ASSALAMUALAIKUM

Sunday, August 8, 2010

ENFORCING NEP ON MINORITY RELIGIONS : HELEN ANG KURANG AJAR !!

Inilah satu-satunya anak bangsa Cina yang sudah lupa keturunan dan asal usul yang tidak langsung menghormati “perlembagaan negara”. Kalau hadap sangat mengaku rakyat Malaysia maka belajarlah menghormati perlembagaan negara. Dan kalau hadap sangat main bola, jangan cuba bermain bola di Malaysia tetapi cubalah bermain di luar negara dengan membawa team anda yang berbangsa Cina, baru anak Cina ni akan sedar di mana kedudukannya yang sebenar.

Sebelum meneruskan tulisan ini ingin saya mengingatkan kepada Helen Ang yang biadap ini segala apa yang termaktub di dalam perlembagaan negara. “Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

Ini bermakna agama Islam dalam negara ini mempunyai keistimewaan dari agama-agama lain. Jadi bagi Helen Ang yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan Persekutuan sebagai satu perlembagaan yang harus diterima dan dihormati bagi warganegara Malaysia, maka beliau boleh memilih mana-mana negara lain yang beliau suka untuk memohon agar team bola bangsa beliau ini boleh bermain bola secara adil mengikut analogy beliau.

Kenapa biadap harus meminta hak kesamarataan di dalam agama sedangkan masih kuat mempertahankan sekolah-sekolah jenis kebangsaan anda ? Kalau dia mahukan lagu-lagu kristian dinyanyikan bersama doa-doa orang Islam maka harus di dalam sebuah sekolah yang sama di seluruh negara dan hapuskan sekolah-sekolah jenis kebangsaan bukan di dalam sekolah yang berlainan bangsa.

Helen Ang yang biadap ini juga harus berpindah ke Indonesia, mungkin panca sila itu yang beliau harapkan iaitu samarata dalam agama, namun apakah beliau sanggup menggadaikan bahasa beliau pula untuk hanya menggunakan bahasa Melayu Indonesia di sana?

Penulisan yang berbaur hasutan seperti ini harus ditangani. Helen Ang harus di sumbatkan ke dalam ISA kerana cuba untuk menghasut bangsanya untuk membelakangi perlembagaan Persekutuan perkara 3(1). Beliau cuba mengadakan satu analogy yang menghina Agama Islam di Malaysia dengan membandingkan penganut agama sebagai pemain bola yang tidak adil dalam permainan tersebut. Apakah kita di Malaysia yang beragama Islam sedang bermain bola dengan agama lain?

Kalau Helen Ang mahu membuat analogy menggunakan permainan bola maka saya juga turut membuat perkara yang sama :

“Bayangkan satu kumpulan bola datang dari segala pelusok dunia Eropah, setiap pemain mempunyai hanya satu bangsa, saya menjadi hairan lalu bertanya? Di manakah bangsa Cina di dalam negara anda? Bukankah hampir seluruh pelosok dunia mempunyai bangsa mereka? Lalu mereka menjawab ini hanya untuk pemain Eropah saja, walaupun mereka kerakyatan kami, tapi tak mungkin kami akan membawa mereka bermain bersama untuk dunia kalau mereka bukan 100% berbangsa Eropah.”

Amacam saudari Helen Ang?? Cubalah cari satu sekolah jenis kebangsaan Cina yang wujud di negara lain selain Malaysia? Bangsa anda berada hampir di seluruh dunia dengan memegang passport negara yang pelbagai, tapi di manakah hak keistimewaan ini di berikan kalau bukan hanya di Malaysia?

Saya sebagai Ketua Wiranita PERKASA mencabar Helen Ang untuk berhadapan dengan saya dan nyatakan bahawa beliau tidak menerima apa yang termaktub di dalam perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Hanya dengan cara ini sahaja mudah bagi pihak kami di PERKASA mengesyorkan Yang Di PerTuan Agong untuk menggugurkan hak dan kerakyatan Malaysia beliau, supaya beliau boleh bermain bola secara adil dengan pemain-pemain di negara lain.

Ini jelas satu penulisan “Penghinaan” kepada Perlembagaan dan Raja-Raja Melayu yang bertanggungjawab memastikan kedaulatan Islam tidak di cemar dan ini juga jelas satu “Hasutan” yang akan membuat setiap bangsa beliau terutamanya mempersoalkan hak-hak kedaulatan Islam di Malaysia supaya bangun untuk mempersoalkan ketidak adilan kerajaan Malaysia dan Raja-Raja Melayu mempertahankan keistimewaan dan Kedaulatan Islam di Malaysia.

Saya dengan ini mengesyorkan penulisan beliau ini harus di ambil tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri secepat mungkin, sebelum beliau lebih menggila dan biadap mengadakan pelbagai analogy lagi bagi menghina Islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

No comments:

Post a Comment