ASSALAMUALAIKUM

Sunday, October 31, 2010

AHLI PARTI VS BERJAWATAN DALAM PARTI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
SELAWAT DAN SALAM BUAT BAGINDA RASULULLAH

Sungguh jauh berbeza cara perjuangan dahulu dan sekarang. Kalau dahulu orang yang masuk parti akan berjuang sehabis-habisan dan akan senantiasa membantu ahli parti yang lain tanpa mengira samada berjawatan atau tidak. Mengapa ia menarik perhatian saya untuk menulis isu ini adalah kerana berdasarkan satu pengalaman berbual dengan seorang yang berjawatan di dalam parti. Saya merasa amat terkilan dan sedih dan secara tidak langsung barulah saya fahami mengapa sesebuah parti itu menjadi kian longgar dan masing-masing membawa stering sendiri di dalam perjuangan. Ternyata sekarang perjuangan lebih kepada siapa pemimpin yang berkuasa dan berpengaruh maka itulah perjuangan kami. Sungguh menyedihkan.

Kalau berhadapan dengan orang ramai hanya parti yang akan disebut tetapi hakikat sebenar adalah lebih menumpukan kepada kerja untuk diri sendiri dari kerja untuk menaikkan parti. Saya bertanya kepada salah seorang pemimpin parti boleh tak disenaraikan berapa orang usahawan yang telah sayap parti tersebut usahakan, tanpa berlengah beliau terus menjawab, itu kena tanya biro yang bertanggungjawablah. Kalau begitulah jawapan setiap ahli parti yang berjawatan, maka sampai bila kita akan mendapat kesatuan di dalam parti. Kita sebagai ahli parti tidak harus bercakap soal biro saya, apa yang telah saya buat di kawasan saya, apa yang telah saya buat di kampong saya dan sebagainya. Kita harus sekarang bermula dengan perkataan kami dan bukan biro tetapi parti.

Apakah yang telah saya buat kepada parti. Hampir kebanyakkan orang yang berjawatan di dalam parti yang saya temui akan menjawab perkara yang sedemikian. Kawasan saya begini dan begitu kalau kawasan orang lain saya tak tau. Sampai bila keadaan ini akan berlaku. Inilah Quantum Fizik yang tidak baik selama ini di amalkan di dalam parti sehinggakan rasa ketidak bersamaan itu wujud di kalangan ahli parti. Maksudnya adalah apabila seseorang itu lebih-lebih lagi di kalangan pemimpin telah memulakan satu budaya yang tidak sihat maka secara tak langsung ianya akan menjadi ikutan kepada orang lain. Jadi jangan salah ahli parti, Orang-orang yang berjawatan tak kiralah samada dari biro atau jawatan apa seharusnya bermula dengan bercakap tentang kami dan belajar mengambil tahu tentang apa yang dibuat oleh semua biro di dalam parti supaya ketika berhadapan dengan masalah rakyat mereka para pemimpin ini dapat membantu tanpa mengira biro.

Sedih dan sungguh menyedihkan apabila seseorang yang berjawatan di dalam parti tidak sanggup membantu atas nama parti sebaliknya hanya ingin membantu atas tiket biro sendiri. Bukankah mereka tidak tahu kalau sudah ada lambing parti di dahi buat saja kebaikan kepada orang sudah tentu orang akan tahu bahawa beginilah sifat dan sikap sebenar orang parti tersebut dan bukan hanya membantu mereka yang di dalam kesusahan biro sahaja. Anaka Cina makan pengat sendiri mahu ingat!!

Kalau tak faham tentang jawatan di dalam biro, saya akan berikan penjelasan. Biro di dalam parti diwujudkan untuk menggerakkan sesuatu bidang yang memerlukan tumpuan dan fokas. Memberi idea dan melaksanakan beberapa tindakan dan aktiviti yang berkaitan dengan biro tersebut. Biro bukanlah satu badan yang memastikan bahawa si polan dan si polan itu berjaya di dalam biro yang dinaunginya. Kejayaan rakyat harus dipasti tidak kira siapa pengerusi bironya. Ini penting kerana bukan semua masyarakat tahu secara keseluruhannya bahawa sekiranya aku ingin berjaya menjadi seorang usahawan maka biro ini harus bertanggungjawab. Mungkin alas an lain ialah tak mahu memijak atau melangkah kawasan pentadbiran orang lain. Apa salahnya kita yang berjawatan di dalam biro pendidikan contohnya, tetapi mempunyai kemahiran lain turut turun ke padang membantu individu yang memerlukan. Sekiranya salah seorang individu itu berjaya hasil dari bantuan kita, maka kita akan dilihat sebagai seorang yang berjawatan di dalam parti telah membantu kita tidak kiralah kalau dia menjadi seorang usahawan berjaya dan akhirnya akan digabungkan di bawah biro ekonomi contohnya, sedangkan yang membantu adalah dari biro pendidikan. Bukankah akhirnya akan disebut parti yang berjasa.

Kita boleh bekerja di dalam biro-biro yang telah ditetapkan tetapi apabila menghulurkan bantuan dan pertolongan maka tidak seharusnya kita mendahului biro atau kawasan kita . Tetapi apa yang pelik, bila nak minta sokongan pencalonan tahu pula tak kira biro, semua ahli parti dan ahli yang berjawatan di dalam biro akan kita gapai untuk meminta sokongan. Tetapi bila buat kerja kita hanya bantu biro sendiri. Muhasabahlah!! Inikah erti perjuangan parti.

Ada pula yang mengatakan bahawa saya tidak berjawatan tak mungkin saya dapat membantu. Tapi bila nak cari projek untuk diri sendiri pandai pula jumpa semua orang tak kira biro dan parti. Sedih dan sungguh menyedihkan lagi adalah apabila duduk di dalam satu parti tetapi hanya akan membantu mereka yang disukai sahaja. Dengan alas an ni bukan geng aku walaupun memegang kad ahli yang sama. Malahan ada yang tidak segan silu membuka aib sesama sendiri.

Belajarlah bercakap tentang parti mulai hari ini dan janganlah bersikap pentingkan diri sendiri dan kawasan atau biro sendiri. Ia tak lebih seperti ayam kampong yang hanya pandai berkokok di tempat sendiri. Tak guna kita memegang jawatan parti sekiranya kita hanya membantu mereka seperti memilih antah di dalam beras. Kalau kita tidak mampu melatihkan diri kita untuk menjadi seorang pemimpin yang akan menolak sikap penting diri sendiri maka jangan harp kita akan menggempur dan mengalahkan musuh. Marilah kita mendengar nasihat AL IMAM HASSAN AL-BANNA RAHIMAHUMULLAH’ALAIHI:

“Jadilah kamu seperti pokok, kamu melontarkan batu akan tetapi mereka melemparkannya dengan buah.”

“ hamba dinar ialah mereka yang tidak memperkatakan yang hak kerana jawatannya”.

Imam Al Banna menyeru kepada barisan pejuang Islam,” Medan juang anda yang pertama ialah diri anda sendiri, kalau anda berhasil menaklukinya nescaya dengan mudah and menakluki musuh-musuh anda yang lain, tetapi kalau anda tidak mampu menaklukinya maka jangan harap anda boleh menakluki musuh-musuh anda yang lain. Kerana itu latihlah diri anda untuk terlebih dahulu mampu menaklukkan diri anda dan ingatlah bahawa seluruh dunia ini menantikan munculnya generasi muda yang betul-betul suci, mempunyai moral yang kuat dan terpuji dan generasi itu tidak lain adalah diri anda sendiri. Jangan berputus asa……”

Cukup-cukuplah kita membuat segalanya untuk diri sendiri. Bagaimana kita sanggup melangkahi sempadan orang lain bagi mencari sokongan untuk diri kita, maka kita juga haruslah bersikap sedemikian untuk membantu orang lain. Jangan di kira dari mana biro atau kawasan aku datang tetapi siapa yang memerlukan bantuan akan aku bantu hanya dengan menggunakan kad ahli parti sahaja. Kalau untuk hidup kita katakana “cukup Allah bagiku.” Maka untuk parti yang kita cintai apa salahnya kita katakan “cukuplah sekadar menjadi ahli parti bagiku, ia bukan halangan untuk akau membantu siapa sahaja”.Muhasabahlah!!

Friday, October 29, 2010

HUKUM DUNIA VS HUKUM AKHIRAT

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM
SELAWAT DAN SALAM BUAT BAGINDA NABI MUHAMAD S.A.W

Setiap pemimpin yang akan memimpin mempunyai cita-cita tersendiri. Hanya Allah sahaja yang tahu akan apa yang tersirat di dalam hati dan minda setiap pemimpin. Berbagai kaedah akan dilakukan semasa pemilihan dan kita sebagai rakyat jelata hanya menanti keputusanNya dari Yang Maha Esa bagaimanakah rupanya barisan kepimpinan yang akan terpilih nanti.

Berbagai hukuman kepada ahli parti telah diambil tidak kiralah samada dari Lembaga Disiplin Parti ataupun SPRM. Itu semua hukum dunia namanya. Namun hukum akhiratjuga terkadang-kadang ditunjukkan Allah kepada mereka yang Allah kasihi di dunia lagi, itu dinamakan Kifarah. Hukuman yang diterima untuk menyedarkan sesetengah insan sebelum mati. Tetapi kalau signal sebegini telah diberikan Allah kepada manusia juga masih belum disedari maka tunggu pula hukum akhirat yang nyata iaitu sesudah mati.

Apa yang pelik tentang penerima hukuman adalah bagi hukum dunia tindakan hanya diambil kepada mereka yang memberi rasuah tetapi bagi yang menerima suapan pula terlepas. Berlainan pula hukuman dunia ke atas pentadbir awam yang sering kita dengar hanya penerima suapan pula yang banyak dihukum berbeza dengan hukuman kepada ahli politik. Dalam politik kes memberi rasuah sahaja yang ditangkap dan dihukum sedangkan yang menerima rasuah bebas berbelanja dengan wang rasuah yang diterima.

Semakin hari semakin keliru dan celaru bentuk hukuman dunia yang dibuat oleh manusia yang membezakan antara penerima suapan dalam arena politik dengan penerima suapan dalam penjawat awam. Mungkin tidak ramai yang perasan tentang hal ini, tetapi itulah kenyataannya.

Kalau mengikut agama Islam, yang memberi dan menerima sama besar kesalahan dan dosanya tetapi itu hukum akhiratlah kalau dunia tak tahu pula bagaimana terutamanya di dalam arena politik perkara ini terlepas pandang. Tiada permintaan maka tiada pula penwaran itu pula teori ekonomi. Anak Cina makan pengat sendiri mahu ingat.

Telah berkali-kali saya menulis tentang keadilan dalam pemerintahan sebagai penawar kepada kekecohan politik yang berlaku hari ini. Kalau setiap hukuman itu diadili dengan adil dan bijaksana maka sudah tentu ia akan menaikkan intergriti pemerintahan sesebuah kerajaan. Masakan Hang Jebat mengamuk kalau hukuman yang diberikan kepada Hang Tuah itu adil dan setimpal dengan perbuatannya.

Sejarah adalah kayu ukur apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kalau manusia tidak berpegang dan berpengetahuan di dalam sejarah maka sukarlah untuk mereka mendapat garis panduan jalan manakah yang harus dan tidak harus diambil dalam menstabilkan suasana politik semasa.

Pada pandangan saya satu badan hukuman dunia ini seharusnya disatukan dan tidak lagi wujud badan lain selain dari mahkamah. Kalau SPRM telah diwujudkan maka tidak seharusnya kita mengadakan lagi badan lain seperti Lembaga Disiplin Parti UMNO untuk membuat sebarang hukuman dan ketetapan mahupun keputusan. Kalau namanya badan disiplin, maka tanggungjawabnya sesuai kalau sekadar menghantar surat amaran dan menyerahkan segala fail laporan kepada pihak SPRM untuk membuat keputusan. Kalau tidak kita hanya mewujudkan satu keadaan “double-standard” dalam membuat keputusan yang melibatkan persoalan rasuah. Nampaknya kes yang masuk ke dalam Lembaga Disiplin Parti lebih tegas dari SPRM dan ini secara tidak langsung akan mencacatkan integriti SPRM itu sendiri.

Bagi mana-mana ahli politik ataupun rakyat biasa mahupun penjawat awam, semuanya harus dikatagorikan sebagai rakyat Malaysia. Waima dimana sekali pun kita berada dan dalam keadaan apa sekalipun rasuah tetap rasuah dan tidak akan bunyinya tetap sama dan perbuatannya pun tetap sama. Kaedah rasuah melibatkan yang memberi dan menerima tidak kira dimana anda berada ianya tetap perlakuan salah yang sama. Oleh itu bagaimana ianya diadili secara berbeza? Anak Cina makan pengat sendiri mahu ingat.

Kalau saya yang sudah tua ni pun masih tidak faham dengan hokum dunia yang diciptakan ini bagi mengadili orang yang memberi dan menerima rasuah maka bayangkan generasi baru kita, lagilah tidak akan faham, akhirnya mereka akan membuat keputusan bahawa pemimpin kita tidak adil, macamana?

Inilah bezanya dengan hokum akhirat, tidak kira dimana anda berada bagi yang beragama Islam baik di dalam parti, disyarikat ataupun di pejabat rasuah tetap rasuah dan hukumannya hanya satu “Haram”, bagi yang memberi mahupun yang menerima. Yang menghukum juga satu iaitu Allah s.w.t.

Kalau Negara ini tunggaknya Islam apa yang menghairankan mengapa kita tidak mengamalkan sepenuhnya apa yang kita fahami? Kalau badan hukuman itu hanya satu maka ianya akan dilihat lebih berintegriti dan berwibawa. Kalau beginilah keadaan kita suatu hari nanti sudah tentu rakyat akan makin keliru dengan pelbagai badan hukuman rasuah ini. Kita ada SPRM, Lembaga Disiplin Parti, Polis (PDRM) bahagian anti rasuah dan juga BPR. Cuba bayangkan dan kita juga harus bertanya bentuk siasatan mereka adakah sama? Tindakan dan cara mengadili adakah sama? Wallahua alam bisawab!!

