ASSALAMUALAIKUM

Sunday, December 30, 2012

BIAR BERANI MENJADI BENAR BUKAN BERANI MENJADI BALACI

Bismillahirrahmanirrahim Selawat dan salam buat junjungan kita nabi muhamad s.a.w Bersyukur keharat Ilahi kerana telah memberikan saya banyak pengalaman ketika terlibat di dalam sepak terajang dalam penulisan dan dunia politik. Sedih dan amat menyedihkan kerana di dalam dunia politik mengguna dan dipergunakan oleh pemimpin sudah menjadi perkara biasa. Apabila melihat satu kebenaran semua ahli parti memilih untuk mendiamkan diri. Kebenaran selalu diletakkan pada tempat yang salah. Ramai ahli politik yang berani tidak dapat dinafikan namun ramai juga yang memilih untuk menjadi “balaci”(pesuruh) ahli politik upahan untuk menjatuhkan sesama sendiri. Mereka berani dengan lantangnya memaki hamun, malahan ada juga yang sanggup mengupah penulis bagi menulis dan mencari salah seseorang pemimpin, untuk menjatuhkannya. Terkadang terfikir juga dibenak fikiran, mengapa mereka sanggup menghabiskan begitu banyak masa untuk mencari kesalahan pemimpin yang tidak mereka sukai. Malahan ada yang berani melafaz terang-terangan “aku akan lakukan apa saja asalkan si polan tidak menjadi Menteri Besar”. Walhal mereka berada di dalam parti yang sama, memperjuangkan satu perjuangan yang sama, tetapi kerana dendam kesumat mereka sanggup lakukkan apa saja. Subhanallah. Dalam pengalaman bergelumang di dalam parti Allah telah membuka segala ruang dan pengalaman untuk melihat akhlak balaci-balaci yang berani ini. Keberanian mereka sungguh tidak dapat dijangkau oleh benak fikiran. Mereka sanggup memusnahkan siapa sahaja yang berada di keliling pemimpin yang tidak mereka sukai. Sehingga melibatkan diri menanam balaci mereka di sekeliling Perdana Menteri untuk membuat hanya satu kerja yakni menghasut. Perdana Menteri harus menutup telinga buat masa ini dan membuka mata dengan seluas-luasnya untuk menilai prestasi dengan pekerjaan yang telah dilakukan. “Action speaks lauder then words”. Pada pandangan saya bukanlah menutup telinga sehingga tidak mendengar masalah rakyat tetapi tutuplah telinga dari mereka yang berani menjadi balaci menghasut untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin parti yang benar-benar membuat kerja dan menjalankan tanggungjawab mereka. Ramai antara pemimpin yang “hipokrit” dalam menjalankan tanggungjawab mereka, kerana mereka akan hanya sibuk bila PM datang melawat kawasan mereka. Sedangkan dikalangan pemimpin yang benar-benar buat kerja membantu rakyat, kebanyakkannya menjadi mangsa kepada balaci yang berani ini. Saya pernah melihat betapa beraninya balaci ini setelah memakan hasil upah mereka sanggup membuat kekecohan di dalam mesyuarat pemimpin yang tidak mereka sukai. Bila ditanya berapa upah yang mereka dapat, hanya rm20 untuk melakukan semua kekecohan tersebut. Bayangkan upah yang sekecil itu sanggup menggadaikan maruah bangsa semata-mata untuk memenuhi hasrat pemimpin yang mengupah mereka. Sedih apabila melihat PM, terfikir juga bagaimana beliau melayan lapuran-lapuran palsu dari kalangan pemimpin balaci ini. Perbuatan mereka begitu istiqomah dalam menghantar lapuran buruk tentang pemimpin yang tidak mereka sukai. Setiap manusia kalau dicari kesalahan tentulah akan menjumpainya kerana kita bukanlah manusia yang maksum. Tetapi amat merugikan parti apabila mencari kesalahan seorang pemimpin yang benar-benar menjalankan tugas membantu rakyat. Sehingga siang malam hanya memikirkan bagaimana untuk membasmikan kemiskinan rakyat dan mensejahterakan rakyat di bawah kepimpinannya, sekaligus menaikkan nama Perdana Menteri dan parti. PRU semakin dekat maka PM haruslah memberi fokas dalaman melebihi luaran parti. Mengenal pasti siapakah “sikitol” yang kita boleh anggap sebagai balaci berani yang sanggup buat apa sahaja untuk menjatuhkan pemimpin yang benar=benar bekerja utuk parti. Isu-isu pembangkang begitu banyak dan mudah untuk digunakan bagi melemahkan mereka. Namun isu-isu dalaman kelihatan masih belum selesai, jangan sampai ia bakal merugikan parti apabila kesalahan pemimpin yang benar-benar bekerja dicari, sedangkan pemimpin yang mencuri tulang ketika bekerja dianggap bagus oleh PM hanya kerana peranan balaci berani ini. Marilah kita kita membaca beberapa hadis yang menggambarka seorang pemimpin yang jahat semoga Allah menjauhkan diri kita memilih pemimpin sedemikian. Amin “Sejahat-jahat ialah seorang pemimpin yang dibenci oleh rakyatnya, dan pemimpin yang membenci rakyatnya. (Hadis riwayat Muslim). Pemimpin Islam yang mengkhianati rakyatnya, maka Allah swt. mengharamkan dirinya masuk syurga. (Hadis riwayat Muttafaqun ‘alaih). Sejahat-jahat manusia adalah penguasi yang zalim lagi bengis. (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi). Seorang pengkhianat kelak akan dipasangkan sepanduk yang bertulis ‘inilah pengkhianat bagi Si Fulan bin Fulan’. (Hadis Riwayat Muslim). Sejahat-jahat pengkhianat ialah pengkhianatan yang dilakukan oleh seorang pemimpin kepada rakyatnya. (Hadis riwayat Muslim). Tiga perkara yang sangat ditakuti oleh Rasulullah saw. atas umatnya:- 1. Mereka meminta hujan dengan bintang-bintang 2. Kezaliman pemimpin dan 3. Mendustakan takdir. (Misykatul Mashabih). Pemimpin yang celaka ialah ketika berkuasa ia bersikap zuhud terhadap hartanya sendiri, tetapi tamak terhadap harta orang lain. (Abu Bakar As Siddiq).” Kepada yang bergelar pemimpin tu fikir-fikirkanlah di mana kedudukan anda sekarang. Pemimpin sekadar memimpin negara tapi merangkumi semua, memimpim keluarga pun digelar pemimpin dan begitulah sebaliknya.

No comments:

Post a Comment