ASSALAMUALAIKUM

Friday, December 16, 2011

JUAL ORANG LAGI UNTUNG DARI MENJUAL UNTA LAH!!

Sedih dan amat menyedihkan kebelakangan ini berlumba-lumba Pertubuhan Badan Bukan Kebajikan (NGO) tampil kononnya ingin menghulurkan tangan membantu kerajaan bagi memenangi PRU13. Bukan sahaja individu. Tapi apa yang terjadi seperti kata pepatah orang tua-tua “telunjuk lurus kelingking berkait”.

Betapa gembira dan bahagianya Perdana Menteri (PM) apabila sesetengah pejuang-pejuang NGO yang tampil di hadapan beliau berikrar, bersumpah dan bersetia untuk membantu akhirnya di belakang lain pula perbincangannya. Tiket mereka hanya satu iaitu menggunakan NGO untuk merentang jambatan antara “diri dan Perdana Menteri”.

Modal ayat mereka hanya satu ;” di belakang kami hampir ada ratusan dan jutaan pengikut Dato’Seri yang sedia turun padang meraih pengundi”. Tapi hakikat sebenar semua dah lari yang tinggal hanya borang-borang lama yang di isi bertahun dulu. Maksudnya “itu borang ada itu orang sudah tak ada”.

Keahlian NGO dijadikan modal seperti kepingan-kepingan kayu bagi membuat jambatan untuk sampai ke istana PM. Lagi banyak cari kayu lagi cepat buat jembatan, lagi cepat sampai, lagi cepat laba tercapai. Sana-sini ingin menunjukkan betapa ramainya ahli mereka, lalu di adakan pelbagai majlis untuk diresmikan oleh PM. Di celah kesibukan perasmian mulalah memohon itu dan ini agar diluluskan. Apa lagi kalau bukan laba dunia.

Kalau begitulah banyakknya keahlian NGO yang akan membantu kerajaan saya rasa mudah kerja untuk mengutip rakyat mendaftar undi yang sudah tentu akan berpihak kepada kerajaan sepertimana yang di laungkan oleh Presiden setiap NGO. Kalau setakat menunjukkan borang keahlian dan menghantar bas mengutip orang yang belum tentu pun ahli NGO untuk ditunjukkan kepada PM maka lupakanlah perjuangan anda demi Agama, Bangsa dan Negara. Cukuplah melaungkan pandangan, pendapat dan bantahan di jalanan.

Ada lagi taktik sesetengah NGO ini yakni apabila sebarang tuntutan mereka sebelum pilihanraya ini tidak dipenuhi maka mereka mula mengeluarkan senarai ahli untuk menggertak kerajaan atau pemimpin parti, kononnya inilah senarai ahli yang mereka ada untuk ditarik dari menyokong kerajaan. Kalau saya jadi PM satu saja ayat yang akan saya keluar iaitu “sudah la” atau “pigi daaa”.

Sudah-sudahlah para pemimpin NGO sekelian, janganlah menggunakan taktik kotor anda untuk menghulur bantuan kepada kerajaan seperti memberi tangan kanan menadah di tangan kiri. Kalau nama pun NGO maka sudah tentu ianya adalah gabungan kabajikan dan bukan golongan yang hendak mencorakkan kerajaan. NGO mampu memjadi tulang belakang kerajaan seperti sebilah pisau memotong makanan atau membunuh orang. Maka pilihlah untuk memoong makanan untuk dibahagikan kepada rakyat sekiranya tidak mampu digapai oleh kerajaan.

Oleh sebab itu tidak hairan sekiranya ada ahli-ahli parti politik ini merasa mual dengan karenah sesetengah pemimpin NGO. Mereka tidak pernah berjuang di dalam parti, tidak pernah turun ke kampung untuk berkempen dan tidak pernah merasa perit getir perjuangan ahli parti akhirnya berani menyuarakan tuntutan peribadi mereka. Dengan menonjolnya beberapa individu di dalam NGO mereka juga tidak ketinggalan untuk melobi pemimpin atasan bagi dipilih menjadi wakil rakyat. Persoalannya adakah ahli-ahli parti politik yang telah lama berjuang dan berkecimpung di dalam parti sudah mati?

Kalau sudah memilih untuk berjuang di dalam NGO maka berjuanglah dengan ikhlas tanpa mencuba untuk mendahului mereka yang telah lama berjuang di dalam parti. Jangan menambah minyak ke dalam api kebakaran. Jangan sampai orang dalam membakar rumah sendiri dek kerana marahkan orang luar yang berkelakuan lebih sudu dari bubur.

Hentikanlah perlakuan menjual orang kepada pucuk pimpinan akhirnya akan terbuka juga pekung di dada apabila keputusannya diumumkan di dalam PRU13 nanti. Kalau menang sudah tentu kredibiliti dan laungan anda sebagai pemimpin NGO anda terselamat tetapi kalau kalah anda tak ubah seperti “tukang karut” yang menggesek rebab sekadar memberi cerita dan impian kosong kepada pemimpin negara. Ketika itu sudah pasti NGO anda akan berlukut di tepi gantang. Ahli yang benar-benar ingin berjuang atas nama NGO akan menjadi seekor kancil yang mati di tengah 2 ekor gajah yang bodoh. Oleh itu tunjukkan kualiti ahli anda yang mampu bekerja menyelamatkan kerajaan dan bukan kuantiti yang hanya seperti buih-buih dilautan yang akan hilang setelah mendapat laba. Jangan cuba membuat kerja yang akan menghancurkan umat. Marilah kita mengingati pesanan Rasulullah s.a.w:

Dari Abu Hurairah ra. Dari Nabi Muhamad s.a.w, beliau bersabda: “Tinggalkanlah oleh sekelian apa yang telah kutinggalkan. Sesungguhnya yang menyebabkan kebinasaan umat-umat yang sebelum kamu adalah kerana banyaknya pertanyaan mereka dan mereka bertindak tidak sesuai dengan apa yang disampaikan oleh Nabi-Nabi mereka. Oleh kerana itu, bila aku melarang sesuatu kepada kamu sekelian maka jauhilah, dan bila aku memerintahkan sesuatu maka kerjakanlah sekuat tenaga.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

RAKYAT BERKEHENDAK KEPADA PEMIMPIN ATAU SEBALIKNYA?

Inilah yang dikatakan dunia sudah terbalik. Kalau dahulu semua rakyat sangat berkehendak kepada pemimpin kerana mereka nampak pemimpin seumpama sebuah pohon yang rendang dan teguh. Bukan sahaja dapat memberikan perlindungan tetapi juga mampu mengeluarkan buah-buahan yang segar untuk dinikmati.

Kalau sekarang bagaimana? Kenapa rakyat kebanyakkannya sudah muak dan menyampah dengan pemimpin sehingga mereka sudah tidak peduli siapa bakal pemimpin mereka. Semuanya adalah kerana pemimpin sekarang umpama sepohon pohon yang gersang dan tidak berbuah. Sudahlah gersang, tidak berbuah malahan masih juga tidak mahu ditebang dan sanggup duduk di kawasan tersebut sampai reput di makan anai-anai. Itulah puncanya mengapa pemimpin bukanlah lagi satu keperluan kepada rakyat. Bagi mereka sesiapa sahaja yang bakal mengganti akan serupa itulah juga. Tahun demi tahun begitu jugalah kisah seorang pemimpin yang akan berulang-ulang.

Sedih melihat bagaimana Allah telah menarik hikmah seseorang pemimpin. Jauh bezanya dahulu dan sekarang. Bukanlah kerana ada pentas alternatif untuk rakyat bersuara seperti media internet dan sebagainya. Tetapi kerana perlakuan pemimpin itu jauh berubah dibandingkan dahulu. Pemimpin dahulu boleh diibaratkan seperti seorang peneroka yang bukan sahaja meneroka tetapi juga menanam dan mengutip hasilnya untuk dikongsikan bersama rakyat. Sedangkan pemimpin sekarang sama seperti penjajah. Mereka datang, teroka negara lalu dijajah untuk diri sendiri dan menjadikan rakyat tempatan sebagai hamba abdi yang hanya bekerja untuk penjajah.

Keadaan perubahan pemimpin sudah dihidu rakyat. Cuma sesetengah pemimpin sahaja merasakan bahawa mereka selamat kerana berada di dalam satu parti yang gagah. Sedih melihat apabila pemimpin bukan sahaja ditolak tetapi dimaki dan dicarut seperti seekor anjing ditepi jalan. Mengapa keadaan ini berlaku? Bukan kerana salah rakyat tetapi salah pemimpin itu sendiri yang kurang muhasabah. Kata pepatah Inggeris “You get what you give”.

Terang lagi bersuluh sekarang apabila kita melihat dari akhbar dan media betapa hinanya diri sesetengah pemimpin yang sanggup turun padang membuat perkara yang belum pernah dibuat sebelum ini semata-mata ingin mengambil hati rakyat dan amat berkehendakkan sokongan rakyat. Apa yang amat dikhuatiri keadaan ingin mengambil hati rakyat yang berlebihan ini suatu hari nanti setelah selesai pilihanraya tidak mampu lagi dibuat oleh pemimpin tersebut. Persoalannya apakah kita sekali lagi akan mengalami keadaan cuaca politik yang tidak menentu di masa depan?

Tidak salah apabila seorang pemimpin itu turun ke bawah dan bersama rakyat, melakukan perkara-perkara yang belum pernah mereka lakukan sebelum ini. Namun biarlah keadaan tersebut akan menjadi satu perkara yang istiqomah kepada setiap pemimpin dan bukannya bermusim. Kerana musim yang tidak menentu inilah akan membawa kepada tsunami yang besar.

Oleh sebab itu bagi pemimpin yang amat berkehendakkan sokongan rakyat kali ini harus memikirkan bahawa setiap aktiviti yang dijalankan akan berterusan selagi mereka memimpin. Rakyat sekarang sudah celik segala-galanya dan bukan seperti dahulu. Kalau dahulu bantuan amat diharapkan dari pemimpin. Manakala sekarang banyak rakyat sudah mampu berdiri di atas kaki mereka sendiri ada atau tanpa pemimpin. Banyak peluang sudah terbentang di depan mata, maka pemimpin yang mereka perlukan hanya sekadar pelengkap negara dan bukan lagi pelengkap kehidupan mereka. Sebab itulah ketika rakyat yang berkemampuan berdiri di atas kaki mereka ini mula melihat kemampuan akhlak melebihi dari kemampuan kehendak materi.

Dunia sudah terbentang luas menghamparkan peluang bukan sahaja di dalam negara. Di saat inilah pemimpin harus memfokaskan untuk menanam semangat patriotisme mencintai tanahair melebihi dari mencintai para pemimpin dan parti itu sendiri. Agar tidak akan berlaku sebarang kemungkinan rakyat akan meninggalkan negara atau menjual maruah negara semata-mata kerana kebencian mereka ke atas pemimpin menebal. Akhirnya kerana seekor nyamuk habis kelambu dibakar. Kerana nila setitik habis susu sebelanga.

Maka pemimpin akan datang seharusnya mempunyai kebijaksanaan dan patriotisme yang tinggi untuk diserapkan kepada rakyat dan bukan sahaja berguni-guni kata manis meraih undi. Negara sedang diperhatikan oleh orang luar dan bukan sahaja dalam. Bagi pengkhianat negara yang tidak mempunyai patriotisme yang tinggi dengan mudah akan termakan hasutan luar bagi membuka benteng negara untuk diserang secara materi dan psikologi. Kepentingan negara harus diutamakan di atas segala-galanya. Perubahan minda dan kemampuan rakyat juga harus dikaji semula agar kehendak mereka selari dengan kehendak pemimpin dan bukan disebaliknya. Oleh itu setiap pemimpin tidak boleh lagi merasakan bahawa rakyat begitu berkehendakkan apa yang berada di tangan mereka tetapi rakyat amat berkehendakkan apa yang ada diminda pemimpin tersebut bagi melahirkan idea baru bukan sekadar untuk hidup tetapi juga bekalan untuk hari kemudian. Ilmu pemimpin amat diutamakan dan bukan lagi materi sepertimana yang pemimpin rasakan. Apabila rakyat sudah bijak maka mereka mula mengharapkan seorang pemimpin yang lebih bijaksana, supaya tidak terus menerus diperbodohkan oleh janji manis pemimpin setiap kali menjelangnya pilihanraya.

