ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, November 13, 2012

BIAR MATI SEBAGAI PEJUANG JANGAN MATI SEBAGAI PETUALANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN MUHAMAD S.A.W Amat menyedihkan apabila kita terus menerus mengikuti perkembangan politik semasa. Ramai antara kita sudah keliru melihat pelbagai pemimpin tidak kira di mana sahaja perjuangan pentas politik yang mereka ceburi. Kekeliruan yang nyata adalah untuk mengenal pasti “siapakah pejuang dan siapakah petualang” di dalam parti yang mereka dukung. Semua ahli politik mengakui bahawa niat mereka adalah untuk membawa sesuatu perjuangan. Tapi masih samar-samar untuk melihat di kalangan mereka apakah sebenarnya yang mereka pejuang. Apakah mereka benar-benar seorang pejuang ataupun petualang. Saya terpanggil untuk mengutip beberapa bait ucapan Senator Ezam Mohd. Dari beberapa siri ucapan beliau di Sabah baru-baru ini. Beliau banyak membongkarkan tentang Anwar Ibrahim (DSAI), seperti sudah sedia kita maklum. Amat sukar untuk tidak mempercayai beliau memandangkan beliau antara manusia yang diberi peluang untuk berjuang bersama Anwar suatu ketika dahulu. Ada antara cerita beliau yang begitu menarik perhatian saya tentang Anwar di mana selama ini saya sudah sedia terdetik di hati namun, secara tidak langsung ianya disahkan oleh Senator Ezam di dalam ucapan beliau. Kita pernah dikejutkan oleh sebaris ayat DSAI apabila beliau pernah membuat kenyataan ketika di temuramah oleh CNBC menyatakan sokongan beliau terbuka ke atas Israel. Semua sedia maklum bahawa Israel adalah satu Negara Yahudi yang telah menghancurkan beberapa Negara Islam serta menawan Baitul Maqdis masjid suci orang Islam. Kenyataan itu begitu memeranjatkan sehingga Dato’ Nik Aziz buat pertama kalinya memohon untuk DSAI menarik balik kenyataan tersebut tetapi enggan dilakukan oleh DSAI. Sedangkan ternyata sebelum ini DSAI begitu menghormati Dato’Nik Aziz. Bila dibuat satu analisa mengapa DSAI enggan menarik kenyataan itu maka jelas bagi kita bahawa DSAI sedang menarik perhatian Israel untuk memporak perandakan Negara ini dan matlamat beliau bukan lagi untuk memenangi pilihanraya. Kalau dilihat dari segi politik Anwar sememangnya benar kata Ezam bahawa Anwar banyak menggunakan “politik simpati” dari rakyat. Apabila isu simpati sudah tidak boleh diguna pakai lagi, maka Anwar mengubah strateginya untuk menarik perhatian Belia, yang sudah tentu tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang perjalanan politik Anwar sebelum ini. Kalau hendak dibandingkan saya menganggap bahawa Demonstrasi Reformasi jauh lebih hebat dari BERSIH 3.0, yang telah terbukti satu demo simpati DSAI secara besar besaran. Saya mula menilai kembali perjalanan politik Anwar dan semakin hari semakin terserlah keinginan beliau untuk memerintah Negara ini kian tipis kerana beliau cukup arif tentang kehebatan susunan politik DS Najib. Oleh itu apa yang akan dilakukan oleh Anwar hanya melakukan sesuatu untuk mendapatkan simpati dari Negara luar terutamanya Israel yang begitu terkenal dengan kehebatan penggunaan media mereka bagi menghancuran sesebuah Negara terutama Negara Islam. Pada pandangan saya Anwar sepanjang perjuangan beliau selama berbelas tahun di dalam PKR, tidak ada satu pun yang ingin bertanya tentang kedudukan keewangannya. Rumusan yang dapat saya nyatakan DSAI cukup selesa dan mampu mendapat perlindungan dari luar sekiranya sebarang musibah berlaku di dalam Negara ini. Cara DSAI bergerak tidak Nampak satu pun susun atur strategi beliau untuk memenangi pilihanraya melain hanya untuk membawa satu huru hara di dalam Negara. Berbelas tahun sudah berlalu semua cabang PKR masih belum dapat beliau bereskan. Malahan banyak masa yang beliau pakai adalah untuk membuat demo. Selepas BERSIH 3.0, seksualiti Merdeka, kemudian isu PTPTN dibangkitkan. Kalau benar inilah yang diingini oleh DSAI maka penyokong beliau harus muhasabah samada mereka sedang menolong PR untuk memerintah atau mereka sedang menolong PR untuk mengkucar- kacirkan Negara ini. Apa yang kita lihat buat masa ini kerusi yang dimiliki oleh DAP telah melebihi kerusi yang dimiliki oleh PAS dan PKR. Oleh itu ternyata DAP begitu bersungguh-sungguh mengatur strategi untuk menang, sedang PAS kelihatan seperti pak turut manakala PR pula sibuk mengatur strategi demo. Apa yang harus ditanya oleh pihak penyokong pembangkang sekarang adalah kalau pembangkang menang siapa yang akan memerintah? Kerana ketara sekali DSAI sudah mulai tidak berminat lagi untuk memerintah kerana beliau sendiri sudah sedar tiada kekuatan apa pun di dalam PR untuk bertegang urat bersama parti komponennya bagi memberi peluang kepada beliau untuk memerintah. Sudah tentu dengan pelbagai masalah dan kontroversi beliau akan dijadikan senjata oleh DAP dan PAS menolak beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Akhirnya ternyata DSAI memilih untuk mati sebagai petualang daripada mati sebagai pejuang Agama, Bangsa dan Negaranya. Namun segalanya masih di tangan Allah kerana hanya Allah sahaja Maha Pengampun dan Pemaaf bagi semua umat ciptaanNya. Wallahualam!! “Telah berkata Ibnu Baththal dalam hadis yang menjadi hujjah untuk meninggalkan sikap keluar dari ketaatan kepada sultan (pemerintah) walaupun pemerintah tersebut seorang yang jahat, (katanya) “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghalib) dan berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)

No comments:

Post a Comment