Kalau kita ingin mengajak rakyat Malaysia supaya menghormati badan kehakiman kita serta badan perundangan kita maka seharusnya pemimpin duduk dan berbincang semuila untuk mewujudkan hanya satu badan tindakan sahaja untuk menangani gejala rasuah. Kalau SPRM telah dilantik secara sah, maka badan lain anggaplah sebagai pemberi maklumat dan membantu dalam siasatan sahaja dan bukan mengambil tindakan ataupun menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pihak yang menerima ataupun yang memberi rasuah. Kalau keputusan sedemikian diambil maka sudah tentu SPRM akan lebih dipercayai dan dilihat berintegriti dalam menjalankan kewajipannya.

Amatlah tidak adil apabila seseorang ahli politik yang memberi rasuah itu dihukum dengan kaedah yang berbeza. Bagi yang diadili oleh satu badan memutuskan tidak boleh bertanding. Bagi pihak yang lain pula walaupun telah ditangkap tapi masih diperpanjangkan siasatan dan masih mampu bertanding. Kadang-kadang terfikir juga mana yang lebih cekap dalam menjalankan kewajipan mereka. Yang terlatih dalam siasatan masih tercungap-cungap naik turun mahkamah sedangkan yang tidak terlatih dalam siasatan pula terus tangkap dan hukum Inilah namanya hukuman dunia.

Mungkin kalau kita ni bukan dari kalangan orang yang berpangkat dan berjawatan maka usul kita tak mungkin akan dipandang. Namun inilah hakikat perjuangan penulis,. Saya masih ingat kata Pak Habib” Buatlah apa pun penulis sekarang tak akan diperdulikan lagi”. Tapi itu kata beliau, namun kata saya “ buatlah apapun tulis tetap tulis”. Perjuangan seseorang yang cintakan Agama, Bangsa dan Negaranya tidak sama antara satu dengan lain, mungkin inisahaja cara yang boleh kita menyumbang walau tidak sebagai pemimpin. Apa yang penting apabila ditanya |apakah sumbangan anda kepada Agama, Bangsa dan Negara? “ maka jawapannya sudah ada malahan telah di dokumentasikan lagi. Walau apapun yang ingin kita lakukan maka biarlah ianya ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa pun dari usaha yang kita lakukan kerana segala Ketetapan adalah dari Luh Mahfuz lagi.

Jangalah kita meremehkan hukuman dan cara mengadilinya kerana apapun hukuman yang kita jatuhkan tetap akan diadili semula di mahkamah akhirat. Mohonlah Kasih Allah sekiranya dapat diadili didunia dahulu sebagai kifarah dari diadili di akhirat nantyi sebagai hukuman yang mutlak dan tidak mungkin kita dapat menginsafi lagi kesalahan hanya menahan badan menerima hukuman. Ingatlah pesanan dari tokoh Islam AL IMAM HASSAN AL-BANNA RAHIMAHULLAH’ ALIHI:

“ Adapun keadaan semasa seperti yang kitalihat sekarang, pemandangan Islam berada dalam satu lembah, tetapi perundangan perlaksanaan berada pun jauh disatu lembah yang lain. Sesungguhnya berdiam diri pihak-pihak pengislah Islam daripada berusaha mengembalikan hukum Islam merupakan satu jenayah Islam. Jenayah ini tidak boleh ditebus kecuali dengan bangun semula dan melucutkan kuasa perlaksanaan dari tangan mereka yang tidak menjalankan hukum-hukum Islam yang hanif”.

Begitulah ketegasan Islam dalam undang-undnag, sehinggakan jawatan pemerintah harus dilucut hanya kerana tidak menegakkan undang-undang Islam Perihal ini kalau saya perpanjangkan nanti ada pula yang menuduh saya ingin menegakkan Hukum Hudud. Tetapi sebagai seorang Islam sudah tentu akan menyokong apa sahaja perundangan Islam yang ditetapkan di dalam Al Quran. Sebagai seorang rakyat jelata yang biasadan marhain ingin sekali memohon agar para pemimpin akan datang kembali kepada ad ddin. Bukan sekadar sebagai seorang Islam menjalankan tanggungjawab Islam tetapi juga mengamalkan kehidupan Islam sepenuhnya sebagai contoh bagi generasi akan datang. Ingatlah kita semakin membesarkan ilmu dan semakin ramai yang akan tumbuh di Malaysia ini di kalangan mereka yang berilmu, tunggak kepentingan dalam pemerintahan adalah keadilan. Janganlah terlalu bergantung kepada hukum dunia sehingga lupa akan hukum akhirat. Iqraq!!

Thursday, October 28, 2010

GLOBALISASI VS SEMPADAN DIRI

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Kita Nabi Muhamad saw


Saya begitu tertarik dengan iklan yang dipaparkan oleh PETRONAS satu ketika dulu iaitu “The World Is Watching Us”. Menarik bukan? Tetapi bagi yang perihatin tentulah akan merasa takut dan gentar apabila melihat perkataan tersebut. Apa yang disampaikan oleh perkataan iklan tersebut sebenarnya adalah benar. Malahan dari zaman British lagi Negara kita sememangnya menjadi igauan pihak Inggeris untuk menaklukinya memandangkan hasil bumi kita yang kaya. Apa yang hendak kita katakan tentang globalisasi sebenarnya telah lama wujud, dari zaman Adam dan Hawa lagi dunia ini sememangnya tidak pernah ada sempadan. Malahan apabila dunia ini dijadikan oleh Allah s.w.t. tidak pernah wujud sebarang sempadan. Tidak lain dan tidak bukan manusia jugalah yang mewujudkan sempadan-sempadan ini.Oleh itu jangan takut dan gentar apabila media dunia mewar-warkan bahawa dunia sekarang sudah tidak mempunyai sempadan.

Apa yang perlu kita takutkan adalah apabila diri menjadi globalisasi ataupun dengan perkataan lain adalah diri tanpa sempadan. Kalau dalam bahasa “mat rempet” apa pun boleh janji rock!! Inilah yang amat kita takuti dewasa ini apabila masyarakat sudah tidak tahu membuat sempadan diri. Budaya dan bahasa dicampur gaulkan. Apatah lagi makanan. Halal haram dewasa ini semacam saja, semuanya kita belasah apabila tidak tahu meletakkan sempadan pada diri. Apabila dunia sudah tidak mempunyai sempadan akibat dari teknologi-teknologi yang canggih, maka berita boleh disebarkan secepat kilat. Jangan lupa pula tentang bahayanya pencemaran alam. Itulah yang paling ketara berlaku hari ini sepertimana kita dengar tentang penyakit selsema burung. Siapa yang boleh menahan burung-burung tersebut melalui sempadan kita? Jangan dicerita pula tentang pencemaran industri yang di bawa dari sebuah Negara ke sebuah Negara. Mana Negara yang boleh menahannya dari memasuki sempadan? Itulah globalisasi dunia hari ini. Kalau sejarah globalisasi manusia sibuk menamakan penemuan negaranya dan menyempadankan daerahnya, sekarang Negara tidak lagi tertumpu kepada penggarisan sempadan tetapi apa yang boleh melalui sempadan negara tanpa halangan, visa mahupun passpot. Siapa yang nak buat visa untuk burung-burung dan udara yang tercemar? Tapi dunia serba canggih. Anything can happen. Tetapi kalau nak persoalkan tentang penyakit dan pencemaran sememangnya sukar untuk diselesaikan cuma kata aruah ayah saya talipon sahaja 24434. (Kalau nak tahu no siapa hubungi saya)

Banyak perkara harus kita pertimbangkan sekarang bukanlah globalisasi dunia yang patut kita risau tetapi manusia yang sudah tidak mempunyai sempadan diri yang patut kita fikirkan bagaimana untuk menyelamatkan mereka dari dihasut atau terpengaruh dengan budaya barat khususnya yang kian menular.

Apabila menceritakan tentang budaya barat, teringat saya tentang satu pertanyaan yang pernah diajukan oleh aruah ayah saya Sulaiman Palestin katanya” melalui apakah Negara barat mudah untuk menghancurkan umat Islam?”. Saya pun menjawab”tentulah melalui media dan hiburan serta budaya”. Kata aruah ayah saya, jawapan yang diberikan oleh saya adalah salah dan saya terperanjat, kerana tidak boleh memikirkan selain dari jawapan yang telah saya berikan. Akhirnya dengan ringkasnya dia menjawab “ makanan segera (fast food)” Sekali lagi saya terperanjat. Kata beliau “kalau nak tahu apa yang paling ditakuti apabila manusia sudah makan tanpa sempadan?darah dan daging akan kehilangan iman.”Kata beliau lagi “melalui makanan segera yang diperkenallkan oleh Negara barat inilah yang akan menguntungkan perniagaaan francaise mereka diseluruh dunia. Semua makanan yang diperkenalkan seperti daging dan keju hanya sesuai untuk Negara sejuk yang memerlukan banyak tenaga bagi mengeluarkan haba, jadi kalau kita makan jadi gemuk bukan jadi haba. Sekarang siapa yang untung dan siapa yang rugi? Malahan makanan segera ini juga tidak seratus peratus dapat menjaminkan sifat halalnya, maka mudahlah orang-orang Islam hilang sifat keislamannya. Ingat tak bagaimana seseorang ahli tahfiz, apabila hendak menghafaz Al Quran banyak pantang larangnya terutama dari segi pemakanan.” Itulah kata-katanya. Orang Barat paling takut kalau seseorang hamba Islam menjadi mukminin sejati.Itu katanya lagi. Kerana orang Islam sahaja yang tahu erti “Fi Sabilillah” Iaitu berkorban apa sahaja untuk Allah dan Muhamad. Itulah yang paling mereka takuti, kerana sejarah membuktikan bahawa bertapa kuatnya pengaruh dan ilmu Islam, sehingga berabad dan berkurun lama Negara Barat senantiasa mengkaji dan mengkaji Al Quran tapi orang kita hanya Mengaji membetulkan Idham Ma’alghunnah…..

Apabila berkali-kali difikirkan betul juga kata ayah saya. Pernah sekali saya terjumpa dengan sebuah restoran makanan yang diberi nama “Mat Dollah” di Kedah. Pertama kali saya terpandang restoran tersebut saya merasa sungguh bangga kerana sekurang-kurangnya ada juga anak Melayu yang begitu prihatin untuk mengekang francaise makanan dari Negara Barat. Namun sayang seribu kali sayang francaise tersebut tidak tahan lama dan mati begitu sahaja.

Inilah yang dikatakan apabila manusia tidak tahu membuat sempadan diri. Asal orang makan kita makan. Siapa untung kita tak kira. Berkali-kali saya sering bertanya pada diri sendiri apakah kekurangannya makanan Melayu sehingga apa sahaja yang diperkenalkan oleh mereka sering mendapat halangan untuk maju seperti bangsa lain. Bagi kaum India terserlah Nasi Kandarnya, bagi kaum Cina pula hebat dengan The Chiken Rice Shop. Mana Melayu? Makanan tak kurang hebatnya tapi satu francaise makanan Melayu yang berjaya sukar untuk diketengahkan. Mana silapnya sekali lagi saya katakan anak Cina makan pengat…..

Itu baru bercakap tentang globalisasi dunia makanan, tak masuk lagi tentang budaya. Apabila bercakap tentang Budaya inilah yang membuat saya sering merasa sedih. Ini adalah kerana selama ini bidang ini telah menjadi sebati di dalam jiwa saya. Meninjau kembali anak-anak muda dewasa ini amat menyedihkan. Tiada lagi sempadan diri. Kalau bab pakaian Nauzubillah hi min zaliq….malas nak tegur semuanya ketat-ketat dan banyak pusat di bandaraya kata kawan saya. Dah banyak pula tak cukup menindik telinga tindiklah pula pusat, lidah, kening dan sebagainya. Apa lagi apabila terdapat ramai orang Melayu yang setengah masak (kacukan) langsung tak boleh nak kenal apakah bangsa, agama dan budayanya. Tulah nama globalisasi diri, macam macam ada….

Kita telah banyak mendapat contoh bagaimana sekiranya seseorang individu itu menglobalisasikan dirinya, sekarang kita harus mengkaji dan terus mengkaji bagaimana seharusnya kita memberikan pendidikan tentang bagaimana untuk meletakkan sempadan sempadan kepada diri supaya jangan ianya turut diglobalisasikan terutamanya oleh aliran pemikiran barat. Baliklah kita kepada falsafah ikan. Ia dapat meletakkan sempadan pada dirinya supaya air yang masin tidak boleh menembusi badannya. Itulah namanya sisip-sisip keimanan.

Hanya dengan mengetahui asal usul sahaja maka kita akan mampu untuk membina tembok sempadan diri. Saya pernah berkata kepada sahabat handai saya yang suka berkunjung ke Kota Mekah bahawa iman bukanlah hanya ada di sana tetapi iman ada di mana-mana. Oleh itu janganlah terlalu bermegah kalau kita telah mengerjakan haji dan umrah kerana belum tentu kita memperolehi iman di sana. Sempadan diri harus bermula pada diri kita sendiri. Mencari dan mempelajari kemudian mengenali asal-usul Agama, Bangsa dan Budaya. Bertitik tolak dari situ maka kita akan mula menolak segala bentuk ajaran Agama, Budaya dan Bangsa orang lain bercampur gaul dengan apa yang dimiliki oleh kita. Itulah sifat “pertuanan diri” yang sebenar. Berbangga dengan apa yang telah kita miliki dan kemudian mempertahankan pula apa yang kita miliki.

Dasar Pandang Ke Timur yang telah dianjurkan oleh bekas Perdana Menteri kita begitu bertepatan. Setelah dasar tersebut diperkenalkan saya telah mengambil inisiatif untuk tinggal di Jepun selama hampir sebulan bersama keluarga angkat di Kokubunchi dan Nagoya. Amat terperanjat apabila saya melihat budaya mereka yang begitu mereka banggakan. Saya amat terasa “Ketuanan diri” yang ada pada mereka. Mulai saya terfikir apakah bahasa Inggeris yang dianggap global itu sebenarnya meluaskan pengetahuan perhubungan kita atau sekadar membuka sempadan diri kita untuk menyerapi budaya Barat. Sememangnya tidak dapat dinafikan bentuk budaya Barat terdapat di sana namun budaya mereka seperti contoh teater Kabuki, masih terpelihara nilai budayanya sehinggakan mereka meletakkan harga tiket yang jauh lebih mahal dari sebarang persembahan luar yang masuk ke sana. Di Negara kita pula bagaimana? Kalau Mariah Carrie punya Konsert dengan Ning Baizura? Anak Cina makan pengat……Siapalah agaknya lebih mahal?

