ASSALAMUALAIKUM

Wednesday, December 25, 2013

MANGSA BANJIR : PERSOALAN KHALIFAH DAN UMAT BUKAN HANYA PEMIMPIN DAN RAKYAT

Bismillahirahmanirahim Selawat Dan Salam Buat Junjungan Kita Nabi Muhammad s.a.w Tanggal 11/12/13, adalah satu sejarah dalam kehidupan saya bersama suami anak-anak dan sahabat handai yang amat saya kasihi. Inilah pengalaman pertama kami menyaksikan dengan mata kepala sendiri rakyat Malaysia yang hidup dalam kesusahan dan kelaparan.Walaupun sebelum ini pernah terlibat namun kali ini suasana berlainan sekali. Suasana tempat mangsa banjir yang kami sampai tidak ubah seperti satu perkampungan peperangan sepertimana yang kita lihat di Palestin dan kawasan mangsa musibah di Afrika dan India. Mungkin ayat ini agak keterlaluan, tetapi itulah kenyataan. Terlalu banyak gambar yang kami ambil tetapi tidak sampai hati untuk memaparkannya, kerana memandangkan mereka bukanlah dikalangan yang merempat dan susah tetapi setelah musibah banjir melanda keadaan mereka serta tempat tinggal mereka berubah menjadi 360%. Sedih, sayu dan hiba. Apa yang hendak saya perkatakan kerana itulah hakikat kehidupan manusia yang tidak pernah mahu muhasabah. Pandai bercakap pasal orang lain dan pemimpin tetapi bila Allah memerlukan khalifahnya untuk menolong sesama umat semuanya angkat kaki. Saya pernah berada di dalam dua suasana ketika manusia berkumpul besama masyarakat. Pertama di dalam Pilihanraya Umum dan Kecil. Kedua di tempat mangsa menerima musibah seperti banjir dan kebakaran . Muka-muka yang kelihatan di dalam dua situasi ini sungguh berbeza. Kalau di dalam PRK/PRU kita akan melihat lebih ramai muka manusia yang hipokrit, ada juga muka yang cukup pentingkan diri sendiri, mereka ke sana semata-mata untuk mendapat habuan, samada wang atau cerita yang akan difitnah pada pemimpin dan sesama mereka. Kebanyakkan yang berada di dalam situasi pilihanraya, hadir semata untuk mencari kesalahan pemimpin dan orang lain. Mereka sanggup bersusah payah merentas perjalanan semata untuk mendapatkan habuan buat mereka. Sekiranya ianya memberikan menafaat untuk diri mereka semua ok, tetapi jika ianya mendatangkan menafaat untuk orang lain jawabnya kirim salam. Lain situasi ketika bersama dengan mereka yang ditimpa musibah. Semua sahabat yang datang terasa begitu banyak kasih sayang diantara satu sama lain. Semua datang sibuk menguruskan orang yang ditimpa musibah dengan penuh senyuman. Setiap mereka, jauh sekali memandang satu sama lain dengan peransangka tetapi hanya senyuman melihat wajah-wajah yang sedang membantu agama Allah. Setelah selesai jelas Nampak begitu banyak kepuasan diwajah mereka. Semua sibuk berkata, betapa syukurnya kita, tak mungkin kita akan tahu bersyukur kalau tidak melihat dengan mata sendiri akan musibah orang lain. Lain sungguh lain situasinya. Hanya linangan airmata sahaja yang mampu terlihat ,Subhanallah. Setelah melalui sendiri pengalaman melihat mangsa banjir serta menghulurkan bantuan, mulut mulai terdiam, mata sudah tidak boleh berkelip dan hati terlalu banyak beristighfar. Ramai yang akan marah kepada pemimpin apabila melihat situasi sedemikian. Tentu akan menyumpah seranah melihatkan satu kawasan mangsa banjir yang seharian tidak makan, tiada sebarang bantuan dan ada beberapa rumah OKU dan orang tua yang pengsan kerana kelaparan dan tidak mampu membawa diri ke kawasan penempatan banjir. Namun ketika kita sebagai umat Islam terutamanya bermuhasabah ternyata musibah sedemikian berlaku, bantuan yang harus diberikan bukanlah hanya terletak kepada pemimpin, kerana hakikat sebenarnya ia adalah persoalan antara khalifah yakni kita yang dilantik Allah dan umat Nabi Muhamad . Inilah yang dinamakan Hablumminnannas. Tidak mungkin seorang pemimpin mampu mengapai tangan bantuannya kesetiap rakyat. Maka kitalah yang di datangkan Allah tentang perkhabaran tersebut turun ke bawah serta turut membantu sesama kita apa yang terdaya. Allah tidak melihat berapa ramai yang dibantu tetapi Allah melihat bagaimana ikhlasnya kita membantu. Sebagai seorang Islam janganlah kita mempersoalkan siapa yang kita bantu, adakah ianya berparti A, B atau C. Tetapi lihatlah ia sebagai satu bantuan kemanusiaan. Maka fikirkanlah ayat ini. “Ih fazillah, yahfazka”. Kita bantu Agama Allah, pasti Allah akan membantu kita. Kita tidak mengewakan orang lain maka Allah tidak akan mengecewakan kita. Jangan kita menyangka bahawa kesenangan hidup yang Allah berikan kepada kita adalah sebagai satu kesejahteraan dan keberkatan. Sedangkan ketika Allah tidak mahu langsung mengizinkan kita membantu orang lain maka muhasabahlah kerana Allah sedang mengenepikan kita untuk memberi pahala sesama umat buat kita. Kesejahteraan dan kebahagiaan yang hakiki bukanlah sebenarnya terletak kepada perhubungan kekeluargaan semata tetapi terletak perhubungan kita sesama manusia. Silakan berbahagia sesama keluarga tetapi ingat , ketika kita meninggal dunia, ketika ribuan masyarakat yang kita bantu berdoa buat kita, maka ketika itulah baru kita akan sedar di alam barzah, bahawa kehidupan yang Allah keruniakan buat kita bukanlah hanya untuk kita dan keluarga tetapi ianya sebenar untuk kita, keluarga dan sesama insan. Namun semuanya bergantung kepada kita yang benar-benar memahami agama, bahawa setiap perbuatan dan harta yang kita miliki akan dipersoalkan akan khairatnya. Perkara yang membuat saya terharu adalah ketika meihat sahabat handai yang turut bertungkus lumus membantu. Antara mereka adalah para artis, yang senantiasa dicemuh masyarakat. Tetapi apabila mereka turun padang untuk menghulurkan bantuan Subhanallah amat mengejutkan. Mereka sanggup bersama rombongan kami walaupun tiada wartawan dan TV yang akan menuruti rombongan tersebut. Tiada sesen pun wang yang diberikan untuk mengikuti rombongan kami. Semuanya fisabilillah. Banyak pengalaman dan kesedaran diperolehi semasa membantu mangsa banjir. Kita harus sedar, bahawa ternyata untuk menilai sesuatu perkara maka mata adalah penyaksian utama, yang boleh membenarkan telinga. Tetapi dengan telinga, tanpa mata mungkin akan hanya membawa kita ke kancah fitnah, yang telah dinilai sebagai dosa membunuh oleh sesetengah ahli kitab. Apabila sesuatu musibah seperti banjir ini berlaku kita akan sering menuding jari mencari kesalahan orang lain terutamanya pemimpin. Tetapi kalau kita menyaksikan sendiri dan membayangkan bahawa kita adalah seorang pemimpin kawasan tersebut, kemungkinan kita juga tidak mampu membantu semua orang. Oleh itu sebagai insan dan khalifah marilah kita bermuhasabah bahawa kita ini sudah dijadikan Allah sebagai khalifah, maka jalankanlah tanggungjawab kita untuk berjawab dihadapan Allah, apakah kita hanya menjaga kepentingan diri dan keluarga atau turut menjaga kepentingan umat manusia sebagai khalifah Allah dan umat Nabi Muhamad. Ingat bahawa Allah mampu lakukan apa sahaja bagi memberikan peringatan kepada umatnya. Mungkin satu hari kita akan berada di dalam situasi sedemikian dan ketika itu nasi sudah menjadi bubur. Apa yang harus kita ingat sebagai hakikat insan. Bagi yang kasihkan Allah dan dikasihi Allah tiada ayat keselesaan di dunia yang penuh penipuan ini. Demi masa dalam mengejar akhirat janganlah dibuangkan terlalu banyak masa mencari makan mengisi tembolok sendiri, luangkanlah masa untuk menanam bekalan akhirat, sesungguhnya halblumminnallah sahaja tidak cukup sekiranya tidak dijaga hubungan dengan manusia yakni hablumminannas. Mungkin bagi yang tidak berpengalaman di dalam dunia kebajikan tidak mungkin akan memahami masa orang yang membuat kebajikan. Mereka kan lebih memahami masa yang diperuntukkan kepada yang cari makan. Sesungguhnya memahami dan membantu sahabat yang suka berkebajikan samalah seperti seorang insan berkawan dengan penjual minyak atar. Tetapi sebaliknya kalau kita membantu seorang sahabat tukang besi, sedikit demi sedikit akan terkena percikan api besinya dan akhirnya hanya akan membakar nur keimanannya. Wallahualam. Saya ingin menggunakan kolum saya untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat suami dan anak-anak,ternyata inilah percutian terindah kami, serta sahabat-sahabat saya yang sanggup mengorbankan masa bersama keluarga, masa bekerja dan ada juga yang sanggup turun meninggalkan urusan perniagaan, menderma berbagai jenis makanan dan alatan termasuk pengankutan semata-mata untuk menolong agama Allah. Ternyata dalam masa 3 hari Allah permudahkan buat kita segalanya. Terima kasih ustaz kerana mengingatkan saya bahawa “ketika saat Allah membenci kita akan dibuatkan kita sibuk dengan urusan cari makan, dan memenuhi nafsu sendiri, tetapi ketika Allah menyanyangi kita disibukkan pula kita mencari kebajikan untuk membantu sesama insan, disempitka rezeki buat kita hanya sekadar mencukupi dan dijaga semua urusan cari makan, tanpa kita perlu bersusah seperti hamba dunia lain.” Ternyata benar ustaz. Sesungguhnya kalian adalah teman akhirat sebenar. Semoga Allah memberkahi dan merahmati keluarga kalian sehingga ke akhir hayat. Amin. Kepada semua rakyat Malaysia yang cukup prihatin turut membantu magsa banjir ternyata Allah merahmatimu. Terlalu amat bersyukur menjadi warga Malaysia bersama rakyatnya yang sungguh beriman dalam membantu sesama insan. Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36). Pada suatu hari Rasululah SAW ditanya oleh sahabat beliau : “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai oleh Allah ? Rasulullah SAW menjawab : “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain;sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan ” ( Hadits riwayat Thabrani ).

