarang 'vice president for studies at the Carnegie Endowment' dan 'special assistant to President George H. W. Bush for National Security Affairs and senior director for Asian Affairs on the National Security Council' . Program 'lobi nama Anwar', Dailog Pasifik adalah anjuran IKD (diketuaiKamaruddin Jaafar) dengan kerjasama Asia Pacific Policy Center(APPC),Washington DC, pimpinan Douglas H. Paal Sebagai Menteri Kewangan, Anwar sanggup membazir wang rakyat dengan memmbayar RM 38 million kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) untuk membawa Yahudi Amerika, William Cohen, ketika itu Setiausaha Pertahanan Amerika. Apakah lobi Anwar kepada Amerika sebagai persiapan menjadi PM. Ketika itu, Anwar sebagai TPM..satu tapak lagi jadi Perdana Menteri. Malah menurut pengakuan bersumpah DATO' ABDUL MURAD BIN KHALID, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Anwar telah mengarahkan beliau membelanjakan RM 38 million kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan USD 10 Million kepada Douglas H. Paal. Begitu besar Anwar membazirkan wang rakyat semata-mata untuk mencipta nama di kaca mata Amerika. Barangkali ketika itu Anwar sudah pasang cita-cita untuk bertakhta di mahligai PM Putrajaya. Hasilnya dalam "Program Dailog Pasifik" anjuran IKD & APPC, di Pulau Pinang pada 1994 telah mengundang tokoh-tokoh Amerika pro parti Democrate, Presiden Bill Clinton seperti Senator Sam Nunn (Pengerusi senat Jawatankuasa Perkhidmatan Senjata) dan Senator William Cohenke Malaysia. Manakala dalam "Program Dailog Pasifik II", anjuran IKD & APPC, di Kuala Lumpur pada 1996 sekali lagi tokoh-tokoh Amerika parti Democrate seperti Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) datang ke Malaysia. Sekali lagi IKD & APPC menganjurkan "Program Dailog Pasifik III"pada 1998, di Kuala Lumpur. Tokoh Yahudi Amerika yang hadir ketika ituHenry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) dan William Cohen, yang telah dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika, di bawah Presiden Clinton. Sebab itu tidak hairan, apabila Anwar ditangkap 1998 dua tokoh Yahudi parti Democrate, Presiden Clinton iaitu Al Gore (ketika itu Naib Presiden Amerika) dan Madeline Albright (ketika itu Setiausaha Negara Amerika) menyokong perjuangan "Reformasi" Anwar di Malaysia. Kepimpinan Anwar di institusi antarabangsa dari 1998-2004. Apabila Anwar dirawat di Munich, Jerman (2004) Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika merupakan orang pertama melawat Anwar. Menurut Mike Billington dalam artikelnya 'Anwar, Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back,, Wolfowitz merupakan pencatur karier politik Anwar di peringkat Antarabangsa, terutamanya di Amerika Syarikat. Paul Wolfowitz telah catur Anwar sebagai pensyarah pelawat di John Hopkins & Georgetown University, Konsultan Bank Dunia danPengerusi Foundation For The Future. Menurut laman web 'moon of Alabama', antara lain fungsi penubuhan Foundation For The Future yang pernah dipengerusikan Anwar adalah menyalurkan dana dan bekal senjata kepada kumpulan FATAH berperang dengan kumpulan HAMAS di Palestin. Perkara ini semakin terdedah apabila Anwar menandatangani Deklarasi sokong "Annapolis Summit 2007" yang iktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah. Walaupun Anwar berasal dari Malaysia tetapi beliau tetap dipilih Amerika sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future meskipun asas penubuhan badan itu hanya untuk Timur Tengah dan Afrika Utara. Sepatutnya wakil dari Timur Tengah atau Afrika Utara yang perlu dipilih menerajui badan itu. Kenapa Amerika pilih Anwar ? Berkaitan dengan hubungan Anwar dengan Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn masih diteruskan semenjak 2004 hingga sekarang. Hubungan Tian Chua, Ketua Penerangan PKR dengan tokoh Yahudi, George Soros yang memiliki institusi dananya iaitu Open Society Institute. Kalau dengan Ketua Penerangan PKR sudah begitu rapat, bagaimana pula hubungan Soros dengan Ketua Umum PKR ? Anwar, Paul Martin dan James Wolfensohn sama-sama terlibat dalam"Managing Global Insecurity (MGI)" satu institusi yang berpengkalan di New York. Institusi ini mendapat dana Yahudi Amerika termasuk Madeline Charitable Trust, George Soros Foundation (Open Society Institute), Rockefeller Brothers Fund, Brookings Institution dan lain-lain. Matlamat utama MGI adalah untuk mengenal pasti 'rakan kongsi'(networking) dari pelbagai negara bagi memastikan Amerika sebagai kuasa unggul di dunia. James Wolfensohn pula dianggap salah seorang penaja Yahudi yang kaya dan terlibat dalam key player dalam politik Amerika. Beliau menjadiBoard of director Rockefeller Foundation, CBS, Bilderberg dan the Council on Foreign Relations (CFR). Badan-badan ini juga mempunyai kaitan rapat dengan penajaan Anwar. Pada 2005, Condoleezza Rice, Setiausaha Negara Amerika lantikWolfensohn "special envoy" di Gaza bagi membantu memperkuatkan kedudukan Israel di kawasan itu. Oleh itu, apa yang tertera di sini hanya sedikit sebanyak kelemahan Anwar serta pengkhianatan beliau terhadap Negara yang telah dikaji selidik. Maka tidak ada pun sebarang kelucahan di sisni melainkan fakta. Kalau benar kerajaan menganggap ini adalah fakta, maka seharusnya isu sebegini ditekankan dan diterangkan kepada umum lebih lagi kepada generasi muda belia yang sudah cerdik pandai. Kalau sesiapa sahaja yangantara rakyat Malaysia yang patriotic tentu akan sedia maklum tidak mahu sebarang pemimpin yang mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin Yahudi dan Amerika demi menjaga keselamatan dan kedaulatan Negara kita. Tidak perlu dipersoalkan lagi isu lucah beliau. Jangan sampai asyik tepuk air di dualang takut terpercik muka sendiri. Tetapi kalau semua pemimpin BN bebas skandal Homoseksual, lesbianism dan isteri orang silakan sebab itulah cakap orang di bawah sana. Anak Cina makan pengat sendiri mahu ingat. Ucapan akhir selamat berkempen biar berhemah jangan berlucah. Wallahualam. “Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )” – [Riwayat Ahmad]

APABILA SUATU MUSIBAH DIAIBKAN

Bismillahirahmanirahim Selawat dan Salam buat Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w Di dalam Utusan Online pada 11Mac 2014 baru ini, terasa amat memeranjatkan apabila Menteri Agama Dato’Seri Jamil Khir membuat kenyataan kepada wartawannya bahawa beliau amat mengalu-alukan sebarang jenis usaha termasuk, dari kelompok perubatan tradisional untuk turut berusaha mencari dan menyelamatkan pesawat MH370 yang hilang. Akhirnya terjawablah beberapa persoalan rakyat Malaysia bagaimana dan kenapa pelbagai bentuk usaha yang dianggap syirik telah dijalankan di KLIA baru2 ini. Manakala dari pihak JAKIM ; “KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN PENGHARAMAN PENGGUNAAN KHIDMAT BOMOH YANG BERTENTANGAN SYARAK DALAM PENCARIAN MH370” “Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.” Adalah tidak wajar sebagai Menteri agama mengalu-alukan satu cara resolusi untuk menghalalkan cara bagi mencapai sesuatu matlamat. Walaupun kelihatan baik tetapi tetap membawa satu keaiban kepada Agama, Bangsa dan Negara. Seharusnya perkara ini tidak berlaku. Pihak kerajaan harus memperketatkan keluar masuk misi bantuan ke lapangan terbang KLIA, hanya kepada mereka yang ingin menjalankan ibadah solat hajat dan berdoa sahaja. Ramai rakyat yang begitu terganggu melihat apa yang sedang berlaku di KLIA