Salah seorang pelajar Jepun yang saya kenali amat mengangumkan saya apabila beliau menyatakan bahawa pelajar-pelajar di Universiti sini amat memahami setiap buku Inggeris yang mereka baca, Cuma mereka tidak dapat bertutur sahaja dalam bahasa Inggeris tetapi dapat menelaah buku-buku Inggeris dengan baik. Kemajuan teknologi membuktikan bahawa tidak semestinya bertutur bahasa Inggeris, membawa budaya Inggeris maka kita akan duduk sama tinggi dan sama rendah dengan Barat. Begitu juga apabila dilihat dari segi pemakanan, malahan kerajaan mereka juga mengawal barang-barang makanan impot serta memilih makanan yang sihat sahaja yang dibenarkan masuk ke Negara tersebut. Kawalan pemakanan gula juga ditetapkan oleh kerajaan mereka. Itulah cara bagaimana mereka mempraktiskan sempadan diri mereka. Maka tidak hairanlah sekiranya mereka tidak gentar kepada globalisasi dunia, kerana mereka telah lama letakkan sempadan pada diri apa yang boleh dan apa yang tidak, demi kebaikan Negara mereka.

Telah berkali-kali saya nyatakan bahawa kerajaan harus memainkan peranan dalam membentuk Budaya dan sasiah diri. Agama dan Budaya adalah seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan apabila kita ingin mewujudkan sebuah masyarakat yang kental jati dirinya. Inilah sisip-sisip keimanan yang harus dimasukkan ke dalam diri setiap individu di Negara ini, supaya sikap untuk menyempadan diri disegerakan supaya mudah untuk menghadapi dunia globalisasi. Perdulikan dunia yang sememangnya tidak pernah ada sempadan. Kembalilah kita membentuk pemikiran globalisasi tetapi penerimaan yang bersempadan. Tidak salah mempunyai pemikiran yang global asalkan kita tahu yang mana harus diambil dan yang mana pula harus disempadankan.

Segala-galanya akan hanya berhasil sekiranya kita mula mengenalkan agama dan budaya di peringkat sekolah rendah lagi. Mulai dari sekolah rendah secara sedar ataupun tidak anak-anak kita sudah dikenali dengan budaya Barat, dengan Brass Bandnya dan flutenya dan pelbagai lagi alat muzik Barat yang di ajar. Tetapi tanpa kita sedar Negara kita yang begitu banyak alat muzik tradisionalnya dan tune-tune tradisional yang kaya tidak pernah dijadikan satu perkara yang wajib untuk dipelajari. Bila anak-anak sekolah rendah kita sukakan budaya rap, kita hairan. Tapi langsung tidak sedar bahawa itulah sebenarnya pendedahan awal sekolah rendah kita lagi sudah memartabatkan budaya bangsa asing, bagaimana kita hendak menanam nilai-nilai murni sebagai sisip-sisip keimanan bagi membina sempadan diri kepada mereka. Mula-mula suka lagu barat kemudian suka baju barat selebihnya suka berdengung macam orang barat. Apa lagi kalau tak arak dan dadah yang sudah menjadi sebahagian cara hidup orang barat.

Bukanlah kita hendak menyalahkan kerajaan, namun pada pandangan saya kerajaan adalah penggubal dasar. Baik dasar yang dibuat maka baik jugalah hasilnya. Pendidikan adalah menjadi hak perkongsian bersama antara kerajaan dan ibubapa. Sedar tak sedar mahu tak mahu tanggungjawab juga telah dibahagikan 50-50 antara kerajaan dan ibubapa. Apa yang diperkenalkan itulah yang terpaksa diakurkan oleh ibubapa. Apa lagi zaman sekarang sukar mencari surirumah sepenuh masa. Kalau ada yang tak bekerja pun sibuk pula dengan berpersatuan. Oleh itu pertimbangkanlah hanya bermula dengan kerajaan yang perihatin barulah rakyat mengikutinya. Malahan kerajaan juga terdiri dari mereka yang berpangkat ibu dan bapa, maka lebih ariflah untuk mereka melihat kea rah mana hendak dibentuk anak-anak mereka sejajar dengan anak-anak masyarakat mereka. Bayangkan kalau ibubapa memaksa anak bermain caklempong sedangkan brass band di sekolah diwajibkan susah bukan?Tak gitu?. Akhirnya anak kata ini tak ada markah mak….so tak pentinglah. Maka anak-anak akhirnya kenal wayang kulit dari iklan ubat batuk.

Oleh itu dalam membentuk penyempadanan diri di dalam dunia yang telah lama globalisasi adalah hak dan tanggungjawab kerajaan. Di dalam zaman pemerintahan Pak Lah, saya menampakkan usaha ini iaitu meletakkan Agama nombor wahid. Diharapkan beliau dapat menjadi “Bapa Pembangunan Insaniah” bagi membawa masyarakat Malaysia kearah penyempadanan diri. Kemungkinan dengan wujudnya Islam Hadhari masyarakat akan lebih terpimpin dalam membuat keputusan terhadap diri mereka bagi memilih apa yang boleh dan apa yang tidak di dalam kehidupan kita seharian.
Marilah kita melihat nasihat yang diberikan oleh Tuan Haji Zabidi Hj Nawawi, pengarang buku Nasihat Tokoh-Tokoh Islam Sedunia:

“ Tidak syak lagi rata-rata manusia dewasa ini sedang ketandusan jiwa, sunyi dari kekuatan dan kesegaran rohani, tidak menikmati kemanisan dan kelazatan iman (Halawatal iman).Hal ini berpunca dari sepinya hati dari makanan, minuman dan baja yang sangat diperlukan untuk ia terus hidup mekar dan segar bugar, ditambah pula lagi berbagai penyakit yang telah menyerang hati itu dari berbagai sebab dan punca…….Telah sepakat ulama menyatakan kejatuhan umat ini berpunca terutamanya kerana kita lupakan Allah, maka dengan sebab itu Allah s.w.t ‘melupakan’ kita. Lalu kita tidak mendapat bantuan, pertolongan serta kemuliaan yang sewajarnya daripadaNya…..Setiap individu ummah mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan system Allah dibumi tidak kira dari golongan dan peringkat mana mereka berada. Yang lebih bertanggungjawabnya ialah para ulama’dan umaraq’(pemerintah). Ulama’ dizaman kegemilangan Islam menasihati pemerintah bukan dinasihati pemerintah. Mereka tegak di atas keberanian meski pun nyawa dan harta bendanya terancam. Mereka beramal dengan ilmu dan benar-benar takutkan Allah dan tidak takut selainNya. Mereka menasihati ummat dengan ikhlas dan jujur, tidak berkepentingan duniawi.

Wahai saudaraku,

Masa tidak menunggu kita untuk memulakan langkah menuju kehidupan yang diredhai Allah seperti kata Allama Iqbal “Menjadi ‘abid Allah tentera Muhammad”. Dan katanya lagi “ku harapkan pemuda inilah yang akan sanggup membangunkan zaman yang baharu, memperbaharui kekuatan iman, menyalakan pelita hidayat, menyebarkan ajaran khatimul anbiya….”

Itulah sebenarnya ramuan untuk kita lihat dan pelajari bagi menyempadankan diri. Tanpa mengetahui asal usul Agama, Bangsa dan Budaya maka sukar untuk kita kembali membina tembok-tembok kekuatan diri menghadapi dunia globalisasi. Janganlah dirisaukan tentang dunia tanpa sempadan kerana dari wujudnya dunia ini pun tidak bersempadan. Kekuatan sesebuah Negara terletak kepada keteguhan umat dan masyarakatnya. Sifat “Ketuanan diri” harus diserapkan ke dalam minda kita agar kita memperdaulatkan Agama, Bangsa dan Budaya kita, supaya kita tidak bermegah dengan budaya Barat khususnya yang kian menular di dalam masyarakat kita hari ini. Kalau dulu orang tua-tua berpesan “makan boleh sebarang makan….cakap jangan sebarang cakap”. Pesanan saya pula kerana makan sebaranganlah maka kita juga lupa budaya hingga bercakap pun boleh sebarangan ditambah pula dengan kelakuan yang tidak bersempadan.
Ingat dan kajilah diri sebelum kita mengkaji dunia globalisasi. Sesebuah Negara hilang tergadai adakah kerana globalisasi duniakah atau globalisasi diri?





Saya terlebih dahulu ingin memohon jutaan maaf kepada pihak Buletin Demokrasi kerana gagal menghantar penulisan saya pada keluaran lepas. Ini adalah kerana saya dan keluarga telah telibat di dalam satu kemalangan jalanraya yang agak teruk. Kereta saya boleh dikatakan “total damage”. Namun syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dan seisi keluarga selamat kecuali anak kecil saya yang berumur 4 tahun mengalami kecederaan di bahagian mata dan hidung namun tidak serius. Inilah pengalaman ngeri yang belum pernah saya alami seumur hidup. Selama 22 tahun inilah kali pertama saya terlibat dengan kemalangan jalanraya. Kereta saya telah dilanggar sebuah lori 12 tayar yang terbabas ketika hujan. Inilah yang dikatakan malang tidak berbau. Kita pandu dengan berhemah pun tetap boleh terlibat dengan kemalangan, inilah takdir namanya. Namun saya redha dan bersyukur. Harta boleh dicari tapi nyawa tiada ganti. Syukur saya, suami dan anak-anak selamat. Itu yang penting. Alhamdulilah.

Sunday, October 24, 2010

MELAYU EQ VS MELAYU ESQ

Dengan nama Allah Yanga Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Selawat dan Salam Buat Baginda Rasulullah s.a.w


Setelah mengkaji dan meneliti tentang sifat melayu ternyata terjawab beberapa persoalan tentang mengapa sesuatu kejayaan Melayu itu tidak dapat bertahan lama. Hampir seluruh dunia mengetahui akan kebijaksanaan bangsa Melayu. Dalam pelbagai bidang Melayu telah berjaya dari segi ekonomi, politik, sosial dan tak ketinggalan dalam dunia IT dan sains. Di mana silapnya Melayu apabila kejayaan ini tidak dapat bertahan lama lebih-lebih lagi ke mata dunia.

Apa yang bakal saya terangkan adalah semata-mata hasil pandangan dan penilaian yang saya ambil melalui pengamatan saya dari pembacaan dan pergaulan juga dari latihan Ilmiah di dalam kajian yang pernah saya hasilkan tentang ESQ. Ia merupakan istilah singkatan kepada “kecerdikan emosi dan kecerdikan spiritual”. Tidak dapat dinafikan bahawa bangsa Melayu merupakan satu bangsa yang tinggi EQnya. Sehinggakan akhlak tersebut banyak menyenangkan semua pihak. Seperti budi bahasanya, budayanya serta tingkah laku yang di ajar dari keturunan amat menyenangkan setiap mata yang memandang. Tutur kata dan adab sopan bangsa ini penuh berhemah sehinggakan boleh menenggelamkan sesiapa sahaja yang mendengar bangsa ini berkata-kata.

Penerangan tentang EQ. Steven Stein dan Howard Book (2000) menyifatkan kecerdasan EQ sebagai “street smart” (pintar) atau kemampuan khusus yang disebut sebagai ‘akal sihat’. Ini berkaitan demean kemampuan menbaca lingkungan politik dan sosial, dan menatanya kembali; kemampuan memahami demean spontan apa yang diinginkan dan diperlukan oleh orang lain, kelebihan dan kekurangan mereka; kemampuan untuk tidak terpengaruh demean tekanan; dan kemampuan untuk menjadi orang yang disenangi, yang kehadirannya dialu-alukan oleh orang.

Manakala SQ timbul melalui kajian saintifik yang dijalankan oleh Micheal Persinger pada awal dekad 90an dan melalui kajian pakar neurologi V.S. Ramachandran pada tahun 1997. Kedua-dua saintis ini telah menjumpai sebuah bahagian dalam otak manusia yang dipanggil “God Spot” atau “ Titik Tuhan”. Pada tahun 2001, Ary Ginanjar agustian, seorang pakar motivasi telah menggabungkan EQ dan SQ. Beliau menyatakan bahawa “Titik Tuhan” hanya merupakan satu perkakas (hardware) untuk otak. Beliau kemudian telah mencipta kaedah latihan ESQ Model berdasarkan struktur asas agama Islam.

Tapi pernahkah kita terlintas di benak fikiran kita bahawa dengan memiliki sifat SQ yang sedemikian bagaimana mungkin robohnya kota Melaka? Bagaimana pula mungkin Hang Nadim di bunuh dan bagaimana mungkin Hang Tuah membunuh Hang Jebat? Inilah yang dikatakan EQ terbesar yang dimiliki bangsa Melayu yang tidak harus kita lupakan. Iaitu menggunakan kecerdikan emosi mereka untuk meruntuhkan dan membunuh bangsa sendiri. Sifat Bangsa Melayu dari berzaman lagi telah diajar untuk mematuhi pemimpin. Tapi apa sudah jadi sekarang? Selepas pilihanraya pelbagai usaha telah dilakukan oleh bangsa Melayu untuk mendapat persepakatan dan perpaduan. Apakah semuanya akan berhasil tanpa ESQ? Sejarah Melayu telah menunjukkan kepada kita bahawa sehebat manapun kita dengan EQ yang kita gunakan maka tak akan ke mana. Saya berani menyatakan bahawa sekiranya beberapa kajian dibuat di bumi Malaysia ini kepada seseorang bangsa Melayu, mereka pasti akan menyebut nama-name dari kalangan Melayu juga yang sering menganiayai mereka baik dalam dunia perniagaan mahupun dalam dunia politik.