Oleh itu pengenalan “wassatiyah” yakni kesederhanaa amat baik untuk diaplikasikan kepada pemimpin. Bermakna kalau berkempen besederhanalah. Kalau berjanji juga besederhana juga agar dapat dilaksanakan. Kalau beraktiviti juga besederhana agar dapat berterusan. Sekiranya ini dapat dilaksanakan InsyaAllah rakyat yang semakin bijak dapat menilai antara intan dan permata. Jangan sampai ada pemimpin yang menyuruh rakyatnya berbuat baik sedangkan mereka sendiri tidak melaksanakannya seperti kata Abu Zaid Usamah bin Zaid Haritsah ra berkata:

“Saya dengar Rasulullah saw bersabda: “Nanti pada hari kiamat ada seorang yang di datangkan kemudian dilemparkan ke dalam neraka kemudian keluarlah usus perutnya dan berputar-putar di dlama neraka sepertimana berputarnya keldai yang sedang berada di dalam penggilingnya, lantas para penghuni neraka berkumpul seraya bertanya:” Wahai fulan, kenapa kamu seperti itu?” Bukankah kamu dahulu menyuruh untuk berbuat baik dan melarang dari perbuatan mungkar?” Ia menjawab;” benar, saya dulu menyuruh untuk berbuat baik tetapi saya sendiri tidak mengerjakannya, dan saya melarang dari perbuatan mungkar tetapi saya sendiri malah melakukannya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saturday, November 19, 2011

PEMBANGKANG MUFLIS

Setiap hari kita mendengar pelbagai tuduhan dan kehendak yang dilemparkan parti pembangkang terhadap kerajaan. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk menuding jari bagi mencungkil kelemahan kerajaan. Mungkin ramai yang telah lupa bahawa strategi parti pembangkang sudah sampai ke penghujung jalan. Apa yang bakal dicatatkan di sini hanya satu analisis sendiri bagaimana pihak pembangkang mengadakan pelbagai strategi bagi meraih sokongan pelbagai kelompok masyarakat. Kita mungkin terlupa bahawa masyarakat Malaysia bukan sahaja terdiri dari pelbagai lapisan bangsa tetapi juga pelbagai lapisan kelompok masyarakat. Antaranya kelompok “perkaumanan” yang wujud tidak kira di dalam bangsa apa sekalipun, samada Melayu, Cina ataupun India dan Kristian. Terdapat juga kelompok Mat rempit, Kelompok NGO, agamawan, belia, golongan miskin dan juga golongan homoseksual. Maka di sini mari kita lihat satu persatu analisis bagaimana parti pembangkang menggunakan pelbagai isu bagi menyesuaikan setiap kelompok yang menjadi sasaran bagi meraihkan sokongan untuk pilihanraya ke 13 akan datang.

Pertama kes Namawee, saya katagorikan dia di bawah kelompok “racist”. Inilah caranya mereka menggunakan Namawee untuk melakukan pelbagai cara bagi menarik kemarahan kerajaan dan bangsa Melayu terhadap satu budak Cina. Mereka hanya menunggu sahaja tindakan yang akan diambil ke atas Namawee. Sekiranya sebarang tindakan di ambil percayalah sedikit sebanyak mereka akan membawa Namawee untuk berkempen dan menyatakan bagaimana dia telah diperlakukan secara tidak adil oleh Kerajaan dan keadaan ini sudah tentu akan membawa kemarahan kaum Cina sekiranya sebarang tindakan di ambil oleh kerajaan. Dengan kebijaksaan kerajaan perkara tersebut telah berjaya ditangani. Bagaimana caranya? Lahir sudah sebuah filem oleh beliau, maka isu yang pernah dikatakan oleh pembangkang bahawa budak ini hanya ingin menunjukkan bakat dan kreativitinya, sudah terbukti, walau filemnya tidak se kreatif mana pun. Maka membisulah kelompok “racist” tersebut.

Kedua, Isu “BERSIH”, ia merupakan satu taktik untuk menarik golongan dari kelompok NGO bagi mempersetujui kehendak dan permintaan yang digariskan sebagai adil dan bersih. Sedangkan kita semua tahu kronologi bagaimana isu tersebut berlaku. Sekiranya mereka ingin mengadakan sebarang tuntutan, secara professional hanya perlu menghantar memorendum kepada SPRM. Dikatakan mereka cuba untuk mendapatkan temujanji dengan SPRM, kerana kesukaran untuk berbincang dengan Pengarah SPRM, maka satu demonstrasi aman harus di adakan. Isu sebenar hanyalah ingin mendapatkan perhatian dari pihak NGO sahaja. Sedangkan kita semua tahu bahawa tawaran telah pun diberikan oleh kerajaan untuk mereka berada di dalam panel SPRM tetapi lain pula yang dituntut. Akhirnya isu tersebut terdiam, kerana sudah muflis isu.

Ke tiga, Isu “Negara Kebajikan” juga sudah terjawab selepas pengumuman belanjawan oleh Perdana Menteri yang ternyata begitu prihatin ke atas kebajikan rakyat. Sudah tentu apa yang bakal dilaksanakan oleh “buku jingga” sudah lama dan telah lama dilaksanakan oleh kerajaan. Seperti pelbagai subsidi gula, petrol, beras dan pelbagai lagi. Sedangkan apa yang hendak dilaksanakan di dalam “buku jingga” masih menjadi impian yang belum menjadi kenyataan. Lebih-lebih lagi apabila tidak dinyatakan pembangkang bagaimana cara mereka untuk menjana ekonomi selepas 100 hari membelanjakan wang . Mungkin setelah 100 hari rakyat Malaysia terpaksa mengikat perut semula bagi merealisasikan impian “buku jingga”. Isu menjana dana tidak terjawab sekali lagi muflis.

Isu yang akhir ingin dibincangkan adalah bagaimana akhirnya pembangkang ingin pula menarik perhatian “kelompok homoseksual”. Ini saya namakan ”modal terdesak” Mungkin rakyat Malaysia telah lupa bahawa kelompok ini hari demi hari berkembang di Malaysia. Dengan membuat isu sedemikian ianya sedikit sebanyak meraih sokongan bakal pengundi dari kelompok ini. Kita semua tahu bahawa mereka tidak kira “gay”, “biseksual” ataupun “lesbian”, tetap mempunyai kad pengenalan dan layak untuk mengundi. Inilah modal akhir yang digunapakai parti pembangkang bagi meraih sokongan.

Kalau hendak dibincangkan di sini isu tentang kelompok sudah tentu 200 mukasurat pun belum tentu cukup. Maka saya amat berharap kerajaan akan mula membuka mata bukan sahaja untuk meraih sokongan bangsa mahupun kaum tetapi jangan lupa juga kelompok-kelompok yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum tetapi mempunyai satu citarasa dan cita-cita yang mereka kongsi bersama. Sekiranya sensitiviti kelompok ini terguris maka seluruh kumpulan mereka juga akan memberi impak yang sama. Niat pembangkang hanya satu mencipta satu isu dan mengharapkan rakyat menyerang kerajaan seperti serigala .Iqraq!!

“In politics you must always keep running with the pack. The moment that you falter and they sense that you are injured, the rest will turn on you like wolves.” R.A.Butler.

MENGAPA GENERASI Y MENOLAK KEPIMPINAN NEGARA

Usaha kerajaan untuk terus menerus mengambil hati generasi “Y” pada pandangan saya akan menuju kegagalan sekiranya beberapa perkara penting tidak di ambil tindakan. Dari pengalaman bercampur dan bergaul dengan beberapa belia banyak rungutan mereka terhadap kerajaan. Banyak masalah dan tuduhan ditudingkan kepada para pemimpin sehingga mereka lupa bahawa kerabat kaum keluarga pemimpin juga memainkan peranan yang penting dalam mencemarkan kredibiliti pemimpin itu sendiri.

Kalau dahulu kita sering mempertikaikan akan hak keistimewaan dan kekebalan Raja-Raja sedangkan ianya sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Segala kekebalan dan hak keistimewaan tersebut walaupun disahkan secara bertulis, masih juga orang pertikaikan. Tanpa kita sedari yang sah dipertikaikan tetapi yang tidak langsung disahkan menggunakan hak tersebut dengan sewenang-wenangnya. Siapa lagi kalau bukan kerabat dan anak-anak kepada pemimpin.

Berbagai isu pernah ditimbulkan seperti keistimewaan anak-anak pemimpin mendapatkan pelbagai pinjaman dan geran kerajaan secara mudah tanpa melalui sebarang proses biasa. Kalau kita bercakap tentulah orang akan bertanya di mana buktinya. Sudah tentulah kita mempunyai bukti dan senarai nama mereka yang mendapat kemudahan ini. Tidak mungkin saya akan paparkan di sini cukuplah untuk dinilai sendiri oleh Perdana Menteri setelah senarai ini yang akan dihantar kepada beliau. Bukan saya yang akan menghantarnya tetapi sekumpulan anak muda yang begitu marah kerana turut mempunyai keinginan berniaga seperti anak pemimpin lain.

Banyak lagi perkara bukan sahaja kemudahan perbankan tetapi juga kemudahan pembelajaran dan kemudahan kolej seperti mendapat gred yang cemerlang turut dinikmati oleh anak-anak pemimpin ini. Bayangkan bagaiman perasaan anak-anak muda ini yang terpaksa bersusah payah membuat pelbagai kertas kerja bagi memulakan perniagaan akhirnya terpaksa ditolak begitu sahaja dengan alasan tiada “koleterol”, cagaran mahupun penjamin VVIP yang dapat menyokong kertas kerja mereka.

Seandainya dikeluarkan satu borang penilaian kepada mana-mana kolej dan Universiti sudah tentu akan mendapat satu jawapan yang sama. Iaitu “Technical know who is more important then technical know how”. Akhirnya anak muda ini akan menjadi tidak bersemangat lagi untuk mencapai impian mereka kerana mereka kebanyakkannya hanya terdiri dari “tecknical know how”.

Tidak hairan kebanyakkan anak-anak muda yang pintar dipergunakan kepintaran mereka apabila semua kertas kerja dan kajian perniagaan yang dibuat oleh mereka di ambil oleh sesetengah anak-anak pemimpin yang “business minded’ ini untuk dihantar sebagai kertas cadangan perniagaan mereka. Setelah berjaya dan tercapai apa yang dihajati akhirnya anak muda yang pintar ini ditinggalkan begitu sahaja, tanpa mendapat sebarang upah jauh sekali saham yang dijanjikan.

Pemimpin atasan seharusnya lebih peka terhadap permasalahan ini. Bukan pemimpin sahaja yang seharusnya ditalbiahkan tetapi juga anak-anak mereka, agar tidak menggunakan hak keistimewaan apalagi merasa kebal ke atas kuasa yang diperolehi oleh ibu atau bapa mereka sebagai pemimpin.

Jadikanlah kes kelulusan “public Fund” sebanyak 250 juta itu sebagai satu pengajaran bahawa keadaan ini sememangnya telah dulu dan kini berlaku cuma jangan dibiarkan selamanya.Kalau tidak diubah pasti rebah!!

Kerajaan harus menangani masalah ini dan memantau segala hak keistimewaan dan kekebalan ini dihentikan. Jadilah seperti contoh bagaimana Saidina Umar Alkhattab berkata kepada anaknya”mengapa unta kamu gemuk, sedangkan unta rakyat semuanya kurus?. Jawab anaknya” saya memberi makan dan minum ditempat yang disediakan oleh ayah kepada orang ramai sama seperti orang lain. Jawab Umar “unta kamu gemuk kerana rakyat terpaksa memberikan laluan untuk unta kamu makan dan minum sepuasnya dahulu, kerana kamu anak Khalifah, maka juallah unta kamu kerana tidak akan aku izin anak-anakku menyalahgunakan kuasa yang telah Allah berikan kepada ku.”

Usaha kerajaan untuk menambat hati golongan muda akan menjadi sia-sia sekiranya keadilan tidak diberikan kepada mereka. Mereka adalah dikalangan belia cerdik pandai yang tahu samada sesuatu perkara itu mengikut sistem ataupun tidak. Golongan ini bukan sahaja pemerhati seperti rakyat Malaysai yang lain tetapi juga pengkaji yang akan terus mengkaji dan mendapatkan satu jawapan secara pasti. Iqraq!!

“Policies are many, Principles are few, Policies will change, Principles never do.”
John C. Maxwell

Tuesday, October 18, 2011

ISA : KENYATAAN HARAKIRI ATAU ADA UDANG DISEBALIK MEE?

ISA : KENYATAAN HARAKIRI ATAU ADA UDANG DISEBALIK MEE?

Pelbagai reaksi rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri kita membuat satu pengumuman yang mengejutkan pada tanggal hari Malaysia 2011. Saya agak mengambil masa untuk memberikan komentar di dalam penulisan kerana ingin mencerna minda terlebih dahulu untuk memahami maksud sebenar keputusan yang telah di buat oleh PM Dato Seri Najib.