Sunday, December 1, 2013

KELUAR PARTI, LOMPAT, BUKA PARTI BARU ATAU TERUS SETIA PADA PARTI ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIN SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMAD S.A.W Inilah soalan yang sering diajukan kepada ahli parti tidak kira waima parti mana sekali pun sebaik sahaja selepas Pemilihan atau Pilihanraya Umum kepada mana-mana ahli yang tidak terpilih sebagai calun atau kalah dalam pemilihan. Saya menggelarkannya soalan lazim parti. Semua ahli parti mempunyai pandangan dan pendapatnya masing-masing apabila soalan ini ditanya. Ada juga yang tidak pernah ditanya oleh sesiapa tetapi masih bermain-main diminda dan kepala setelah melalui perjalanan Pemilihan atau bekerja semasa Pilihanraya umum. Tetapi dewasa ini soalan keluar, lompat atau setia pada parti sudah kurang diperkatakan. Selalunya ia berlaku dikalangan ahli parti yang Melayu/Islam. Apa yang menjadi buah mulut dikalangan ahli parti sekarang adalah cubaan untuk membuka sebuah parti baru. Alasannya kerana parti yang ada sekarang sudah tidak relevan. Parti yang banyak diperkatakan sudah tentulah UMNO. Saya merasa amat bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana masih diberikan kekuatan untuk tetap memegang prinsip setia kepada parti. Walaupun parti bagi saya adalah umpama sehelai pakaian yang boleh dilucut bila masa sahaja dengan izin Allah. Kesetiaan kepada parti tidaklah menghalalkan kita untuk melanggar segala hukum hakam Agama. Ia bukanlah seperti kesetiaan kita kepada Agama dan ketetapan hati kita kepada Aqidah. Walaupun sekarang secara tidak langsung kesetiaan kepada parti umpama membawa kepada satu perlakuan Assobiyah (yakni sanggup melakukan apa sahaja untuk parti, umpama menutup kemungkaran sesama ahli parti, menghalalkan berbagai cara untuk survival parti malahan kalau terpaksa menggadaikan maruah diri dan agama semata-mata ingin dikatakan setia pada parti. Nauzubillah). Kesetiaan kepada parti sudah kurang berbanding dengan kesetiaan kepada pemimpin. Kebanyakkan ahli sudah mengubah kiblat mereka dari sayangkan parti kepada sayangkan pemimpin. Itulah punca mengapa perlakuan lompat, tukar dan buka parti baru ini berlaku. Sudah hampir 56 tahun UMNO ditubuhkan dan bertujuan untuk membela nasib Melayu/Islam. Ramai yang bertanya apakah masih perjuangannya relevan atau masih berada digarisan niat yang sama semasa ianya mula ditubuhkan? Tepuk dada Tanya iman. Tujuan saya memilih tajuk ini adalah untuk berdiskusi sesama pembaca dimana asalnya perkara keluar , lompat, atau buka parti baru ini berlaku? Apakah puncanya dan mengapa ?Dari peninjauan dan pengalaman bergelumang dengan ahli parti yang terlibat dengan perlakuan lompat, keluar dan buka parti baru, saya dapati hampIr 90% berlaku kerana merasa tidak puas hati dengan tindak tanduk dan perlakuan pemimpin parti. Maaf kalau saya katakan tindakan tindakan memilih untuk keluar, lompat dan buka parti baru adalah satu pilihan yang salah dan silap sekiranya kita ingin meneruskan legasi asal perjuangan pemimpin terdahulu yang telah bersusah payah mendirikan umno untuk memperjuangankan Agama, Bangsa dan negaranya SEHINGGA NIKMATNYA KITA KECAPI SEHINGGA HARI INI. Perlakuan tersebut sebenarnya bukanlah menunjukkan bahawa mereka setia dan sayangkan perjuangan asal UMNO. Tetapi apabila keputusan sedemikian dibuat tidak kiralah keluar, lompat atau buka parti baru hanyalah semata-mata tidak mendapat apa yang diri mereka dan nafsu mereka hajati. Ini ternyata jelas bahawa ahli parti tersebut selama ini hanya sayangkan pemimpinnya dan bukan parti yang hendak diperjuangkan. Mereka hanya ingin menumpang laba dari kesenangan yang dikecapi oleh pemimpin yang dibela dan disayanginya. Apabila hajat pribadi ini tidak tercapai, pangkat, jawatan dan wang berjuta yang dijanjikan oleh pemimpin mereka terdahulu tidak dikabul akhirnya jadilah ahli keluar. Lompat dan buka parti baru ini. Tidak perlu banyak alasan menuding jari menyalahkan pemimpin sekiranya maruah diri sendiri dilacurkan kepada pemimpin yang mereka berhajat. Pandangan saya mudah yang merosakkan parti bukanlah orang lain tetapi pemimpin dan ahlinya. Pemimpin dan ahli adalah cerminan diri mereka. Kalau pemimpin tidak bermaruah maka begitu juga ahli dan begitulah sebaliknya. Hubungan ahli dan pemimpin adalah seperti cermin. Pemimpin yang dipilih itulah gambaran mereka yang sebenar. Sama juga dengan PRU. Andaikata tidak dicalunkan sepertimana yang dijanjikan maka 3 perkara tersebut mula akan diambil. Akhirnya siapa yang rugi. Ramai yang berkata parti sudah rosak maka kita patut buat parti baru. Percayalah cakap saya waima diganti dengan parti apa sekali pun perkara yang sama tetap akan berlaku. Kerana dari sejarah telah membuktikan bahawa antara parti PAS dan PKR hampir kesemua mereka adalah dari serpihan UMNO belaka. Apa jadi? Perlakuan tidak bermoral, rasuah dan kepincangan agama tetap saja ada di mana-mana parti yang ditubuhkan dan kerugian tetap kepada orang Melayu/Islam. Iqraq!! Bagaimana untuk menyelesaikan masalah pemimpin parti dan ahli parti agar UMNO kembali gemilangan dengan maruah dan perjuangan asalnya? Jawapan saya mudah terus setia kepada parti, terus menegur sesama sendiri, terus menyucikan segala kemungkaran sesama sendiri dan terus membuka pintu kepada mana-mana individu yang dirasakan berilmu dan bermaruah masuk ke dalam parti dan yang paling penting terus benar dan berani ketika menegur pemimpin parti dan ahli. Bukan dengan cara terbuka tetapi dengan cara bermuzakarah sesama sendiri. Kalau tidak menerima, maka bagi saya mudah akhirnya serahkan mereka yang mungkar di dalam parti ini kepada Allah untuk diuruskannya. Kalau UMNO runtuh, maka kita bangunkan semula dengan nama yang sama kerana UMNO masih relevan dan perjuangan asalnya amat suci dan mulia sebelum ianya dicemarkan dengan pelbagai isu dan masalah. Jadi siapa yang salah parti? Ahli? Atau Pemimpin? Kenapa nama UMNO itu harus kita kuburkan. Budaya salah, dipersalahkan, memepersalahkan orang lain dan diboikot ketika cuba menegur parti harus disisihkan, budaya pujian dan ampu sana ampu sini harus dikikiskan terus sesama ahli, maka barulah martabat dan maruah UMNO dahulu mudah dikembalikan kegemilangannya. Apa yang menyedihkan ialah lain pula tindakan kita. Bila marah dan segala hajat di dalam parti tak tercapai mulalah kita keluar, lompat dan buka parti baru. Kalau benar kita ikhlas dan tidak berhajat selain dari membela Agama dan dan bangsa kita maka kenapa harus mengambil tidakan sedemikian? Apakah ini akan membawa kepada jalan penyelesaian? Pemimpin UMNO sering dipersalahkan, seolah-olah Raja yang bertahta di mata berTuhan di hati sedangkan yang mengizinkan siapa? Saya merayu kepada semua ahli parti terutamanya UMNO, mulailah muhasabah serta bertanya pada diri kita sendiri apa sebenarnya yang kita mahukan Runtuhkan UMNO? Atau nyahkan pemimpin yang tidak kita sukai atau yang tidak memberikan menafaat kepada kita dari UMNO? Kalau ingin mengubah pemimpin sebenarnya kita harus mengubah diri kita terlebih dahulu. Kalau ingin menuntut kesetiaan kepada parti dari seorang pemimpin maka kitalah yang harus menunjukkan kesetiaan kita terlebih dahulu. Tidak mungkin ada perkataan kecewa dan putus asa di hati seorang pejuang, walaupun disepak terajang dan ditendang oleh badai UMNO, Janganlah kita terus menerus ingin menambahkan perpecahan dikalangan kita. Ianya hanya memberikan ruang untuk bangsa lain mempermainkan bukan sahaja bangsa yang paling menyedihkan ialah apabila Agama kita Islam sudah mulai dipersoal dan dipermainkan. Berusahalah kita menyatakan kebenaran walaupun pahit dan susulilah dengan keberanian untuk kehadapan bersama bekerja demi parti, tanpa membawa hajat dan kehendak peribadi. In sha Allah maruah parti akan terus dapat diselamatkan supaya jasa pejuang terdahulu kembali terpahat dihati anak belia terutamanya anak kita untuk meneruskan legasi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair kita. Supaya tidak menjadikan perjuangan sebagai tempat mencari habuan dunia Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3 orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah: Maksudnya : ….dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya.