Apakah SQ dan mengapakah ianya begitu penting kepada orang Melayu sebagai satu ilmu tambah yang harus di gabungkan dengan EQ tinggi yang dimiliki oleh orang Melayu. Bangsa Melayu secara semulajadi telah dibekalkan dengan EQ yang tinggi sebab itulah akhlak bangsa Melayu senantiasa menjadi bualan di tanah suci umpamanya kerana begitu lembut dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Namun ia tetap tidak mencukupi sekiranya tidak menambahkan dengan ilmu SQ yang diperkenalkan oleh Ary Ginanjar, di mana kata beliau “bagaimana untuk merasakan diri ini hidup berTuhan”. Semua orang Islam percaya kepada Allah, namun masih ramai yang merasakan Allah tidak ada ketika berbuat maksiat ataupun merancang untuk menganiayai sesama Bangsa. Sekiranya Bangsa Melayu sedar bahawa mereka telah dibekalkan dengan ilmu Agama Islam sudah tentulah mereka tidak akan mempunyai sebarang hasrat untuk menjatuhkan sesama sendiri dan tentulah mereka akan lebih redha dengan setiap rezeki yang diberikan Allah kepada individu tertentu.

Melayu tidak akan ke mana kalau kita asyik mengadakan Kogres ataupun mesyuarat sesama kita hanya bercakap tentang nasib kita tanpa memikirkan bagaimana untuk mengembalikan Bangsa kita belayar di atas bahtera yang telah disediakan Allah iaitu bahtera Islam. Melayu tidak harus berpisah dengan Islam. Gabungan ini sahajalah yang dapat menyelesaikan masalah Melayu baik dari bidang apa sekali pun. Melayu harus kembali mengikut jejak Nabi Muhamad s.a.w. Nabi Muhamad tidak membawa bangsa tetapi membawa Islam dahulu baharulah bangsa akan dikenali. Sejarah dahulu telah jelas menceritakan tentang zaman Tamadun Islam yang gemilang. Melalui sejarah juga kita mengetahui bagaimana hilangnya ketamadunan tersebut hanya kerana manusia mula berbangsa dan berpuak-puak. Sekiranya kita menggunakan asas politik yang diperkenalkan oleh Nabi Muhamad s.a.w. maka sudah tentulah kita tidak akan berpuak dan memecah belah antara satu dengan lain.

Kaedah ESQ merupakan kekuatan dan jati diri Melayu yang harus diterapkan. Melayu akan gagal tanpa Islam hakikat itulah pertama sekali harus dipahat di dalam minda dan hati. Islam akan hidup tanpa Melayu dan Melayu akan mati tanpa kekuatan Islam. Sudah sampai masa, waktu dan ketikanya kita mulalah menghayati Islam dan menaiki bahtera Islam untuk memperkasakan bangsa Melayu. Sekiranya orang Melayu mempunyai kecerdikan Spiritual dan sudah mengetahui bagaimana merasai kewujudan Allah saya pasti tidak mungkin ada rasuah lagi di kalangan Bangsa kita, paling nyata kita akan jauh dari mengkhianati Bangsa sendiri. Tak mungkin bangsa lain dapat menguasai kita atau menceroboh rumah kita kalau pagar kita kuat dan kalau orang kita teguh. Bangsa lain hanya akan masuk sekiranya kita sendiri yang membuka pintu untuk mereka. Anak Cina makan pengat sendirilah mahu ingat.

Kalau Melayu sudah memahatkan Islam di dada mereka tentulah Al Quran akan dicium dan keris hanya diselitkan di pinggang. Dan bukan seperti yang berlaku sekarang Al Quran disimpan sebaliknya keris dicium. Apakah maknanya semua itu? Apakah salah sekiranya Al Quran itu dicium? Mengapakah kita harus mendaulatkan bangsa dahulu baru agama. Bukankah hukum ayat menyatakan bahawa Agama dahulu kemudian Bangsa dan Tanahair? Inilah yang sedang terjadi kepada bangsa Melayu “Allah sedang Murka”. Allah akhirnya telah memberikan kuasaNya kepada mereka yang membesarkan namaNya. Apakah ayat “Allahuakhbar” hanya milik PAS. Lihat apa yang telah terjadi. Sesiapa yang membesarkan name Allah, maka Allah tidak akan lupa membesarkan name mereka. Iqraq!!

Bagaimana sampai terjadi Islam itu dikatakan hanya milik PAS dan Melayu itu milik UMNO. Inilah yang dikatakan “ sebangsa tak seagama dan seagama tapi tak sebangsa”. Apa yang menghairankan mengapa orang UMNO tidak mahu takbir dan laungkan “Allahuakhbar”. Saya sungguh merasa sedih apabila ada sebilangan manusia yang bodoh mengatakan kepada saya” jangan takbir” bunyi macam orang PAS”…..Astagharafilullah kata saya, bagaimana sesuatu milik semua beragama Islam mendapat hak keistimewaan ini kalau bukan kita yang bodoh ini memberikannya!!! Akhirnya siapa yang semakin besar dan siapa yang semakin kecil. Ayat yang begitu besar dan bermakna kita serahkan dengan sukarela memberi hak kepada mereka para pembangkang. Jangan hairan kalau Allah akan terus membesarkan mereka. Tak mungkin Melayu akan bersatu kalau tidak di ajar untuk cintakan Allah. Ada tanda yang besar yang dinasihatkan oleh Sahl Bin Abdullah Attuturi r.a kata beliau:

“Tanda cinta.
Tanda cinta kepada Allah ialah mencintai Al Quran. Tanda cinta kepada Allah dan Al Quran ialah mencintai Nabi Muhamad s.a.w. Tanda cinta kepada sunnah ialah mencintai akhirat. Tanda cinta pada akhirat ialah memarahi dunia. Dan tanda memarahi dunia ialah tidak akan mengambil dari dunia selain perbekalan dan barang-barang yang memadai untuk akhirat.”

Itulah rumusan ESQ menggabungkan dua kecerdikan tersebut untuk mencapai kejayaan. Tak akan ke mana Melayu kalau masih menjunjung replika bangsa tanpa mendahului Al Quran dan Sunnah sebagai ilmu Agama. Junjunglah agama dan keleklah bangsa untuk menguasai semula Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta. Muhasabahlah!!

Thursday, October 21, 2010

ANUGERAH DATO DULU VS ANUGERAH DATO SEKARANG

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Nabi Muhamad S.A.W

Celaru dan keliru apabila kita lihat penganugerahan Datuk atau dato kebelankangan ini. Tidak kiralah antara orang politik mahupun orang seni. Bukan tak ada orang kerajaan yang terima, tetapi tidak usahlah kita melihat kelompok atau golongan dari kakitangan kerajaan yang menerima anugerah Dato atau Datuk ini, kerana jasa mereka kepada Agama, Bangsa dan Negara tidak perlu dipertikaikan. Dalam kadar gaji yang tidak seberapa dan tenaga yang dicurahkan kepada kerajaan memang ternyata berbaloi sangatlah kiranya diberikan pengaugerahan tersebut.

Akan tetapi yang agak keliru sedikit adalah penganugerahan Dato kepada kelompok yang berada di dalam politik dan juga seni.. Maklumlah ini merupakan dua kelompok masyarakat yang begitu sinonim dengan kehidupan saya seharian jadi amat wajarlah untuk saya memberikan sedikit pendapat dan pandangan hasil dari pergaulan dengan kelompok-kelompok ini. Kalau dulu kita semua sudah sedia maklum bahawa mereka yang telah menerima pingat atau gelaran ini merupakan antara mereka yang begitu banyak jasa dan pengorbanan dari segi masa dan wang ringgit untuk memajukan anak bangsa mereka. Perjuangan penerima anugerah ini dulu kalau diperiksa latar belakang mereka terdiri dari tokoh-tokoh yang begitu banyak menyumbangkan masa, wang dan tenaga demi memberikan manafaat kepada masyarakat serta mengharumkan nama negara. Mereka merupakan antara tokoh yang menghasilkan perbagai program serta usaha samada untuk membantu golongan yang mereka pimpin. Ternyata setiap usaha akhirnya wajar menerima penganugerahan tersebut.

Lain pula sekarang ini. Agak keliru apabila kita mendengar segolongan ahli politik yang masih mentah dalam kepimpinan masyarakat akhirnya dengan mudah mendapat penganugerahan. Manakala pula ada di kalangan selibriti seni yang dibayar berpuluh ribu untuk mengadakan persembahan oleh kerajaan mahupun koperat tetapi akhirnya tetap diberikan penganugerahan tersebut. Kalau macam Sharukh Khan lain lah sebab nampak kotranya. Kalau dulu kita terpaksa membayar berpuluh ribu untuk menjemput beliau, namun sekarang untunglah kerajaan negeri Melaka kerana hanya dengan anugerah percuma tersebut mereka telah berjaya mendatangkan bintang tersohor itu ke negeri mereka demgan percuma . Bagaimana dengan artis kita? Adakah setelah mendapat anugerah tersebut sanggupkah mereka memberikan persembahan secara percuma kepada kerajaan? Anak Cina makan pengat jadi sendirilah mahu ingat. Dalam soal ini saya agak terkilan kerana sekelompok anak seni yang begitu banyak mengharumkan nama negara ke seluruh dunia telah diketepikan untuk turut menerima anugerah ini iaitu kumpulan RAIHAN. Mereka pada saya lebih layak untuk menerima anugerah ini kerana hampir seluruh pelosok dunia telah mereka terokai hasil usaha mereka sendiri untuk mengharumkan nama negara tetapi tidak pernah diketengahkan untuk sebarang anugerah. Malahan saya difahamkan bahawa mereka merupakan artis pertama yang berjaya mengadakan persembahan di Albert Hall Of London dan dihadapan Ratu Elizebeth. Saya menyaksikan sendiri sepucuk surat penghargaan yang dihantar kepada mereka dari Istana London di atas kejayaan persembahan mereka di sana. Mengapa mereka ini terlepas pandang oleh kerajaan Malaysia? Adakah kerana mereka berimej Islam? Makan lah pengat dan sendirilah mahu ingat.

Inilah yang membuat banyak masyarakat agak keliru dengan kerateria penganugerahan pingat kepada sesetengah individu. Pada pandangan saya seharusnya pingat tersebut diberikan kepada mereka yang begitu berharga dikalangan masyarakat dengan kerja-kerja kebajikan dan sosial dan bukan kerana pangkat dan populariti semata. Walaupun pada sesetengah manusia penganugerahan itu tidak penting, namun inilah satu-satunya penghargaan daripada negara kepada mereka yang benar-benar layak dan benar-benar berkorban masa dan tenaga untuk masyarakat dan negara.

Kerajaan seharusnya meneliti semula supaya diadakan beberapa kerateria bagi memberikan anugerah kepada orang-orang politik mahupun kepada para seniman. Pilihlah dikalangan mereka yang benar-benar telah menaburkan jasa dan bakti sahaja kepada masyarakat dan negara, bukan diambil secara rambang hanya kerana mereka popular ataupun berjawatan. Ianya dapat disamakan dengan beberapa pemimpin yang dihigh lightkan di dalam akhbar terdiri dari mereka yang berjawatan dan berpangkat sahaja. Lepas tu masyarakat mula menrungut dan mencari di mana pemimpin sejati? Sedangkan kebanyakkan penulis yang bercampur gaul dengan pelbagai manusia telah pun menemui pemimpin sejati tetapi tidak mahu berusaha untuk mempromosikan mereka. Salah satu cara adalah dengan penganugerahan pingat inilah supaya mereka akan dipandang dan dikenang.

Agak lucu apabila orang sedang mencari-cari siapakah “role model” untuk kita jadikan contoh kepada generasi akan datang, sedangkan pihak kerajaan sendiri tidak tahu mencari manikam ini. Kalau anugerah ini diberikan bersesuaian dengan pengorbanan mereka tentulah pengorbanan mereka ini akan dijadikan sebagai idola sesetengah kelompok masyarakat terutamanya dikalangan generasi muda hari ini. Maka dengan itu akan terlahirlah masyarakat yang berfikiran bahawa bukan mudah untuk mendapat sesuatu anugerah kalau sekadar terseohor dan berpangkat, tetapi harus memberi beberapa pengorbanan dan menampakkan usaha kebajikan yang bersungguh ke atas masyarakat barulah layak untuk menerimanya. Sebab itulah takala orang luar kita berikan anugerah menjadi kecoh satu negara kerana kita melihat hanya kepada luaran sahaja tanpa melihat kepada pengorbanan. Orang yang bersifat seperti ini merupakan di kalangan mereka yang merasakan betapa mudahnya untuk mendapat gelaran ini maka mengapa ianya harus diberikan kepada orang luar, sedangkan banyak orang dalam negara yang masih belum merasanya. Kalau itulah pandangan mereka mempertikaikan anugerah tersebut hanya pada orang luar maka mereka sendirilah yang cuba untuk tidak melihat peranan sesetengah individu di dalam negara sendiri.

Agak menghairankan apabila kita tidak langsung mahu mempertikaikan mengapa si polan dan si polan dalam negara kita layak menerima anugerah ini sedangkan kita lebih selesa mempertikaikan orang luar. Inilah yang dikatakan tak mahu cermin diri sendiri. Cuba kalau masyarakat kita mula menilai orang kita sendiri atas kerateria apakah mereka layak mendapat gelaran ini, sudah tentulah kita tidak akan berhadapan dengan lebih banyak manusia yang sanggup menipu, merapu dan mengampu sahaja sebagai usaha untuk mendapat gelaran. Sudah tentulah gelaran ini akan diberikan kepada mereka yang lebih layak dan sudah tentulah kita akan menemui lebih banyak manusia yang boleh dijadikan “role model” untuk generasi akan datang. Apa yang lebih utama sudah tentu juga gelaran ini tidak hanya jatuh kepada hartawan dan jutawan sebaliknya akan jatuh kepada para dermawan yang senantiasa konsisten dalam memberi sumbangan mereka bukan sebelum mendapat gelaran sahaja tetapi juga sesudah.

Pelbagai cara kerajaan dapat mencari para dermawan masa dan tenaga bukan sahaja wang ringgit di dalam masyarakat kita untuk diberikan penganugerahan ini. Salah satunya adalah dengan berhubung terus kepejabat pendaftaran pertubuhan dari situ kita akan mudah mencari mereka-mereka yang banyak jasa dan berkorban mewujudkan satu organisasi untuk membantu masyarakat. Janganlah kita hanya melihat manusia yang hanya dermawan di dalam wang ringgit sahaja. Tetapi bagi mereka yang tidak berpunya namun masih menghulurkan masa dan tenaga untuk bermesyuarah dan berdikusi serta berusaha untuk membantu segolongan masyarakat juga harus diperhatikan. Inilah baru dikatakan adil.