Setelah berulang kali membaca teks ucapan beliau maka pada pandangan saya ianya boleh dilihat dari perspektif positif dan negatif. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa selama ini kebanyakkan tahanan yang diletakkan di bawah pengawasan ISA boleh dikatakan 70% melibatkan “jenayah tegar” seperti perancangan pengeboman serta tidak kurang juga penyelewengan agidah dalam agama. Hanya segelintir sahaja tahanan yang melibatkan ahli politik. Namun kebanyakkan isu yang di bawa oleh pembangkang menjurus kepada hak asasi manusia yang menjurus kepada ahli politik. Tidak tahu di mana silapnya. Apakah kerana pihak POLIS sendiri enggan mewar-warkan kelompok tawanan mereka ataupun ianya sememang harus dirahsiakan. Saya pernah bertanya kepada pegawai POLIS sendiri ketika diberikan taklimat tentang ISA mengapa tidak didedahkan kelompok tawanan, namun jawapan mereka ialah takut rakyat Malaysia akan panik mendengar jumlah penjenayah yang melibatkan diri dengan pengeboman. Jawapan itu agak praktikal, namun tetap akan menimbulkan persoalan ketika kenyataan yang dibangkitkan tentang ISA hanya melibatkan orang-orang politik semata.

Inilah Malaysia kita sering disonggokkan dalam kegelapan. Banyak perkara yang telah dilakukan oleh pihak POLIS yang jauh dari pengetahuan umum. Pada khidmat saya tidak salah sekiranya sedikit penerangan ini diberikan tentang sepanjang ISA ditubuhkan apa yang telah mereka lakukan bagi menyelamatkan Malaysia dari ancaman pengganas.

Rakyat sering ditinggalkan tanpa penjelasan, inilah puncanya maka tanpa pengetahuan yang luas serta hanya disebarkan pada orang-orang tertentu maka pelbagai spekulasi negatif yang dilemparkan kepada ISA.

ISA merupakan satu akta yang telah Malaysia ungguli, walau pada ketika itu kita dicemuh oleh negara luar dengan kenyataan tidak menjaga hak asasi manusia. Namun lama-kelamaan kita melihat bagaimana New Zealand, Australia, Singapura dan US telah mula mengikut jejak langkah kita dalam menangani isu jenayah dan pengganas di negara mereka berpaksikan akta ISA walaupun berselindung dengan nama lain. Persoalannya apakah dengan memansuhkan ISA akan membuka mata dunia bahawa Oppss!! Maaf kami kerajaan Malaysia tersilap?” atau “betul kata penentang ISA, kami memang silap dengan langkah mewujudkan ISA”.





Saya amat tidak memahami mengapa ISA harus diubah namanya sedangkan apa yang akan digubal hanya dua undang-undang baru dibawah 149 Perlembagaan negara? Bukankah sememangnya pada dasar awal itulah tujuan ISA ditubuhkan adalah untuk menjaga keamanan negara. Apakah dengan menukar nama akan memberi satu kepuasan kepada pembangkang atau pejuang hak asasi manusia? Mengapa tidak dikekalkan sahaja nama ISA serta digubalkan intipati aktanya sahaja?

Ini akan menambah kekeliruan rakyat Malaysia. Saya menganggap PM hanya akan “harakiri” sekiranya pengisian yang sama walau tidak serupa yang bakal menggantikan ISA. Pemimpin harus ingat bahawa rakyat Malaysia sudah cerdik pandai mereka akan mengkaji sedalam-dalamnya intipati yang bakal diganti. Kalau sekadar ingin menukar nama, maka ini adalah satu kesilapan yang besar. Seharusnya ISA dikekalkan dengan menggubal hanya pengisian aktanya sahaja. Kerana pada akhirnya ia tetap bersangkutan dengan nama ISA (Internal Security Act).

PM harus mengkaji apakah yang tidak sesuai di bawah akta ini dan memindakannya mengikut kesesuaian zaman, tapi bukan hanya dengan menukar nama. Itulah anggapan dan harapannya. ISA merupakan integriti pemimpin yang telah melaksanakannya, namun apabila keputusan telah dibuat untuk memansuhkannya telah memeberi satu tanggapan yang amat negatif kepada rakyat terhadap pemimpin yang telah menubuh dan melaksanakannya. Kalau sesuatu perkara dimansuh maka jelas perkara tersebut tidak baik. Kalau tidak baik mengapa terpaksa menunggu 3 pemimpin untuk memansuhkannya? Apakah sekadar ingin mencipta gimik sejarah?

Apakah dengan pembubaran ISA yang begitu lama wujudnya di Malaysia atas hanya desakan beberapa pemimpin pembangkang? Bagaimana sekiranya perkara ini yang dianggap telah berhasil oleh pihak pembangkang akan mengundang pembubaran kepada Perlembagaan Persekutuan? Kalau ISA yang telah banyak berjasa menjaga keamanaan negara mudah dibubarkan maka tidak hairan kalau satu hari nanti terdapat pemanjangan desakan bagi mengubal perlembagaan persekutuan terutama tentang “hak orang Melayu” dengan alasan satu Malaysia, satu suara, satu tanah dan satu hak samarata.

Saya harap PM telah membaca sedalamnya implikasi kepada rakyat mahupun pembangkang yang kebanyakkannya lebih cerdik pandainya untuk membuka mata dan telinga tentang pengumuman pegisian baru menggantikan ISA. Sekiranya hanya sekadar bersalin tajuk maka ini namanya “harakiri”. Namun sekiranya ada “udang disebalik mee” maka berhati-hatilah kerana sekecil mana udangpun tetap akan dicari dan digali oleh pembangkang dan rakyat. Bersiaplah untuk menerima hakikat di dalam PRU13 nanti. Kata pepatah Melayu “Buat jahat jangan sekali buat baik berpada-pada”. Iqraq!!

Tuesday, August 9, 2011

YANG BERHORMAT KAWASAN CYBER

Hari ini mungkin orang akan tertawakan saya kerana ingin mencadangkan agar melantik seorang YB bagi menjaga kawasan Cyber. Tentu orang akan berkata “kan kita dah ada Menteri Penerangan dan Suruhan Jaya Komunikasi Dan Multimedia.” Cuba fikirkan keadaan Menteri tersebut adakah beliau berada 24 jam di hadapan PC. Apakah orang yang memantau juga berada 24 jam di depan PC ataupun bolehkah pegawai tersebut bersuara dan berdebat di Parlimen ketika beliau teruk berperang di laman cyber. Maka tentulah pegawai tersebut terpaksa membuat kertas lapuran dan sebagainya untuk dibaca semata-mata oleh menterinya, walaupun pada hakikatnya belum tentu Menteri tersebut faham.. Jadi bila timbul kes menteri tersebut secepat kilat tindakan di ambil. Tapi bila tohmahan ke atas orang lain, kata orang Kedah “buat deeeekk saja”. Dalam ertikata lain buat tak nampak.

Oleh sebab itulah maka Perdana Menteri harus mengadakan seorang wakil rakyat bagi kawasan yang paling penting yang banyak menimbulkan huru-hara dewasa ini. Tugas YB Cyber adalah menjaga keamanan rakyat dan memperbetulkan segala tohmahan rakyat dan tak kurang juga memberikan info yang tepat tentang pelbagai tawaran oleh kerajaan. Dalam ertikata lain, ketika kerajaan menyuruh rakyat mengisi borang memohon dana, maka terangkan bila akan habis dana tersebut atau dana tersebut telah habis dipohon dan sebagainya. Tidaklah iklan tawaran tersebut dibiarkan terpampang bertahun-tahun di laman web. Bukankah itu menyusahkan rakyat namanya. Kalau ada Kementerian yang bukan kaki update web, maka terkenalah rakyat jelata yang terpaksa naik turun Kementerian. Bila sampai di Kementerian, selalunya inilah jawapannya “maaf cik kami tak sempat update web, sebenarnya dana tersebut dah ditutup”……apa lagi jawapan rakyat “hampess!!, sebegini jauh aku datang setebal ini working paper aku, itu je dia jawab.”

Sekiranya keadaan ini berlaku sudah tentulah YB Cyber akan bawa terus ke Parlimen dan menceritakan masalah rakyat cyber. Bukan itu saja malahan YB Cyber yang kerjanya 24 jam berada di depan PC bersama pegawai-pegawainya sudah tentulah akan menggeladah semua kawasan, dan bukan kawasan yang di “taq” sahaja. Inilah kerja mereka. Sebarang masalah yang di hadapi oleh kerajaan akan selesai terutamanya panggilan dan undangan maut dari BERSIH sudah tentulah dapat dihentikan atau dinasihatkan oleh YB Cyber ini. Sudah tentulah Ketua Polis Negara tak payah nak talipon sana sini orang-orang yang ada pengaruh untuk mewar-warkan supaya jangan ikut anjuran BERSIH sedangkan sebab kenapa tidak boleh menyertai BERSIH tidak diterangkan dengan jelas.

Bila dunia Cyber tidak ada pemimpinnya maka sudah tentulah rakyatnya akan mengadu ikut suka hati pada siapa yang dianggap begitu aktif di dalam dunia cyber maka itulah yang akan dilantik sebagai pemimpin untuk mereka merujuk. Termasuk juga uintuk menghentam sesama sendiri.


Sudah tiba masanya Perdana Menteri menilai semula untuk melantik wakilnya sebagai pemimpin dunia Cyber kerana kawasan dunia Cyber sudah menjadi seperti sebuah kawasan yang dihuni oleh manusia liar “savage”. Kenapa saya kata “savage” kerana sebahagian besar mereka sudah tidak mempunyai akhlak dan adab, ketika mereka mempermain-mainkan pemimpin. Tidak kiralah samada di antara parti kerajaan atau pembangkang. Cuba bayangkan ketika gambar PM dan isteri dipermainkan dan gambar anwar “dipondankan” inikah yang ingin kita anjurkan kepada kanak-kanak? Sedangkan kita tahu syarat kelayakan untuk kanak-kanak membuat “facebook” haruslah berdasarkan umur yang ditetapkan. Namun secara tidak sedar dunia facebook turut dimonopoli oleh kanak-kanak di bawah 12 tahun. Bayangkan kalau mereka menyaksikan gambar sedemikian terutamanya di dalam facebook. Itu tidak termasuk kata-kata nista dan cela kepada pemimpin. Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan?

Sekiranya ada YB Cyber sudah tentu kita akan melemparkan tanggungjawab ini kepada beliau. Inilah masalah rakyat Malaysia kalau tak diberi pangkat dan kedudukan serta gaji yang lumayan semuanya akan daftar ke dalam dunia cyber kononnya aktif, dan menjaga dunia cyber tersebut secara “ala-ala…gitu”. Padahal masalah kian rancak. Kata keji dan nista pada pemimpin kian menjadi-jadi tidak termasuk gambar lucah pemimpin. Saya harap suatu hari nanti cadangan yang mungkin ditertawakan hari ini akan menjadi kenyataan apabila “Cyberwar” benar-benar berlaku. Inilah peperangan dunia ke3 yang akan menjadi kenyataan “PEPERANGAN DUNIA CYBER”. Iqraq!!

Tuesday, August 2, 2011

TERNYATA MANUSIA HIDUP ATAS ANDAIAN SEMATA

BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN YANG DIKASIHI NABI MUHAMADA S.A.W

Di dalam bulan yang mulia ini, ketika kita banyak disuruh berdiam, maka hati dan fikiran mulai melihat Kebesaran Allah dan kedudukan kita sebagai hambaNya. Banyak sungguh pengalaman yang dikutip sepanjang perjalanan kehidupan ini. Pelbagai jenis manusia yang telah kita jabat tangan, namun benar seperti kata Usman Awang “Kita sering berjabat tangan tapi masih belum berkenalan”. Namun hari demi hari setelah kita mengimbau kembali kenalan yang kita kenali maka terngiang-ngiang juga kata mereka ditelinga. Banyak yang menyeru ke arah kemaksiatan dan tak kurang juga yang menyeru ke arah kebaikan. Ketika ditimbang tara antara kenalan yang menyeru ke arah kebaikan ternyata lebih banyak di kalangan mereka yang baik rupa-rupanya lebih melangkaui Allah.

Ujub sesungguhnya sesuatu yang amat halus. Ada ulamaq berkata ”ketika ujub hinggap dihati ianya seperti seekor lalat dibatu yang hitam, sukar untuk dikenalpasti, apakah kita ketika itu menyatakan kebenaran atau mengiakan kebenaran mendahului Allah.” Sesungguhnya benar kata Ulamaq tersebut. Ketika kita menyeru kepada kebaikan serta banyak membuat ibadah dan kebaikan, mengharapkan orang tersebut mendapat hidayah dan terbuka hatinya, kita begitu bersungguh-bersungguh. Tak kala orang yang telah menerima kabaikan yang kita sampaikan, maka mulai saat itulah penyakit ujub timbul. Lalu berkata hati kecil kita..”Alhamdulillah si polan mulai sedar setelah aku membawa dia untuk mendengar dakwah.” Terlupa kita saat itu bahawa Allah telah mendahului kita saat itu. Allah telah menetapkan hati si polan tersebut sebelum kita berjumpa dengan dia lagi, lalu diperintahkan Allah untuk si polan bertemu kita hanya kerana Allah ingin memberi setitis sahaja pahala , tapi kita sudah berbangga, seolah-olah seluruh pahala milik kita. Astagharafilullahalazimmmmm!!

