ASSALAMUALAIKUM

Sunday, June 13, 2010

PEMIMPIN DALANG WAYANG KULIT VS PEMIMPIN TUKANG KARUT DIKIR BARAT


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Selawat dan Salam Buat Baginda Rasulullah s.a.w

Sememangnya sudah menjadi lumrah kalau darah seni bercampur dengan darah politik inilah hasilnya. Tidak dapat tidak akan terkait juga beberapa istilah bahasa-bahasa seni untuk dikaitkan dengan jelmaan-jelmaan pemimpin politik yang kebelakangan ini berbagai rupa dan ragam. Ada orang bertanya, kebanyakkan penulisan saya banyak menjurus kepada pemimpin. Jawapan saya senang sahaja, itulah cita-cita saya suatu ketika dahulu ingin menjadi seorang pakar motivasi bukan pemimpin tau. Tetapi belum sempat memenuhi cita-cita tersebut nampaknya begitu ramai pakar motivasi tumbuh macam cendwan selepas hujan. Namun hasrat untuk menerbitkan buku tentang motivasi akan diusahakan suatu hari nanti. Malahan buku VS yang pernah saya terbitkan dahulu juga berunsur motivasi tetapi lebih tertumpu kepada pemimpin. Ini adalah kerana ramai sangat nak nasihat rakyat dan masyarakat tetapi tak ada orang yang nak nasihat atau bagi motivasi kepada pemimpin. Jadi itulah skop utama saya suatu hari nanti adalah ingin menerbitkan buku dan menjurus hanya kepada pemimpin. Penulisan kepada pemimpin harus lebih banyak. Nasihat dan motivasi juga harus diperbanyakkan kepada pemimpin. Tak jadi pemimpin jadi pakar motivasi kepada pemimpin pun kira ok juga.

Kita pun tahu banyak program atau training motivasi dianjurkan oleh pelbagai pemimpin. Mereka datang dan potong riben kemudian hantar semua rakyat masuk akhirnya mereka sendiri terlepas untuk memasuki mana-mana program motivasi. Akhirnya yang makin pandai dan cerdik rakyat. Jawapannya lihat sekarang apa sudah jadi. Lima negeri sudah di bawa lari!! Anak Cina makan pengat sendiri mahu ingat.

Apakah istilah Pemimpin Wayang Kulit? Kalau nak tahu inilah jenis pemimpin yang suka sembunyi di belakang layar. Pemimpin Dalang WK ini semakin menjadi-jadi sekarang sehinggakan banyak kerja yang tidak baik di dalangi mereka tak kiralah di parti mana pun juga. Kalau kita lihat saman makin menjadi-jadi. Kalau dulu balai polis bertindak untuk menyelesaikan masalah rakyat tetapi sekarang dah mula sibuk kena selesaikan masalah pemimpin yang kian menjadi-jadi dalam saman menyaman ini.

Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan pemimpin menyelesaikan masalah rakyat akhirnya rakyat yang berada di balai polis pula terpaksa menyelesaikan masalah mereka. Apa sudah jadi dunia politik sekarang. Makin cerdik dan pandai makin tak boleh bawa berbincang. Cakap sikit saman. Tak mungkin sesuatu kes itu sampai ke mana-mana balai polis kalau tidak mempunyai dalangnya. Tak mungkin Seri Rama dan Rawana berpencak silat di dalam wayang kulit kalau tidak ada dalang yang memegang watak mereka yang diikat kepada sebatang kayu. Manusia dalam dunia politik juga sudah menjadi wayang kulit. Sia-sia di lahirkan Allah ke muka bumi ini merdeka minda, jiwa, roh dan tubuh kalau semunya dikumpulkan di di biarkan diikat seperti patung wayang kulit dan di mainkan seperti mereka. Apa tak ada akai ka? Inilah kerja pecacai politik yang sanggup di mainkan sebagai wayang kulit oleh sesetengah pemimpin yang menjadi Dalang Wayang kulit di atas pentas politik.

Manakala pemimpin Tukang Karut Dikir Barat pulak tak lain dan tak bukan adalah di kalangan pemimpin yang suka sangat di sokong, di dokong dan di ampu sana ampu sini. Macam perangai tukang karut. Bila pemimpin ini mengarut anak buah kat belakang pun ikut. Apa kata pemimpin tukang karut ni semuanya diikut. Lepas tu sorak sorai beramai-ramai. Anak buah di belakang tukang karut akan mengulang dan mengulang semua kata pemimpin tukang karut ini, tak kira apa yang dikarutkan. Nama pun mengarut.

The moral of the story, manusia sekarang sudah tidak lagi merdeka jiwa dan raga. Tak ada siapa tangkap dan tak ada siapa jajah sendiri menyondol untuk diikat segala-galanya oleh sesetengah pemimpin. Kalau zaman dahulu kita dengar hanya Sultan sahaja boleh murka dan diberikan hukuman, maka zaman sekarang bila pemimpin murka pun silap-silap haribulan court dalam masuk.