Apa yang sudah tu sudahlah jangan terlalu dipertikaikan tentang jasa orang luar kepada negera kita tetapi mulalah kita bertanya kepada diri kita apakah layak selama ini penerima anugerah gelaran Dato ini layak diberikan kepada sesetengah individu? Apa yang lebih memalukan lagi apabila kita mendengar beberapa rungutan para peniaga” aku baru sahaja kena tipu dengan seorang Dato”. Atau kita melihat kes-kes dimahkamah yang tak kurang juga melibatkan nama-nama Dato’. Dalam dunia seni nikah cerai dengan Dato jangan lagi nak cerita sudah menjadi halua telinga dah tak menghairankan. Jadi apalah kita nak perbetulkan atau persoalkan kelayakan orang luar tanya balik orang kita sendiri dan betulkan dulu kelayakan orang kita sebelum kita pertikaikan kelayakan orang luar barulah kita dikatakan masyarakat Malaysia yang adil dan sihat mindanya serta baik budi dan bersih hatinya. Janganlah kita nak tutup bangkai, akhirnya berbau juga.

Apa kata kita jadikan iktibar tentang apa yang berlaku hari ini untuk kita jadikan asbab mengkaji semula latar belakang pengorbanan dan jasa kepada Agama, Bangsa dan Negara kepada yang telah, sedang dan akan menerima anugerah ini., demi untuk memajukan jiwa dan minda rakyat Malaysia dalam melahirkan kembali tokoh dan negarwan yang benar-benar berjasa. Barulah mudah kita membentuk minda dan jiwa genarasi akan datang serta menunjukkan contoh dan tauladan bahawa gelaran Dato yang bersepah sekarang bukan mudah untuk kita perolehi di masa akan datang. Barulah perkataan seperti Dato’ beli, Dato penipu dan Dato popular tidak akan wujud lagi.

Anugerah tersebut pada pandangan saya adalah satu anugerah yang mulia dan harus diberikan kepada mereka yang mulia juga terutamanya dari segi akhlak dan teladan. Setiap mereka yang membawa bintang kebesaran ini sama dengan membawa amanah menjaga nama baik Agama, Bangsa dan Negara dan bukan sekadar tersemat di dada dan di dinding tanpa sebarang makna. Jangan sampai suatu hari nanti kita tersepak kaki siapa pun ada pingat dan anugerah ini. Lama-kelamaan langsung tidak akan memberi makna kepada kita. Jangan sampai pingat kebesaran akhirnya menjadi pingat kemahsyuran semata seperti kata salah seorang tokoh Islam BISYIR :

“Tiada seorang laki-laki pun yang aku kenal yang menyukai kemahsyuran dan ia akan kehilangan agamanya dan terbuka kekurangannya.”

“Kemanisan akhirat tidak akan diperolehi oleh orang yang suka dikenal oleh manusia.”

Sebagai iktibar kepada penulisan ini, ternyata kita janganlah sampai menginginkan pengaugerahan tersebut sekiranya kita tidak mampu membawanya kebesarannya. Kebesaran seseorang manusia serta kemuliaan yang sejati sebenarnya bukanlah dari anugerah yang dibawanya tetapi adalah dari segi akhlak dan moral penerima anugerah tersebut. Tidak lagi akan diperkatakan tentang anugerah seseorang itu sekiranya moral dan akhlak mereka tercemar mahupun jasa dan bakti mereka tidak diperkatakan. Seperti kudung mendapat cincin akhirnya. Cincin yang indah namun tiada jari untuk disarungkan. Muhasabahlah!!

Sunday, October 17, 2010

PENJAJAH NEGARA VS PENJAJAH MINDA

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan Salam Buat Junjungan kiat Nabi Muhamad s.a.w

Di dalam penulisan saya kali ini adalah untuk memandang istilah kemerdekaan ini dari sudut yang berbeza. Kita telah tahu bahawa apabila sahaja kita menyebut tentang kemerdekaan maka akan terbayang di kota fikiran kita bagaimana pejuang-pejuang Negara begitu hebat mempertahankan tanah air kita dengan hanya menggunakan tenaga. Kita juga mungkin akan terimbau kembali saat-saat kita dijajah dahulu. Bagaimana kita terpaksa akur baik dari segi mental dan fizikal kepada penjajah kita. Bagi saya tidaklah begitu susah apabila kita dapat melihat musuh-musuh kita secara terang-terangan, berhadapan dengan kita.

Sekarang bagaimana? Apakah kita tidak lagi dijajah? Siapa sebenarnya musuh kita dan bagaimana hendak kita merdekakan diri kita? Persoalan ini timbul apabila saya mengimbaukan kembali sebuah filem yang saya tonton di panggung suatu ketika dahulu iaitu “The Last Samurai”. Sebagai orang teater/lakonan, saya telah diajar untuk berfikiran kritis ketika menonton sesebuah drama pentas mahupun filem. Sinopsis dan intipati yang dapat saya serapkan dari filem tersebut pada pandangan saya adalah mengenai peperangan yang berlaku sesama rakyat Jepun, yang hanya dicetuskan oleh seorang ahli perniagaan yang berurusan dengan pemimpin atasan mereka. Pada pemimpin tersebut pembelian senjata adalah untuk membawa permodenan kepada Negara mereka dan berjaya mempengaruhi Raja . Walaupun apa yang diusul oleh pemimpin atasan itu sebenarnya bukanlah bertujuan untuk membawa permodenan Negara tetapi adalah kerana urusan pembelian senjata api tersebut bakal membawa keuntungan besar kepada dirinya hasil dari perundingan dengan Negara pembekal. Hasil dari sikap tamakkan kekayaan, beliau sanggup mempengaruhi Raja sehingga berlaku pertumpahan darah dengan sesama mereka, serta menentang adat tradisi yang telah didukung hampir beratus tahun oleh rakyat tempatan. Akhirnya rakyat yang tidak mengerti apa-apa tentang urusan perniagaan menjadi korban. Tujuan yang terkorban hanyalah untuk menegakkan prinsip serta adat serta perjuangan “samurai”. Apabila kesilapan telah dilakukan nyawa tidak dapat dikembalikan walau adat tetap dipertahankan.

Mengapa saya bercerita tentang sinopsis tersebut dan apakah yang kena mengenanya dengan erti penjajahan yang hendak saya bicarakan. Selama 49 tahun kita mengecapi kemerdekaan Negara. Kepimpinan kita, undang-undang kita dan kebebasan menerajui Negara kita cara kita sendiri. Apakah kita telah berpuas hati sekadar Negara sahaja yang merdeka dan bebas dari penjajah? Apa yang saya khuatiri adalah penjajahan kita bukan lagi dilihat dari Negara tetapi penjajahan kita di masa kini dan akan datang adalah penjajahan minda. Lihat dan baca semula rentetan sinopsis dari filem samurai tersebut. Mengapa pertumpahan darah berlaku sedangkan Negara luar tidak berperang dengan rakyat Negara Jepun. Negara Barat tidak datang sebagai tentera. Tetapi mereka hanya menghantar beberapa sahaja panglima tentera mereka untuk menjajah minda rakyat Jepun. Mereka juga datang ke Negara tersebut sebagai pedagang dan bukan penjajah.

Apabila anda sidang pembaca membaca atau menonton filem tersebut tidakkah anda terbayang bahawa kita sekarang berkemungkinan berhadapan dengan penjajahan yang sama. Minda rakyat kita sudah dipengaruhi dengan minda koperat yang sibuk mengumpul harta peribadi. Malahan ada juga sesetengah pemimpin kita yang berjiwa koperat. Inilah erti sebenar penjajahan minda di dalam era globalisasi sekarang. Apa yang kita takuti adalah rakyat kita tidak mahu membebaskan minda tamak haloba di dalam bidang koperat mereka demi untuk kepentingan Agama, bangsa dan Negara.

Di dalam saya mengharungi dunia politik dan perniagaan pelbagai manusia telah saya temui dan pelbagai cerita telah disampaikan kepada saya tentang bagaimana orang asing yang masuk ke Negara kita dengan menawarkan kepada kita menjadi rakan niaga dan juga menawarkan saham yang besar kepada mana-mana pemimpin yang meluluskan projek-projek tertentu kepada mereka. Apa yang merisaukan saya adalah apabila minda rakyat kita mulai dijajah oleh material dan wang ringgit sehingga kita menggadaikan maruah bangsa semata-mata untuk mengaup keuntungan peribadi. Saham-saham syarikat, projek-projek berkepentingan Negara juga turut dilelong semata-mata untuk mengaup keuntungan peribadi. Inilah minda material yang patut kita merdekakan.

Semua ahli perniagaan mahu keuntungan, malahan ada sesetengah pemimpin juga mahukan kesenangan tetapi kita harus ingat bahawa di dalam kesibukan kita untuk menaikan ekonomi Negara maka kita terlupa bahawa di dalam masa yang sama kita telah memasukkan musuh-musuh Negara di dalam kubu-kubu ekonomi kita. Negara luar lebih-lebih lagi Negara Barat tidak akan tenang melihat kebangkitan Negara Asean khususnya. Pelbagai cara akan mereka gunakan untuk kembali menjajah Negara kita. Semua rakyat Malaysia harus sedar bahawa kejatuhan sesebuah Negara adalah berpunca dari ketidak stabilan ekonomi negaranya. Sekiranya kita tidak membebaskan minda kita untuk mengumpul harta material secara membabi buta, maka Negara kita masih terancam hanya kerana minda kita tidak dimerdekakan dari tawaran-tawaran perniagaan oleh orang luar.

Peristiwa seperti di dalam filem tersebut akan menjadi kenyataan apabila anasir luar akan berusaha untuk melagakan kita sesama sendiri, hanya kerana ingin mengaut keuntungan tanpa batasan dan sempadan. Kepentingan Melayu khususnya sanggup digadai. Perniagaan yang berkepentingan Negara juga sudah mula dilelong. Bangsa asing dimegahkan, kononnya ilmu dan kepakaran mereka begitu tinggi.

Selagi kita rakyat Malaysia tidak mempelajari atau menguasai kepandaian orang asing di dalam bidang ekonomi selagi itulah kita akan bergantung kepada kepakaran mereka. Pintu kita kadang-kadang dibuka dan peluang perniagaan juga terbuka luas hanya kerana mereka mempunyai sumber keewangan. Kita harus ingat bahawa walau berjuta wang yang dibawa masuk dari Negara luar tidak akan ke mana kalau kita rakyat Malaysia tidak memberi peluang perniagaan itu kepada mereka. Ini Negara kita dan kita juga harus menetapkan syarat kita serta kepentingan rakyat kita sebelum sebarang urusniaga dibenarkan di Negara ini.

Pokok pangkalnya adalah terletak kepada pemimpin kita sebagai pemegang kunci kepada Negara kita. Sekiranya mereka sanggup berada di dalam syarikat luar yang menawarkan keuntungan peribadi kepada mereka dengan menggadaikan kepentingan syarikat Negara, maka tidak hairan akan berlakulah seperti kata pepatah orang tua-tua “menang sorak kampong tergadai”. Kita akan megah melihat pembangunan di Negara kita, tanpa kita sedari bahawa akhirnya saham-saham syarikat berkepentingan Negara dikuasai oleh orang asing, hanya kerana satu minda yang dijajah dan masih belum merdeka.

Ingat bahawa penjajahan di zaman siber ini bukanlah menggunakan tenaga seperti dahulu lagi. Tetapi apa yang lebih kita takuti adalah penjajahan anasir luar dengan menyamarkan diri sebagai pedagang menjajah minda kita untuk berfikiran seperti mereka. Kita perhati sahaja Negara yang telah membangun, bagaimana rakyat mereka dihimpit oleh gejala-gejala sosial, hanya kerana sesetengah pemimpin mereka sibuk meningkatkan ekonomi peribadi sehingga terlupa untuk meningkatkan pembangunan sasiah dan insaniah. Sikap mementingkan diri sendiri kian menjadi-jadi. Pengagihan ekonomi yang tidak adil juga menular. Timbullah beberapa kelompok yang ditindas dari segi ekonominya. Orang kaya semakin kaya dan miskin semakin melarat. Anak cina makan pengat…..

Sekiranyanya kita ingin benar-benar merdeka, maka jagalah minda. Jangan cepat terpengaruh dengan dunia material yang ditawarkan oleh orang asing. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menyelamatkan Negara kita dari para penjajah minda dari luar. Salah satu cara adalah dengan mendalami ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Negara luar. Menggunakan ilmu pengetahuan tersebut berlandaskan apa yang dibenarkan oleh agama kita. Ilmu pengetahuan dari orang asing itulah modal sebenarnya untuk kita meningkatkan ekonomi kita. Tidak hanya melihat wang dan material sahaja yang mereka boleh tawarkan tetapi ilmu pengetahuan mereka. Itu sahaja yang dapat membendung kita dari terus menerus bergantung kepada kepakaran dan kebendaan mereka. Kita boleh mengambil mereka sebagai penasihat dan bukan pemilik kepada apa sahaja kepentingan ekonomi Negara. Tidak ada istilah “sleeping partner” di dalam mana-mana syarikat yang melibatkan orang asing, sekiranya kita tidak mahu dijajah. Sekiranya rakaniaga kita yang berbangsa asing aktif kita juga harus seaktif mereka. Dalam erti kata lain”no free lunch”. “There is no shortcut in business”. Samada kita bekerja dan memahirkan diri kita atau kita boleh memperolehi segalanya dengan cara mudah namun gagal mempertahankan apa yang kita miliki dikemudian hari “easy come, easy go”.

Tidak dinafikan bahawa tidak ramai dari kalangan bangsa kita yang betul-betul mahir di dalam dunia perniagaan. Kalau setakat nak jadi “sleeping partner” makan elaun bulan-bulan ramai. Apabila terdengar sahaja kita ditawar untuk menjadi pengarah syarikat antarabangsa, orang kita mula ghairah. Apa yang penting “asyok”bulan-bulan. Sedar-sedar diri terjajah. “I give my country, you give my money” . Masa tu jadilah kita “The last Hang Tuah”.