Manusia sesungguhnya hidup dengan penuh andaian mengatakan keadaan orang itu dan ini hanya kerana perubahan mereka. Sibuk kita melihat perubahan manusia dari baik kepada jahat atau ada juga yang masih mempertikaikan dari jahat menjadi baik. Sehingga kita lupa bahawa AKHIR PENENTUAN MANUSIA SAMADA KEKAL BAIK ATAU JAHAT ADALAH DISAAT SAKRATU MAUTNYA!!

Apakah hanya ibadah penentu di mana dan ke mana kita akhirnya? Saya ingin bertanya antara manusia di dunia APAKAH TANDA DOSA-DOSA KITA TELAH DIAMPUN??
Ternyata orang yang lebih banyak membuat dosa hati adalah manusia yang paling rugi di dunia walaupun beliau tidak pernah membuat dosa zahir seumur hidup. Ini adalah kerana sekiranya kita telah dan pernah melakukan dosa zahir, ternyata Allah akan menghantar dan pasti menghantar manusia-manusia lain bagi menegurnya. Sedangkan manusia yang kuat beribadah dan ternampak alim zahirnya tetapi penuh dengan dosa hati yakni penyakit mazmumah hanya mereka sahaja yang tahu. Maka mereka akan mudah merasa diri mereka suci lebih-lebih lagi apabila orang yang memandang mereka memuji dan memuja akan kealiman dan kesucian mereka. Lama kelamaan mereka akan tenggelam dalam pujian tersebut lalu terus mengandaikan bahawa syurga dihujung jari mereka. Mereka segera melupakan dosa-dosa fitnah, mahupun penganiayaan di dalam diam antara mereka dengan manusia lain. Kerana mereka pasti orang lain tidak tahu tetapi lupa bahawa Allah lebih tahu. Hiduplah mereka dengan andaian tersebut. Membeli syurga hanya dengan ibadah zahir. Ketika sedar mereka secara senyap memohon ampun kepada orang yang pernah mereka fitnah, namun janji Allah pasti, yang salah dan berdosa tetap berdosa.

Wahai manusia jauhkanlah menilai manusia lain. Mohon kepada Allah agar kita dijauhkan dari menilai manusia lain seperti jauhnya Timur dan Barat. Kerana sesungguhnya kita sendiri pun belum tahu ke mana akan di hantar oleh Allah di akhirat nanti. Tidak cukup dengan ibadah zahir tetapi ibadah yang paling bererti adalah ibadah hati. Telah bersabda Rasulullah “ di dalam badan manusia terdapat seketul daging, sekiranya seketul daging itu baik maka baiklah seluruh anggota tubuhnya, maka itu adalah hati”.

Saya ibaratkan hati seperti biji benih. Sekiranya benih itu baik maka pokok yang tumbuh akan menghasilkan buah-buahan yang banyak, sehingga dapat dinikmati oleh orang lain (yakni dapat memberi kebaikan) , walaupun tanpa dibaja dan hanya disiram sekali sekala. Namun sekiranya benih tidak baik (hati) maka pokok tersebut mahupun dibaja dan disiram berpuluh kali juga tidak akan berbuah, jauh sekali dinikmati oleh orang lain hasilnya.

Maka atas segalanya marilah kita hidup dengan menjauhkan diri kita dari andaian bahawa ibadah yang kita lakukan cukup, kebaikan kita cukup, dakwah kita cukup, sesungguhnya segala itu masih kecil untuk membalas segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Lalu mengapa kita layak meletakkan diri sebagai ahli syurga sedangkan orang lain terzahir kejahatannya sebagai ahli neraka.

Kita sering memandang mulia kepada manusia yang tersasar aqidah. Mereka yang pernah tersasar aqidah (yakni menghijabkan guru dengan Allah) serta lari tauhidnya setelah kembali ke jalan yang benar kita tetap memandang mereka mulia, sedangkan mereka pernah mensyirikkan Allah. Akan tetapi ketika kita melihat seorang pelacur yang tidak pernah mensyirikkan Allah kembali ke jalan yang benar tetap sahaja kita menghina mereka. Rasanya seorang bekas pelacur akan lebih mengerti kenistaannya ketika menghadap Allah berbanding dengan orang ibadah yang mensyirikkan Allah ketika mereka kembali kejalan Allah lebih sukar untuk mereka menista diri mereka dihadapan Allah.

Ingatlah bahawa Allah Maha Adil. Dia membahagi-bahagikan dosa dan pahala kepada setiap manusia dengan seadilnya. Maka kita tetap akan pulang kepangkuanNya dengan dosa yang pernah, telah atau senantiasa kita lakukan baik hati mahupun zahir. Maka jauhilah kita dalam mengandaikan diri kita mahupun orang lain. Berserah sahaja kepada Allah Maha Penentu untuk menentukan segalanya. Sekiranya zahir kita sudah baik ibadahnya maka sibukkan pula ibadah hati kita supaya kesibukan hati berzikir kepada Allah memuji segala nikmatNya akan melalaikan diri kita untuk mengandai kedudukan orang lain di akhirat. Ingat bahawa syurga adalah atas ihsan dari Allah. Dia sahaja yang berhak menentukan dan kita hanya menurut KehendakNya. Kemampuan kita hanya terbatas dengan ibadah dan doa, manakala keputusan tetap bukan di tangan kita. Kembalilah kita menghayati sirah sunnah-sunnah Rasulullah serta Kitab Al Quran semoga Allah memberikan IhsanNya kepada kita. Jauhilah menganiayai, mengandai, memfitnah, serta mewujudkan kelompok-kelompok yang kita andaikan kelompok kita sahaja yang hanya diterima Allah. Sesungguhnya tiada kelompok atau individu yang Allah agihkan untuk Dia memberikan berkah melainkan mereka yang jelas mengkafirkan Allah. Selagi kita seagama maka kita bersaudara. Selagi kita mengucap dua kalimah syahadah selagi itulah tali persaudaraan kita berkait. Tiada kelompok yang diberikan keistimewaan oleh Allah melainkan yang mengikut sunnah dan Al Quran. Itu hanya Ayat-ayat anjuran Allah untuk kita menuju kepadaNya. Namun masih bukan penentu untuk kita berbangga dengannya. Kerana diakhir hayat sahaja kita akan tahu ke mana kita sebenarnya.

Maka takutkanlah Allah senantiasa seiring dengan nadi kita setiap saat dan waktu, seperti esok adalah kematian kita. Semoga Allah meringankan dosa kita dan menjauhi segala andaian ke atas diri kita mahupun orang lain. Tiada terzahir di mata kita siapa ahli syurga dan neraka, melainkan Allah sahaja Maha Mengetahui. Cukuplah sekadar mendampingi orang baik dan menghormatinya, namun jangan kita pula menyatakan bahawa aku pasti itu ahli syurga, kerana itu bukan haq kita jauh sekali dari pengetahuan kita, mahupun beliau seorang ulamaq ataupun orang biasa. Tugas kita ialah belajar dari seorang guru segala pelajaran yang mengikut kitab dan sunnah, berakhlak dengannya cukup sampai di situ tetapi bukan mengandaikan beliau ahli syurga mendahului Kuasa Penentu yang hanya ada pada Allah s.w.t. Wallahualam.

Sunday, July 31, 2011

FILEM BERSIH TENTANG KAPAL KARAM.

Selamat menyambut Ramadan buat semua pembaca. Semoga Ramadan kita tahun ini benar-benar dapat membersihkan jiwa dan hati bagi meneruskan perjuangan agenda negara. Bila sebut tentang isu bersih teringat kembali perjuangan BERSIH yang diadakan baru-baru ini. Kononnya yang hendak dituntut adalah keadilan di dalam pilihanraya akan datang. Apa lagi yang nak adil dah sapu 5 negeri belum adil lagi ke? Itulah suara sesetengah rakyat Malaysia. Rasanya budak sekolah rendah pun pandai menjawab isu BERSIH dan membuat spekulasi kenapa demonstrasi ini diadakan. Tak lain dan tak bukan kerana Ambiga (watak utama) telah dikambing hitamkan untuk menjadi sehelai kain yang disembur air mawar bagi menutup seekor bangkai gajah yang besar dan busuk. Siapa lagi kalau bangkai tersebut bukan Anwar Ibrahim (DSS). Kapal dah berlubang sana-sini tak sempat nak tampal, kerana banyak sangat lubang, lalu air dah masuk dan kapal menunggu masa dan hari untuk tenggelam. Itulah kapal PKR. Manakala PAS pula serba salah nak selamatkan kapal yang dah berlubang atau nak buat bodoh. Kalau buat bodoh dah tentu kapal PAS yang tersangkut talinya dengan PKR akan turut karam, maka terpaksalah terheret sama mengikut kapal yang dah bocor. Kalau beginilah sikap PAS yang masih bergayut di kapal yang bocor maka lama kelamaan dah tentu akan karam bersama.

Akan tetapi kelasi kapal yang paling bijak antara semua adalah DAP, bila nampak kapal nak bocor mula tarik tali, tunggu PAS palamkan kapal yang bocor bila semuanya dah baik mereka pun akan sangkutkan tali mereka semula ke kapal PKR. Inilah senario drama politik yang dapat saya gambarkan di dalam filem BERSIH yang bakal ditayangkan di dalam PRU ke13 nanti. Pengundi dah ramai yang memilih untuk menonton watak-watak bodoh yang mulanya menggelar diri mereka “pendesak” akhirnya telah bertukar menjadi “terdesak”, apabila memasang watak lain untuk kononnya menyerahkan surat kepada PM. Kalau betul nak serah surat tak payah nak berkostium kuning. Punya banyak warna kostium, warna tu juga nak pakai. Bila ditahan macam-macam alasan diberikan. Kononnya sekadar nak serahkan surat. Macamlah PM tak ada ofis.

Semakin hari kita akan didedahkan watak-watak bodoh di dalam filem BERSIH ini. Sudah tentulah pengarahnya PKR, pelakun yang di arah adalah PAS dan producernya tentulah DAP. Manakala rakyat Malaysia akan terus dijadikan penonton yang hanya akan menilai dan ketawa terbahak-bahak melihat watak-watak bodoh ini membaca skrip dan arahan PKR yang begitu terdesak sekali ingin menyelamatkan kapal mereka yang hampir karam.

Terang lagi bersuluh senario filem BERSIH. Moto yang sesuai untuk mereka-mereka ini ialah “Kalau Tak Menang Kita Kasi Karam Semua”. Oleh itu bagi penonton-penonton filem BERSIH yang bakal ditayangkan lagi sirinya sehingga PRU13, nasihat saya Iqraq!! Mereka-mereka ini belum pun kita pilih untuk mengambil alih kuasa sudah terang lagi bersuluh bagaimana watak mereka yang sanggup menyusahkan rakyat bagi mencapai apa yang mereka hajati. Kepentingan rakyat, perniagaan rakyat, keamanan rakyat semua sudah tidak diperdulikan. Apa yang penting hasrat mereka tercapai dan pasti itulah moto tersirat yang mereka pakai. Kalau perintah Agung dibelakangkan, nasihat PM diketepikan maka bayangkan kita sebagai rakyat yang ingin menjadikan mereka sebagai pemimpin akan datang, dapatkah nasib kita dibela, atau suara kita diperdengarkan atau kita akan menuju ke pemerintahan kuku besi “wa cakap lu ikut”. Pepatah Cina pernah berkata “Bo Cho Bo Phai”….”keadaan yang dah elok, jangan cuba diperelokkan lagi”. Kita belum melalui satu pemerintahan kejam dan zalim dari pemimpin sedia ada. Malahan pemimpin sedia ada sedang bertungkus lumus memperbetulkan keadaan, maka bagilah peluang untuk perubahan bukan membuat perubahan yang belum pasti kebaikannya. Andaikan kata kita mengharapkan satu kerajaan yang sempurna maka bersiaplah kita menunggu kedatangan Imam Mahadi dan Nabi Isa a.s. Hanya di tangan mereka sahaja akan wujud kepimpinan yang kita impikan. Maka bersyukur dan bersabarlah untuk berada di bawah kepimpinan yang sudah sedia baik kepada sebuah kepimpinan yang sempurna. InsyaAllah.

“SUCCESS IS NOT FINAL, FAILURE IS NOT FATAL : IT IS THE COURAGE TO CONTINUE THAT COUNTS.”
Winston Churchill

Thursday, July 21, 2011

KEMPEN BAHASA MELAYU UNTUK BANGSA MELAYU????