Sunday, November 10, 2013

RASUAH POLITIK : BETUL KE BOHONG?

Bismillahirrahmanirrahim Selawat dan Salam Buat Junjungan Kita Nabi Muhammad s.a.w Pemilihan baru ini pejam celik pejam celik sudah hampir sebulan berlalu, namun pelbagai isu tentang perjalanan pemilihan baru-baru ini masih hangat diperkatakan di media sosial sana sini. Banyak yang diperkatakan dari isu Wanita, MT, Pemuda dan Puteri serta barisan kepimpinannya tidak terlupa juga barisan disiplin UMNO. Tetapi di dalam banyak isu yang menarik perhatian saya adalah isu kononnya rasuah masih berleluasa di dalam setiap pemilihan. Walaupun pelbagai cara dan pembaharuan yang dilakukan oleh Dato Seri Najib untuk mengurangkan gejala rasuah yang pernah dikatakan satu masa dulu begitu kuat dikalangan calun pemilihan ketika menggunakan kaedah lama, yang hanya melibatkan dua ribu lebih perwakilan, namun dengan kaedah baru yang melibatkan hampir seratus empat puluh enam ribu, rupanya masih wujud malahan lebih teruk dan banyak lagi. Persoalannya adakah betul ke bohong? Ketika isu rasuah sibuk diperkatakan, saya mulai terfikir, di mana mula timbul pertanyaan ini? Adakah dikalangan ahli atau di kalangan pemimpin? Setelah melalui sendiri pengalaman pemilihan, saya sedar bahawa ia telah menjadi satu buah mulut dikalangan ahli. Kata mereka tentulah dikalangan pemimpin ini tidak akan memperkatakannya kerana siapa yang nak mengaku kalau berak ditengah jalan. Bermaksud seolah-olah hanya pemimpin sahaja yang harus dipertanggungjawab dan dipersalahkan apabila ia melibatkan rasuah. Bagaimana dengan ahli yang menerimanya? Apakah ikhlas mereka membenci rasuah? Adakah mereka ikhlas ingin berubah dan membasmikan rasuah dikalangan pemimpin? Atau perubahan itu harus dimulakan oleh mereka dahulu? Ketika kita mendalami ilmu Agama, di mana letaknya kedudukan seorang penerima dan di mana pula terletaknya kedudukan dosa yang memberi? Saya mulai bertanya para Ulamaq dan ternyata merka berpendapat dosa seorang penerima merupakan dosa yang paling besar dan lebih mendatangkan mudharat kepada ummah berbanding dengan pemberi. Walaupun ke dua-duanya sama berdosa besar tetapi yang menerimalah akan lebih melibatkan kerosakan pada diri mereka kerana wang rasuah tersebut akan dimakan dan menjadi darah daging mereka. Bertambah pula kalau ia melibatkan anak, isteri dan suami atau keluarga. Cuba bayangkan bagaimana penerimaan rasuah itu boleh menghancurkan rohani keimanan seseorang. Bukanlah tujuan saya untuk mengkaji seberat mana rasuah ini tetapi dari hasil penilaian saya ternyata sekiranya siapa pun tidak mahu mengambil pasti tidak akan siapapun menerima. Kaedahnya sama dengan makanan haram seperti babi. Semua orang kafir sudah tahu dan maklum mana-mana insan yang beragama Islam secara waras dan beriman akan menolak pemberian bangsa lain sekiranya ia melibatkan benda makan yang tidak halal itu seperti babi atau arak. Maka lama-kelamaan bangsa kafir ini akan menjauhkan diri dari menawarkan perkara seumpama itu berlaku iaitu menawarkan makanan haram kepada seorang Islam yang waras dan beriman. Itulah penilaian serta penelitian yang saya lakukan ke atas rasuah. Malahan Tun Mahathir juga pernah berkata sekiranya ada orang melayu/Islam yang memakan rasuah sama juga dengan makan babi. Walaupun kesat bahasa itu namun ia merupakan satu kebenaran yang harus ditelan oleh setiap melayu/Islam di Malaysia. Persoalannya sekarang bagaimana untuk memberi kesedaran terhadap kejijikan rasuah ini? Saya pasti Perdana Menteri sedang dan harus memikirkan sedalam dalamnya. Banyak orang menganggap ianya sudah menjadi satu budaya di kalangan ahli untuk menerima apa yang pemimpin berikan, lebih lebih lagi sekiranya barangan percuma itu berbentuk wang ringgit tanpa memikirkan niat dan tujuan asal perbuatan tersebut ditawarkan. Saya berani katakan bahawa TIADA POLITIK WANG YANG TERLIBAT DIKALANGAN PEMIMPIN KETIKA PEMILIHAN BARU-BARU INI!!.Kenapa saya berani katakan sedemikian kerana sampai saat ini tidak ada seorang ahli pun dikalangan 146,000.00 yang berani tampil membawa bukti bahawa politik wang wujud semasa pemilihan. Tidak masuk akal langsung dikalangan ahli seramai itu tidak berani menyatakan kebnenaran dan menegakkan agama Allah serta larangan Allah. Apakah benar ahli mahukan perubahan dan mahu memeperkasakan Agama di dalam UMNO? Amat menyedihkan hati sekiranya ada dikalangan ahli yang mengambil rasuah tetapi lebih takutkan manusia dari Allah. Ada juga yang berkata dikalangan ahli kami ambil dari pemimpin si polan ini tetapi tetap memangkah orang lain. Bagi saya kalau yang memangkah saya dan masih mengambil rasuah dari orang lain itu tetap dosa besar. Itu tetap perbuatan haram. Mula-mula melakukan dosa dengan mengambil rasuah kemudian cuba pula menghalalkan cara, Nauzubillah himinzaliq!! Peimpin atasan terutamanya Dato Seri Najib harus membuat kajian ke atas larangan memakan babi dan meminum arak. Bagaimana kesedaran ini begitu kuat di dalam hati umat Islam sehingga ada yang sanggup memuntahkan kembali jika mengetahui ianya makanan haram. Tetapi pelik bagaimana sukar pula untuk menanam kesedaran ini kepada umat Islam sehingga mereka sanggup memulangkan balik wang rasuah sepertimana mereka memuntahkan arak dan babi. Mungkin para ulamaq dan pemimpin dapat mencari resolusinya. Apa yang saya takuti adalah budaya menghalalkan cara kian berkembang. Mereka akan mengubah hukum Allah daripada haram kepada wajib seperti kata sesetengah pihak “orang bagi kena ambil tapi belum tentu wajib pangkah”. Saya mendambakan satu hari nanti apabila ahli UMNO yang semakin celik agama akan tampil mendahulukan Allah dari ketakutan kepada pemimpin. Lama kelamaan ketakutan kepada pemimpin itu mulai membawa syirik kepada diri. Umpama ibubapa yang menakut-nakutkan anak pada hantu. Begitulah keadaan ahli selama ini. Bila mereka ditakut-takutkan dengan ayat “kalau kau lapur pada SPRM jangan harap sangkut, semua UMNO boleh tutup. Itu adalah ayat lazim ahli, kenyataannya mereka masih disitu mengambil rasuah dan memeluk tubuh lalu menulis dan bercakap dikalangan ahli bahawa pemimpin UMNO semua rasuah. Satu kenyataan akhirnya menjadi khayalan semata seperti si luncai bermimpi di atas pokok, hanya tunggu jatuh sahaja. Rasuah harus bermula dari bawah sekiranya hendak dibasmikan. Kesedaran tentang rasuah harus ditarbiahkan kepada penerima dahulu sepertimana mereka enggan memakan babi dan meminum arak. Kalau kesedaran ini berlaku maka sudah tentu tiada seorang umatpun akan menawar dan memberi. Maka marilah kita ikraq bersama dan mulai bermuhasabah. Pintu taubat senantiasa terbuka. Sebelum kita menuntut sebarang perubahan hanya menggunakan kalam sahaja, maka inilah masanya kita bersatu mulai berserta dengan perbuatan. Jangan sampai tanpa kita sedari perkataan pemimpin rasuah lama kelamaan akan menjadi satu doa buat kita sehinggakan Allah benar-benar akan menghandirkan seorang pemimpin perasuah buat kita dan akan menjadi keseninambungan bagi anak cucu kita. Nauzubillah!! “dan janganlah kamu makan (mengambil) harta antara kamu dengan cara yang batil, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Surah al-Baqarah, ayat 188) “Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani). “Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201. Beirut: Muasasah al-Risalah).

Thursday, September 19, 2013

SOAL JAWAB BULETIN RAKYAT:MENGAPA SAYA MENAWARKAN DIRI


BR       : Kenapa Raihan menawarkan diri untuk bertanding Ketua Wanita Malaysia?
RAIHAN : Saya terpanggil untuk bertanding kerana merasakan inilah masa yang sesuai untuk saya berkhidmat mencurahkan segala ilmu dan pengalaman yang saya ada dikongsikan dengan wanita. Sebab itulah saya ingin membawa misi saya “Wanita Wassatiyah kembali kepada Fitrah”.Saya rasakan pendekatan ini selari dengan kehendak Presiden parti, serta membawa idea baru saya dalam pendekatan wanita dalam perlaksanaannya. Saya ingin melihat wanita berperananan sebagai pengisi kepada kemajuan pembangunan. Bagi saya untuk mencapai matlamat wawasan 2020 bukan hanya terletak kepada kemajuan pembangunan tetapi juga akhlak dan perlakuan rakyatnya. Di sini wanita boleh berperanan mengembalikan kewarasan belia terutamanya untuk tidak berkelakuan agresif sepertimana yang berlaku sekarang ini. Kita tidak harus menyerahkan bimbingan belia hanya dibahu pemuda dan puteri sebaliknya ia adalah tangungjawab besar kepada wanita yang bergelar Pergerakan kaum Ibu sebelum ini. Pengisian seperti bimbingan dan pendidikan inilah yang harus difokaskan oleh wanita. Biar lelaki membina rumah dan kita memastikan pengisian rumah stabil agar dapat mencapai matlamat wawasan 2020 dengan lebih seimbang kerana generasi yang ada sekarang adalah wajah pemimpin kita akan datang. Saya risau matlamat keseimbangan ini tidak tercapai. Apa guna menjadi sebuah Negara yang membangun kalau masaalah sosial kian meningkat. Dengan izin Allah saya akan pastikan keseimbangan ini wujud. InsyaAllah. 