sejak misi mencari MH370 bermula.Perkara ini lebih menyedihkan apabila gambar seperti yang tertera di atas mula diedit dan dipermainkan di dalam laman social. Umat Islam yang begitu kuat pegangan aqidahnya dikenali diseluruh dunia, telah banyak ditimpa kontroversi, seperti keganasan dan sebagainya. Amat tidak wajar apabila upacara sedemikian pula diadakan dengan kelulusan pihak kerajaan bakal menjadi bahan ketawa diseluruh dunia apabila gambar mereka diambil oleh semua media antarabangsa.Ia akan menambah satu lagi fitnah terhadap agama Islam yang sejahtera ini.Dalam dunia moden dan serba canggih, jangan sampai kita sebagai umat Islam mula mengelirukan dunia dengan satu perbuatan yang dilarang dan tidak digalakkan oleh Islam pun, malahan ternyata “syirik” dan diharamkan. Apa yang paling membimbangkan apabila laluan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada kelompok ini akan mulai diperpanjangkan sehingga ada pihak lain pula antara orang Islam yang mulai berminat dengan golongan bomoh ini. Maka perbuatan ini akan diteruskan dari rakyat sehinggalah ke pemimpin. Sebagai pemimpin politik terutamanya pemimpin Agama, seharusnya mereka membawa jalan yang diredhai Allah kepada rakyat dan bukan mengelirukan kehendak agama kepada rakyat. Jauh sekali membenarkan Kemurkaan Allah di dalam saat kita sekarang ini di timpa musibah. Cuba bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga penumpang dan anak kapal apabila melihat sebuah usaha yang syirik ini diadakan buat ahli keluarga mereka sudah tentulah mereka dan takut dan risau bahawa perkara sedemikian akan hanya mengundang kemurkaan Allah, sedang ada pihak lain yang bersungguh-sungguh berhajat dan berdoa untuk mereka. Jangan dicampurkan yang Haq dan bathil. Semua rakyat Malaysia yang sedar akan kelemahan pihak atasan membendung perlakuan seumpama itu merasa hampa dan kecewa apabila satu musibah telah bertukar menjadi satu keaiban pada dunia. Sesuatu perkara yang serius seumpama ini, patutlah ditanggani oleh pihak atasan secara serius, dan bukan memberi ruang kepada pengamal perubatan yang jauh tersimpang sehingga menjadi satu bahan ketawa apalagi mengundang dosa kepada semua pihak yang terbabit mempercayainya. elarang keras upacara sedemikian mengambil tempat di dalam misi mencari MH370 oleh penganut Islam. Ia amat memalukan apabila penganut agama lain pun tidak berkumpul di KLIA untuk membuat upacara mereka di KLIA melainkan hanya membawa ketua agama mereka sahaja untuk berdoa di sana. Semoga dengan musibah yang menimpa ini akan lebih memberi pengajaran dan ilmu kepada kita dari mengundang pelbagai kekeliruan dan kesedihan kepada seluruh rakyat Malaysia. Amat penting bagi seseorang pemimpin berfikiran waras ketika sesuatu musibah menimpa Negara. Mereka harus kelihatan lebih bijak dan tenang tanpa membuat sesuatu keputusan dengan sembrono demi untuk menjaga hati terutama aqidah umat Islam keseluruhannya. Iqraq. "Apabila kamu hadapkan “wajah” hati kamu itu kepada makhluk dan dunia ini, maka ia akan membelakangkan Allah. Apabila kamu hadapkannya kepada Allah, maka ia akan membelakangkan makhluk." Sesungguhnya aku hadapkan wajahku kepada yang menjadikan semua langit dan bumi, dengan ikhlas, dan tidaklah aku daripada orang-orang yang mempersekutukan-Nya. ( Ayat 79 : Surah al-An’aam ) Bersama kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada penumpang dan anak kapal MH370 serta bermohon agar Allah mempermudahkan jalan pencariannya. Walau apa pun sebagai umat Islam kita harus, berusaha, bersabar dan bertawaqal dan yang paling penting ialah Iqraq di atas setiap ketentuan Allah dan memperbanyakkan muhasabah di atas diri kita seluruh pemimpin dan rakyat Malaysia. Amin.