Bismillahirrahmanirrah
Selawat dan salam buat Baginda Rasulullah saw.

Baru-baru ini saya telah diundang oleh pihak Dewan Bahasa mengendalikan bengkel puisi moden dan puisi Tradisional. Saya telah diberikan tugasan untuk menjadi pembantu bengkel kepada sasterawan negara iaitu Dr Lim Swee Tin. Alhamdulillah peluang sebegini sesungguhnya amat berharga buat saya dan amat berterima kasih kepada pihak Dewan Bahasa.

Akan tetapi di sepanjang majlis yang diadakan di Parlimen Sri Gading, pelbagai perasaan yang wujud di dalam benak hati dan fikiran. Ditambah pula apabila mendengar ucapan perasmi majlis iaitu YB Dato’Mohamad Aziz ahli Parlimen Sri Gading serta Ketua Pengarah Dewan Bahasa Ybhg.Dato’ Turmiezi. Pengisian ucapan Ybhg.Dato’KP Dewan Bahasa paling menyentuh minda saya takala beliau menyatakan bahwa kita merupakan satu-satunya negara yang membuat kempen untuk memartabatkan bahasa sendiri. Sedih bercampur terharu dengan kenyataan tersebut. Terasa juga seperti sebuah perkataan yang amat melucukan. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?

Inilah rumusan yang dapat saya perkatakan. Apakah tanggungjawab memartabatkan bahasa kita hanya diserahkan kepada pihak Dewan Bahasasedangkan pemimpin terbuai dengan bahasa-bahasa campuran Melayu Inggeris di dalam kenyataan media mereka? Apakah pihak dewan Bahasa akan berjaya sekiranya inisiatif dan tanggungjawab ini hanya diserahkan kepada mereka tanpa campur tangan dari pihak pemimpin dan pemerintah? Jawapan saya mudah sahaja. Tak mungkin berjaya?

YB Dato’ Mohamad Aziz juga telah menceritakan bagaimana pengalaman beliau ke negara Peranchis. Penduduk negaranya tidak akan melayan mana-mana pelancong yang menggunakan bahasa Inggeris sebaliknya akan melayan pelancong tersebutsekiranya mereka menggunkan bahasa ibunda negara masing-masing walaupun terpaksa ditambah dengan bahasa isyarat,betapa negara tersebut begitu menghargai bahasa ibundanya dan begitu menghormati bahasa ibunda orang lain. Bagaiman kita?

Kita merasa amat sedih apabila pemimpin GLC contohnya yang diberikan pangkat dan jawatan yang tinggi oleh parti pemerintah yang majoriti adalah Melayu tidak langsung ingin memartabatkan bahasa ibunda mereka. Cuba diperhatikan setiap kenyataan media mereka akan hanya berbahasa Inggeris bagi melambangkan betapa tingginya ilmu pengetahuan mereka dan juga martabat mereka memegang jawatan tersebut dengan bangganya bertutur dalam bahasa Inggeris. Sekiranya ini berlaku bagaimana generasi muda akan menyambut kempen tersebut? Barangkali generasi muda sudah pun berpendapat bahawa sekiranya kami terus bertutur dalam bahasa Melayu tentulah “tidak standard” atau kurang professional.

Tidak dapat dinafikan bahwa bahasa Inggeris itu penting namun dalam masa yang sama marilah kita pandang ke Timur iaitu Jepun yang tidak mahir menutur dalam bahasa Inggeris namun telah pun menguasai teknologi canggih di dunia.

Mulai saya terfikir bahawa inilah rumusannya mengapa pengaruh barat begitu mudah menerobosi minda dan cara hidup masyarakat kita. Pepatah yang mengatakan bahawa “Bahasa adalah jiwa Bangsa” sudah mulai menunjukkan kebenarannya. Ternyata sekiranya kita sering berbahasa Inggeris, maka lihatlah sendiri budaya apa yang dibawa oleh jiwa anak-anak bangsa kita sekarang. Malahan tidak hairan ada di antara mereka sudah mulai merasa malu untuk menyatakan bahawa “aku bangsa Melayu” apa lagi bercakap Melayu.

Inilah jati diri yang harus dikembalikan oleh pemimpin dan harus dimulai oleh tindakan pemipin itu sendiri. “Contoh melalui tealadan”. Jangan dipersalahkan rakyat atau generasi akan datang yang semakin hilang identiti bangsanya sekira mereka yakni pemimpin sendiri enggan untuk memartabatkan bahasa ibundanyanya sendiri. Fikirkanlah ini merupakan satu tanggungjawab besar yang tidak hanya mampu dipikul oleh sebuah jabatan seperti dewan Bahasa yang tidak mempunyai kuasa tindakan. Tetapi ini adalah sebuah isu penting untuk dibawa oleh pemimpin negara agar dari bahasa akan memulihkan jatidiri generasi akan datang bagi menanam jiwa bangsa.

Biarlah negara kita mencipta sejarah yang lebih inovatif dan bukan mencipta sejarah melakukan sebuah kempen yang bakal menjatuhkan maruah bangsa itu sendiri. Pada anggapan saya kempen ini tidak ubah seperti mengajar Melayu memakan nasi, mengajar Cina memakai chopstik dan mengajar India memakan kari. Kempen yang begitu bagus akhirnya hanya akan membuka pekung di dada sendiri. Membuka aib betapa kita harus dipaksa untuk memartabatkan bahasa kita yang seharusnya sudah sebati di dalam jiwa bagi memartabatkan bangsa kita. Di sinilah titik permulaan menanam semangat patriotik negara yakni memrtabatkan bahasa, sebelum memuliakan bangsa dan Negara.

Saturday, May 14, 2011

KALAU TAK UBAH PASTI REBAH

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan Salam Buat Nabi Muhamad s.a.w


Wahai Perdana Menteri Dato Seri Najib….berubahlah, kalau tidak ingin Islam, Melayu rebah!! Tentulah itu ayat yang akan terpacul dari mulut Suleiman Palestin andaikata beliau masih hidup di saat ini. Melihat keadaan tersepit, terdesak, tertekan atau apa saja istilah yang boleh dikatakan,takala melihat perilaku dan ucapan Perdana Menteri kita kebelakangan ini. Apakah begitu keadaan sebenarnya? Mengapa begitu penting untuk PM membeli jiwa bangsa Cina? Apakah yang telah mereka lakukan terhadap negara sehingga segala perilaku mereka dihalalkan? Terdesakkah kita untuk menang di dalam PRU13? Subhanallah sekira begitulah terdesaknya maka PM kita harus kembali kepada Allah. Sepertimana menjadi fitrah umat Islam melutut, menangis, merengek dan merendahkan diri dihadapan Allah ketika tertekan dan ditimpa kesusahan.

Tentu akan ditanya kembali oleh Suleiman Palestin pada PM kita “apa perlu you ikut kehendak bangsa Cina ni, sampai semuanya ok?” Ayat yang sama pernah aruah ucapkan kepada Allahyarham Dato Harun Idris suatu ketika dahulu sebelum beliau dipenjarakan. Ketika itu Allahyarham Dato’ Harun begitu terkenal dengan sikap kemelayuannya . Seorang Hero Melayu yang tiada gantinya. Maka dari itu terkenang aku ketika Dato’Harun begitu setia menghandirkan diri beliau disaat kematian Suleiman Palestin , serta sanggup datang kembali keesokan harinya untuk menyaksikan perkebumian sahabat karib beliau Suleiman Palestin. Terpancar difikiran ku bahawa itulah sahabat yang berpegang kepada prinsip yang sama, tidak hairanlah jika mereka begiitu akrab dalam menjaga hak dan kepentingan bangsa Melayu. Seperti tidur dibantal yang sama dan mimpi bersilat digelanggang yang sama.

Hari aku menerima berita akan sumpah DAP untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama resmi di Malaysia, terus ingatanku mengimbau kenangan ketika aku ingin membuat satu tugasan bagi memenuhi kehendak pengajianku di bidang politik. Aku kembali bertanya aruah, untuk mata pelajaran falsafah politik yang aku ambil, apakah tajuk yang sesuai untuk ku jadikan sebagai tugasanku. Beliau pun menjawab “tulis pasal Nasionalis dan interview baba dengan Dato Harun…..Dengan satu syarat tugasan tu tak boleh edit…apa baba cakap….apa Dato Harun cakap kena tulis yang betul…berani tak?”
Semasa itu aku masih ingat jawapan ku “ok…no problem nak takut apa, bukan yan (nama panggilanku) yang cakap”. Mungkin terlalu lama untuk aku ingat apakah pengisian tulisan tugasanku kerana ia ditulis sekitar tahun 1994. Tetapi apa yang masih jelas ialah ketika mereka berdua begitu menekankan kepentingan mempunyai semangat nasionalis dan cinta Melayu yang kuat, kata mereka berdua kalau boleh macam Yahudi jaga bangsanya. Suleiman Palestin mempunyai pendapat yang sama dengan Dato Harun, begitu juga sebaliknya. Ketika diwawancara apa yang aku ingat tidak satu pun perkara antara semua persoalan berbeza antara keduanya. Mungkin juga salah satu sebab nasionalis kemelayuan ayahku seperti yahudi menjaga bangsanya maka beliau dituduh sebagai freemason. Memang karut. Kalau benar bapaku freemason sudah tentu aku sedang tidur di atas guni wang dan harta. Menjaga negara sampai tak tinggal apa? Memang statemen yang karut yang pernah ditanya orang kepadaku. Kukuhnya Aqidah Suleiman Palestin terpahat di dada anaknya sebagai bukti sehingga hari ini.

Apa yang jelas ialah kata Suleiman Palestin “ Ni la pasalnya kita tidak boleh mengenepikan UMNO…kalau bangsa lain menang, dah tentu bukan negara saja hilang silap-silap agama resmi kita pun hilang!!”. Subhanallah….terang lagi bersuluh, ternyata firasat beliau benar dan jelas terpampang belum lagi memerintah negara segala sumpah dan azam telah tersemat di dalam dada mereka.

Kalau aruah masih ada, tentulah dia akan menggeleng-gelengkan kepala beliau melihat betapa baik dan prihatinnya PM menjaga hati mereka yang telah mengguris dan melumatkan hati bukan sahaja bangsa Melayu sebagai majoriti Islam tetapi juga ulamaq serta mualaf di Malaysia.

Najib harus sedar majoriti Melayu di Malaysia telah kembali kepada Islam. Dari perniagaan sehinggalah ke pendidikan semua majoriti memilih Islam. Mengapa masih ditunggu puak dan bangsa lain sedangkan Islam merangkumi semua puak dan bangsa. Kita ada Melayu Islam, Cina Islam dan India Islam malahan kristian yang telah menukar keagama Islam. Maka Iqraq!! Hentikanlah sikap Kemelayuan, dengan menarik keris dan sebagainya tetapi kali ini pakai pedang Islam. Tukar imej Islam dan kembali kepada ucapan dan tindakan Islam supaya semua bangsa ini boleh ditawan. Sekiranya Najib masih menggunakan istilah saya hak bangsa Melayu, Cina dan India maka semuanya akan saling menyakitkan dan tidak mungkin akan mendapat kesamarataan yang dituntut mereka. Tetapi sekiranya Islam yang dibawa maka semuanya tidak akan terasa. Tekadkan hati bulatkan tindakan dengan berkata “mulai saat ini saya sebagai Perdana Menteri Malaysia sudah tidak sanggup melayan karenah mana-mana bangsa lagi di sini kerana semuanya saling berkecil hati dan tidak puas hati dengan apa saja yang saya cuba berikan, maka saya membuat keputusan pada hari ini akan mendahulukan kehendak umat Islam di atas segala-galanya”. Itulah ayat yang paling bijak untuk digunakan oleh Dato Seri Najib saat ini. Aku pasti sudah tentulah aruah bapaku Suleiman Palestin akan setuju kerana Islam adalah Aqidah dan perjuangannya. Mengapa? kerana Melayu di Malaysia itu Islam dan di dalam Islam ada semua bangsa. Oleh itu Iqraq Dato’Seri Najib. Ubah sebelum rebah.........

