ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, April 8, 2014

PEMIMPIN, PAKAR MOTIVASI DAN GURU: KERANA NILA SETITIK HABIS SUSU SEBELANGA

Bismillahirahmanirahim Selawat dan Salam buat Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w Sukar untuk menerima berita pencabulan dan khalwat yang melibatkan golongan ternama. Apa lagi mereka adalah dikalangan orang Melayu/Islam. Terkadang hati tertanya apakah berita bangsa lain, dalam kes pencabulan tidak pernah berlaku? Tangkap khalwat sudah tentulah tidak ada di dalam kamus bangsa dan agama lain tapi bagaimana tentang pencabulan?? Hari demi hari kita didedahkan dengan berita keaiban orang Islam. Seolah-olah kita Melayu/Islam hanya layak memakai gelaran bangsa dan agama sahaja sedangkan addin Islam milik agama lain. Subhanallah, apa sudah jadi dengan dunia hari ini. Harap kan pagar, pagar pula makan padi. Dulu kita digemparkan oleh tangkapan khalwat oleh seorang pemimpin PAS, dan baru ini lagi menggemparkan apabila seorang pakar motivasi terkenal Pensyarah UITM Arau, Perlis mencabul pelajarnya. Seolah-olah dunia hari ini tidak memihak kepada keselamatan maruah perempuan lagi. Saya pasti kejadian seperti ini banyak berlaku, namun tidak ramai yang mempunyai keberanian untuk tampil membuat lapuran. Ia adalah kerana budaya dan adat resam masyarakat Melayu/Islam itu sendiri, yang terlalu mengambil berat soal maruah. Satu yang memalukan masyarakat apabila peristiwa sedemikian berlaku di kalangan mereka. Maka akhirnya ramai yang hanya mampu mendiamkan diri dan menangis sesama sendiri. Sebagai seorang ibu, sudah tentulah perkara sedemikian amat merisaukan. Di mana hendak kita meletakkan kepercayaan, ketika mempunyai anak gadis terutamanya. Kalau diletakkan di sekolah hati merasa gusar. Melibatkan anak-anak dengan pemimpin masyarakat juga hati menjadi risau. Sekarang pula, bagi ibubapa yang hendak menghantar anak kepada pakar motivasi lagi was-was. Benih persepsi mula menular. Perkara yang tiada mula diada-adakan. Lama kelamaan ia menjadi doa, maka bertambahlah rugi kepada sesiapa sahaja yang menceburkan diri di dalam profession tersebut seperti pemimpin, guru dan pakar motivasi. Di mana silapnya? Adakah individu atau agamawan yang kian berkembang di dunia hari ini. Terfikir juga dibenak fikiran adakah ini tugasan dajal yang ingin menghancurkan agama? Tidak mungkin agama silap atau agamawan tidak melakukan kerja mereka. Namun kenapa apa sahaja yang melibatkan individu Melayu/Islam sahaja disensasikan berita mereka? Apakah tidak pernah peristiwa sedemikian berlaku dikalangan bangsa dan gama lain? Pernah beberapa kali disyorkan, dimana peranan media yang seharusnya memberi kesedaran kepada umat Islam. Bukankah agama resmi Negara adalah Islam. Oleh itu apa salahnya sekira media memainkan peranan mereka untuk mewujudkan iklan khusus kepada orang Islam. Bukan sekadar program agama sahaja. Seperti contoh “ Jangan berzina, Islam merlarang zina” atau “Islam melarang arak”, “Islam melarang pencabulan”. Sepertimana iklan dadah dan rasuah. Keluarkan iklan ini setiap detik dan saat. Mungkin lama-kelamaan ia akan memberi kesan kepada golongan muda terutamanya, yang masih belum faham hukum hakam agama yang asas ini. Sukar untuk kita menarik golongan belia ini terutamanya Melayu/Islam untuk mendengar program agama. Tetapi dengan iklan yang sedemikian maka mudah untuk kita menarik mereka untuk mulai bertanya. Mungkin anda tidak berpengalaman seperti saya, yang telah menjumpai ratusan belia melalui program training, yang datang bertanya kepada saya apa itu syahadah. Amat mengejutkan. Kita mungkin merasa mustahil, tetapi inilah hakikat yang harus kita terima. Bahawa ramai ibubapa diluar sana telah mengabaikan pendidikan agama dikalangan anak-anak mereka. Semasa saya menjadi Fasilitator