BR       : Apakah pembaharuan yang hendak dibawa oleh Raihan sekiranya terpilih dan menang di dalam pertandingan ini.
RAIHAN : Sebenarnya jangan salah faham tentang pembaharuan. Kerana apabila kita mendengar sebarang pembaharuan semuanya begitu ghairah meninggalkan yang lama setelah mempelopori satu2 pembaharuan. Bukan semua yang baharu itu baik. Saya tidak akan membawa kepada satu pembaharuan tetapi saya akan membawa satu perubahan sejajar dengan pendekatan Presiden yakni transformasi. Mengubah wanita kembali kepada Wassatiyah dan fitrah. Sebab itulah tanpa pengalaman sebagai seorang ibu agak sukar kita kembali kepada fitrah seorang ibu yakni membimbing generasi akan datang terutamanya dalam cara wassatiyah. Amat penting wanita kembali kepada fitrah kerana saya risau dalam peredaran zaman globalisasi tanpa sempadan budaya Barat terutamanya “menuntut hak samarata antara lelaki dan wanita” akhirnya akan menular di kalangan wanita kita. Itulah yang merisaukan saya sedangkan Allah jadikan Fitrah wanita sebagai seorang isteri, ibu bukan sahaja untuk melahirkan umat manusia tetapi juga dengan kelembutan mereka secara fitrah dapat membimbing anak2 mereka dengan penuh kelembutan dan kasih sayang, yang tidak dimiliki oleh seorang lelaki. Sebab itulah jangan hairan kalau generasi kita akan datang terdiri dari belia yang ganas dan kasar kerana kita sudah lari dari fitrah, kerana ibu dan isteri banyak yang bekerja dan mulai menyerahkan tanggungjawab membesarkan anak-anak kepada suami ataupun penjaga dari luar yang tidak langsung memahami budaya kita.Itulah yang saya katakana bukan semua pembaharuan itu baik, lebih-lebih lagi kalau ianya melanggar fitrah dari Allah. Ilmu inilah harus difahami kembali oleh semua wanita, sebagai golongan penting dalam membimbing generasi akan datang. Menyampaikan kepada semua bakal isteri dan ibu yang akan menambahkan rakyat di dalam Negara ini dan memastikan produk mereka berkualiti dan bukan sekadar kuantiti.

BR       : Misi Azalina ialah evolusi apa pula misi Raihan?
RAIHAN : Saya tidak tahu apakah yang hendak beliau evolusikan, jadi saya tidak dapat komen tentang itu. Kalau misi saya adalah “Wanita Wassatiyah”. Sebab itulah saya katakan betapa pentingnya sesebuah institusi keluarga, kerana dari situlah seorang wanita diajar agar menghormati suami, mendidik anak-anak. Saya anggap tidak perlulah saya membawa misi baru kerana secara fitrahnya sebagai seorang wanita yang berkeluarga saya akan tentu menghormati apa sahaja yang dibawa oleh Presiden parti tidak kira siapa pun. Dato Seri Najib sebagai Presiden telah membawa satu misi yang sangat baik yakni “wassatiyah” iaitu kesederhanaan. Bukankah itu sunnah Rasulullah yang terbesar yang harus kita dokong dan sokong. Sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah dan diangkat pula oleh Presiden parti tidak mungkin silap atau membawa kejalan yang tidak baik. Maka visi saya hanya melaksanakan visi Presiden mengikut acuan kehebatan fitrah wanita yakni membimbing. Kalau seorang Presiden bergandingan bahu bersama sayap-sayapnya maka parti akan lebih kukuh jika dibandingkan dengan sayap-sayap yang mempunyai agenda dan misi sendiri. Saya rasa kalau nak bermisi sendiri tunggu jadi Presiden partilah. Sebab itulah parti UMNO menjadi kuat satu ketika dahulu kerana mereka menaiki satu bahtera dengan hanya satu nahkoda. Kalau duduk satu bahtera banyak pula nahkoda, maka ahli akan menjadi keliru. Kamudian berpecah sesama sendiri kerana ingin mempunyai tujuan, misi, dan matlamat yang tidak sealiran dengan Presiden parti. Adalah lebih baik kalau kita mempelbagaikan cara pendekatan misi Presiden daripada memperlbagaikan misi dan matlamat sendiri untuk parti. Apa yang penting jangan menambahkan kekeliruan ahli, apabila Presiden nak buat lain kita sebagai sayap nak bawa ke lain pula, Wallahualam.
BR       : Pertandingan 3 penjuru melihatkan Raihan seorang under dog bagaimana Raihan hendak mengharungi pertanyaan yang bakal menghujani Raihan?
RAIHAN : Saya tidak faham maksud BR tentang “Underdog”? Adakah kerana saya tidak pernah memegang jawatan menteri? Atau memegang sebarang jawatan tertinggi di dalam UMNO? Atau tidak pernah melibatkan diri di dalam UMNO? Kalau saya digelar underdog kerana tidak pernah menjadi Menteri atau memegang jawatan sebagai tertinggi di dalam parti maka saya akan bertanya kembali kepada pucuk pimpinan. Apakah UMNO meletakkan sebarang syarat bahawa jawatan pucuk pimpinan hanya boleh ditandingi hanya antara mereka yang pernah memegang jawatan tertinggi sahaja yang layak untuk bertanding sebagai ketua sayap? Kalau ada saya akan mengundur diri, tetapi kalau tidak ada maka jawapan saya ialah benar saya underdog dalam menjadi seorang pemimpin Negara dan kerajaan tetapi saya bukan under dog di dalam pergerakan wanita UMNO. Telah Saya nyatakan sebelum ini bahawa sudah hampir20 tahun saya berdaftar sebagai wanita UMNO dan pernah dilantik menjadi AJK Wanita Bahagian Kulim Bandar baru jadi saya rasa dalam bekerja bersama wanita serta biro Pergerakan  wanita Malaysia semasa dipimpin oleh Tan Sri Rafidah Aziz keterlibatan saya di dalam wanita UMNO cukup lama, mungkin Dato Azalina lebih under dog dari saya, entahlah.

BR       : Saya menganggap laluan pertandingan ini agak sukar untuk ditempuhi kerana banyak lagi pelapis wanita yang masih ramai yang lebih layak bertanding, apa pandangan Raihan?

RAIHAN : Inilah yang hendak saya nyatakan, parti keramat UMNO ini bermula dengan keberanian bukan kekayaan mahupun jawatan tinggi. Tidak dapat dinafikan, masih ramai pelapis tapi jangan lupa bahawa saya juga seorang pelapis yang telah lama menceburkan diri di dalam pergerakan wanita dan juga berpengalaman. Ini bukan soal pelapis ini soal keberanian menawarkan diri. Kalau siapa yang berani bertanggungjawab membawa perubahan kepada parti kea rah yang lebih baik silakan. Kalau disebut tentang muka baru, kita jangan hairan sebab banyak juga muka baru di dalam Puteri yang jauh lebih bertuah dibandingkan dengan wanita, yang telah diberikan pangkat dan jawatan mengatasi wanita yang lama berkhidmat di dalam parti. Mereka tidak perlu bersusah payah seperti wanita terdahulu, tapi diberikan peluang. Banyak wanita diluar sana yang hebat dan banyak berjasa namun tidak pernah mendapat peluang sebagaimana yang dikecapi oleh Puteri. Jadi kalau ditanya apakah laluan ini sukar, maka jawapan saya pengorbanan wanita dahulu untuk menjayakan parti jauh lebih sukar dan saya belajar dari dari pengalaman wanita UMNO terdahulu yang tabah dan sabar berjuang demi parti walaupun tidak mendapat sebarang imbalan. Malahan tidak keterlaluan kalau saya katakan dengan ketabahan serta kesabaran wanita mendokong setiap matlamat Presiden partilah, maka parti keramat ini kukuh sehingga hari ini. Dari pengalaman saya dengan wanita, boleh dikatakan wanita dari dulu, kini dan selamanya akan senantiasa memastikan setiap mesyuarat di cawangan dan bahagian akan cukup korum, kalau tanpa kehadiran mereka saya rasa banyak juga mesyuarat di peringkat cawangan terutamanya terbatal. Sebab itulah kami wanita senantiasa digelar “ahli mencukupkan korum mensyuarat” jadi saya rasa sudah sampai masanya tuntutan 30% wanita dalam kepimpinan akan saya pastikan  tercapai, atas hasil kerja kuat mereka selama ini. InsyaAllah.

BR       : Apa pandangan Raihan tentang pencapaian wanita dan Puteri UMNO selama ini?
RAIHAN : Saya tidak tahu samada saya bangga atau tidak dengan pencapaian Wanita dan Puteri selama ini, kerana sebagai ahli UMNO tentulah saya harus bangga dengan kedua-dua pergerakan ini sebagai satu sayap yang mantap memperkuatkan parti. Namun kalau saya memandang dari kacamata seorang penggiat hampir 18 NGO, saya nampak begitu banyak ruang kosong yang harus diperhatikan oleh kedua-dua Pergerakan ini, terutamanya masalah gejala social yang melibatkan remaja dan wanita. Sebab itulah saya katakan bukan semua pembaharuan dan permodenan itu bagus kalau kita tidak mengimbangi dengan pendekatan lama. Kita berhasil membentuk ramai wanita yang Berjaya dan berpendidikan, namun kita masih gagal mengembalikan mereka kepada fitrah dan kesederhanaan. Bagaimana tinggi jawatan dan pelajaran kita, tetap tanggungjawab membimbing anak-anak terletak dibahu kaum ibu. Maka pendekatan wassatiyahlah jawapannya jika kita ingin melihat keseimbangan di dalam kepimpinan. Untuk apa kita mempunyai seorang anak yang bergulung ijazahnya akhirnya akhlak mereka entah dimana. Kita lihat sahaja akhlak belia dan remaja sekarang, siapa yang harus kita persalahkan? Anak,ibubapa atau pemimpin? Di sinilah peranan kita membimbing mereka, agar tidak bakal menjadi libality kepada Negara. Tumpuan kita bukan sahaja kepada pendidikan mereka tetapi juga memastikan kerohanian mereka terisi. Ramai yang berkata apabila kami melihat UMNO kami hanya nampak Melayunya sahaja dan tidak Islamnya. Sedangkan akta 160(2) jelas menyatakan bahawa Melayu harus Islam. Maka inilah masanya kita berganding bahu menonjolkan identity kita yang sebenar yakni UMNO bukan sahaja Melayu tetapi tetap juga Islam menjadikan salah satu pengisisan terpenting untuk membimbing generasi akan datang.
BR       : Apakah usaha Raihan untuk memantapkan pergerakan ini?