PN: SALAH SATU ARTICLE YANG DISIARKAN DI DALAM KOLUM SAYA BERTAJUK "AKU & SULEIMAN PALESTIN"

Monday, May 2, 2011

APABILA AGAMA SUDAH MENJADI BUDAYA

Semakin hari kita telah dikelirukan dengan pelbagai kelakuan kelompok manusia yang begitu taksub dengan kepimpinan mereka. Saya bukanlah seorang ilmuan agama, namun kekeliruan terhadap sesetengah kelompok yang begitu tinggi ilmu agamanya mewujudkan pelbagai persoalan di dalam diri. Terkadang hati bertanya mengapa HAJAT dan bukan ISTIGHARAH? Masing-masing cuba menegakkan kebenaran mereka dengan menunjukkan reaksi dengan berhajat beramai-ramai. Malahan "sumpah laknat" juga telah ternyata tidak berada di dalam hukum syara' begitu juga hajat beramai-ramai bukan tuntutan syara' tetapi masih juga diperlakukan. Menurut kefahaman serta sedikit kajian yang dijalankan adalah seperti demikian:

Pensyariatan Solat Hajat
Dalil pertama:
Di dalam kebanyakan kitab-kitab Fekah Mazhab, ulamak-ulamak dalam mazhab berhujah dengan hadis Riwayat Adullah bin Abi Aufa Radhiallahu 'anh, hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah: Nas hadis seperti berikut:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى الْأَسْلَمِيِّ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ

مَنْ كَانَتْ لَهُ حَاجَةٌ إِلَى اللَّهِ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِهِ فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لِيَقُلْ

لا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلَّا تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلَّا غَفَرْتَهُ

وَلَا هَمًّا إِلَّا فَرَّجْتَهُ وَلَا حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلَّا قَضَيْتَهَا لِي

ثُمَّ يَسْأَلُ اللَّهَ مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ مَا شَاءَ فَإِنَّهُ يُقَدَّرُ

Dari Abdillah bin Aufa Al-aslamiy katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam keluar (menemui kami) dan berkata:

“Sesiapa yang ada sebarang hajat kepada Allah atau kepada seseorang di kalangan makhluk–Nya (manusia) maka hendaklah dia berwudhu'
dan solat dua rakaat kemudian dia berkata (berdoa):

Tiada Ilah melainkan Allah yang bersifat Al-Halim dan Al-Karim, maha suci Allah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung,
Segala puji bagi Allah Rabb seluruh alam, Ya Allah! Aku memohon kepada engkau wajiblah ku mendapat rahmat-Mu,
kemestian memperolehi keampunan-Mu, kaya dengan segala kebajikan, selamat sejahtera dari sebarang dosa,
aku memohon kepada-Mu agar tidak engkau biarkan bagiku sebarang dosa melainkan diampunkan,
tiada kedukaan melainkan dilepaskannya (dariku), tiada sebarang hajat demi redha-Mu melainkan engkau tunaikannya bagiku",

kemudian mintalah kepada Allah dari sebarang urusan dunia dan akhirat apa yang dia kehendaki, maka sesungguhnya Dia (Allah) yang menentukan.

Status hadis dinilai oleh As-Syaikh Nasiruddin Al-Albani di dalam Misykatu Al-Masabih sebagai Hadis maudhuk (palsu) no.hadis 1327, Di dalam Dhaif Sunan Ibnu Majah beliau menilai sebagai Dhaif Jiddan (sangat lemah) no.hadis 1384. Hadis juga dikeluarkan oleh Imam Tirmizi(397H) dan beliau menilainya sebagai lemah, kerana pada sanadnya seorang yang bernama Faid bin Abdul Rahman (seorang yang dhaif, nama asalnya Abu Al-Warqa')[2]. Hadis yang sama dikeluarkan juga oleh Al-Hakim didalam Al-Mustadrak Ala As-Sahihain [3].

Seandainya hadis ini memiliki status sahih sekali pun ia tidak mempunyai sebarang qarinah (petunjuk) yang memberi isyarat bahawa solat sunat hajat ditunaikan secara berjemaah. Al-Imam An-Nawawi (676H) telah menyebut dalam Kitab Al-Majmuk Syarh Al-Muhazzab:

Satu fasal: Masalah-masalah berkaitan dengan bab solat sunat ….(Ada sepuluh perkara yang disebut…) yang keenam: tentang solat hajat daripada Ibn Abi Aufa. [4]

Perkara seumpama ini dinyatakan di dalam kitab Asna Al-Matalib,[5] dan di dalam kitab Syarah Muntaha Al-Iradat[6].


Dalil kedua:

عن عثمان بن حنيف رضي الله عنه : أن أعمى أتى إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال

يا رسول الله ادع الله أن يكشف لي عن بصري قال أو أدعك قال يا رسول الله إنه قد شق علي ذهاب بصري

قال فانطلق فتوضأ ثم صل ركعتين ثم قل

اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيي محمد صلى الله عليه وسلم نبي الرحمة

يا محمد إني أتوجه إلى ربي بك أن يكشف لي عن بصري

اللهم شفعه في وشفعني في نفسي فرجع وقد كشف الله عن بصره.

رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح غريب

Dari Uthman bin Hunaif Radhiallahu 'anh: Bahawa seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, maka dia berkata:
Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia menyingkapkan kembali pandangan mataku,Dan (Rasulullah) berkata: Atau aku biarkan engkau (terus dalam keadaan buta).
Lelaki buta berkata: Sesungguhnya telah menyukarkan aku akan kehilangan pandangan mataku ini.

Rasulullah saw bersabda: Pergilah engkau berwudhuk, kemudian solatlah dua rakaat kemudian bacalah (berdoa):

“Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Engkau dan aku bertawajjuh (menghalakan) permintaanku kepada-Mu dengan nabiku nabi pembawa rahmat[7], Ya Muhammad sesungguhnya aku bertawajjub kepada Tuhanku dengan (keberkatan dirimu) agar Dia menyingkapkan mataku (mengembalikan penglihatanku)”.
Nabi berkata: “Ya Allah: Syafaat dia dengan sebab diriku, syafaatkan aku pada diriku. Dia (si buta) kembali (ke rumahnya) dalam keadaan matanya telah Allah jadikan pulih seperti biasa (dapat melihat semula).”[8]

Hadis ini dikeluarkan oleh Al-Imam An-Nasai di dalam Sunan Al-Kubra hadis no: 10496. Dimasukkan juga oleh Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak.[9] Hadis ini dinilai sahih oleh Syaikh Nasiruddin Al-Albani di dalam Sahih At-Targhib Wa Tarhib, hadis no: 678. Pengarang asal kitab berkenaan Al-Imam Al-Munziri (Al-Hafiz Zakiyyudin Al-Azim Al-Munziri Ad-Dimasyqi) meletakkan Hadis ini dibawah tajuk: “galakan pada menunaikan solat hajat dan doanya".

Matan hadis ini satu-satunya matan hadis sahih yang dapat dikesan dalam bab solat hajat. Cuma di dalam riwayat Imam Tirmizi pula tiada disebut “sembahyanglah dua rakaat”.

Kefahaman Dan Pengajaran (Istinbat) Dari Hadis Uthman Bin Hunaif Radhiallahu 'anh:
Diharuskan kita meminta pertolongan dari orang lain yang lebih baik darjat dan kedudukannya di sisi Allah Subhanahu Wataala untuk mendo'akan bagi pihak orang yang berhajat seperti mana dalam kisah si buta yang datang berjumpa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam memohon agar didoakan untuknya supaya dapat melihat kembali.

Orang yang dipohon pertolongan kepadanya pula berhak memilih samada untuk menolak atau pun menunaikan hajat orang yang berhajat. Berkaitan dengan kelebihan orang buta yang sabar dengan keadaan dirinya yang buta dinyatakan dalam hadis lain dalam Sahih Bukhari: hadis no: 5653 [10].
إِذَا ابْتَلَيْتُ عَبْدِي بِحَبِيبَتَيْهِ فَصَبَرَ عَوَّضْتُهُ مِنْهُمَا الْجَنَّةَ يُرِيدُ عَيْنَيْهِ
Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan dua kekasihnya(dua biji matanya) maka dia bersabar,Aku gantikan untuknya (dari dua matanya yang buta) dengan syurga.

Rasulullah saw menyuruh orang buta yang “berhajat” itu sendiri yang melaksanakan permohonan hajatnya kepada Allah. Perhatikan maksud yang dipetik dari hadis berkenaan “Pergilah engkau berwudhuk, kemudian solatlah dua rakaat kemudian bacalah (berdoa)”. Ungkapan ”maka pergilah engkau” diterjemah dari sabda Nabi (فانطلق).
Ungkapan ini jelas membawa pengertian bahawa Nabi saw tidak mahu ”memanjakan” umatnya melakukan sesuatu dengan bergantung harap sepenuhnya kepada orang lain. Baginda lebih suka seseorang itu sendiri yang melakukannya, apatah lagi dalam urusan hajat yang berbentuk ”peribadi” seperti memohon orang lain tolong doakan untuk kita.

Ini bukanlah bermaksud, kita ditegah sama sekali memohon pertolongan dari orang lain untuk mendoakan bagi pihak kita. Cuma janganlah terlalu berlebih-lebihan dalam meminta dan hilang keyakinan untuk melakukan sendiri. Tiada menjadi kesalahan sekali-sekala kita meminta si fulan ini atau si fulan itu (yang dilihat sebagai sebagai orang yang alim yang warak lagi bertaqwa) mendoakan kebaikan bagi pihak kita.

Berdoalah kepada Allah dan tanamkan keyakinan di hati bahawa hajat kita akan diperkenankannya. Sehubungan dengan tajuk doa ini, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ

Dari Abi Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: Berdoalah kepada Allah dan kamu yakin diperkenankan permintaanmu, dan ketahuilah Bahawa Allah tidak memperkenankan doa dari hati yang lalai dan leka.”[11]

Perhatikan dan renungkan keseluruhan maksud hadis ini. Lihatlah betapa besarnya hajat lelaki yang buta ini. Bayangkan juga betapa gembiranya hati beliau apabila matanya yang buta dapat celik semula. Namun, perasankah kita bahawa hadis ini tidak mengambarkan adanya sebarang qarinah (petunjuk atau isyarat) bahawa solat hajat yang ditunaikan oleh lelaki itu dilakukan secara berjamaah.

Tiada bukti bahawa Rasulullah saw memanggil beberapa sahabat yang lain untuk ditunaikan solat hajat berjamaah di masjid atau pun di rumah. Seandainya hajat yang sebesar ini tidak dilakukan berjamaah, apakah alasan kita bahawa hajat sekecil ”dompet duit hilang”, atau ”si anak di rumah nak masuk periksa UPSR atau PMR atau lain-lain peperiksaan”, lalu kita merasakan seakan tidak sempurna permohonan hajat kita kepada Allah tanpa ada solat hajat berjemaah.

Saya tidak menafikan bahawa perkara yang baik tidak harus ditentang, namun kita mempunyai kaedah yang lebih baik. Mengapa tidak kita gunakan seperti Istigharah. Menurut pemahaman saya dari kajian dan pembacaan:

Dalam kehidupan terkadang kita mengalami kebimbangan menghadapi pilihan yg sulit, bahkan dilema. Mungkin kita telah berfikir keras serta meminta nasihat dan bantuan orang lain tapi tetap saja kita tak mampu memutuskan yg terbaik bagi kita. Kalau sudah begini apa yg dapat kita lakukan? Sebagian orang berspekulasi; sebagian lain bahkan mungkin terjerumus dalam perbuatan syirik meminta nasihat para dukun dan ahli nujum.

Namun Islam mengatakan “Tidak!” untuk semua itu. Islam memberikan satu jalan keluar yaitu ISTIKHARAH. Istikharah berasal dari kata al khair yg bermakna sesuatu yg terbaik. Istikharah bertujuan memohon pertolongan dari Allah SWT utk menunjukan kita sesuatu yg terbaik. Karena terkadang apa yg menurut manusia itu baik menurut pandangan Allah buruk; sebalik apa yg menurut pandangan manusia buruk tetapi sesungguh menurut Allah baik. Ya Allah Yang Maha Mengetahui segala urusan manusia.

Rasulullah saw. bersabda “Tidak akan kecewa bagi yg melaksanakan istikharah..” . Namun istikharah tak dapat begitu saja dilakukan tanpa melalui tahapan-tahapan atau usaha-usaha pendahuluan yg benar. Istikharah adalah ‘jalan keluar’ bukan ‘jalan pintas’. “Mohonkanlah yg terbik dari Allah & janganlah engkau memutuskan sendiri. Karena berapa banyak orang yg telah memutuskan sendiri urusan yang akan mereka lakukan yg mana justru kehancuran berada di situ.” —Imam Ali bin Abi Thalib Istikharah Cara-cara Praktis Meminta Petunjuk dan Jalan Keluar dari Allah SWT.

Dalam kekalutan manusia menegakkan kebenaran pemimpin mahupun guru mereka, maka berbuatlah istigharah, wajarkah kita memutuskan keputusan kita sendiri seperti yang telah disarankan oleh Ali bin Abi Talib R.A. Jangan sampai kita berhajat kepada sesuatu yang belum pasti. Sekiranya Allah mengizinkan jawapan kepada kita, maka janganlah pula kita membantah hanya kerana keegoan kita atau ketakutan diri kita terputus dari rezeki Allah ataupun hilang populariti yang kita dambakan di kalangan masyarakat.