PLKN, saya telah berhadapan dengan ramai pelajar yang datang menangis menceritakan kepada saya bahawa mereka tidak pernah kenal erti solat da nada yang tidak pernah mengangkat syahadah walau sekalipun. Mereka hanya tahu bahawa mereka beragama Islam itu sahaja. Subhanallah. Mereka menangis kerana kenal erti solat ketika di dalam program PLKN. Tapi mereka risau bagaimana mereka dapat teruskan ibadah mereka di dalam sebuah keluarga yang langsung tidak pernah mengamalkannya. Amat memilukan hati apabila mendengar kenyataan sedemikian. Pada pandangan saya Kementerian Pendidikan Malaysia harus mengambil inisiatif bagi menyelamatkan Islam dan bukan sahaja diserahkan kepada Agamawan. Kementerian Pendidikan seharusnya mengadakan temuduga wajib bagi setiap ibubapa sebelum mereka melepaskan anak-anak mereka ke sekolah. Jangan lagi terlalu ghairah memotivasi dan mendidik para pelajar dan belia. Tidak mungkin masalah belia dan gejala sosial dapat diselesaikan sekiranya kita tidak menyelesaikan masalah aqidah kedua ibubapa mereka. Kerana dari situlah bermulanya sarang gejala social yang sebenar. Tidak guna kita mendidik mereka dengan baik akhirnya dilepaskan kembali di dalam suasana yang tidak baik. Bermula dari temuduga tersebut dijadikan wajib kepada setiap ibubapa, agar kerajaan dapat mengesan aqidah ibubapa serta dapat mengesyorkan mereka kepada bahagian agama untuk ditarbiahkan. Saya pasti sekiranya Kementerian Pendidikan mewajibkan temuduga tersebut, maka pasti akan membantu JAKIM didalam menjalankan tugasan Tarbiah mereka. Ia akan lebih memudahkan para guru mendidik para pelajar setelah mengetahui latarbelakang aqidah ibubapa dengan lebih mendalam. Apa yang berlaku dewasa ini, telah menunjukkan kepada kita betapa ramai dikalangan pemimpin yang memandang ringan akan persoalan dakwah Islam. Mereka menyerahkan seratus peratus kepada agamawan seolah-olah mereka tidak langsung terlibat dalam menyebarkan syiar Islam. Sedangkan Allah dan Rasul telah berulang kali menyatakan bahawa setiap mukmin bertanggungjawab menyebarkan syiar Islam dan menjaga agama Islam. Maka apa yang terjadi hari ini telah jelas menunjukkan bahawa setiap pemimpin Islam di Malaysia masih gagal menjaga Agama. Tidak hairanlah sekiranya Agama Islam di sini semakin di hina dan dipandang rendah. Apa sahaja keaiban tentang orang Melayu/Islam diaibkan dengan mensensasikan beritanya sehingga Islam dipandang sebagai sebuah agama yang tidak bermoral. Bagaimana kita hendak menarik bangsa dan agama lain untuk memeluk agama Islam. Sedangkan yang berada di dalam agama Islam sendiri tidak kita tarbiahkan. Saya amat bermohon agar kerajaan terutama Kementerian Pendidikan berganding bahu dengan JAKIM bagi menjaga anak-anak Melayu/Islam agar tidak sesat dan menyesatkan dikemudian hari. Ingatlah missionary Kristian bekerja siang dan malam untuk merosakkan anak Islam tidak termasuk agenda Yahudi yang memperkenalkan pelbagai hiburan dan program untuk menyesatkan golongan Islam. Semoga apa yang berlaku dikalangan yang telah mencemarkan diri mereka tidak turut mencemarkan Agama Islam sebagai sebuat Agama yang lengkap dan mulia. Nauzubillah. Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhari dan Tirmizi) Soal menyampaikan ilmu agama: Ilmu agama tidak harus sama sekali disembunyikan, bahkan tiap-tiap seorang yang mengetahuinya wajib menyampaikannya kepada orang yang belum mengetahuinya walau pun ilmu itu hanya satu ayat dan Al-Qur'an atau satu hadis atau satu hukum. Dengan itu akan tersebarlah ilmu pengetahuan dan hukum-hukum Islam kepada seluruh umat manusia sebagaimana yang ditugaskan kepada Rasulullah s.a.w. dan umatnya.

1 comment:

  1. Saya mohon jutaan maaf kerana article tidak berperenggan.....cuba edit tapi gagal.....kelalaian amat dikesali.

    ReplyDelete