Bila banyak sangat berita-berita yang menunjukkan pelbagai kes dan aduan dan report polis yang dibuat oleh sesetengah pemimpin kepada sesetengah pemimpin lain maka hati mula menjadi mual. Rasa macam dalam negara ini “its all about the leaders”. Rakyat yang berniaga nak bungkus ka, anak orang kena culik ka, rumah rakyat kena rompak ka semuanya dah tidak mendapat perhatian media lagi. Maklumlah kes-kes “high profile makin menjadi-jadi. Semakin tinggi darjat semakin menjatuhkan mertabat. Apa sudah jadi dengan pemimpin negara ini. Semua pemimpin telah mula menunjukkan belang masing-masing. Dalam parlimen pun dah jadi macam kedai kopi . Sikit hari anak-anak kita dah tak tahu macam mana nak bezakan antara percakapan pemimpin dengan percakapan mat rempit, sama sahaja bunyinya. Kalau bergaduh pun sama Cuma tak pakai helmet saja.

Terkadang terasa hairan mengapa keadaan pemimpin kita dewasa ini makin menjadi-jadi? Apakah mereka inginkan populariti? Kalau nakkkan populariti maka kenalah belajar dengan Mawi bukan dengan Dato Seri Najib Tun Razak. Silap pentas namanya tu. Sana saman sini saman lama-lama projek semua tak jalan. Macam-macam pentas politik dah disediakan parlimen ada, kabinet ada, majlis tertinggi ada, majlis negeri ada di sana depa dok buat apa? (mula nak cakap Kedah ni) Akhirnya pentas mahkamah juga yang paling diminati. Apakah semua pemimpin dah tak adil sampai semuanya nak kena cari peguam dan hakim untuk memutuskan sesuatu pengadilan? Rumah tak di bakar, harta tak dirompak, jawatan tak dicabar hanya salah beberapa perkataan sahaja pun nak pergi sampai ke balai polis? Inilah yang membuat ramai tidak faham. Ini jugalah akibatnya bila pemimpin-pemimpin asyik menyuruh semua pekerja pergi motivasi dan mereka potong reben dan cabut lari.

Kita boleh hitung dan kira dengan jari berapa ramai pemimpin politik setelah mereka bergelar pemimpin mengikuti kursus motivasi untuk meningkatkan diri dan prestasi? Apakah mereka para pemimpin sudah bijak pandai dan maksum sehingga tidak perlu lagi menjalani kursus atau training? Bila disuruh atau dijemput ke training tak ada masa tetapi kalau holiday Tuhan sahaja yang mengetahui. Kalau inilah keadaan pemimpin memang kita harus menganjurkan satu training khusus untuk mereka supaya mereka kembali mampu berfikiran rasional untuk menjadi pelindung kepada rakyat dan bukan disebaliknya meminta perlindungan dari rakyat yang berada di balai polis atau mahkamah.

Cuba fikirkan sejenak berapa kerap kes-kes rakyat yang melapurkan masalah mereka di balai polis yang memerlukan perhatian seluruh rakyat dilaporkan di dalam media ke belakangan ini? Inilah yang dikatakan pemimpin sudah mulai menjadi Tukang Karut dalam Dikir Barat dan Tok Dalang dalam wayang kulit. Kita renung sejenak apakah sebenarnya punca segala peristiwa seperti yang diceritakan di atas boleh berlaku dan semakin menjadi-jadi adalah kerana satu sifat yang dinyatakan oleh Saiditina Aisyah r.a Katanya:

“Sifat mulia ada sepuluh terdapat pada lelaki tetapi tidak pada ayahnya dan terdapat pada hamba sahaya tetapi tidak pada tuannya. Sifat-sifat ini diberikan oleh Allah ta’ala kepada siapa sahaja yang dikasihiNya. Iaitu benar perbicaraannya, dibenarkan orang, memberi kepada yang meminta, membalas dengan layak segala perbuatan, bersilratulrahim, memelihara amanah, menjaga keamanan teman dan memuliakan tentangga dan memuliakan tetamu;yang lebih mulia dari sifat ini ialah malu “.

Inilah punca sebenarnya pemimpin kita dewasa ini dah tak ada sifat malu . Masing-masing akan cuba untuk membuka aib dan pekung di dada sendiri. Baik pembangkang ataupun kerajaan kedua-duanya sudah bergelar pemimpin , jadi semuanya sedang menampar air di dalam dulang, terpercik kena ke muka sendiri. Antara mereka yang bergelar pemimpin tidak dapat menyelesaikan secara professional atau duduk berbincang antara ke duanya akhirnya rakyat akan mual dan hilang rasa hormat kepada mana-mana pemimpin sekali pun. Kekuatan mesyuwarah sudah tidak dipaktiskan, tetapi undang-undang pula diutamakan hanya untuk menyelesaikan beberapa perkataan yang silap. Iqraqlah wahai pemimpin semua. Apa yang sebenarnya ingin mereka buktikan kemenangan?? Setelah menang then what?? Berapa puluh atau ratus rakyat yang boleh kenyang dengan kemenangan tersebut? Berapa ramai rakyat yang akan terbela nasib kesusahan mereka dengan kemenangan tersebut? Jawablah sekarang sebelum Allah menuntut jawaban anda para pemimpin di akhirat. Siapa yang harus dibela dan siapa yang mengih pembelaan sekarang????