AGAMAWAN : ANTARA MEMBELA PARTI DAN AGAMA

Bismillahirahmanirahim Selawat dan Salam Buat Junjungan Kita Nabi Muhammad s.a.w Rakyat semakin keliru, apatah lagi dari kalangan belia, apabila melihat kelompok Melayu/Islam terutamanya yang melibatkan diri di dalam politik Negara. Lebih mengelirukan ketika melihat demonstrasi di jalanan pabila terdapat isu yang melibatkan penghinaan Islam, hanya rakyat biasa dan bukan dikalangan ustaz yang bangkit membawa sepanduk ke hulu ke hilir. Kalau dikaji boleh dikatakan rata-rata lebih ramai dikalangan ahli politik dari seorang agamawan. Semua parti politik yang terdiri dari Melayu/Islam sepertinya sudah satu trend, mencari dan memperbanyakkan golongan agamawan di dalam parti. Terkadang menjadi satu kehairanan kenapa golongan ilmuan Islam ini dicari? Sedangkan yang sedia ada tidak Nampak pun yang bangun bersama rakyat memprotes penghinaan Islam. Terbaru ialah kes YB Teresa Kuok, yang terang lagi bersuluh cuba mencemarkan kehormatan Islam apabila beliau diundang untuk ke masjid yang sedang mengadakan satu acara. Ketika beliau ke sana kebetulan orang Islam sedang bersolat, beliau tetap saja berkeras untuk naik ke atas kawasan mukmin sedang bersolat tanpa memakai tutup kepala. Banyak soalan yang diajukan tentang kenapa beliau tidak dibenarkan naik ke kawasan orang sedang bersolat. Kelihatannya beliau tidak langsung ditarbiahkan oleh rakan seperjuangannya terutama PAS dan PKR yang terdapat ramai orang Melayu/Islam terutamanya para ulamaq di sana. Jadi sekali lagi ingin saya bertanya “apakah fungsi agamawan di dalam sesebuah parti?”. Adakah mereka dimasukkan semata-mata untuk menegakkan parti atau agama Islam? Sebenarnya tidak salah bagi sesebuah parti itu memperbanyakkan golongan agamawan di dalamnya. Tetapi apa yang harus difikirkan untuk mereka adalah, tugas mereka di dalam parti. Kalau sekadar untuk menutup keaiban dan kesalahan pemimpin maka lebih baik jangan. Sebab kita akan hanya meletakkan mereka sebagai seorang insan pewaris Nabi yakni Ulamaq sebagai “syubahah”. Sekiranya kita perbanyakkan agamawan di dalam parti pula semata-mata untuk memperlihatkan kebaikan ahli parti, maka ingatlah bahawa seorang agamawan yang soleh tidak mampu menjangkitkan kesolehannya di dalam parti. Bagi sesebuah parti politik di dalam era yang penuh dengan fitnah ingin saya cadangkan agar janganlah meletakkan seseorang agamawan itu di dalam keadaan serba salah. Seorang Ulamaq mahupun ustaz yang seharusnya membawa risalah Allah dan bukan risalah parti. Apabila seseorang ustaz mahupun Ulamaq membawa risalah parti maka mereka akan lebih banyak mengundang kebencian dan kekeliruan rakyat dari membawa kebaikan kepada agama. Kita semua sedar bahawa ulamaq mahupun ustaz adalah lambang Islam, kalau tercemar perlakuan mereka kerana membela parti secara assobiyah maka tercemar jugalah Islam itu sendiri. Akhirnya kita bukan sahaja tidak membawa perpaduan di dalam parti tetapi juga kita menjadikan Islam berkelompok, sehingga terkeluar perkataan “Ulamaq PAS” dan Ulamaq UMNO”. Ia akan lebih keliru ketika Ulamaq ini diperkenalkan kepada belia dan kanak-kanak. Samalah seperti yang berlaku di Terengganu dan Kelantan. Kanak-kanak mulai diperkenalkan kepada Masjid PAS dan Masjid UMNO. Melalui pengalaman sendiri, saya pernah diberitahu oleh seorang kanak-kanak di Terengganu semasa berada di sana, kata beliau “makcik jangan masuk masjid tu, sebab UMNO punya, mereka tak betul, kalau nak masukmasjid cari yang warna hijau sebab tu, PAS punya dan pengajiannya semua benar”. Subhanallah. Terperanjat saya mendengar ayat tersebut dari kanak-kanak 12 tahun. Oleh itu tepuk dada Tanya iman, apakah sebenarnya fungsi seorang Ulamaq mahupun ustaz berada di dalam sesebuah parti? Adakah untuk mendapatkan undi atau