RAIHAN : InsyaALlah, kita merancang namun Allah menentukan. Sekiranya saya diberikan kepercayaan, maka perkara pertama yang saya akan lakukan ialah menggabungkan kembali pendekatan UMNO lama dan baru. Kalau dahulu wanita yang pernah digelarkan pergerakan kaum ibu, maka mereka tidak pernah meninggalkan fitrah mereka sebagai pembimbing, mereka senantiasa dijadikan tempat rujuk oleh semua kaum belia tidak kira samada pemuda mahupun remaja wanita. Mereka tidak pernah melepaskan tanggungjawab membimbing dan memimpin belia hanya kepada belia tetapi mereka akan senantiasa memastikan tunjuk ajar dan nasihat diberikan agar pemimpin pemuda dan belia senantiasa dibimbing untuk memimpin. Secara fitrah mana ada seorang ibu sanggup melepaskan anaknya yang berumur 20 tahun dibimbing oleh anak yang berumur 21tahun. Sedangkan mereka belum melalui pengalaman dan asam garam orang tua-tua. Akhirnya jadilah sibuta membawa sibuta berjalan. Oleh itu tidak hairanlah kalau generasi muda sekarang seperti kehilangan kesabaran utnuk menjadi pemimpin, tanpa mementingkan samada mereka cukup pengalaman ataupun tidak. Kedua wanita serta sayap lain harus kembali kepada satu misi, satu tujuan dan satu matlamat dengan Presiden parti, bukan sekadar retorik tetapi dengan mewujudkan pelbagai pendekatan untuk mempraktikkan misi tersebut. Ketiga wanita di dalam mengejar permodenan adat lama tidak harus ditinggalkan, yakni kunjung mengunjung di dalam masyarakat menyelesaikan masaalah rakyat dimana aktiviti seperti ini harus berjalan sepanjang tahun dan bukan sekadar bermusim. Adat menziarah ini penting maka kurang-kurangkanlah majlis  dan isikan dengan ziarah, masuk kampong keluar kampong seperti dahulu. Kalau kita sebagai pemimpin tidak selalu berkunjungan maka ianya akan menambah jurang masyarakat untuk mengenali wanita UMNO dengan lebih dekat. Mungkin kegemilangan kita wanita UMNO suatu ketika dahulu sebagai Kaum ibu akan dapat dikembalikan sebagai sebuah pergerakan yang menjadi rujukan generasi “Y”, terutamanya, semoga mereka lebih terbimbing dan berakhlak. Tidak salah kalau kita membawa perubahan tetapi jangan sampai kita melanggar fitrah yang dianugerahkan Allah semata-mata ingin mengikut arus permodenan yang kebanyakkannya dipelopori oleh Barat. Kalau zaman dahulu para ibu tidak berakedemik mampu memasukkan anak ke dalam Universiti, hairan juga saya kenapa begitu ramai para ibu berakedemik tinggi hanya mampu memasukkan anak2 ke rumah kebajikan dan pemulihan akhlak. Dimana letakknya ilmu akademik yang kita galak dan kejarkan sekarang. Mungkin suatu perubahan mampu saya lakukan demi Agama, Bangsa dan Tanahair saya dengan Izin Allah. Mengembalikan kegemilangan lama dalam menuju kepada pembaharuan. Al Quran dan Sunnah juga panduan lama tetapi masih relevan sehingga sekarang. Jadi tiada alassn untuk kita menolak pendekatan kepimpinan UMNO lama semata-mata untuk mengejar permodenan. Apa yang penting UMNO yang mengibarkan pendekatan semangat cintakan Alif, Ba,Ta (Agama, Bangsa dan Tanahair)  harus dikembalikan semula dan dimasukkan kembali ke dalam minda kita semua, itulah asas perjuangan UMNO terdahulu.

Saturday, September 7, 2013

DILEMA WANITA

Bismillahirrahmanirrahim Selawat dan salam buat Junjungan Kita Nabi Muhammad s.a.w Pertama sekali saya ingin memanjatkan syukur ke Hadrat Ilahi di atas keputusan Mahkamah bahawa penggunaan Kalimah Allah akhirnya dipersetujui bahawa “Kalimah Allah” hanya boleh diguna pakai oleh orang Islam sahaj di Malaysia. Sekurangnya ia amat melegakan hati ibubapa di Malaysia yang risaukan kesalafahaman anak-anak mereka genrasi akan datang dalam berhadapan dengan para pendakwah kristian yang begitu giat memesongkan aqidah orang Islam dengan Kalimah Allah terutama dikalangan generasi “Y”. Tidak dapat dinafikan bahawa di zaman globalisasi ini peranan wanita paling mencabar di dalam memposisikan diri mereka sebagai seorang remaja, isteri, ibu, pekerja dan pemimpin. Wanita di dalam Islam telah diangkat mertabat mereka sehingga khutbah akhir Rasulullah juga tidak lupa berpesan agar wanita diberikan hak mereka dan dijaga dengan sempurna. Namun apa yang berlaku hari ini amat merisaukan, apabila peranan wanita begitu terbeban dengan tanggungjawab keluarga serta cabaran dunia. Apa yang menyedihkan adalah fitrah sebagai seorang wanita mulai pudar dan diketepikan. Kita senantiasa berhadapan dengan gejala sosial yang tidak pernah berkurangan. Apa yang menghairankan lagi banyak pakar motivasi, para ulamak dan cerdik pandai, namun lagi banyak gejala sosial membiak. Di mana silapnya? Telah dinyatakan bahawa manusia dalam mengejar permodenan telah mencicirkan beberapa sifat terpenting yakni “fitrah” asal kejadian seorang insan yang bernama wanita. Peranan wanita amat besar di dunia tanpa kita sedari atau terlupa di dalam arus pembangunan. Dari perkataan sudah dapat kita menilai bahawa Allah telah pun memberi beberapa tanda makna yang menunjukkan betapa pentingnya seorang wanita seperti “motherearth”, dan ibu pertiwi. Kedua nama ini telah lama dikaitkan dengan dunia dan alam. Menurut pendapat saya ianya penting untuk menggambarkan bahawa seorang wanita bukan sahaja berperanan sebagai seorang insan biasa tetapi dia merupakan pengimbang dalam memastikan dunia ini aman, stabil dan harmoni. Oeh sebab itu amat penting untuk kita kembali kepada “fitrah” seorang wanita iaitu seorang pembimbing. Tanpa kita sedari walaupun di dalam pengetahuan kita sebagai serorang Islam, fitrah seorang wanita dipenuhi dengan kelembutan. Hanya dengan kelembutan sahaja maka wanita mampu menyentuh hati dan membimbing anak-anak secara spiritual. Dalam ilmu spiritual amat penting kita membentuk anak-anak dari dalam dahulu sebelum ianya akan menampakkan hasil luaran. Membimbing samalah seperti menanam benih. Kalai sebiji benih itu baik ditanam dan dibelai maka hasil pokoknya sudah tentu cantik malahan akan menhasilkan juga buah yang baik. Maka tidak hairan masyarakat kita yang sudah sedia maklum terdedah dengan dunia luar mulai keliru dengan peranan dan fitrah yang dikaruniakan oleh Allah. Di Negara Barat wanitanya sudah mulai wujud “Women's liberation movement” atau “LIBIDO”. Mereka adalah dikalangan ahli poltik dan para akademik yang menuntut hak samarata kerjaya dan tanggungjawab di dalam kerier sama dengan lelaki. Apa lagi ketika mereka mengamalkan “Homoseksual” dan “Lesbianisme”, maka mereka sudah tidak percaya kepada institusi kekeluargaan, peranan sebagai isteri dan ibu. Sudah tentu kita tidak mahu hakikat ini menular ke Malaysia. Wanita Malaysia terutamanya orang Melayu Islam harus sedar mengapa gejala sosial anak-anak remaja kian meningkat kerana kita sudah menyerahkan peranan membimbing kepada orang lain terutamnya kaum lelaki yang hampir 80% pakar motivasi dimonopoli oleh kaum lelaki di Malaysia, juga para ulamak.Kita harus berubah. Dasar pendidikan kita harus melibatkan lebih dari 50% pembuat dasar pendidikan dikalangan wanita. Mungkin tidak hairan sekiranya Menteri Pendidikan suatu hari nanti diberikan kepada wanita mengikut fitrah kemampuan mereka. Perkara ini tidak harus dinafikan oleh kaum lelaki kerana ianya fitrah. Bermakna kejadian Allah tidak mungkin silap. Kemampuan dan kebolehan inilah harus kita eksploitasikan dari wanita sekiranya kita ingin memulihkan dan membimbing generasi akan datang sebagai generasi yang bersih dari gejala sosial. Zaman dahulu ibu kita bukanlah dari kalangan para akademik. Membesarkan kita dengan hanya satu pengetahuan iaitu Al Quran dan sunnah. Tetapi mereka mampu membesarkan kita menjadi para akademik yang bijak pandai dan berakhlak. Tetapi zaman sekarang ibu kita terdiri dari para akademik yang bijak pandai namun kebanyakkan mereka gagal membentuk akhlak anak walaupun ramai yang Berjaya di dalam akademik akhirnya mendapat segulung ijazah yang hanya mampu menjatuhkan maruah keluarga seperti apa yang berlaku kepada sesetengah pelajar kita yang dihantar ke luar Negara. Wahai wanita kembalilah kepada wassatiyah dan fitrah. Marilah kita menilai kembali kebimbangan para Ulamaq di Malaysia tentang salah satu masalah sosial yang kian menular di Negara ini sehingga memaksakan mereka mengeluarkan fatwa sedemikian. “Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoriti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1) 2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud) “. (Fatwa Kebangsaan)

