ASSALAMUALAIKUM

Saturday, August 7, 2010

DEMOKRASI VS DEMONSTRASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Selawat dan Salam Buat Baginda Rasulullah s.a.w

Lagi-lagi demonstrasi. Inikah Negara yang di katakan demokrasi? Kalau ikut dari segi kaedah dan sistem yang dulu dan kini ternyata secara bertulis bahawa kita adalah sebuah Negara demokrasi. Tapi apa sudah jadi? Demonstrasi di sana-sini. Masih juga sesetengah rakyat di Malaysia mengatakan bahawa kerajaan tidak adil. Malahan kalau diikutkan setiap kali ada pilihanraya kecil mahupun besar kerajaan terus menerus membenarkan demonstrasi di sana-sini. Dengan berkumpul beramai-ramai menaikkan sepanduk yang meletakkan pelbagai perkataan yang menelanjangkan sesetengah pemimpin apa bukan dikatagorikan sebagai demonstrasi ke? Masih juga sesetengah pihak menyatakan bahawa kerajaan melarang mengadakan demonstrasi jalanan.

Kalau kita kaji semula permohonan HINDRAF bukankah pokok tuntutan mereka adalah kepada kerajaan Britain. Kalau berani sangat kenapa tidak di adakan tunjuk perasaan di sana? Pergilah tuntut dengan kerajaan Britain dengan membawa semua kaum India di Malaysia dan duduk demonstrasi depan pejabat kerajaan Britain ataupun depan Istananya. Mengapa melibatkan airmuka Negara Malaysia yang tidak sampai 5% pun yang setuju dengan tuntutan mereka. Baru disebut tentang penagkapan ISA semua kaum India khususnya dah mula marah. Bagaimana dengan kemarahan orang Islam yang terlibat dengan Arqam? Nak simpan dalam pajak gantung? Anak Cina Makan Pengat Jadi sendiri Mahu Ingat.

Apakah istimewa sangat kaum India di Malaysia sehingga hendak menjadi kebal dengan tahanan ISA. Bukankah Negara Malaysia juga terkenal dengan sebuah Negara Islam, jadi kalau orang Islam pun pernah satu ketika disumbatkan ke dalam tahanan ISA, jadi apa salahnya kalau ianya juga diimplementasikan kepada kaum lain. Lagi kata kerajaan tidak adil.

Pada pandangan saya secara peribadi tentang demonstrasi jalanan, hanyalah layak bagi mereka yang tidak mempunyai nilai professional. Ianya hanya layak kepada mereka yang yang inginkan publisiti murahan. Jangan ingat dalam dunia artis sahaja nakkan publisiti murahan dalam politik juga ramai yang mahukan publisiti murahan ini terutamanya pihak pembangkang. Orang kalau benar-benar nak bekerja duduk di dalam pejabat dan bukan di tepi jalan. Kalau dah cerdik sangat naka menuntut itu dan ini pelbagai saluran telah disiapkan kenapa tak guna. Ada akai tak mau pakai.

Kalau dikatakan di dalam laman-laman web tak tau dari mana mereka “mark attendance” bagi yang mengikuti demonstrasi jalanan ini adalah 40 ribu orang, maka tak sampai 000.1% pun dari 23 juta rakyat Malaysia. Mungkin dalam demonstrasi yang baru di adakan tempoh hari ada ketua darjah yang ambil kehadiran agaknya. Jadi ternyata memang banyak gelembong dari nyata.

Waima apa sekalipun bentuk demonstrasi, jangan dikatakan bahawa Negara ini tidak pernah mengizinkannya. Sebagai sebuah Negara yang demokrasi perkara ini telah dan pernah berlaku pun seperti yang dinyatakan di atas di hampir setiap pilihanraya. Orang yang bertanggungjawab untuk mengadakan demonstrasi yang tidak diberikan kebenaran, maka harus tepuk dada tanya minda apa yang hendak ditunjukkan. Kalau 51% rakyat di Negara Malaysia ini yang meletakkan tandatangannya untuk menunjukkan demonstrasi maka wajarlah dilayani. Ini kalau beberapa kerat sahaja rakyat yang kononnya tidak berpuas hati maka janganlah nak disyorkan demonstrasi jalanan ini.

Sungguh memalukan apabila Negara sudah berada di tahun millennium masih menggunakan kaedah Jurassic park untuk menyelesaikan masalah. Pelbagai dewan telah di bina bagi mengadakan mesyuwarah, jadi berkumpullah di sana dan cukup sekadar menyatakan kepada media tentang hasrat masing-masing. Inilah yang dikatakan dunia sudah terbalik, ada masjid sembahyang di rumah….ada dewan bersidang di tepi jalan. Kalau sekadar hendak menunjukkan rasa tidak puas hati dan tuntutan maka cukuplah sekadar di dewan mesyuarat dengan jemputan kepada media. Kerana nila setitik habis susu sebelanga. Malu dan amat memalukan apabil Al Jazirra membuat liputan hanya dengan mengambil gambar-gambar yang menunjukkan keganasan sahaja dari pihak keselamatan. Puncanya sampai berlaku semburan air tersebut tak seorang pun mendedahkannya.