Ingat! Berniaga, berniaga juga! Kepentingan Negara harus diingat dan dijaga. Kalau Negara tidak dapat dijajah jangan pula minda mudah dijajah. Jawapannya sama dengan….anak cina makan pengat sendiri mau ingat. Kalau baju kebangsaan Malaysia minda kebangsaan Negara lain tak guna juga. Apa nak dimegahkan kalau kita berniaga untuk kepentingan ekonomi Negara lain. Akhirnya duit orang angkut balik Negara mereka kita tinggal syarikat yang international konon, syok sendiri la jawabnya.
Setiap apa yang kita lakukan seharusnya kita mengingati orang lain. Ambillah cerita “The Last Samurai” sebagai ikhtibar untuk mengingatkan kita bahawa, apabila minda telah dijajah oleh material, jangan ingat tidak akan berlakunya peperangan. Penjajahan ekonomi dewasa ini adalah peperangan yang bakal melanda Negara dan minda kita. Jangan biarkan minda kita dijajah oleh material dari Negara luar sehingga kita terlupa untuk membela nasib sesetengah rakyat kita yang masih dibelenggu dengan kedaifan dan kemiskinan.

Saidina ‘Ali Bin Abi Thalib ( Karramallahu Wajhah )
Pesanan Saidina ‘Ali ( K W) Kepada Al Malik Ashtar ( Gabenor Mesir )

“……….Perniagaan dan perusahaan adalah sumber keuntungan kepada Negara, tetapi ingatilah bahawa ada dikalangan mereka yang tamak dan mudah mengkhianati urusan perniagaan.

Awasilah! Takutilah Allah dalam menyelesaikan masalah golongan miskin. Mereka tidak ada tempat berlindung, lemah, tidak mempunyai apa-apa kekuasaan dan senantiasa menjadi magsa kepada keadaan dan kejadian sekeliling. Dikalangan mereka ramai yang tidak pernah menyoalkan nasib hidup mereka dan rela dengan kesengsaraan yang mereka alami, namun mereka meminta sedekah mereka enggan sama sekali. Demi Allah, tunaikanlah hak-hak mereka kerana di atas bahumulah terletaknya tanggungjawab untuk melindungi mereka. Peruntukkanlah sebahagian besar dari harta kerajaan (baitulmal) untuk meninggikan taraf hidup mereka, walau di mana sahaja mereka berada sama ada disekitarmu atau jauh dihujung negeri. Mereka semua mempunyai hak yang sama. Jangan sama sekali kesibukan melupakan kamu terhadap mereka; kerana tidak ada satu pun helah yang boleh diterima di sisi Allah…..”

Negara kita dijajah dahulu juga kerana bermula dengan kelalaian pemimpin kita dan kembali merdeka juga kerana pemimpin kita. Diharap penjajahan minda ini tidak akan bermula dengan pemimpin kita, sehingga merugikan rakyat dan Negara. Kalau Negara dijajah, parang boleh diasah tetapi kalau minda dijajah akal perlu diasah, sudah tentulah memakan masa tidak secepat mengasah parang atau meletakkan peluru di dalam senapang. Oleh itu sebelum minda kita dijajah elok-eloklah kita mengasah minda mulai hari ini supaya mudah meletakkan kubu melindungi minda dari dijajah musuh luar terutamanya di atas lapangan peperangan ekonomi dunia yang sudah bermula sekarang.

( Buku VS 2007 )

Thursday, October 14, 2010

TEKANAN DALAM POLITIK VS PEMUSNAHAN DALAM POLITIK

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Selawat dan Salam Buat Baginda Rasulullah s.a.w

Dewasa ini kita seringkali mendengar tentang pelbagai berita yang menimpa beberapa pemimpin politik kita. Dari rasuah sehinggalah ke skandal seks dan sebagainya. Inilah yang di namakan tekanan di dalam politik. Apa yang berlaku kepada Timbalan Menteri Kasihatan kita baru-baru ini, haruslah dianggap sebagai iktibar kepada semua pemimpin khususnya. Pada pendapat saya secara peribadi inilah yang di katakan jangan sampai kita rakyat menilai seorang pemimpin itu sebagai seorang pemimpin yang seharusnya maksum. Setiap apa yang hendak kita nilaikan adalah permasalahan yang akan merugikan rakyat mengatasi segala permasalah personal yang hanya merugikan individu pemimpin tersebut. Kita sebagai rakyat Malaysia yang seharusnya mempunyai pandangan yang lebih intelektual dalam menangani isu-isu kepimpinan semasa.

Media amat berperanan dalam menentukan cara pemikiran rakyat. Ianya seperti mengadakan satu jamuan makan, tak mungkin tetamu yang diundang dapat memilih lauk-pauk apa yang hendak mereka makan dan mereka sukai. Setiap menu makanan yang disediakan itulah di makan. Pemimpin harus lebih pro aktif dalam membentuk etika kewartawanan setiap media agar selari dengan kehendak rakyat. Pemimpin juga harus lebih bijaksana dalam memilih keutamaan masalah yang hendak di selesaikan.

Kalau bercakap tentang moral pemimpin, maka pada pandangan saya secara peribadi, itulah sebenarnya harapan rakyat. Namun hakikatnya banyak moral pemimpin telah rosak dari rumahtangga sehinggalah ke skandal dengan artis dan sebagainya. Sebagai rakyat yang professional dan juga pemimpin yang professional, persoalannya sekarang apakah priority dan keutamaan kita dalam melihat perspektif permasaalan yang dibawa oleh pemimpin kita peringkat tertinggi. Kalau kita memilih untuk melihat hanya factor moral dan keperibadian mereka sebagai keutamaan, maka tanya pula kepada diri kita sendiri apakah kita hidup untuk kepentingan mata, telinga dan tembolok kita ataupun untuk Agama, bangsa dan Negara keseluruhannya.

Sebagai rakyat terutama media kita harus memilih dan menghidang keutamaan ini kepada rakyat untuk memikirkan perspektif isu apakah yang akan membawa keuntungan kita bersama dan perspektif isu apakah yang hanya membawa kepada keuntungan individu tertentu? Jadi Anak cina Makan Pengat….sendiri mahu ingat.

Tidak dinafikan bahawa sesuatu isu yang memberikan tekanan kepada pemimpin akan menjadikan pemimpin tersebut lebih matang dan melompat lebih jauh lagi seperti menekan bola di dalam air. Tapi apakah kita dapat menilai antara sebuah tekanan dan pemusnahan yang kita usulkan di dalam politik? Oleh itu kalau menjadi seorang pemimpin maka visi jangkamasa panjang amat diperlukan supaya rakyat dapat menyaksikan dan turut serta di dalam misi tersebut. Setelah menetapkan visi maka pengisiannya juga harus sealiran. Kita telah ditetapkan oleh pemimpin tentang sebuah visi yang baik iaitu untuk membenteraskan rasuah yang begitu banyak melibatkan kerugian kepada Agama, Bangsa dan Negara. Maka media sebagai tukang masak yang menghidangkan makanan seharusnya setelah diberikan resepi tersebut maka masakan itulah sahaja yang harus kita tonjol dan hidangkan. Kalau semua resepi itu mesti mempunyai santan, maka penulis buatlah pilihan mereka jenis lauk mana yang akan di masak asalkan semuanya mempunyai santan. Kalau tak faham maka fikirlah sedalam-dalamnya. Ada akai pakai kata orang Kedah. Malahan Quran juga menyebut beratus kali bahawa ….bagi mereka yang berfikir. Jadi kalau baca Quran tanpa mahu fikir maka jadilah burung tiong jangan jadi manusia yang berakal.

Hari demi hari kita membuang masa memikirkan isu remeh temeh tentang personality seseorang pemimpin sehingga kita telah diganggu untuk melihat perkara yang lebih penting tentang mereka untuk disumbangkan kepada Agama, bangsa dan Negara. Inilah asas pokok yang harus ada pada setiap pemimpin. Itulah tekanan yang harus wujud di dalam politik dalam mencari seorang pemimpin yang boleh memberi keuntungan kepada rakyat dan Negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pemimpin harus mempunyai moral yang tinggi tetapi mereka tetap seorang manusia yang tidak dapat lari dari satu perkara besar yang dikatakan oleh Imam Al Ghazali iaitu nafsu. Malahan Rasulullah juga telah menyatakan bahawa inilah peperangan yang paling besar akan menimpa umatku iaitu “peperangan nafsu”. Sekiranya peperangan ini melanda pemimpin dan tidak melibatkan rakyat secara keseluruhannya maka kita serahakan kepada allah kerana ada cara tertentu telah disediakan buat pemimpin tersebut untuk meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Namun kalau sekiranya nafsu pemimpin melibatkan penganiayaan kepada rakyat seperti rasuah terutamanya maka bagaimana mungkin mereka akan mendapat pengampunan dari rakyat secara keseluruhannya. Jadi fikirkanlah….makan pengat banyak-banyak.

Hairan dan sungguh menghairankan apabila ada sesetengah individu yang sanggup duduk berjam-jam lamanya untuk merakam aksi seks tetapi tak ada pula video-video yang digunakan untuk merakam aktiviti rasuah yang begitu banyak dan menular di sana-sini. Apakah sebenarnya fokas dan kehendak mereka yang berbuat sedemikian? Apakah mereka merasakan bahawa itulah sumbangan mereka kepada Negara ataupun itulah yang amat digemari sebagai bahan tontonan persendirian? Inilah yang dikatakan pemusnahan di dalam politik. Kalau lebih banyak isu ini diketengahkan maka isu penting nasional sudah tentu tidak akan tercapai iaitu membersihkan rasuah.

Kita harus ingat bahawa isu moral bukan sahaja terletak kepada perhubugan seks semata tak kiralah samada sama jenis atau pun berlainan jenis, tetapi ianya juga terletak kepada cara hidup. Kalau seorang pemimpin Islam minum arak, berdakapan dan berciuman di khalayak ramai ataupun mengadakan parti-parti yang melibatkan pondan, pengkid atau perempuan dan menari berpelukan itu juga termaktub dalam ertikata isu moral. Pertanyaaan saya apakah tidak ada pemimpin yang terlibat di dalam senarai isu moral yang saya sebutkan tadi??? Bagaimana??? Mahukah mereka turut bertanggungjawab meletakkan jawatan di atas perbuatan mereka yang terlibat di dalam isu moral tersebut?? Saya sudah ada jawapannya ialah JANGAN HARAP. Jadi syor saya kepada rakyat yang rajin diluar sana para photographer dan cameramen jangan lupa memvideokan isu-isu di atas kalau rajin sangat kerana bahannya pasti banyak.

Setiap peristiwa semestinya ada hikmahnya. Seperti kata Dr Ary Ginanjar….”Sekiranya Allah membuka semua aib kita tak mungkin kita mampu berdiri di hadapan khalayak ramai untuk memimpin mahupun menasihati mereka….. Ternyata setiap manusia mempunyai aib dan dosa mereka sendiri, namun apakah yang harus dibuat oleh kita adalah dengan memohon taubat dan tidak mengulangi perbuatan tersebut. Namun bagaimana pula bagi mereka yang menganiayaai rakyat? Walaupun kita mempunyai aib, tetapi tidak sama kalau kita mempunyai dosa dan kesalahan kepada rakyat. Itu lebih parah. Memakan hak rakyat, berlaku tidak adil kepada rakyat tidak bertanggungjawab kepada amanah pinjaman kuasa secebis kuasa Allah itu lebih berat dari segala dosa antara kita dan Allah. Kata IMAM AL GHAZALI :

“IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Setiap pemimpin harus faham bahawa kuasa yang duiberikan Allah kepada mereka semata-mata adalah amanah. Maka jawatan yang disebut sebagai wakil rakyat adalah benar-benar satu jawatan untuk mewakili rakyat dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Pemimpin seharusnya menjadi “ a friend in need is a friend indeed” kepada rakyat. Bukan mengharapkan rakyat harus berkumpul mendampingi mereka semata. Waima merekalah yang harus turun ke padang mencari dan mendampingi rakyat. Mereka harus ada di dalam setiap perkumpulan rakyat dan bukan mengharapkan rakyat berkumpul menyambut mereka. Kalau semua wakil rakyat faham, maka tak banyaklah peruntukan kerajaan terpaksa dikeluarkan utnuk memanggil rakyat berkumpul menyambut mereka. Sebab itulah wakil rakyat sebagai pemimpin harus hadir ke kenduri kahwin, korban, sunat dan sebagainya yang dianjurkan oleh rakyat dan bukan disebaliknya.

Oleh itu walau apapun isu sememangnya haruslah rakyat memberikan sedikit tekanan bagi menstabilkan dan memperkuatkan politik di dalam Negara, namun janganlah kita melayani isu-isu yang hanya akan memusnahkan individu dan tidak membawa keuntungan kepeda rakyat kerana akhirnya pemusnahan pemimpin politk yang berkaliber di dalam jawatannya akan hanya merugikan Agama, Bangsa dan Negara.

Saturday, October 9, 2010

Maher Zain Is Allah Satisfied ?"Awaken" with lyrics

HUKUMAN KELUAR PARTI VS HUKUMAN KELUAR PENJARA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Selawat dan Salam Buat Baginda Rasulullah s.a.w


Kebelakangan ini banyak berita-berita yang menakutkan sedang berlaku di dalam dunia politik. Inilah yang dikatakan pancaroba kehidupan kepada sesiapa yang mempunyai cita-cita yang besar di dalam kehidupan dan terutamanya di dalam politik. Risiko di dalam dunia politik menjadi-jadi. Macam-macam nasib yang harus ditempuhi ketika seseorang itu mengaturkan langkah menuju ke cita-citanya. Bermacam kes akan dipunggah keluar semacam mengaturkan satu skrip drama.