Sunday, June 9, 2013

Melayu Yang Keliru?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD S.A.W BANGSA MELAYU SEMAKIN KELIRU? Sesiapapun manusia tiada mempunyai pilihan untuk menjadi bangsa yang diingininya. Semuanya ketentuan Allah. Adalah satu pembohongan sekiranya kita mengatakan bahawa tidak akan terasa sedih apabila melihat bangsanya semakin lemah dan dihina. Setiap kali kita menegur bangsa sendiri pasti akan dicop sebagai manusia yang ingin menjatuhkan bangsanya . Siapa yang sebenarnya saling menjatuhkan bangsa Melayu sendiri? Persoalan inilah yang harus ditanya oleh kita. Adakah segala masalah kita akan selesai dengan menuduh “rasist” pada bangsa lain? Adakah benar bangsa Cina semuanya “rasist”? Senario yang sedang berlaku sekarang sebenarnya, bukanlah masalah bangsa yang bercakaran dengan bangsa lain tetapi, hakikatnya adalah kemarahan antara rakyat dan pemimpin yang lebih kepada bersifat dendam pribadi. Apa yang nyata rakyat sedang marah kepada pemimpin. Rakyat tidak kira bangsa Melayu, India dan Cina sebenarnya sedang bersatu hati untuk menentang kepimpinan yang juga terdiri dari berbilang bangsa. Tiada rasist dikalangan rakyat tetapi ada rasist yang dinyanyikan dikalangan pemimpin. Itulah kebenaran dan itulah hakikat. Tindakan yang dibuat oleh pemimpinlah yang mengalirkan satu tindakan drastik dari rakyat. Pemimpin seolah-olah menciptakan satu keadaan yang ingin dilihat oleh rakyat. Bukan apa yang seharusnya dipertimbangkan oleh rakyat. Satu perkara dicetuskan oleh pemimpin dan rakyat terus mengambil tindakan. Sedangkan lain pula tindakan yang dilakukan oleh pemimpin. Akhirnya timbul satu persoalan apakah benar pemimpin Melayu sedang merapatkan hubungan antara bangsanya atau cuba menjarakkan perhunbungan tersebut dengan mencuba mengambil langkah menjaga hati bangsa lain. Sepanjang 5 tahun pemerintahan Dato’Seri Najib apa yang dapat dilihat dari kacamata rakyat adalah usaha beliau untuk menawan hati bangsa lain daripada bangsa sendiri. Melayu amat keliru dengan kempen “Satu Malaysia” dan “Love PM”? Apakah bangsa Melayu yang begitu gagah dahulu sehingga bangsa lain terpaksa berbuat baik dengan kita untuk saling berniaga sudah dikelirukan dengan Slogan tersebut? Apakah kita patut menjadi Satu dalam 3 kelompok bangsa dan mencintai Perdana Menteri sebagai bukti cinta kepada Agama, bangsa dan Negara? Semua kita akur bahawa kepimpinan tidak boleh bersifat individu. Rakyat tidak suka apabila disogokkan dengan slogan yang memaksa mereka untuk menurutinya bagi mencapai satu perpaduan. Perpaduan bangsa hanya akan wujud apabila rakyat memahami hala tuju pemimpin. Terdapat satu insiden apabila saya ditanya oleh seorang belia Cina, kenapa kita mesti cinta PM untuk membuktikan kecintaan kita kepada Negara? Apakah slogan yang sedang dilaungkan, sedangkan lain pula yang disebut oleh PM sendiri. Apabila PM berkata semuanya untuk rakyat tetapi slogan menunjukkan bahawa semuanya untuk PM. Sambung beliau lagi , apabila dikatakan satu Malaysia, dimana salahnya kalau kami menuntut semua hak orang Melayu bangsa lain juga mau maaa….. Kalau PM mahu kita sokong BN kenapa mesti sokong PM maaa…..kita sudah pandai maa….kalau sokong BN automatically sokong PM la …haiyaaa..Kelu lidah saya hingga tak terkata apa-apa. Persoalannya sekarang dimana silapnya? Kalau benar PM mempunyai pakar penasihat yang bijak pandai, tak mungkin mereka terlepas pandang dari perkara-perkara ini. Apakah yang sedang penasihat itu lakukan? Kerja mengampu PM atau sedang memikirkan untuk menaikkan kehebatan seorang Perdana Menteri yang akan digelar “walk the talk”. Satu lagi slogan “Janji ditepati” Bukankah slogan tersebut bakal menjerat leher kerajaan sendiri. Mungkin PM mampu dan boleh menepati semua janjinya, namun bagaimana dengan Menteri, Timbalan Menteri, wakil rakyat? Apakah cukup jentera, mekanisme dan keewangan bagi mereka menepati janji? Bagaimana kalau yang berjanji PM dan harus dilaksanakan oleh mereka sedangkan semua tahu antara sesama pemimpin bercakaran sesama sendiri. Ada yang sekadar diberikan jawatan dan bukan pengisian kepada nilai jawatan tersebut. Untuk apa memegang jawatan kalau sekadar menjadi “harimau sarkas”. Untuk apa Perdana Menteri ke sana-sini berceramah mengatakan bahawa Malaysia sebuah Negara Islam kalau tidak dapat menegakkan satu slogan berupa Islam tetapi diterima semua bangsa. Saya amat sokong dengan slogan “WASSATIYAH” (dalam penjelasan ringkas ialah kesederhanaan). Semua bangsa akan suka dengan slogan tersebut kerana mampu diterapkan kepada semua golongan masyarakat. Slogan “In Sya Allah janji akan ditepati” bukankah slogan ini lebih menunjukkan bahawa kita tidak sombong dan mendahului Allah? I love PM ditukar menjadi “I LOVE MY COUNTRY”. Apa yang lebih mencorotkan lagi keadaan apabila Decade’s largest women conference telah dilancarkan di Malaysia. Perdana Menteri telah menyatakan di dalam ucapan beliau bahawa betapa pentingnya penglibatan wanita di dalam masyarakat. Sedangkan baru sahaja beliau mengenepikan peranan wanita di dalam politik , Satu sejarah Malaysia buat pertama kalinya tiada penglibatan wanita yang membanggakan di dalam PRU13 yang lalu. Subhanallah sekali lagi kontranya perbuatan dan percakapan PM. Saya rasa satu sejarah di dalam wanita UMNO apabila Naib Ketua Wanitanya dimalukan dengan tidak diberikan pengiktirafan ke atas jawatannya. Bagaimana mungkin seorang Presiden parti terlepas pandang menawar jawatan setimpal dengan kedudukan beliau. Ia seperti menawar kedudukan pegawai kepada seorang bekas Menteri. Ini bukanlah satu kenyataan memihat tetapi satu hakikat yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Satu kenyataan pahit yang harus ditelan oleh pemerhati politik wanita UMNO. Mungkin penulisan ini bakal dikritik oleh mereka yang hanya mahu PM mendengar kata-kata indah diluar kebenaran yang harus ditelan oleh seorang Perdana Menteri. Sebagai penasihat yang bijak laksana mereka tidak harus memperdengar dan memperlihatkan kepada PM apa yang disukai oleh beliau tetapi mereka harus menyampaikan satu kebenaran yang pahit yang harus ditelan oleh beliau bagi mengubati penyakit yang sedang melanda rakyatnya. Barulah kehebatan seorang PM akan terserlah. Tun Dr Mahathir hebat dengan “unpopular statement”. Walaupun pedih tetapi itulah hakikat yang harus diperbaiki. Kalau semua khabar indah apa lagi yang hendak diperbaiki oleh seorang Perdana Menteri. Dalam keadaan ini saya sebagai bangsa Melayu amat keliru. Apa yang dikatakan dan apa yang sedang berlaku dibawah langsung tidak seiring. Kita dikatakan sedang berhadapan dengan suasana perkauman tetapi hakikatnya berbilang kaum sedang memperjuangkan nasib seorang Melayu. Malahan ada juga Melayu yang bangkit memperjuangkan seorang bangsa Cina dan India. Apakah yang sebenarnya sedang berlaku pada bangsaku? Akhir kata muhasabahlah wahai pemimpin Melayu. Di mana sebenarnya silap bangsamu. Iqraq!! “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).