untuk menyatakan kebenaran dan merapatkan saf antara Melayu/Islam sepertimana yang dikehendaki Allah. Mengapa mereka para Ulamaq yang berada di dalam parti ini tidak pernah mengadakan majlis seperti forum dan dialog setiap minggu atau bulan di masjid seluruh Malaysia bagi menyatakan kedudukan mereka sebenarnya di dalam parti. Mereka harus menjauhkan diri seperti langit dan bumi dari mencaci maki antara sesama Islam. Kalau beginilah keadaan antara ustaz dan ulamaq di dalam parti, maka lebih ramailah generasi akan datang akan menolak agama serta memudahkan agama lain mengambil kesempatan. Budaya Aethis (tidak percayakan agama) semakin banyak menular di kalangan remaja tidak kira yang pernah Islam atau dari kalangan remaja bangsa lain. Antara puncanya adalah mereka mulai bosan melihat akhlak para agamawan lebih-lebih lagi yang memegang potfolio di dalam parti. Kebanyakkan para ulamaq ini akan banyak memperkatakan tentang akhlak Nabi Muhammad s.a.w tetapi mereka sendiri tidak melambangkan 10% pun dari akhlak Nabi. Apabila mereka mulai mencaci maki sesama Islam, hidup dengan penuh kemewahan serta banyak memboros. Akhirnya remaja ini memilih untuk tidak beragama. Inilah bahayanya kalau Ulamaq diperbanyakkan di dalam sesebuah parti akhirnya risalah Allah dicampur baurkan dengan risalah politik, yang penuh dengan agenda dunia. Nauzubillah. Maka tidak hairanlah sekiranya bangsa lain begitu bangga melanggar apa sahaja sensetiviti agama kita. Tidak lain kerana kita sesama Islam berlainan parti pun tidak mahu duduk k semeja bersatu bagi menentang kerakusan bangsa lain menghina agama kita, kerana mereka tahu sesiapa sahaja Ulamaq dari parti yang berlainan akan bangun dan mengeluarkan dalil yang berbeza bagi membela parti masing-masing dan bukan Islam itu sendiri. Oleh itu tidak hairanlah baginda Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, bahawa para ulamaq di akhir zaman ketika meninggal , merekalah yang paling ramai menjadi kayu bakar api neraka. Satu ayat yang amat menakutkan. Ketika bertemu ramai para belia semasa latihan, soalan yang amat menakutkan saya ketika ditanya “ Puan, di dalam bab agama ustaz manakah yang harus kami ikuti dan pelajari,? Ustaz UMNO atau PAS atau ustaz yang tidak berparti? Pening untuk saya menjawab, Apa yang dapat saya katakana ikutlah ustaz yang memegang Al Quran dan sunnah serta tidak berparti, kerana itu lebih meyakinkan saya. Pesan arwah bapa saya, ada ustaz yang alim belum tentu soleh da nada juga yang soleh tetapi belum tentu alim, maka ikutilah yang soleh walaupun kurang alim, kerana hanya yang mengikuti sunnah Nabi dan memegang Al Quran tanpa kitab yang banyak seperti orang alim sahaja mampu membimbing iman kita. Wallahualam. Daripada Anas ra berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api". Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. INI LAH NASIB PARA GURU DAN PENGAMAL ILMU TARIKAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT. Sering di tohmah oleh ulama SUK sebagai sesat dan menyesatkan, apakah dengan hanya Phd. Syariah sudah cukup atau sekadar gelaran al Hafiz sudah cukup??????? Ini lah ulama fasik seperti dalam hadis, ilmu tidak syumul , duduk dalam keadaan berdosa kerana menolak untuk belajar Tasauf dan Usuluddin. Hati di penuhi sifat Mazmumah dan Jiwa tidak pernah mengenal Tuhan, yang di kenal hanya DUNIA kerana PHd yang di raih untuk mengejar dunia , bukan untuk mengenal TUHAN. Ini adalah disebabkan suasana di sekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya. Bahkan apa yang ada di sekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan akidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. Ini juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

KITA SUDAH KEHILANGAN MH130, JANGAN SAMPAI HILANG ALLAH.