Seseorang yang keluar parti dengan seseorang yang keluar penjara sekarang tidak banyak bezanya. Lihatlah apa yang terjadi sekarang, kedua-dua keadaan tersebut akan menerima nasib yang sama, tidak ada bezanya antara keluar parti dengan keluar penjara. Apabila seseorang yang begitu berpendidikan tinggi, mempunyai pengalaman bekerja yang melebihi orang lain keluar penjara belum tentu beliau akan diterima untuk menjawat jawatan penting di mana-mana. Bukan kualiti ilmu dan pengalaman yang akan dilihat tetapi kesan dari seseorang yang telah keluar penjara akan dipertikaikan dahulu. Inilah yang dikatakan hukuman selepas di hukum. Hukuman yang diberikan oleh masyarakat merupakan faktor penggalak kepada bekas banduan tersebut ingin terlibat lagi di dalam kes-kes yang kurang sihat. Cuba kita bayangkan kedudukan kita di tempat mereka, tambah pula kalau sudah berkeluarga. Setelah belajar dengan gigih dan kemudian mendapat ijazah bergulung-gulung dan diberikan satu jawatan yang tinggi akhirnya hanya kerana satu kesilapan mungkin seperti pecah amanh akhirnya dipenjarakan. Bila masuk mahkamah di dapati pula tidak bersalah, tetap sahaja akan hidup seperti orang yang bersalah kerana pernah masuk penjara. Kisah sedemikian tidak kurang banyaknya berlaku di negara kita. Persepsi dan pandangan orang kepada orang yang keluar penjara waima pernah atau tidak pernah melakukan kesalahan seperti satu golongan yang menakutkan dan tidak layak duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain di dalam masyarakat. Masyarakat tidak akan tahu membezakan antara qualification atau kelayakan dengan kisah silam seseorang.

Sebenarnya cerita saya bukanlah tentang dunia penjara tetapi adalah sebagai satu pembuka cerita tentang bagaimana masyarakat menghukum bekas-bekas banduan yang keluar penjara untuk di bandingkan dengan cerita sebenarnya yang ingin di sampaikan di dalam dunia politik agar mereka dapat membezakan apakah ada sebarang perbezaan ataupun persamaan terhadap sesiapa yang masuk politik dan keluar parti dengan seseorang yang masuk penjara dan keluar penjara.

Inilah hakikatnya, apabila seseorang yang telah di dapati keluar dari parti terutamanya mereka yang berprofile tinggi maka dengan serta-merta juga jawatan mereka akan di lucut dan di tamatkan. Walaupun bertahun-tahun menjalankan kerja dengan begitu berdedikasi namun hanya kerana keluar parti mereka akan menerima nasib untuk melepaskan jawatan di dalam kerja, walaupun ia tidak ada kena mengena dengan kerjayanya.

Amat sedih bagi mereka yang popular apabila mula declare untuk keluar parti maka macam-macam yang akan dibuat agar mereka melepaskan jawatan di dalam apa juga kerjaya yang mereka lakukan. Walaupun kerjaya mereka selama ini telah sedikit sebanyak memberikan sumbangan kepada negara semuanya tidak akan di ambil kira lagi. Segala sumbangan akan dimasukkan di dalam tong sampah. Kalau seseorang itu mempunyai jawatan tertentu di dalam parti dan kemudian mendapat pekerjaan di atas jawatan parti maka kita tidak hairan sekiranya perkara itu berlaku. Tetapi ini tidak ada jawatan di dalam parti dan mendapat jawatan di dalam kerjaya bukan atas faktor memegang sebarang jawatan di dalam parti akhirnya menerima nasib terpaksa dipecat dari kerja hanya kerana keluar parti, itu yang menghairankan. Inilah hukuman keluar parti tidak ada bezanya dengan hukuman keluar penjara. Kerana selepas keluar parti juga seseorang itu akan menerima risiko untuk tidak diterima bekerja dengan kerajaan lagi.

Apa yang melucukan adalah kerana kerajaan sendiri tidak tahu bahawa kebanyakkan mereka yang bekerja di dalam kerajaan mahupun syarikat-syarikat GLC adalah di kalangan mereka yang anti kerajaan. Mengapa kerajaaan tidak pernah mengadakan satu sistem yang sama dengan yang pernah dilakukan terhadap Tan Sri Sanusi? Kalau ada yang keluar parti maka kita keluarkan juga dari pekerjaan di dalam kerajaan. Adalah sesuatu yang tidak adil apabila seseorang yang hanya terkenal sahaja menghadapi nasib yang sedemikian sedangkan yang beribu lagi terlepas lari dan bersenang-senang menentang kerajaan.

Isu sekarang menjadi lebih rumit dan memeningkan kepala . Kalau begitu antara keluar parti dan keluar parti masuk pembangkang tidak ada bezanya maka akan ramai lagilah yang akan turut melakukan perkara yang sama di masa akan datang. Inilah yang dikatakan apabila seseorang keluar penjara dan masyarakat akan menolak mereka, maka akan terjadi satu kemarahan yang akan mengakibatkan bekas banduan tidak akan teragak-agak untuk melakukan jenayah lagi akalu beliau terus menerus menerima layanan yang tidak baik dari masyarakat.

Begitu juga yang akan berlaku dengan mana-mana individu yang keluar parti. Sekiranya parti mengambil keputusan untuk tidak memberikan layanan yang seawajarnya kepada mereka maka perkara yang sama akan berlaku. Mereka akan kembali menentang parti. Apa yang menghairankan adalah kenapa kita tidak tahu untuk membezakan antara profession dengan politik. Semuanya sekarang nampak seperti moden tetapi semuanya telah menjadi kekampungan mentaliti mereka. Bagi seseorang yang mempunyai kemampuan untuk melakukan kerja dengan baik serta memberikan kontribusi atau sumbangan kepada negara maka apakah yang harus kita campur adukkan.; kalau kita nak buat maka buat betul-betul kepada semua kakitangan kerajaan dan juga kepada semua yang bekerja dengan syarikat berkaitan dengan kerajaan. Bagi mereka yang ingin memohon pekerjaan maka seharusnya sertakan kad keahlian parti sekali, maka barulah dikatan adil dan saksama. Janganlah kita melakukan tidak adil kepada seorang individu sahaja sedangkan yang lain akan terlepas lari. Mana yang lebih penting antara seorang yang keluar parti dan di buang kerja dengan beribu orang yang keluar parti dan masih bekerja dengan kerajaan? Anak Cina makan pengat jadi sendirilah mahu ingat.

Bagi sesiapa yang telah bersubahat demean melakukan kerja-kerja yang tidak menafaat yakni mengaturkan supaya seseorang yang keluar parti akan menerima nasib untuk meninggalkan pekerjaan maka pasti akan ada hukuman bukan dari parti ataupun penjara tetapi dari Allah. Kerana mereka yang ini adalah tergolong di dalam golongan nifaq seperti kata Fudhail Bin Iyadh:

“Tanda nifaq:
“satu daripada tanda nifaq ialah seseorang bergembira dengan cacian terhadap sahabatnya sendiri.”

“ Saya menaruh belas kasihan kepada tiga orang , iaitu orang mulia yang menghinakan diri, orang kaya yang memiskinkan diri dan orang berilmu yang dipermainkan dunia.”

“ sampai kepadaku bahawa orang berilmu yang akan didahulukan penyiksaannya pada hari kiamat daripada penyembah berhala.”

“Masuk ke dalam dunia itu mudah tetapi keluarnya sukar.”

“ Jika engkau sanggup untuk tidak dikenal, maka lakukanlah! Dan tidak perlu engaku dikenal dan dipuji ataupun takut dicela :

“ Apabila iblis berjaya mencapai salah satu dari tiga perkara berikut dari anak Adam maka iblis tidak akan tuntut lain perkara dari anak Adam itu ;

1. terpedaya dengan dirinya sendiri
2. Merasai amal-amalnya melebihi dari kerja orang lain
3. Terlupa demean dosa-dosanya sendiri.

“ Tetaplah mensyukuri nikmat sebab jarang sekali nikmat yang telah hilang akan datang kembali. Sesungguhnya yang sangat mengetahui nikmat air ialah orang yang benar-benar haus.”

Nauzubillah!! Janganlah kita tergolong di dalam golongan yang disebutkan di atas. Janganlah kita yang mempunyai kuasa di dalam parti menggunakan kuasa tersebut sesuka hati. Meletakkan keadilan di tangan sendiri. Tidak ada gunanya kita menggunakan kedudukan dan tiket parti untuk menganiayai sesama sendiri. Ingat dunia semakin tua dan segalanya akan di bongkarkan Allah tidak lama lagi. Muhasabahlah!!

Friday, October 8, 2010

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH VS PEMFITNAH ZAMAN CYBER

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Nabi Muhamad S.A.W


Sebagai umat Islam khususnya kita semua tidak boleh melupakan sejarah yang telah termaktub dan tertulis dengan banyaknya di dalam Al Quran. Di mana lagi kita hendak mencari iktibar kalau bukan di dalam Al Quran. Kita jangan sekadar tahu membaca tetapi tidak mahu mengambil sebarang iktibar di dalamnya. Di ceritakan sedikit sebanyak kepada kita bagaimana Allah begitu melaknati para penyair zaman Jahiliah. Rasulullah s.a.w pernah menceritakan kepada kita bagaimana semua tahanan yang ditangkap semasa peperangan akan dilepaskan dari hukuman kecuali para penyair di zaman Jahiliah sahaja yang akan dihukum. Mengapa sampai keadaan ini berlaku? Tak lain dan tak bukan mereka adalah antara kumpulan yang dapat melaga dan membuat dua buah negara bukan sahaja dua orang manusia bertelagah dan berperang hanya dengan bersyair di pasar-pasar. Syair mereka dipenuhi dengan fitnah. Antara syair yang pernah dilemparkan kepada Nabi Junjungan kita adalah supaya semua masyarakat quraishy keluar dan menentang Nabi Muhamad kerana Baginda di katakan akan menakluki bangsa tersebut. Penyair merupakan kelompok yang begitu besar peranannya dalam menabur fitnah. Di dalam bahasa yang berbunga dan mengasyikkan ketika mendengarnya akan mereka sisipkan pelbagai fitnah dan tohmahan kepada mana-mana individu yang akan mereka jadikan mangsa.

Sudah menjadi satu lumrah manusia yang suka akan hiburan, maka tidak hairanlah sekiranya kita akan berpusus-pusu ke mana-mana tempat yang mempunyai hiburan, kerna hiburan sahaja yang dapat menjadi “crowd puller” kepada masyarakat. Apabila ramai yang telah berkumpul maka itulah masanya segala perkara negatif akan disisipkan. Di zaman Jahiliah bolehlah dikatakan mendengar syair adalah sebagai satu hiburan dan hanya satu cara sahaja di zaman tersebut untuk mereka mengumpulkan orang. Ianya sama sahaja seperti kita mendengar lagu. Bila selalu di dengar lama kelamaan kita akan menghafalnya dan setelah menghafalnya kita akan mula menyanyi di mana-mana dan tak mustahil akan menjadi seperti rekod buruk yang menyanyi untuk di dengari oleh orang lain juga. Merekalah pemfitnah, pemutar belit fakta semata-mata untuk mendapat upah yang tidak setimpal dengan akibat yang mereka lakukan.

Apa bezanya di zaman cyber dengan zaman jahiliah. Tujuannya sama Cuma caranya sahaja berbeza. Kalau dahulu mereka akan menyanyi di pasar-pasar, sekarang penyair zaman Jahiliah ini akan berborak di kedai kopi atau di mana sahaja tempat yang mereka boleh mengumpulkan kawan-kawan. Medium juga berbeza tapi unsur seni masih diterapkan melalui cyber, seperti “youtube”. Bila buka sahaja internet kita dapat melihat satu-satu fitnah itu di ulang dan diulang beberapa kali di dalam bentuk muzik video di “youtube’. Semua pemimpin mahupun individu akan di aibkan di sana. Jadi sekali lagi saya bertanya apa bezanya zaman Jahiliah dan sekarang? Anak Cina makan pengat jadi sendiri mahu ingat.

Tak hairan kalau saya katakan bahawa kita sekarang sebenarnya secara sifat dan akhlak tidak berkembang selari dengan bentuk fizikal yang kita lihat sekarang ini. bangunan makin tinggi mentality makin menurun seperti zaman Jahiliah. Kerana merasa diri terlalu kreatif dan cerdik, maka ciptaan-ciptaan baru tidak terhasil sebaliknya cerita lama dalam medium cyber pula menjadi semakin berkembang dan kreatif. Pelbagai bentuk kreativiti telah diusahakan di dalam dunia siber untuk mencantikkan dan mensensasikan fitnah. Manusia sudah kehilangan jatidiri, manusia sudah kehilangan maruah diri dan manusia juga telah kehilangan kekuatan diri dalam menentang kebatilan. Raulullah s.a.w pada zaman Baginda mempunyai begitu kuat jatidiri dan tauhidnya kepada Allah sehinggakan segala fitnah yang dilemparkan kepada Baginda disambut hanya dengan berdiam diri dan berdoa. Inlah satu-satunya senjata yang mulai dilupai oleh umat kita sekarang. Sepuluh orang tuduh dua puluh kita menentang. Akhirnya perkara yang asalnya menjadi fitnah mulai menunjukkan kebenarannya. Manusia telah lupa kepada “2D” yang di ajar oleh Rasulullah iaitu “ Diam dan Doa”.

Hanya inilah satu-satu cara yang terbaik dalam menentang fitnah. Ini lain pula halnya. Apabila kita di tuduh kita keluar pula buat statemen menuduh orang lain. Tak cukup dengan tuduhan kita upah pula orang menambah fitnah untuk mencantikkan jalan cerita. Semuanya seperti telah tidak mempunyai Allah dan Agama. Semua merasakan bahawa yang paling berkuasa di dunia ini hanya mata polis dan Hakim. Selagi tersorok dari mata polis dan hakim tidak ada lagi mata lain yang melihat segala perancangan mahupun konspirasi fitnah antara satu dengan lain. Manusia semakin lupakan Al Quran, yakni hikmah, iktibar dan kebenaran yang tertulis di dalamnya. Manusia hanya ingin melarikan diri dari pengetahuan pemimpin, polis dan hakim tanpa menyedari bahawa mata Allah dan malaikat berada di mana-mana untuk menghisab. Kalau nasib baik akan terhisab setelah mati tetapi kalau nasib kurang baik maka di dunia ini lagi Allah akan hisabkan dengan membongkar segala kebatilan dan menggantikannnya dengan kebenaran.

