ASSALAMUALAIKUM

Monday, August 23, 2010

Kembalikan ilmu Al Quran dan As Sunnah ke Sekolah.

"Yang terlepas makin terbelit". Salah satu dialog yang terdapat dalam Madu Tiga. Itu merupakan sebuat ayat yang ringkas namun penuh bermakna. Inilah yang sedang berlaku di dalam masyarakat kita. Kita gemar mengungkit segala peristiwa yang telah terlepas sehingga menjadikan satu perbincangan yang berjalan berterusan seolah-olah kita tidak mahu lagi melangkah ke masa hadapan dengan hanya mengambil iktibar dan bukan cerita dari peristiwa masa lampau.

Maka sebab itulah sebagal apa yang berlaku sekarang seperti, pembuangan bayi, maksiat, gejala sosial dan yang terkini adalah pemesongan Aqidah. Asas dari segala apa yang berlaku sebenarnya berpunca dari kehilangan 2 ilmu tersebut iaitu Al Quran dan As sunnah. Kita sibuk mempelajari ilmu-ilmu dunia semata sehingga 2 buku ini tenggelam di dalam timbunan buku-buku dunia. Apabila berlaku gejala-gejala di atas jari yang dituding merata-rata sehingga sedikit sekali manusia mahu mencari di mana dan dari mana timbulnya permasalahan tersebut dan bagaimana untuk menyelesaikannya. Inilah yang dikatakan "mind maping" kita harus segera menggunakan kaedah ini untuk bukan mencerita masalah yang telah berlaku tetapi bagaimana untuk menghindari masalah tersebut dari terus berlaku.

Pada pandangan saya hanya sebuah kementerian sahaja yang mampu menyelesaikan masalah ini di masa akan datang iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia. Inilah satu-satunya tempat yang mampu mengumpulkan semua peringkat umur yang masih baru dan suci dari segi akhlak dan minda untuk kita terapkan, menjadikan mereka pelapis yang boleh membanggakan Agama, Bangsa dan Negara. Segalanya harus bermula dari dalam dan luar serentak.

Bayangkan ketika anak-anak sekolah bermula dari tadika diamalkan dengan membaca Asmaul Husna setiap hari disekolah, bermula dari tadika sehingga lepas Universiti. Sekiranya kita dilazimkan menyanyi lagu Negaraku apakah tidak mungkin kita disuruh melakukan perkara yang sama kepada anak2 Melayu beragama Islam? Itu adalah pembelajaran pengisian dalaman. Manakala pengisian luaran adalah kita seharusnya menjadikan pengajian dan kajian Al Quran dan As-Sunnah sebagai pembelajaran teras yang wajib lulus seperti matapelajaran Bahasa Malaysia dan lainnya.

Sekiranya kita menghantar anak kita untuk belajar di Al Azhar, paling lama mungkin 7 tahun mereka sudah mahir kerana pembelajaran mereka begitu komprehensif. Mereka masih kemudian layak digelar sebagai ustaz atau pun ustazah yang begitu mahir dalam bidang keagamaan. Tetapi kita yang berada di sekolah biasa sekiranya ilmu ini diterap seawal 5 tahun yakni 2 tahun di tadika ditambah disekolah kebangsaan 6 tahun, sekolah menengah 5 tahun lihat sudah berapa tahun anak-anak kita berada di sekolah ...17 tahun. Bayangkan anak-anak kita diterapkan selama 17 tahun mempelajari Al Quran dan As sunnah, beserta pelajaran lain.

Kerajaan yang diungguli oleh orang Melayu Islam sudah tentu tidak akan merasa runsing lagi memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah apa pun jua. Kerana Al Quran dan As Sunnah merupakan satu panduan hidup yang lengkap bukan sahaja perihal ilmu dunia dan akhirat tetapi juga mencakupi ilmu akhlak dan pembentukan peribadi seseorang. Maka di manakah silapnya sekiranya apa yang diberikan Allah diletakkan sebagai pilihan ke dua di dalam sesebuah perkembangan ilmu dan pendidikan?

Jangan lagi kita runsing dan pening kepala untuk menyelesaikan masalah pembuangan bayi, pelacuran atau apa sahaja di kalangan bangsa Melayu dan Islam kerana mereka akan terus melakukannya. Sebab!! Mereka tidak pernah didedahkan dengan Al Quran dan As Sunnah!! Saya sendiri pernah bertemu dengan lebih 50 belia Islam yang tidak tahu pun bersyahadah, jadi sekiranya kita fikirkan semula adakah mereka ini kita anggap kejam kalau membuang bayi atau kufur kerana membuat maksiat? Inilah masalahnya kerana mereka tidak mempunyai sebarang ilmu Al Quran dan As Sunnah sejak dari awal. Kita hanya ingin meletakkan kesalahan dan kesilapan semata-mata kepada ibubapa, sedangkan kita semua tahu bahawa untuk mendapatkan ilmu Allah ini pun sekarang harus dibayar tidak termasuk ilmu tambahan dunia. Kalau ilmu ini tidak kita usahakan untuk sampai, bagaimana Hidayah akan datang?

Inilah yang dikatakan bahwa setiap peristiwa seperti yang disebutkan bagi pandangan saya amat sukar untuk diselesaikan kerana tiada ilmu dalaman yang diterapkan sejak mereka buluh lagi. Oleh itu marilah kita muhasabah dan kembali menggunakan kaedah "mind maping" mencari akar umbi permasaalahan bagi mengubati penyakit bukan sekadar mulai menyembuhkan penyakit setelah mengetahuinya. Saya amat berharap Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengkaji semula kaedah matapelajaran di sekolah bukan sekadar menjadikan seorang pelajar itu berjaya dengan segulung ijazah dunia tetapi juga membawa segulung ijazah dunia dan akhirat, InsyaAllah masyarakat terutamanya remaja akan datang akan lebih madani mencintai Agama, Bangsa dan Negara.Kalau dahulu kita pernah dipaksa menyanyi lagu gereja di sekolah-sekolah Convent dan menyanyi lagu-lagu Jepun, masakan setelah merdeka kita tidak mampu menggunakan paksaan ke atas ilmu Allah yang unggul iaitu AL Quran dan As Sunnah. Masalah semua dari kita namun, jalan penyelesaiannya telah ada di depan mata iaitu Al Quran dan As Sunnah, janganlah kita tambahi atau memperbaharui dengan ilmu-ilmu lain bagi menyelesaikan gejala sosial ini, melainkan mengembalikan ilmu ALlah ini ke sekolah. Iqraq!! Wassalam.

No comments:

Post a Comment