Percayalah semua ketentuan Allah. Kemahsyuran, kedudukan dan jawatan serahkan urusan kita kepada Allah. Apa yang penting setiap hari kita memohon kepada Allah untuk ditunjukkan jalan yang lurus, namun tetap saja kita mengingkarinya setelah "beristigharah"dan diberikan petunjuk. Semua umat Islam harus tahu bahawa setiap yang ingin "beristigharah" seharusnya membersihkan hati dan minda dari berpihak di mana-mana dan harus menyerahkan secara total kepada keputusan Allah walaupun ia akan bertentangan dengan niat dan kehendak kita. Seperti firman Allah: "Setiap apa yang kamu sukai, belum tentu mendatangkan kebaikan bagimu, dan setiap apa yang kamu benci, belum tentu tidak akan membawa kebaikan padamu." Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui.

Tidak ada perkataan "ikhlas" selagi kita tidak redha. Setelah kita menyerahkan setiap urusan kita kepada Allah maka tugasan kita adalah meredhai setiap keputusan yang Allah berikan kepada kita. Walaupun tidak diterima oleh orang kebanyakkan, namun Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita. Kerana hidup kita, mati kita kerana Allah semata.

Manusia suka beranggapan, dan mudah melemparkan pujian serta memburukkan orang lain,ketika orang itu bertentangan dengan pemimpin atau guru mereka. Mereka akan bertanya pelbagai soalan "mengapa orang ini membuat keputusan begini dan begitu", "mengapa orang itu tidak ikut guru atau kepimpinan kita?" "Apakah dia tidak terima hidayah, dari guru kita?". Seharusnya manusia lebih banyak bermuhasabah bertanya kepada diri"mengapa keadaan ini berlaku kepada kelompok ku serta perbaikilah, sekira tidak mampu memperbaikinya, maka jauhilah ia kerana itu lebih baik, untuk menjaga hati kita dengan Allah.

Ada sesetengak kelompok yang memutuskan jalan yang mereka bawa adalah jalan yang terbaik buat semua manusia. Sedangkan jalan-jalan keimanan dan hidayah Allah sediakan di mana-mana. Ingat siapa yang kita ikuti hari ini bukanlah Rasulullah saw yang serba maksum. Sekiranya kita merasakan bahawa Rasulullah saw mempunyai sahabat-sahabat yang setia maka ingatlah bahawa sahabat-sahabat tersebut hanya dikurniakan kepada Rasulullah yang serba maksum. Ketika kita menyangka kita merupakan pengikut yang setia dan sama-sama akan ke Jannah bersama guru kita, maka harus juga ingat bahawa guru kita sendiri pun masih mengharapkan Ketentuan Allah. Malahan, ketika seorang guru telah merosakkan Aqidah sesetengah pengikutnya, maka dia juga harus bertanggungjawab, dihadapan Allah swt. Syukur bagi yang menemui jalan kebaikan. Bagaimana pula yang tidak? Apakah kita hanya akan berlepas tangan setelah pintu kita bukakan, apakah kita juga akan terlepas dari dipersoalkan Allah?

Maka sebaiknya manusia membuat istigharah berkali-kali, dan jangan berputus asa dalam bertanya kepada Allah mengapa sesuatu keadaan yang tidak baik berlaku kepada ketua pimpinan atau guruku, sebelum kita bermati-matian membuat hajat memohon Allah melepaskannya dari musibah. Apa kita sebagai manusia kerdil tahu bahawa yang kelihatannya benar itu benar? Janganlah kita menjadikan Agama sebagai budaya iaitu satu perkara yang harus diikuti hanya kerana sekelompok manusia melakukannya. Buatlah perkara yang lebih mendatangkan kebaikan dan menjadi hukum syara' di dalam agama. Semoga Allah mengampunkan kita yang dangkal ilmunya menjadikan Islam sebagai budaya dan bukan Ad'din mengikut hukum dan syara'. Segala ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah adalah Haq Allah, sedangkan Rasulullah diwujudkan hanya semata-mata kerana Akhlaqnya. Akhirnya kita menuntut segala ilmu yang disampaikan Rasulullah tetapi kita meninggalkan keperibadiannya. Rasulullah adalah penegak keadilan, yang baik Baginda akan puji dan yang buruk tetap sahaja Baginda akan kritik waima sahabatnya sendiri. Jadi mengapa kita hanya menyampaikan kebaikan kepimpinan kita yang melampau, lalu menyembunyikan kekhilafannya. Membuka kekhilafan bukanlah satu keaiban tetapi mengajar kepada pengikut kita bahawa inilah namanya kekhilafan dan guruku atau pemimpin ku tetap seorang manusia biasa. Barulah boleh diterima aqal, maka setinggi manapun ilmu sang guru atau pemimpin tetap saja mempunyai kekhilafan. Barulah akan gugur nilai-nilai ketaksuban sesama manusia.

Berlakulah adil, berilah juga pujian kepada orang yang pernah membuat baik kepada kita sekiranya perlu jangan hanya mengangkat dan mengagungkan guru atau pemimpin kita seolah-olah tiada kebaikan dari orang-orang kerdil selain mereka. Ingat bahawa Allah menamamkan keadilan dan kebaikan bukan sahaja kepada ilmuan agama mahupun pemimpin tetapi kepada siapa sahaja yang Allah pilih. Walau tidak diangkat dikalangan manusia belum tentu manusia kerdil tersebut tidak diangkat dimata Allah sehingga kita sanggup melemparkan fitnah kepada mereka yang kerdil, malahan menghasut orang lain menjauhi mereka. Ingat bahawa orang-orang pilihan Allah ialah antara mereka yang bertaqwa. Sayang sekali mereka yang bertaqwa ini tiada dizahirkan Allah pangkat dan kedudukan didunia. Sekiranya dengan izin Allah akan menemukan mereka seperti manusia yang mencari mutiara di dasar lautan. Tidak semua yang menjumpainya kerana mutiara tidak berada di dalam karung yang indah tetapi berada di cengkerang yang kotor dan berlumut. Namun ingat ada juga yang telah hilang mutiara yang dipertemukan, bukan semua yang ditakdirkan Allah untuk bersama mutiara tersebut.Oleh itu gilaplah diri kita menjadi jauhari dengan membersihkan hati setiap hari agar kita menjadi jauhari agar dipertemukan Allah dengan Manikam. Kerana hanya jauhari mengenal manikam. Inilah dunia akhir zaman apabila kita hanya mengejar guru dan pemimpin popular untuk dituntut ilmu sedangkan yang terlindung lebih mahal harga ilmunya dari yang terdedah di mata umum. Di mana mereka? mereka ada di mana-mana, mungkin di kelompok yang tidak disangka manusia. Iqraq!

Saturday, April 30, 2011

SETIALAH HANYA KEPADA KEBENARAN KERANA IA ADALAH HAQ ALLAH

Manusia semakin keliru dan celaru apabila salah meletakkan perkataan "kesetiaan" di dalam perjuangan. Tidak kira samada di dalam kelompok orang politik mahupun kelompok agama. Saya amat merasa sedih, apabila melihat rakan dan taulan dari ke dua-dua kelompok ini begitu assobiyah dalam menegakkan ketua kelompok masing-masing. Bagi orang politik, pemimpin yang menjadi idolanya, biarpun diselubungi dengan pelbagai kemungkaran tetap sahaja terkabur dan terus membela hanya kerana satu perkataan iaitu "setia kepada pemimpin". Manakala bagi yang membela kelompok agamanya pulak sama berpaksikan "setia kepada guru" tetap akan mempertahankan apa sahaja yang dilakukan guru mereka sebagai 100% benar. Tiada cacat cela akan dinyatakan. Tiada perkataan "mereka hanya manusia biasa" akan diungkapkan. Malahan semuanya baik. Yang tercela akan didiamkan dan yang baik akan digembar gemburkan seolah-olah mereka ini "maksum". Menegur pemimpin mahupun kesilapan guru jauh sekali. Malahan mereka cuba pula mengajak orang lain turut membela membuta tuli, dengan menyatakan hanya kebaikan dan menyembunyikan kekhilafan pemimpin ataupun guru mereka ketika ditanya. Manakala kita sering dituntut untuk setia kepada Guru umpama sahabat2 Rasulullah. Persoalannya apakah Guru mahupun pemimpin kita sempurna seperti Rasulullah? Iqraq!!

Sesungguhnya apa yang dilupai oleh mereka yang setia pemimpin dan guru adalah "Allah Maha Mengetahui" janganlah kita cuba untuk melindungi dari mata orang awam mahupun hati kita sendiri kerana Allah tetap Tahu segala kebenaran. Tak kala Allah menunjukkan sesuatu masalah bertubi-tubi yang dilakukan oleh pemimpin mahupun guru tetap sahaja mereka menunggu atas dasar setia dan bukan kebenaran, dengan memberi alasan ini adalah DUGAAN dan bukan PETUNJUK KEBENARAN. Setiap kali ketika kita mengikuti pemimpin kedua-dua kelompok ini pasti di dalam hati dan suasana bersih serta istigharah Allah akan memberi jawapan kepada kita hanya lambat atau cepat sahaja. Namun kerana "ketaksuban" kita akan menafikan kelemahan pemimpin kedua kelompok ini dengan dinding "keegoan" tanpa kita sedari.Bagi dunia politik akhirnya kita dituduh tidak setia dan bagi kelopok agama pula kita akan dituduh masih belum diperlihatkan hidayah dan kebenaran. Subhanallah. Akhirnya kita dijauhi dan diracuni fikiran orang lain untuk menjauhi kita. Selamat bertemu dipadang Mahsyar.

Percayalah wahai semua umat manusia kesetiaan yang harus kita sandarkan hanyalah kepada kebenaran yakni Haq Allah dan bukan manusia. setiap manusia waima dari mana latar belakangnya sekalipun tidak mungkin akan maksum, semaksum Rasulullah. Janganlah sampai isu terlalu setia kepada ke dua pemimpin ini sehingga kita menutup minda kita menjadi jumud dan menjauhi setiap mereka yang mengkritik pemimpin mahupun guru kita. Seharusnya dalam pertentangan sesama manusia dalam menolak siapa yang kita percaya harus lebih terbuka kerana antara membela pemimpin mahupun guru, UKHWAH paling wahid, paling diharapkan Rasulullah dan paling dicintai ALlah.Begitu juga dengan Akhlak. Kerana Allah berfirman:"Tidak Ku jadikan Rasulullah kalau bukan untuk manusia mempelajari dari akhlaknya yang sempurna".

Janganlah kita menegak apa yang kita setia dan percaya kecuali Islam dan Allah.Islam dan Allah ada di mana-mana dan bukan bertenggenk hanya di satu kelompok sahaja. Cabang ilmu mahupun politik semuanya milik Allah, mengapa yang dicipta sahaja kita bela bermati-matian sedangkan Yang Maha Mencipta kita ketepikan. Terkadang manusia merasakan bahawa itulah Islam dan inilah kepimpinan yang Adil, sedangkan mereka lupa bahawa semuanya itu hanya bahan ciptaan sedangkan Yang Maha Penciptalah harus kita tegakkan dan kita pertahankan bukan di dalam satu kelompok tetapi di dalam pelbagai kelompok manusia.

Bagaimana harus kita tegakkan? Amal Makruf Nahi Mungkar. Mendekati yang Haq dan menjauhi yang bathil. Setiap manusia ada Haq dan Bathil mereka. Yang benar2 Haq hanya ALlah swt. Janganlah kita menjauhi adab sehingga merenggangkan ukhwah serta menjauhi bermesyuwarah sesama kita hanya kerana masing-masing ingin menegakkan siapa yang mereka percaya dan siapa yang mereka setia.Kestiaan individu dijadikan ukuran pahala dan balsan syurga. Subhanallah, Jangan sampai kita lupa bahawa itu hanya Ketentuan Allah, milikNya, HaqNya dan bukan milik guru mahupun pemimpin walau sesetia manapun kita pada mereka. Tetap sahaja Allah Yang Maha Menentu dan Menghisab. Mana ada manusia di dunia ini yang akan terlepas dari hisab Allah melainkan Rasulullah.

Janganlah kita terus menerus berdebat sesama manusia waima bergelar Guru mahupun pemimpin seolah mereka adalah Sang Haq tanpa Kebathilan. Tegurlah, jauhkan diri kalau perlu, yang penting kita tidak bertegang urat leher serta berdebat bermati-matian menyatakan bahawa hanya kita yang benar. Bagi ahli-ahli politik, setiap pemimpin mempunyai kebathilannya juga, maka marilah kita menasihati mereka, sekiranya dengan cara terbuka menampakkan kebathilan mereka maka tegurlah, sekira dinafikan maka jauhkan diri itu lebih baik. Bagi mereka di dalam kelompok agama, ingatlah bahawa HIDAYAH milik ALLah dan ALlah boleh menghadirkan hidayah di mana sahaja mahupun di dalam kelompok jahiliah sekira Allah berkehendak dan bukan hanya dihadirkan di dalam kelompok Agamawan sahaja.Mungkin kita hanya menyatakan hidayah hanya ada di situ kerana kita menemukannya di situ. Jangan sampai kita lupa keadilan Allah dan sejarah hidayah Rasulullah yang hadir di tengah kelompok jahiliah. Apakah itu bukan bukti Maha Esa Allah?