Inilah kunci akhir yang akan dilakukan oleh penjenayah fitnah bagi menutup kesalahan dan aibnya sendiri dengan membuat satu aib yang lebih besar ke atas orang yang mengaibkannya. Inilah satu tektik baru yang akan diguna pakai oleh pemimpin sekarang dan akan datang sekiranya mereka terlibat dengan jenayah maka mereka pasti akan masuk menggunakan jenayah fitnah. Kerna ia amat berkesan untuk melarikan pandangan orang ramai ke atas isu atau kebenaran yang hakiki.

Orang yang difitnah akan lebih gemar berkata-kata dari mendengar. Kerana itulah masyarakat semakin keliru untuk membezakan antara fitnah dan nyata. Telah dinyatakan bahawa senjata “2D” yang dibekalkan oleh Junjungan kita amat berkesan namun masih tidak mahu digunakan. Kalau fitnah sudah menjadi satu kes maka doa dan diam dan berbicaralah di dalam mahkamah. Tak guna untuk bercakap di sana- dan di sini selagi tidak mempunyai sebarang bukti. Janganlah menggandakan dosa fitnah sehingga menjadi satu demi satu rantaian yang akhirnya akan melibatkan mereka yang tidak berdosa. Kata YAZID BIN ABI HABIB:

“Diantara fitnah orang yang berilmu ialah berkata-kata lebih disukai dari mendengar. Pada hal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata, kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk menghiasi, menambah dan mengurangi.”

Itulah yang dikatakan manusia berkembang tidak selari antara kemajuan fizikal dengan kemajuan mental. Semakin maju dan moden semakin akhlak menjurus kepada akhlak Jahiliah yang wujud lebih dari 1400 tahun yang lalu. Ingat dan jangan lupa mata-mata Allah. Larilah sejauh mana pun kita tetap tidak akan terlepas dari dilihat Allah. Jangan hanya belajar lari dari pandangan polis, pemimpin dan hakim. Cubalah untuk lari dari pandangan yang Maha Esa sebelum merancangkan sesuatu fitnah yang boleh merosakkan seluruh kehidupan seseorang manusia. Renungkanlah!!

Wednesday, October 6, 2010

HANTU RAYA POLITIK VS PELESIT POLITIK

Dengan nama Allah Yanga Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Selawat dan Salam Buat Baginda Rasulullah s.a.w

Selama 7 tahun belajar sehingga memperolehi Master degree mungkin ramai yang tidak tahu apakah kajian yang telah saya buat dalam menghasilkan sebuah thesis master degree. Kalau nak tahu sebahagian kajian yang terdapat di dalam thesis saya mengandungi kajian tentang jenis-jenis hantu yang terdapat di Malaysia yang turut terlibat di dalam teater ritual dan alam spiritual. Ini bermakna kira boleh dikatakan pakar juga dalam kajian hantu ni Cuma tidak pernah bergabung dengan uncle seekers lagi. Mungkin dalam kajian tersebut yang memakan masa begitu lama akhirnya dalam hipothesis saya mendapati bahawa tidak wujud sebenarnya alam hantu yang ada cuma alam jin dan syaitan sebab tu tak boleh joint uncle seekers. Wujudnya alam hantu ini hanya kerana manusia gagal untuk mengenali alam spiritual jin dan syaitan ini sehinggakan mereka mengadakan satu imaginasi di dalam minda mereka sehingga jin-jin ini pun terbentuklah menjadi hantu. Tapi syukur Alhamdulillah di dalam kajian Phd tidak lagi saya melibatkan diri di dalam alam spiritual jin dan syaitan sebaliknya masuk ke dalam ilmu spiritualiti yang dikehendaki Allah. Kalau nak dilanjutkan boleh jumpa saya personaly untuk masuk Training ESQ165.

Di atas itu cuma satu pengenalan untuk menunjukkan bahawa kelayakan saya mengupas tentang sifat hantu yang bernama pelesit dan hantu raya yang tidak kurang juga sifatnya itu boleh disamakan dengan sesetengah golongan ahli politik samada di dalam kerajaan mahupun pembangkang. Sebelum kita melanjutkan tentang perangai sesetengah ahli politik ini maka adalah lebih baik kita mengenali bagaimana rupanya sifat hantu yang bergelar hantu raya dan pelesit ini. Kita mula dengan sifat hantu raya. Dalam kajian saya kalau orang lain tak tahulah, hantu raya ini sifatnya cukup setia. Bila diberi makan oleh tuan yang membelanya pasti dia akan setia dan tunggu tuannya sampai mati. Bila mati tuannya pun dia masih setia dengan masuk ke dalam tubuh tuannya dan merupakan tuannya sampai tubuh badan tuan yang ditumpanginya itu busuk, maka barulah orang tahu dia telah mati. Kemudian hantu raya ini akan mula mencari tuan yang baru dan begitulah selanjutnya dari satu tuan ke satu tuan janji dibela dan dikasi makan.

Manakala pelesit ni pula, sifatnya hanya mengganggu dan menjahanamkan orang. Dia tidak kira pemangsa dia hanya suka hisap darah di hujung kaki siapa saja yang dia dapat. Dari satu orang ke satu orang dia akan masuk ke dalam tubuh dan membuat orang lupa diri. Kira pelesit ni macam “free lance” lah tak kira tubuh siapa dia boleh ganggu dia ganggu. Kesukaannya mengilai sana-sini. Bagi orang tension dan takut.

Kalau ditanya saya dari mana kewujudan mereka maka seperti yang telah dinyatakan di atas mereka-mereka ini semua tidak pernah wujud hanya jin dan syaitan sahaja yang memasukkan mereka ke dalam minda manusia dan membuat rupa dan bentuk mereka itu diwujudkan. Sebab tulah tak pernah kita dengar orang nampak hantu dalam kenduri ramai-ramai. Kalau sorang-sorang maka sahlah orang itu berjaya menonton watak yang diwujudkan oleh jin dan syaitan di alam nyata.

Setelah diperkenalkan sifat ke dua-dua species di atas maka saya harap sidang pembaca dapat menggambarkan apakah ada sinonimnya dengan beberapa ahli politik kita?? Anak Cina Makan pengat sendirilah mahu ingat!!!

Inilah kerja sesetengah orang politik sekarang yang membawa kepada kehancuran Agama, Bangsa dan Negara. Kalau orang politik jenis hantu raya kita lihat inilah kerja mereka cukup setia dengan pemimpin mereka seperti tuan hantu raya selagi di sogokkan dengan wang ringgit, pangkat dan jawatan mereka akan tunggu dan setia dengan tuannya. Tapi kalau tuannya itu mati di dalam gelanggang politik semuanya lari tak bertangga. Jangan harap nak setia dengan pemimpinnya. Itulah sifat seseorang ahli politik yang macam hantu raya. Kalau tak cukup makan dia akan merupa seperti tuannya cari makan. Maksudnya menggantungkan nama tuannya dibibir atau pemimpin yang disokongnya untuk menipu orang lain mendapatkan projek. Seperti contoh dialog yang biasa di guna pakaikan oleh ahli politik hantu raya ialah “saya sebenarnya bekerja untuk menteri si polan dan si polan, jadi kalau kamu mahu projek aku boleh minta demean syarat bagi sikit up front money….duit pendahuluanlah nak loby projek lah”. Jadi menteri tersebut yang terlepas pandang dan lupa bagi makan, mulalah si ahli politik hantu raya ini membuat onar mengganggu seluruh keluarga tuannya. Selagi dijamu kira orait….macamlah semua projek tuannya itu untuk diisi oleh tembolok dia sorang. Mana rakyat tak marah dan tak bengkak. Dalam istilah molek bagi hantu raya ini ialah kronilah siapa lagi. Tapi bukan semua kroni tu boleh jadi hantu raya ada yang makan tak cukup-cukup tu sajalah yang layak dipanggil ahli politik hantu raya.

Manakala ahli politik pelesit ni memang banyak. Kerjanya hanya menghasut. Tak ada pangkat tak ada jawatan hasut saja kerjanya. Gempak orang sana-sini menakutkan orang macam hari dah nak kiamat. Apa-apa kepincangan di dalam politik ahli politik macam pelesit ni lah akan merayau ke sana sini untuk menyebarkan fitnah. Bila di tanya untuk apa dia berbuat demikian, sekadar yang boleh dijawab adalah semata-mata untuk memporak perandakan parti dan nak bagi story buat penulis. Ditanya lagi orang ini mahunya apa dan apakah menafaatnya berbuat demikian. Jawapannya mudah sekali untuk menaguk di air yang keruh. Tapi orang yang begini selalunya tidak berjawatan sekadar suka mencari keuntungan ketika kekecohan berlaku di dalam politik. Bila mengilai dan ketawa tulah contoh di mata bila ada ahli politik lain termakan hasutan mereka maka mereka akan ketawa macam seekor pelesit bila dah keluar dari badan manusia.

Sebagai pemerhati politik selama ini, saya amat bermohon supaya setiap pemimpin politik untuk lebih menjadi seorang pemerhati yang baik. Setiap manusia itu dibekalkan oleh Allah dengan sifat dan sikapnya masing-masing. Oleh itu sebelun mereka-mereka ini dilantik sebagai orang kepercayaan maka kenalilah sifat mereka adakah mereka di antara sifat hantu raya ataupun pelesit. Kalau ada salah satu dari sifat sedemikian maka elakkanlah diri anda sebelum satu lagi tsunami politik melanda. Kewujudan tsunami politik yang berlaku baru-baru ini setelah dikaji, dilihat dan diteliti ternyata kesalahannya banyak berlaku kepada orang-orang kepercayaan pemimpin tertentu. Pemimpin terlalu memberikan kepercayaan kepada pembantu mereka sehinggakan dari kepercayaan mereka-mereka ini telah mewujudkan satu kekebalan dan akhirnya membina tembok-tembok sebagai sebuah dinding pemisah antara pemimpin dan rakyat. Akhirnya rakyat mula memberontak yang paling kasihan bila pemimpin yang tak tahu apa-apa dipersalahkan. Akhirnya orang-orang harapan pemimpin yang macam hantu raya dan pelesit ini menghilangkan diri macam sifat hantu tu juga, tak dapat dikesan. Semua orang mula menuding jari dengan semua pemimpin yang paling atas lagilah nampak dan langsung dipersalahkan yang macam hantu tadi lesap siapa pun tak nampak, melainkan hanya bomoh-bomoh politik sahaja yang nampak hantu-hantu politik ini.

Nasihat saya jangan terlalu memandang yang tersurat sahaja. Marilah kita sidang pembaca mahupun penulis menuntut ilmu menjadi bomoh politik supaya boleh mendapat penglihatan batin bagi mencari siapakah dalang, petualang dan hantu raya dan pelesit yang sebenar-benarnya membawa kepada tsunami politik ini. Jangan kita jadi macam bayi yang menangis mahukan susu bila ibunya nak pujuk dialihkan pandangan bayi itu untuk melihat benda lain akhirnya susu tak dapat benda lain yang bayi itu asyikkan. Buka mata masing-masing seluas-luasnya dan kemudian buka pula mulut supaya ahli politik yang seperti hantu raya dan pelesit ini dapat dikesan dan ceritakan kepada pemimpin siapa mereka. Saya hanya seperti seorang bomoh. Tak ada bomoh cari pesakit tapi pesakit yang datang cari bomoh. Kalau pemimpin atasan nak tahu jenis hantu maka kenalah datang cari bomoh bukan sebaliknya. Apa yang penting saya bukan bomoh temberang atau bomoh ibu duit.

Kalau dalam alam Melayu kita katakan mereka ini sebagai hantu tetapi di dalam dunia Islam mereka-mereka ini sebenarnya orang-orang yang dikatagorikan orang Jahiliah. Maksud jahiliah ialah jahil tentang kebesaran Ilahi sehingga berani duduk di dunia ini berbuat sesuka hati, tak sedar diri yang kita hanya menunggu hari nak mati. Dengarlah nasihat Saidina Umar Al Khattab R.A :

“Sesungguhnya Islam itu dapat diruntuhkan keping demi keping oleh mereka yang lahir di dalam Islam, jika ia tidak mengetahui apa itu jahiliah.

Yang paling aku takutkan ke atas umat ini ialah orang munafik yang berilmu.”
Ilmu dan cinta dunia
“Apabila engkau lihat seseorang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah dia mengenai agamanya. Kerana setiap orang yang mencintai sesuatu akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya,”

“janganlah kiranya kamu menjadi ulamak yang berwatak kasar. Agar tidaklah ilmu itu tegak dengan sebuah kejahilanmu.”

“Sesungguhnya wudhu yang baik, mengusir syaitan dari dirimu. Jangan engkau mempercayai selain dari orang yang takutkan Allah. S.W.T dan bermusyuwarahlah tentang urusan mu dengan mereka yang takut kepada Allah Ta’aala.”

“Aku tidak mempedulikan sama ada keadaanku susah atau senang kerana aku tidak tahu manakah di antara ke duanya itu lebih baik bagiku”

“ Janganlah kecintaanmu dan kebencianmu berlebih-lebihan sehingga sampai merosakkan.”

“Kebajikan yang ringan ialah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut.”

Itulah nasihat dari Saidina Umar. Setiap insan yang diciptakan Allah bukan untuk lain tetapi untuk mengambil iktibar dari perwatakan mereka. Sekiranya kita merasa berat untuk mengikut sifat Nabi Muhamad S.A.W, maka ambillah sifat-sifat sahabatnya yang terdekat. Kalau itu juga sukar untuk kita lakukan maka ikutilah sifat 70 orang lagi sahabat Nabi yang terkubur di medan perang. Asalkan kita tidak mengambil sifat Hantu raya dan pelesit yang dijelmakan jin dan syaitan. Kajilah Al Quran dan sunnah bukan sekadar mengetahui ilmunya tetapi watak-watak pejuang dan sahabat juga Nabi sendiri untuk kita ikuti. Bukan hanya kalam Allah yang perlu dibaca tetapi juga setiap watak dan insan umi yang Allah ciptakan. Kemudian bersiaplah kita untuk menghadapi dunia. Rugi kalau kita hanya mahu menumpukan peperangan sesama kita sedangkan manusia yang sebangsa dan seagama kita di luar sana beribu-ribu mati diletupkan hampir setiap hari oleh musuh kita yang sebenar iaitu kaum yahudi, musuh azali. Iqraq!!!