Thursday, April 4, 2013

ERTI KEAMANAN SESEBUAH NEGARA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMAD S.A.W Adakah rakyat dalam sebuah negara yang merdeka serta aman seperti Malaysia dapat benar-benar menyelami erti keamanan dan seterusnya membenci peperangan? Persoalan ini timbul kerana Malaysia sudah lama aman, iaitu bebas merdeka. Malahan, keamanan itu pula diperoleh tanpa melalui proses peperangan yang panjang dan menyiksakan. Bagi mereka yang lahir ketika negara dibelenggu penjajahan, keamanan negara sangat besar ertinya. Mereka berupaya menyelami perasaan dan kesukaran yang dihadapi ketika negara tidak aman. Misalnya, ketika melawan penjajah British, atau semasa peristiwa kemasukan Jepun ke tanahair. Lain pula halnya dengan generasi muda kini. Tentu sahaja mereka sukar membayangkan keadaan negara yang tidak aman akibat peperangan atau pertentangan melawan penjajahan. Ini kerana mereka sudah lama diselubungi kesenangan. Maka, kesusahan akibat peperangan mungkin tidak pernah mereka fikirkan. Oleh itu, bagaimanakah mereka boleh sebenar-benarnya membenci peperangan? Apabila melihat gambar atau cerita tentang penderitaan masyarakat di Palestin, Afghanistan, Iraq mahupun di beberapa negara di benua Afrika, pasti ramai yang berasa sedih, marah, takut dan berharap perkara itu tidak berlaku di Malaysia. Namun, berapa lamakah perasaan itu dapat dikekalkan? Lazimnya, apabila kembali sibuk dengan perjalanan hidup seharian, perasaan itu hilang bagai debu ditiup angin. Kita telah digemparkan pada 9 Februari apabila Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu. Mungkin orang ramai memandang peristiwa ini sebagai satu pencerobohan serta peperangan kecil yang terjadi. Namun jika dilihat dengan pandangan hakikat, ternyata Allah sedang memberikan kita satu gambaran bahawa betapa perlunya masyarakat Malaysia terutamanya bangsa Melayu yang beragama Islam kembali bersatu. Mata batin kita mulai ditutup oleh Allah. Kita melihat sesuatu keadaan dengan nafsu. Tanpa pertimbangan, kita mulai menabur fitnah dan tohmah. Kita harus sedar bahawa keamanan yang telah kita kecapi selama 50 tahun bukanlah hanya kerana hasil kepimpinan kerajaan yang ada. Tetapi kerana Allah mengizinkan kepada kerajaan kita untuk memimpin. Tapia pa yang kita pertikaikan adalah rasuah mereka. Kita lebih takutkan kehilangan wang Negara daripada kehilangan sebuah keamanan. Bukanlah saya ingin membenarkan rasuah. Namun kaedah untuk membenteraskan rasuah kita lihat di depan mata ada usahanya. Namun usaha untuk menimbulkan kekacauan dan menggugatkan keamanan Negara juga dilakukan oleh sesetengah pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Namun kita dengan senang hatiu cuba untuk memejamkan mata dan menafikan segala-galanya. Kalau pemimpin rasuah dan tidak adil kita bangun memberontak dengan mengadakan demonstrasi. Malahan ada yang sanggup berkumpul beramai-ramai untuk solat hajat mendoakan kehancuran sesame Islam di atas nama satu parti yang kita telah sedia maklum bahawa parti tersebut bukan sahaja diwakili oleh orang Islam yang membuat kejahatan tetapi juga ada antara mereka yang mungkin membuat ibadah lebih dari yang mendoakan kehancuran tersebut. Sepatutnya nilai keamanan dihargai oleh semua pihak, tanpa mengira parti dan agama. Ini adalah rumah kita di sinilah satu-satunya tempat kita hidup dan mencari makan, melainkan anda sanggup untuk berhijah. Sekiranya kita sayangkan bumi tercinta. Inilah saatnya kita bangun memberi sokongan. Menutup mulut dan menahan jari dari terlibat untuk mempertikaikan kekuatan pertahanan kita. Bayangkan mereka anggota polis dan tentera hanya segelintir berkorban untuk menjaminkan keselamatan kita. Namun langsung tidak kita hargai. Lebih menyedihkan apabila mereka terkorban dan isteri serta anak-anak mereka menjadi balu dan anak yatim. Di manakah pendemo-pendemo jalanan? Bukankah mereka terdiri dari orang-orang berani yang menebalikkan kereta polis, memukul dan menerajang sesame sendiri. Inilah masanya anda ke Lahad Datu memukul, menerajang dan membalikkan perisai penceroboh. Bukan menjadi jaguh kampong, hanya pandai menuntut keadilan dan bukan berjuang menghadapi penceroboh. Paling menyedihkan lagi apabila ada segelintir pemimpin yang menyanyi dan bergembira kerana akan kehilangan Sabah. Langsung tidak ada perikemanusiaan. Langsung tidak terdetik di dalam hati sekiranya Sabah akan diambil pasti akan berlaku peperangan. Maka rakyat sendiri juga akan terkorban. Bersyukurlah, kerana kemerdekaan kita bukan dengan pertumpahan darah. Tetapi kita terpaksa bertumpah darah hanya untuk menyelamatkan satu negeri. Apakah ianya berbaloi? Bangkita dan bersatulah wahai sekelian masyarakat Malaysia. Ini sebenarnya adalah anjuran Islam dan anjuran Nabi kita Muhamad s.a.w. Kenapa ini tidak diperjuangkan oleh mereka parti yang memperjuangkan Islam. Sekiranya mana-mana pemimpin dapat menerajui Negara ini tetapi keadaan Negara menjadi kucar kacir apalah ertinya sebuah Negara, tidakkah mereka terfikir. Seharusnya semua tenaga digembelingkan untuk mencari siapakah dalang yang membuka pintu kepada penceroboh ini? Apakah mungkin sebuah cerita digembar gemburkan sekiranya tiada bukti dan kebenaran disebaliknya. Igraq Mungkin sajak nukilan saya ini boleh memberi kesedaran kepada para belia khususnya untuk menghargai sebuah perjuangan Agama, bangsa dan Negara: WASIAT AYAH BUAT ANAK MERDEKA Wahai anak merdeka yang bertuah Janganlah kamu buta sejarah Perjuangan merdeka ayahmu tiada berdarah Nampaknya mudah hakikatnya susah Wahai anak merdeka Kamu sekarang begitu juah Silap sikit mula menerjah Mudah sungguh berpaling tadah Mendabik dada mencampak maruah Wahai anak merdeka yang bertuah Tiada kira apa bangsamu Tika sedar sudah bersatu Kini mulai melontar batu Kerna minda sudah membeku Wahai anak merdeka Di mana akhlakmu tika bersuara Bertindak tanpa akal dan minda Sedangkan sijilmu panjang berjela Wahai anak-anak merdeka kini Tanpa sedar mindamu ditakluki Penyerang minda tiada henti Dengan tujuan satu yang pasti Meletak maruah bangsamu di telapak kaki Wahai anak merdeka Jangan kamu rasa selesa Dengan kemewahan di depan mata Bangunlah Berjuanglah Sehingga kamu mula percaya Betapa pentingnya menegak kembali maruah bangsa Sedarlah kamu anak merdeka Wasiat ayahmu harus dijaga Sebelum kembali porak peranda Sebelum bangsamu berkubur tak bertanda Sebelum perjuangan alif ba ta mu Menjadi sia-sia

TUMPUAN RASUAH MENENGGELAMKAN PERJUANGAN AQIDAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMAD S.A.W Inilah dunia politik. Masyarakat , ahli dan pemimpin sudah tidak tahu lagi membezakan apakah tujuan hidup kita paling utama di dunia ini. Di dalam Al Quran terbentang tertulis firman Allah yang mengatakan:” Tidak ku jadikan darimu, jin dan manusia, semata-mata hanya untuk menyembah beribadat kepada Allah”. Maksud beribadat di sini bukanlah sembahyang dan berzikir 24 jam, tetapi segala kebaikan adalah ibadah dan membantu agama Allah lebih lagi mulia ibadahnya. Rasuah merupakan salah satu dosa yang besar tidak dapat dinafikan. Bagaimana pula “penggunaan kalimah Allah sehingga meletakkan syirik dan murtad secara berleluasa di kalangan umat Islam?”. Seharusnya umat Islam bersatu dan melemparkan jauh-jauh fahaman politik apabila hendak membela nama Allah. Kita pernah bersama bersatu menentang Lina Joy ketika membuat permohonan untuk murtad. Kita juga pernah bersama ketika nama Nabi Muhamad s.a.w dihina. Ini adalah nama Allah Tuhan semesta alam. Apabila ianya hendak dicemari kita langsung mendiamkan diri. Tidakkah kita takut ketika mati nanti apabila bakal ditanya oleh Allah apa yang telah kita lakukan untuk mempertahankan kalimah Allah? Bagi yang boleh berceramah maka ceramahlah. Bagi yang boleh melukis maka lukislah dan bagi yang mampu menulis maka tulislah untuk mempertahankan kalimah Allah. Kita sememangnya bukanlah seorang pakar dalam ilmu agama untuk memberi nas bagi mempertahankan kalimat Allah. Tapi kita kan punya ulamak, ustaz dan ustazah yang ramai untuk kita semak dengan mereka supaya memahami mengapa kalimah tersebut tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam untuk diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Alhamdulillah dengan berbagai rujukan bahan bacaan dan pertanyaan terus kepada pelbagai ustaz termasuklah ustaz di JAKIM maka saya mulai memahami mengapa penggunaan nama Allah ini hendak sangat digunakan oleh mereka yang mempunya niat jangkamasa panjang merosakkan aqidah umat Melayu yang Islam di Malaysia. Kita semua sudah maklum di dalam perlembagaan persekutuan 160 (2) menyatakan bahawa orang Melayu wajib Islam di Malaysia. Kita juga sedia maklum terdapat sejarah di mana berlaku di Pulau Pinang perjumpaan pastor yang berbai’ah sesame mereka untuk menjadikan Malaysia pada suatu hari sebagai Negara Kristian. Kita jangan lupa bahawa perkara ini bukan baru berlaku tetapi sudah lama. Melihatkan jumlah kaum di Malaysia bangsa Melayu paling ramai sehingga melebihi bangsa lain, maka Melayulah menjadikan target utama mereka untuk di Kristiankan. Supaya mencapai lebih 50% penganut kristian dan akhirnya boleh di debat di dalam Parlimen menukar agama rasmi Malaysia. YB Zulkifli Nordin pernah membuat penjelasan secara terbuka bagaimana gerakan kristianisasi ini sudah lama berjalan di Malaysia. Tujuan mereka adalah untuk memastikan bangsa Melayu terutamanya murtad. Mereka telah melihat bagaimana ianya telah Berjaya di Indonesia. Di sana orang-orang Islam telah disekularkan dengan hanya menggunakan kalimah Allah maka Islam dan Kristian terus di samakan antara Tuhan Yang Satu dan Jesus. Lalu mereka menghalalkan perkahwinan antara Islam dan Kristian tanpa menukar agama mereka. Inilah dinamakan aqidah. Hanya dengan menggunakan satu perkataan yang sama dengan membawa 2 penjelasan umat Islam sudah keliru. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya anak-anak kita di bawah 10 tahun dilampirkan kepada mereka risalah “Mengenal Allah”dalam versi Kristian? Sudah tentulah ia mudah mengelirukan. Seharusnya ini bukanlah masa kita mempolitikkan isu yang menjadi perjuangan umat Islam. Kita terlalu asyik mencari berapa ramai pemimpin rasuah sehingga kita lupa bahawa berapa ramai pulak pemimpin yang memberi ruang kepada bangsa kristian ini untuk memurtadkan orang-orang Islam. Kalau kita menyuruh sesiapa sahaja bercakap tentang rasuah si polan dan si polan sudah tentu berkajang kertas mereka akan bercakap dan menulis. Tetapi sekiranya kita disuruh mencari pemimpin yang sedang membuka pintu memberi ruang untuk bangsa Kristian memurtadkan orang Islam, pasti kita akan jawab “tak pa kita serahkan kepada pejabat agama, ulamak dan ustaz”. Tetapi kalau polis minta tolong kita menjadi “rakan polis” bukan main lagi kita menyokong sedangkan kita bukan polis. Tapi kita sokong kerana takut hilang harta dunia. Kalau menyokong ustaz dan pendakwah untuk memberi pengetahuan tentang larangan penggunaan kalimah Allah kita diam, kerana apa iman orang lain bukan urusan kita, dan hilang iman tidak ada keuntungan dunia buat kita seperti hilang harta. Iqraqlah wahai manusia “Ih’fazzilah, ya’h fazka” JAGA ALLAH DAN ALLAH AKAN MENJAGA KAMU. Menjaga Allah bukan sekadar mencari pemimpin rasuah tetapi juga mencari salah pemimpin yang membuka jalan merosak aqidah. Samalah dengan pemimpin yang mengkhaskan rumah Allah (masjid) hanya untuk ahli partinya. Ini juga merosakkan aqidah , bila ada anak kecil yang bertanya “kenapa kita tidak boleh masuk rumah Allah yang ini? Tak boleh nak kita bukan ahli parti si anu maka kita tidak Islam katanya.”. Subhanallah adakah ini yang hendak kita jawab pada anak2 kita yang senantiasa di didik oleh kita bahawa semua masjid adalah rumah Allah. "Allah SWT menyatakan di dalam Al-Quran bahawasanya hendaklah kita berpegang teguh dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah" Maka sebaliknya yg berlaku sekarang amat membimbangkan dimana kroniknya perpecahan umat islam yg memungkinkan umat islam itu sendiri akan tersisih dinegara islam sendiri. Parti-parti politik mesti berlapang dada dlm merungkaikan permasalah ini dari dalam & muzakarah utk meminimumkan perselisihan & dirapatkan saf-saf ummah..Sebab itu kalau kita lihat hadis Nabi SAW, bagaimana baginda berbicara tentang saf. Kata Nabi SAW yang bermaksud: “Hendaklah kamu rapatkan saf sesama kamu di dalam solat, ataupun Allah SWT pecah belahkan hati kamu.” (riwayat Imam al-Bukhari & Imam Muslim) Maka, disini telah dilihat secara jelas betapa tuntutan islam dalam hal penyatuan ummah. Buang yg keruh ambil yg jernih. Perpecahan umat Islam di Malaysia khususnya amat merugikn umat islan itu sendiri yg menampakkn. Seolah-olah hak islam dipertikai sedikit demi sedikit tanpa ada pembelaan sewajarnya dek kerana kekangan politik. Maka hatta ingatlah hadis nabi yg mengatakan umat islam di akhir zaman bak buih2 di lautan. Dimana jumlahnua byk ttp amat tidak bermakna & rendah kualitinya. Kembalilah kepada al-quran & sunnah.. Jgn kita berqiblat parti politik yg tidak dapat menjanjikn apa2 di akhirat kelak