Bismillahirahmanirahim Selawat dan Salam buat Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w Satu persatu, ujian yang telah Allah turunkan kepada Pemimpin dan rakyat Malaysia. Bagi mereka yang mempunyai aqidah yang kukuh, sudah tentu dapat melihat dan mendengar apa yang sedang Allah bicarakan kepada kita. Muhasabah merupakan pakaian pertama yang akan dipakai bagi mereka yang memahami. Terdapat banyak pengajaran yang telah Allah lemparkan sejak kita kehilangan pesawat MH370. Yakni siapakah kita sebagai pemimpin rakyat, yang senantiasa merasa berkuasa, hebat dan menidakkan kehebatan orang lain. Akhirnya seolah Allah memberi satu penampar kepada pemimpin kita diseluruh dunia, lihatlah siapa lebih hebat. Kecanggihan alat buatan manusia tidak dapat mengatasi kekuasaanNya. Namun dalam banyak pengajaran yang ingin saya fokaskan adalah kepada pimpinan agama kita. Saya merasakan seolah Menteri Agama kita telah ditelanjangkan oleh Allah buat tatapan seluruh dunia, menggambarkan selama ini rakyat Malaysia telah diarah melakukan perbuatan mensyirikkan Allah. Selama ini kita sering mendengar desas desus bagaimana pengamalan syirik ini dikaitkan dengan pimpinan politik. Perbuatan ini seperti irama dan lagu. Sesetengah Ahli politik menggunakan khidmat bomoh di sana-sini, dikatakan untuk mendapatkan pelbagai ilmu bagi mengekalkan kuasa mereka. Apa yang paling laris adalah ilmu penunduk pada setiap cincin yang mereka pakai. Ada juga ilmu gerun, supaya orang takut dengan mereka, dan tidak kurang juga ilmu penyeri serta ilmu untuk menjatuhkan rakan taulan di dalam arena yang sama. Akhirnya dengan berlakuknya tragedy MH370, semuanya menjadi jelas setelah ramai yang berteka-teki sesama sendiri antara ahli politik dan perbuatan kurafat ini. Bukanlah semua tetapi ia telah menunjukkan bahawa agenda pembomohan ini memang tidak asing dikalangan pemain politik. Ketika seorang bomoh telah hadir ke KLIA dengan perbuatan yang begitu khurafat dimata Islam, seluruh dunia mulai memomok-momokkan perbuatan beliau sehingga berlaku pertelagahan antara beliau dan salah seorang pemimpin politik yang bukan bertaraf ilmuan agama pun bangun menentangnya, dimana Menteri Agama?. Persoalannya sekarang ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri agama kita sebelum itu, seperti mengalu-alukan kedatangan mana-mana usaha sampai tidak kira samada ianya perbuatan syirik atau tidak asalkan dapat memberi petunjuk untuk mendapatkan semula kapalterbang MH370. Subhanallah. Mengapa beliau mengeluarkan kenyataan tersebut sedangkan seluruh umat Islam di Malaysia mengetahui perbuatan syirik tetap syirik dan tidak boleh dihalalkan waima niatnya untuk kebaikan. Saya terus membayangkan ketika bertemu dengan seorang teman Arab dari Mekah. Beliau pernah bertanya bercerita kepada saya ketika bertemu Ummu Jah (di Mekah). Selama ini beliau tidak pernah mendengar dan melihat mana-mana penduduk Mekah yang “menurun” kerana tahu itu perbuatan syirik .Namun, Ketika bertemu Ummu Jah beliau diberitahu bahawa As Syaari berada di dalam tubuh ummu Jah, beliau begitu terperanjat kerana Ummu Jah menghulurkan tangan tanpa lapik untuk bersalaman dengannya. Subhanallah. Beliau langsung bertanya kepada saya, apakah Negara Malaysia yang begitu tinggi amalannya mengamal perkara sedemikian? Nasib baik kemudian Ummu Jah telah diambil tindakan. Maka ia menunjukkan bahawa pemimpin Malaysia menolak semua perkara syirik. Namun sekarang apa yang telah berlaku? Iqraq!! Sekali lagi Allah telah memalukan Negara, dengan dipimpin oleh Menteri Agama yang saya anggap begitu dangkal dalam memberi kenyataan, dan tidak bersungguh dalam memerangi perbuatan syirik dan sesat. Tidak hairanlah sekarang mengapa ajaran sesat seperti, syiah, pembomohan berleluasa di Malaysia, kerana kita amat perlukan seorang Menteri Agama yang tegas seperti Umar Al Khattab. Kita perlukan seorang Menteri Agama yang seharusnya dilantik dari kalangan Agamawan yang jauh dari berpolitik sesama orang awam. Seorang Menteri Agama yang Wassatiyah dalam kehidupan dan adil serta berani dalam menjaga urusan agama. Berani