ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, November 13, 2012

PENDIDIKAN: JANGAN BAKUL SAMPAHKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Bismillahirrahmanarrahim Selawat dan Salam Buat Nabi Muhamad s.a.w junjungan yang kita kasihi Sedih dan amat menyedihkan apabila rakyat Malaysia semakin mengenepikan Perlembagaan Persekutuan Negara Malaysia. Semua sudah sedia maklum bahawa setiap Negara di dunia mempunyai perlembagaannya sendiri, yakni sesuatu ikatan yang dipersetujui oleh sesiapa sahaja yang ingin menetap dan mendapat kerakyatan di mana-mana Negara yang mereka pilih. Begitu juga dengan Malaysia. Kita mempunyai sebuah perlembagaan, malahan Rasulullah s.a.w juga telah membentuk sebuah perlembagaan yang dipanggil “PIAGAM MADINAH”, untuk setiap penduduk menghormati beberapa ketetapan kenegaraan sebelum mereka bersetuju untuk tinggal disesebuah Negara tersebut. Malahan hampir setiap Negara akan menuntut mana-mana individu yang ingin memiliki kerakyatan dalam negaranya harus faham dan mengerti apakah yang terkandung di dalam perlembagaan sesebuah Negara tersebut. Perlembagaan bukanlah suatu akta yang mengatasi Al Quran dan AS Sunnah tetapi ia adalah satu garisan “muamalah” yang dituntut oleh Islam bagi menubuhkan sesebuah Negara dengan aman dan sentosa. Benar ia boleh diubah, hanya apabila setiap pemimpin dan rakyat bersetuju untuk mengubahkannya. Tetapi apabila perlembagaan telah termaktub maka seharusnya ia dimartabatkan oleh semua masyarakat Malaysia. Apabila Menteri Pendidikan tercari-cari solusi untuk memantapkan pendidikan Negara , maka beliau harus memasukkan perlembagaan persekutuan sebagai salah satu subjek yang wajib lulus seperti sejarah supaya semua rakyat Malaysia mengetahui betapa penting perlembagaan persekutuan ini diketahui untuk membentuk jatidiri cintakan Agama, Bangsa dan Tanahair. Terutamanya perkara 60 (2) penjelasan bahawa setiap Melayu harus mempunyai 3 katagori sifatnya iaitu, bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan budaya Melayu dan yang paling penting adalah MELAYU HARUS ISLAM. Kerana kekurangan pengetahuan ke atas perkara di ataslah maka KENYATAAN NURUL IZZAH DIPOLITIKKAN OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERUTAMA NURUL IZZAH SENDIRI. Amat menyedihkan apabila kenyataan beliau menyatakan bahawa rakyat Malaysia seolah-olah di diskriminasikan apabila tidak diberikan ruang untuk membuat pilihan agama, tanpa merujuk samada ianya kepada orang bukan Melayu atau orang Melayu. Dia menyatakan rakyat Malaysia secara kesuluruhan. Maka dengan kenyataan itu juga bapanya Anwar Ibrahim mengulas dengan mengaitkan ayat Al Quran “LAIQRRAHAFIDDIN” (Tiada paksaan dalam agama) sedangkan ayat itu diturunkan khusus kepada orang kafir, bukan kepada orang yang dilahirkan Islam. Ia telah jelas diriwayatkan oleh IBNI ABBAS R.A dalam riwayat IBNU KATHIR. Menyatakan bahawa ada orang Ansar yang mengadu kepada Nabi bahawa ingin memaksa kedua anak-anaknya yang telah memeluk Kristian untuk memeluk agama Islam, maka turun firman Allah “tidak ada paksaan dalam agama”. Tapi untuk orang Islam mengapa kita hendak membuka ruang bagi orang Melayu memilih agama atau keluar dari agama? Anda boleh merujuk penerangannya di dalam youtube “Isu Murtad : Ustaz Fathul Bari YV Nurul Izzah”. Sedangkan hukum HUDUD menetapkan “sesiapa antara orang Islam yang menukar agamanya akan dihukum pancung”. Bukankah fakta tersebut bercanggah sekali dengan perjuangan PAS, satu ketika dulu lah, sekarang perjuangan mereka sudah Negara Kebajikan. Begitulah bahayanya sekira rakyat Malaysia langsung tidak memahami dan mendalami perlembagaan persekutuan. Hanya dengan memahaminya barulah kita layak memakai pepatah dahulu yakni “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Apakah kita sedar bahawa pepatah itu langsung tidak relevan sekarang kerana, ramai antara rakyat Malaysia lebih fasih tentang hukum “Human Rights” yang di tulis oleh Barat dari Perlembagaan sendiri. Semuanya menuntut keadilan tanpa mengetahui bahawa mereka telah pun bersetuju tidak kira dalam lisan atau tidak. Ketika menerima kad pengenalan untuk menjadi rakyat Malaysia secara tidak langsung mereka harus menerima perlembagaan persekutuan tersebut selagi tiada kerajaan menggubalkannya. Janganlah kita mempermainkan atau mempolitikkan bab perlembagaan kalau belum menjadi kerajaan. Kalau sudah menjadi kerajaan maka ubahlah kalau nak menarik perkara 60 (2) pun tariklah, bagilah hak samarata tak kira Melayu, Cina atau India. Kalau itulah yang sesetengah Melayu dambakan. Kita telah melihat betapa sukarnya bangsa Melayu di Singapura, di Takbai di mana 75 pemuda Melayu Islam dibunuh pada tahun 2004, di Filipina malahan disekeliling kita termasuk Indonesia, apakah masih buta mata kita dan pekak telinga kita apabila semua keadaan telah Allah tunjuk disekeliling kita? Subhanallah sebuah Negara yang melindungi Islam sudah wujud janganlah sampai kita ingin menjadikan ia seperti mainan atau makmal untuk dicuba-cuba. Sekali terlepas belum tentu mudah bagi kita untuk mendapatkannya semula. Iqraq!! Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya: “Tiga golongan Allah SWT tidak menegurnya pada hari kiamat, tidak melihat kepada mereka, tidak membersih dosa mereka dan mereka menerima azab yang pedih, seorang yang mengaku setia kepada pemerintah, ia berbuat demikian kerana keduniaan, jika diberi ia tunaikan kesetiaanya tetapi jika tidak diberi, ia menderhaka.” (Riwayat al-Bukhari) Menurut pandangan Ibnu Hajar al Makky al Haitamy seorang ulama yang terkenal bahawa: Yang dimaksudkan dengan dosa-dosa besar ialah mensyirikkan Allah SWT, membunuh manusia, makan harta anak yatim, menuduh seseorang berzina, menderhaka kepada kedua ibu bapa makan riba dan membatalkan kesetiaan kepada pemerintah. Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim menyatakan: Menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram. Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah apa-apa keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara. Insaflah wahai saudara musliminku!!

No comments:

Post a Comment