Tuesday, January 29, 2013

APABILA DUNIA POLITIK SUDAH MENYAMAI DUNIA GOLONGAN KAFIR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIN SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMAD S.A.W Inilah yang dikatakan dunia sudah menghampiri akhir zaman. Sesuatu perkataan yang agak kasar untuk kita telan tetapi itulah hakikat sebenar yang sedang berlaku. Lagi kita mahu menutup mata, lagi Allah hijabkan segalanya di hadapan mata kita untuk melihat perlakuan manusia yang telah melampaui batas. Dunia politik dari kacamata manusia dan golongan tertentu sudah tentulah berbeza. Bagi golongan yang melihat kehidupan akhirat lebih terang dari kehidupan dunia tentulah berbeza sekali. Bagi manusia yang melihat keindahan dunia seperti kekayaan, kemewahan, kuasa dan jawatan tentulah merasa tiada apa yang berlaku di dalam dunia politik yang bertentangan dengan agama, lebih-lebih lagi kalau golongan tersebut menyokong parti mereka. Apakah hakikat sebenar yang berlaku di dalam dunia politik, tidak ramai yang tahu. Mungkin ada yang tahu tapi hanya mampu membisu. Bagi yang ada sedikit keberanian, cuba untuk menegur, pasti akan dipulau atau lebih dahsyat lagi merancang pelbagai strategi untuk menjauhkan diri atau menggugurkan si polan tersebut dari senarai kumpulan yang boleh berkhidmat dengannya. Mereka merasa setiap tindakan mereka tidak akan diketahui oleh orang lain, namun mereka lupa bahawa Allah lebih dekat, malaikat senantiasa mengiringi. Setiap yang akan dianiaya pasti Allah akan menghantar berita percuma. Caranya? Wallahualam bisawab. Jadi sendiri mahu ingat. Apakah yang menyebabkan tajuk di atas berbunyi begitu kasar dan mungkin akan menyentap minda pembaca. Jawapannya mudah “seeing is believing”. Apabila Allah mengangkat hijab di depan mata dan membuka setiap tirai serta menelanjangkan akhlak yang mungkar di hadapan mata kita barulah minda dapat percaya dan hati mula menerima. Ramai di kalangan pemimpin mahupun ahli politik kebanyakan akan menggunakan kuasa dan wang ringgit untuk membeli segala-galanya. Perkara-perkara yang ingin mereka beli langsung tidak akan dikaitkan dengan Tauhid dan Aqidah Islamiah. Mereka menggunakan wang untuk membeli doa, untuk mendirikan masjid dan mendapat pahala percuma, menutup kemungkaran, menutup mulut manusia dan tidak kurang yang menggunakan wang untuk mendapatkan khidmat bukan sahaja bomoh tetapi juga orang alim (pada kacamata mereka) Nauzubillah. Sebagai seorang Islam tidakkah kita ketahui bahawa setiap kemungkaran yang kita lakukan tidak akan dapat terselindung dari Allah. Apa yang lebih menyedihkan apabila kebaikan sesama manusia bersebab, apakah segala derma jariah mampu menutup kemungkaran kita dengan Allah? Apakah dengan mengupah ustaz berdoa boleh menyelamatkan kita? Apakah dengan membina masjid dan diri sendiri tidak selalu ke masjid dapat menutup dosa kita? Apakah kuasa Ustaz mahupun bomoh dapat menyelamatkan kita di dunia mahupun akhirat ? Nauzubillahiminzalik. Lihatlah agama kaum kafir. Bagi mereka yang kaya akan memberi wang kepada ketua agama mereka untuk mengadakan upacara doa. Ada yang memberi wang kepada paderi untuk mengampunkan dosa mereka juga dengan mengadakan beberapa upacara. Tidak kurang juga yang membina rumah ibadah dan tidak pernah memijak rumah ibadah mereka semata-mata untuk didoa kebaikan oleh penduduk setempat. Subhanallah iqraq!! Lebih dahsyat lagi apabila ada golongan Islam dari dunia politik ini sanggup mengupah ustaz untuk sembahyang hajat memohon dinaikkan pangkat, diberikan jawatan dan kekayaan. Kalau diceritakan bab bomoh semakin menjadi-jadi. Kalau dulu titlenya bomoh tapi sekarang untuk menghalalkan cara title dah diubah menjadi ustaz. Cara tetap sama memakai keminyan, menurun atau menilik. Bayar saja duit, kemudian beritahu saja nak apa? Nak jatuhkan orang?, Nak halang rezeki orang mahupun membunuh orang dengan santau semua boleh. Janji ada fulus. Lagi kaya lagi cepat lagi banyak upah maka lebih bagus keputusannya , itu apa yang jahil fikirkan. Mereka terlupa bahawa syaitan akan menolong siapa sahaja termasuk orang alim sekiranya mereka mahukan dunia samada buat mereka atau orang lain. Namun kita harus ingat seandainya mereka benar-benar alim mahukah mereka melakukan perbuatan sedemikian. Urusan ibadah adalah urusan individu dengan Allah. Tidak ada satu manusiapun yang dapat menyelamatkan kita di dunia ini,sekiranya Allah ingin menjatuhkan musibah buat kita. Mohonlah sendiri, beribadahlah sendiri dan galilah ilmu Allah untuk mengelakkan kita dari melakukan kemungkaran. Bertaubatlah sesungguhnya tanpa kita sedari dengan nafsu yang besar terhadap pangkat, harta dan kuasa akhirnya kita terikut-ikut budaya orang kafir. Membelanjakan wang untuk menempah neraka. Merasakan wang adalah keutamaan untuk berbuat apa sahaja. Sesungguhnya nasihat dan peringatan ini bukan sahaja kepada golongan politik tetapi juga saya. Diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa yang meniru suatu kaum maka dia termasuk dari mereka.” (HR. Abu Daud yang dishahihkan oleh Ibnu Hibban) Semoga golongan ahli politik yang bergelumang di dalam dunia politik akan diberikan hidayah oleh Allah untuk meninggalkan perbuatan yang dilakukan oleh golongan kafir dalam mengejar kuasa , harta dan tahta sebelum Allah s.w.t mendatangkan lebih banyak musibah kalau bukan kepada mereka mungkin kepada keluarga dan anak cucu mereka. Semoga mereka senantiasa beringat bahawa masyarakat yang dipimpin oleh mereka pun tidak terlepas dari terkena musibah atas perbuatan mereka dengan izin Allah. Nauzubillah. Bertaubatlah!!