menentang, berani bersuara dan berani mengambil tindakan tanpa kompromi politik ketika soal agama Islam diperkotak katikkan. Kita harus sedar jangan sampai kita menyalahkan Ketua Negara sedangkan orang yang sebenar-benarnya bertanggungjawab adalah Menteri Agama itu sendiri. Ketika Allah murkakan kita cuba kita kembali muhasabah, apa yang sedang berlaku di Malaysia? Jangan sampai kita menuding jari ke pimpinan yang salah. Bukan sekadar MH370, sebagai hasil kemurkaan Allah tetapi kita kaji apa yang berlaku sebelum ini. Nama Allah telah dipermainkan. Tuntutan Comago yang melampau, Islam telah mengalih untuk memeluk kristian, mengadakan hiburan yang bertentangan dengan budaya Islam dan pelbagai lagi. Pihak pembangkang diberikan ruang untuk menghina Islam, namun hanya dibela oleh rakyat yang terdiri dari NGO. Mana amaran dan ketegasan seorang Menteri Agama?? Benar kita di dalam musibah tetapi jangan lupa bahawa kesyirikan rakyat Malaysia juga sudah ditelanjangkan, siapa yang bertanggung jawab kalau bukan Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga soal agama. Saya merasa malu dan agak terkilan apabila dihujani dengan panggilan talipon dari Negara Arab dan sahabat seperguruan dari beberapa Negara mempersoalkan saya tentang apa yang tersebar. Sehingga ada yang menghantar kenyataan Menteri Agama Malaysia kepada saya, di mana beliau mengalu-alukan usaha syirik tersebut. Saya tidak hairan dan tidak gentar kalau dikatakan cuba menjatuhkan beliau tetapi ini merupakan satu hakikat yang harus beliau muhasabah. Ingatlah teguran dari setiap manusia datangnya daripada Allah. Sekiranya sesuatu kebenaran itu hendak dibongkarkan Allah tidak semestinya ia datang dari Agamawan yang tinggi ilmu agamanya. Kebenaran juga boleh keluar dari manusia yang tidak tinggi ilmu agamanya dan dari sesiapa sahaja. Allah sedang memerhatikan kita, bertambah pula sekiranya kita berjawatan. Ia sesungguhnya bukanlah satu tiket untuk laluan mudah ke syurga. Iqraq!! JANGAN KELIRUKAN ISLAM/MELAYU MALAYSIA!! “Binasalah orang-orang yang berlebih-lebihan (ghuluw). Nabi mengulangi perkataan ini sebanyak tiga kali. Termasuk dalam perbuatan berlebih-lebihan di dalam memuliakan orang-orang shalih ialah mentaati apa jua yang diajarkan oleh mereka berhubung dengan ajaran agama tanpa merujuk kebenarannya di sisi al-Qur’an dan al-Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih. Sekali lagi Allah Subhanahu wa Ta’ala menegur sikap seumpama ini sebagaimana firman-Nya ketika mencela golongan Ahl al-Kitab yang keterlaluan di dalam mentaati ajaran para ulamak dan rahib mereka sehingga membelakang ajaran Allah dan Rasul-Nya:[7] Maksudnya: Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah.”

KENYATAAN BERBELIT TERESA KOK

Bismillahirahmairahim Selawat dan Salam buat Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w Rakyat Malaysia mulai dikelirukan oleh MP Seputih Teresa Kok apabila terhasilnya video “ONEderfull Malaysia CNY 2014”.Ternyata video ini amat mengundang kemarahan rakyat Malaysia. Ia dianggap sebuah satira yang membawa beberapa penghinaan kepada isteri Perdana Menteri dan beberapa menteri kabinet. Tetapi semuanya telah dinafikan oleh Teresa Kok. Walaupun tajuk ini sudah dianggap basi, tetapi ia masih segar di minda sesetengah minda rakyat yang menganggap Teresa sebagai seorang pemimpin yang memberikan satu contoh teladan yang tidak baik terutamanya kepada golongan “Y”. Di tambah pula dengan kenyataan beliau yang amat mengelirukan di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 9hb Febuari 2014 beliau mendakwa bahawa “tidak mengenali pelakun”. Manakala di dalam Utusanonline pula pada 11hb Febuari 2014 beliau menyatakan bahawa “beliau menghasilkan skrip video tersebut”. Ke tiga pelakun juga telah mengesahkan bahawa Teresa yang mengarah lakunan satira tersebut. Sebagai bekas mahasiswa teater, tentulah saya juga mempunyai pengalaman mengarah dan belum pernah saya mendengar seorang pengarah tidak mengenali pelakunnya. Persoalannya sekarang adalah untuk apa satira tersebut diadakan? Kenapa begitu biadap, mengadakan skrip dan watak