Di sinilah seharusnya pihak kerajaan memainkan peranan mereka dengan membuat liputan terperinci dari awal sehingga habis bagaimana percetusan demonstrasi ini boleh merebak. Orang dalam tak cerita dari kepala sampai ekor….akhirnya orang luar edit di tengah-tengah cerita nak kasi gimmick. Bahagian penerangan juga harus peka dan arif untuk membuat liputan ini dan mendedahkan keadaan yang sebenar, rentetan dari tuntutan yang tidak menasabah. Hantarlah beberapa wartawan untuk menemuramah 60% pemimpin dan rakyat yang bangkang dan tidak bersetuju dengan demonstrasi yang di adakan. Janganlah nak jawab sendiri dengan Al Jazirra. Saya pasti ramai yang diluar sana termasuk rakyat yang langsung tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan. Keluarlah budget sikit dan buat dokomentari bagaimana pendapat rakyat Malaysia yang penuh dengan demokrasi dan aman damai ini enggan menerima demonstrasi jalanan yang mungkin sesetengah mereka adalah peniaga-peniaga jalanan, yang sudah pasti bantah dan tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan yang boleh mengakibatkan terjejasnya ekonomi dan mata mata pencarian mereka hari itu.

Keluarkan kembali footage-footage bagaimana kerajaan membenarkan sepanduk-sepanduk anti kerajaan dinaikkan di kala pilihanraya. Itulah satu-satu kaedah demokrasinya kerajaan kita. Media adalah satu senjata dan boleh dianggapkan sebagai tiang seri kepada maruah Negara. Kalau media yang berpihak kepada kerajaan tidak kreatif untuk memulihkan maruah Negara ini maka patahlah tiang seri sebuah Negara. Bukan ramai pun orang di dalam media yang harus ditambah budgetnya untuk melakukan sesuatu yang lebih kreatif di masa hadapan bagi memulihkan imej Negara kita. Kalau sekadar KLIA sahaja yang canggih untuk menyambut tetamu kita, maka Penerangan juga harus lebih canggih untuk menjamu mata tetamu kita. “Make Big deal Out Of Nothing”, itulah pemikiran dan penelitian saya ke atas CNN. Kalau mereka boleh maka Malaysia pun boleh. Kita harus jujur tetapi jangan lurus dalam berurusan dengan media. Janganlah kita hanya menjamu mata dunia luar tentang kecantikan Negara kita tetapi juga harus kita jualkan suara-suara rakyat yang inginkan perdamaian di sini. Banyak usaha yang boleh digambarkan tentang keperihatinan rakyat dan kerajaan kita di sini. Tunjukkan sekolah-sekolah kebangsaan Cina dan sekolah-sekolah kebangsaan India yang julung kalinya di bina hanya di Malaysia. Suruh mereka orang-orang luar lihat betapa demokrasinya Negara kita dan cabar mereka-mereka dari Negara luar untuk mencari sekolah-sekolah jenis-jenis kebangsaan seperti ini di mana-mana di dunia. Inilah sebuah Negara Melayu yang cukup berbudi bahasa dan berbudi bicara kalau tidak masakan sekolah-sekolah ini kita dirikan. Tunjukkan pula barisan yang duduk di dalam Kabinet Negara kita yang terdiri dari berbilang bangsa. Banyak lagi yang boleh ditunjukkan kalau bahagian Penerangan atau media kerajaan membuat kajian dan sedikit kerja keras untuk menyapu balik arang yang telah terconteng ke muka Negara kita.

Peperangan sekarang adalah peperangan dunia tanpa sempadan. Maka kita harus ingat siapakah yang terlibat sebagai “front liner” di dalam peperangan ini kalau bukan media cetak dan eletronik. Jadi kerajaan tunggu apa lagi hantarlah pendekar dan pahlawan di dalam bidang ini sebagai “front liner” untuk berperang di dalam peperangan yang telah dan sedang hebat berlangsung. Kita terlalu lama dan sedang lena dengan hiburan. Terlalu banyak hiburan di dalam media-media terutama di kaca-kaca TV, jadi jangan dibuaikan masyarakat kita dengan hiburan sehingga tidak ada lagi yang berminat untuk menjadi para pengkaji bagi menghasilkan karya-karya TV yang penuh dengan ilmu dan pengajaran. Kerana takut produk-produk ini ditolak. Semuanya bergantung kepada kerajaan di dalam media cetak dan elektronik, di mana ada gula di situ ada semutnya, maka jadilah faktor penggalak bagi rakyat menyambut seruan dan kehendak Negara. Semuanya di tangan anda. Antara demokrasi ataupun demonstrasi, saya yakin terletak tangan-tangan luar yang ingin menjejaskan Negara kita jadi, janganlah kita tertipu. Mungkin sajak sufi ini akan membangkitkan semangat kita untuk mendaulatkan Agama; Bangsa dan Negara kita;

“Kepimpinan:

Kami manusia tak kenal kepalang tanggung
Kami pimpin dunia atau kami mati terkubur
Perdengarkan pada zaman akan irama kemuliaan,
Pengorbanan dan kemenangan

Akan tahulah umat kami
Jika kami menang
Sebenarnya kesulitan itu mudah bagi para pencarinya
Dan jika kami menemui ajal
Kami akan hidangkan gelas kematian kepada peminumnya

Kepimpinan umat menerajui dunia sekali lagi
“Engkaulah pengawal amanat Ilahi
Engkaulah pelaksana takdirNya
Adalah tubuhmu dari daki
Tapi menjadi penegak dunia,
Teguklah dari kendi itu keyakinan melimpah
Bangkitlah dari jurang keraguan
Bangunlah dari tidur yang telah lama lelap dan berdengkur
Sinaran orang Barat telah mengecam fikiran, melemahkan jiwa pula
Mereka telah menipumu
Sekali dengan perbudakan dan pemanjaan
Dan sekali lagi dengan rantai dan belenggu
Terkadang mereka berlagak seperti Syirir
Kemudian bertingkah seperti Abrawi

Orang Eropah zaman kini
Sama dengan Jengis dan Hulago
Dunia ini hancur berkeping-keping
Kerana serbuan dan hentaman mereka.

(Al ALLAMAH MUHAMMAD IQBAL Rahimahullah ‘alaihi)

No comments:

Post a Comment