yang berupa sindiran? Walaupun beribu kertas lapuran Teresa tidak mengakui watak di dalam satira tersebut merupakan watak yang dikaitkan dengan beberapa nama VIP, namun Teresa harus faham bahawa rakyat Malaysia bukanlah dikalangan manusia bodoh yang tidak dapat menilai sesebuah watak dan kaitan dengan tragedi yang ditulis di dalam skrip beliau. Hari demi hari kita akan mulai terfikir mengapa kebelakangan ini timbul beberapa orang rakyat Malaysia yang ingin hidup tanpa toleransi di Malaysia. Peristiwa Teresa Kok hanya salah satu dari beberapa insiden yang berlaku sebelum ini. Seperti Namewee menghina lagu negaraku, pasangan Cina yang mempersendakan berbuka puasa dengan Bak Kut The, anak Cina memijak gambar Perdana Menteri, Guru Besar SRJK © arak cikgu Melayu/Islam membuka tudung, Guru Cina memamkaikan loceng pada leher pelajar Melayu dan menyuruh memakan rumput, Kaum Cina juga menghalang berkumandangnya azan di masjid, anak Cina yang belajar diluar Negara terbalikkan bendera Jalur Gemilang selepas PRU13 dan apa lagi selepas ini? Bukanlah niat kita untuk mewujudkan perkauman, tetapi kita harus bertanya mengapa peristiwa itu berlaku dengan begitu konsisten kebelakangan ini. Lepas satu, satu bangsa, agama dan pemimpin kita dihina. Setelah menyelidik mengaji dan mengkaji, tidak lain dan tidak bukan ianya berlaku akibat dari bangsa Melayu Islam sendiri yang telah membuka ruang dan peluang bagi bangsa dan agama kita dihina. Ketika melihat perlakuan ahli dan pemimpin parti yang ada di Malaysia tidak kira parti kerajaan mahupun pembangkang, terutama yang Melayu Islam. Mereka tidak pernah mempunyai sebarang perasaan persaudaraan agama ketika masing-masing ingin mengakkan parti. Berlainan pula dengan bangsa lain terutamanya Cina. Waima mereka di dalam parti lawan namun jarang sekali kita mendengar mereka bermakian sesama sendiri dan saling tidak membela satu sama lain. Mereka nampaknya longgar di luar tetapi amat kukuh di dalam. Keadaan MCA yang dikataka hilang populariti di kalangan kaum Cina amat memberi satu persepsi yang sukar dipercayai. Bagi saya mudah sahaja sekiranya kita tidak bekerja kuat dan turun padang sudah tentulah lama kelamaan populariti kita hilang, maka lihatlah perlakuan MCA yang banyak menjadi persoalan kepada kita. Adakah mereka benar-benar hilang populariti dikalangan kaum Cina? atau mereka tidak lagi bersungguh-sungguh bekerja keras membantu Barisan Nasional? Inilah yang dikatakan “longgar di luar tetapi kukuh di dalam”antara mereka sesama bangsa. Amat menyedihkan apabila asas agama Islam dipegang kuat oleh bangsa lain. Yakni ukhwah dan saling bantu membantu sesama saudara seIslam tidak wujud di kalangan kita bangsa Melayu yang harus dan wajib Islam , itulah kenyataannya di dalam perlembagaan. Sesama bangsa dan agama akan menjadi halal mengkafirkan, memusuhi dan mencaci maki hanya kerana berlainan parti. Semua cara dihalalkan. Orang tua pernah berkata sekiranya kita mahu diri kita dihormati, maka belajarlah menghormati orang lain sebelum orang lain mampu menghormati kita. Pandangan saya perkara penghinaan bangsa lain terhadap bangsa dan agama kita akan berlarutan sekiranya kita tidak memperbetulkan diri kita dahulu.kita harus menghormati sesama bangsa dan agama dahulu sebelum menuntut orang lain menghormati bangsa dan agama kita. Jangan sampai parti menjadi racun perosak kepada agama dan bangsa. Sedangkan parti hanya tempelan duniawi yang tidak menjaminkan syurga, namun ruang besar untuk menjaminkan neraka. Iqraq. Selepas ini apa yang dilakukan oleh Teresa Kok akan menjadi idola dan ikutan anak remaja yang kreatif. Maka akan terlahirlah beberapa watak Teresa Kok dimasa akan datang untuk menghasilkan satira bagi melepaskan dendam, hasad dan dengki melalui satu medium baru yang mampu merosakkan minda generasi akan datang dalam menilai kepimpinan dan Negara mereka. Muhasabahlah. Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim. Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama. Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata. Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.