Masing-masing kita Allah berikan jalan dan tugasan, lakukanlah tugasan kita tanpa membina benteng-benteng kelompok kesetiaan sesama manusia. Tetapi pecahkan kelompok tersebut dan kembalilah kepada yang banyak kerana Kesetiaan yang sebenar hanya pada Allah dan Rasulullah. Di mana ada segelintir ilmu Allah walaupun cara penyampaiannya tidak hebat ia tetap kepunyaan Allah, hadirlah. Di mana ada kerajaan yang ada sedikit keadilan maka turutilah dengan Aqal dan bukan atas nama "ketaksuban kesetiaan".

Saya sering menyatakan bahwa sememangnya AL Quran bukan untuk semua, tetapi untuk mereka yang beraqal. Kajlah berapa banyak ayat tentang Aqal yang disebut berulang-ulang kali di dalam Al quran. Apa guna menjaja Al Quran sekiranya kita melebih yang dicipta dari Yang Maha Mencipta. Setia pada yang dicipta terlalu banyak kecacatannya. Hanya Yang Maha Mencipta sahaja sempurna. Jangan kita membanding-bandingkan pemimpin mahupun guru kita dengan pemimpin dan guru orang lain kerana semua mereka sesungguhnya adalah bahan ciptaan dan bukan Maha Pencipta.

Akhir kata tanyalah pada diri kita apakah benar-benar kita telah melepaskan hati kita dari semua yang dicipta ALlah di dunia ini? Atau masih bergantung dan enggan melepaskannya kerana masih merasa apa yang kita genggami itu masih yang terbaik dan sempurna? Dunia diciptakan Allah seluas ini bagi manusia akan hanya menjadi sia-sia sekiranya kita tidak menerokai makhluk lain ciptaanNya. Sekiranya kita menjelajahi semua kelompok manusia, kita mampu mengutip sebahagian kebaikannya dan menolak sebahagian keburukannya serta mempelajari ilmu Allah yang Maha luas ini. Apakah kita benar2 menuju Allah, sehinggakan kita begitu takut melepaskan pemberiannya yang baik untuk mencari yang lebih baik? Anak,isteri,suami,keluarga, rumah, harta, perniagaan, politik, pemimpin mahupun guru serta sanak saudara semuanya bahan ciptaan bernama dunia. Sudah tentu pasti tidak kekal. Maka mengapa kita harus berada di dalam suasana yang tidak kekal sehingga menjadikan ianya satu kesetiaan yang menutup segala kebathilan? Belalah mereka yang benar dan nasihati yang salah semua amanah yang dipinjamkan Allah. Sabda RAsulullah" akan ku potong tangan Fatimah, sekiranya dia mencuri". Iqraq, ternyata Rasulullah juga enggan membela anaknya sekira dia bersalah, apa lagi kita yang berguru dan berpemimpin.

Hasbunallah huwaniqmal wakil nikmal maula huwaniqmal nasiir...Hanya padaMu aku bersandar, bukan pada pemimpinku mahupun guruku Ya Allah. Lahaulawal quwataillahbillah hilaliyilazim. Hanya padaMu aku bertawaqal. Setiap kelompok manusia yang Engkau singgahkan kepadaku amat aku bersyukur Ya Allah kerana tidak Kau pahatkan hatiku kepada pemimpin mereka. Engkau bebaskan aku Ya Allah, sepertimana Haq kejadianmu, tanpa Engkau kongkongkan rezekiku serta urusanku ditangan manusia melainkan di TanganMu semata. Ya Rabb, keterasingan ini rupa-rupakanya sebuah kematian yang indah di kala kehidupan. Janganlah Engkau serahkan urusan hidup dan matiku di tangan manusia dan janganlah Engkau serahkan kesetiaanku kepada mereka melainkan Engkau letakkanlah kesetiaanku hanya pada kebenaran dan HaqMU. Jangan Engkau hijabkan aku denganMu kepada Haq yang tidak sempurna seperti pemimpin dan guruku, kerana mereka juga mempunyai kebathilan sepertiku. Hanya berikanlah ilmuMu melalui mereka dan lepaskanlah hijabku denganMU dengan melepaskan aku dari pandangan kesempurnaan mereka. Kerana Yang Maha Sempurna hanyalah Engaku Ya ALlah. Rasulmu melakukan hijrah, menghantarkan sahabatnya untuk berhijrah, maka cintakanlah aku kepada hijrah untukku renangi lautan ilmumu, dan menyampaikan apa yang telah Engkau berikan kepadaku buat kelompok-kelompok yang banyak.Janganlah Engkau membiarkan aku membela manusia melainkan kebenaranMu. Ya Allah Engkau pernah berfirman: Tidak Engkau jadikan menusia itu berkelompok dan berbangsa melainkan untuk saling mempelajari antara satu dengan lain serta menghormati dan menjalinkan ukhwah antara satu dengan yang lainnya, maka teruslah menghantarkan aku menjumpai kepelbagaian dalam ciptaanMu, dan bukan mati dengan hanya mengenali satu kelompok yang ku sangka sempurna sehingga melupai bahawa mereka2 hanyalah ciptaanMu. Amin.

Peganganku hanya kebenaran Al Quran dan Sunnah kerana ada kelemahan dalam dirilah maka ku jadikan diriku umpama burung yang singgah ditempat sumber makan. Di mana ada sumber AL Quran dan Sunnah di situlah ada makananku. Apa yang penting aku memiliki kebebasan yang sebenar, kebebasan dalam melihat dan mengambil segala kesempurnaan hanya dari Allah. Kerana kesempurnaan ada di mana2. Begitu juga ilmu kebathilan yang boleh ku perolehi dalam mendidik kebathilan dalam diriku yang serba tidak sempurna. Akulah makhluk yang dicipta, memiliki Haq dan bathil bersamaku. Sesungguhnya syurga dan neraka milik Allah dan Hanya Dia Maha menentu dan bukanlah pemimpin mahupun guru. Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China sabda Rasulullah....InsyaAllah itulah matlamatku dan tiada pemimpin mahupun guru mampu mengikatku dalam pencarian ilmu atas keizinanMu Ya Allah. Sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah. Rasulullah juga terpaksa meninggalkan kita semata-mata Allah ingin kita mengikat hati kita hanya pada Yang Maha Ghaib bagi mengantikan yang nyata berupa sifat sementara. Iqraq wahai sahabatku. Wallahualam.

Friday, April 1, 2011

Tuesday, March 15, 2011

ISLAM DAN KEBANGSAAN (NASIONALISME): Wujudkah Pertalian Antara Keduanya? Oleh : Mohd.Ayob Abd Razid.

PENDAHULUAN

Dalam kebanyakkan perbahasan, diskusi dan wacana pemikiran, mengenai Islam dan semangat kebangsaan (Nasionalisme), hampir kebanyakkannya berkesimpulan bahawa Islam dan Nasionalisme adalah dua pemikir yang tiada pertalian antara keduanya. Nasionalisme bagi mereka adalah produk pemikiran manusia yang tidak dapat bersama sebagai ideologi dan keyakinan.

Namun dalam huraian risalah kecil ini, kita akan mengemukakan pandangan beberpa tokoh dan sarjana Islam tersohor yang dapat mengenengahkan hujak yang cukup mantap tentang adanya pertalian antara Nasionalisme dan Islam.

APAKAH MAKNA NASIONALISME?

Nasionalisme berasal dari istilah “nation” yang bererti bangsa. Kamus Dewan (DBP) dan Kamus Besar Bahasa Indonesia memberikan erti yang hampir sama seperti berikut:

1. Kesatuan orang yang bersamaan asal keturunan, adat, bahasa dan sejarahnya serta berpemerintahan sendiri;
2. Golongan manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan yang mempunyai asal-usul yang sama dan sifat khas yang sama atau bersamaan; dan
3. Kumpulan manusia yang biasanya terikat kerana kesatuan bahasa dan kebudayaan dalam erti umum, dan yang biasanya menempati wilayah tertentu di muka bumi.

Dari beberapa makna itu dapat ditakrifkan bahawa bangsa adalah kesatuan yang timbul dari kesamaan keturunan, budaya, pemerintah dan tempat. Beberapa suku atau ras pula boleh bersma membentuk sebuah bangsa dengan syarat ada kehendak untuk bersatu yang diwujudkan dalam pembentukan bernegara (pemerintahan) yang dipersetujui dan ditaati bersama.

Dalam konteks negara moden, Nasionalise selalunya dilihat dan dianggap sebagai pemikiran yang mampu menemukan ikatan dasar yang mengikat atau menyatukan sebuah negara bangsa.

Justeru, Nasionalisme dapat dimaksudkan dengan fahaman atau ajaran untuk mencintai bangsa dan negara, mencakupi kesedaran keanggotaan (kewarganegaraan) yang bersedia dan sanggup mempertahankan tanah air, disamping sanggup mempertahankan identiti, kemakmuran dan kekutan bangsa.

L.Stoddard menyebut, Nasionalisme adalah rasa kebersamaan sebagai satu bangsa dengan suatu keadaan jiwa dan suatu kepercayaan yang dapat membentuk suatu rasa atau semangat kebangsaan bersama.

Huszer dan Stevenson pula menyebut, Nasionalisme adalah yang menentukan bangsa mempunyai rasa cinta cinta secara alami kepada tanahairn

BILAKAH BERMULANYA SEJARAH NASIONALISME

Sejarah dnia merakamkan bahawa Nasionalisme dalam pengertian negara-bangsa (nation-state) bermula dari benua Eropah di sekitar abad pertengahan. Kesedaran itu dicetuskan oleh Gerakan Reformasi Prosteton yang dipelopori oleh Martin Luther di Jerman.

Luther dikatakan tokoh pembaharuan yang menentang Gereja Katoloik Rom, yang berjaya memukau dan merangsang semangat Kebangsaan Jerman melalui kerja penterjemahannya terhadap Perjanjian Baru di dalam bahasa Jerman: (Dault,Adhyaksa, Islam dan Nasionalisme:Reposisi Wacana Universal dalam Konteks Nasional;Jakarta,Pustaka Al-Kaustar,2005).

Pada awal kemunculannya, Nasionalisme di eropah mengambil kira persoalan tentang hak-hak asasi manusia.

Dalam perkembangannya, Nasionalisme Barat akhirnya meletakkan kekuasaan kolektif dalam negara lebih utama daripada kemerdekaan individu. Ini bermakna, Nasionalisme mula menjadikan negara sebagai pusat segalanya.

Misalannya, Hegel berpendirian bahawa kepentingan negara mesti didahulukan dalam hubungan negara-masyarakat kerana ia merupakan kepentingan objektif, sebaliknya kepentingan individu adalah kepentingan subjektif.

Falsafah yang mengenengahkannya ialah negara adalah ideal (geist) dan kerananya individu menjadi sesuatu yang objektif melalui keanggotaannya dalam negara.(Simandjuntak,Pandangan Negara Integralistik:Sumber,Unsur dan Riwayatnya Dalam Persiapan UUD 1945;Jakarta,Pustaka Utama Grafiti,2003).

APAKAH IMPLIKASI FAHAMAN KEBANGSAAN VERSI BARAT?

Bertolak dari pengertian Nasionalisme yang memusatkan kepada negara atas semangat atas semangat ras dan etnik, maka Nasionalisme barat telah mendorong masyarakat Eropah melakukan ekspansi (perluasan) ke wilayah lain melalui aktiviti penjajahan atau imperialisme.

Absolutisme (kemutlakan) negara yang diasaskan atas pusat etnosentrisme akhirnya mendorong kepada rasisme yang terkadang menjadikan sebuah pemerintahan menjadi fasis.

Dalam sejarahnya, fasisme mempunyai hubungan erat dengan rasisme yang meninggikan kedudukan sebahagian ras (suku) atas sebahagian yang lain.

ADAKAH ISLAM MEMPUNYAI AKAR UMBI SEMANGAT NASIONALISME?

Dalam Islam, berdasarkan pandangan beberapa sarjana islam, maksud yang ada kaitan dengan semangat kebangsaan atau Nasionalisme itu ialah istilah watan (tanah air), Dar Al Islam dan Diyar al Islam. Perkara ini akan dihurai lanjut di bawah pandangan tokoh dan sarjana Islam.

Bezanya ialah, falsafah Nasionalisme barat melihat kepada batasan etnik, sebaliknya Islam melihat dalam kerangka utana kecintaan kepada wilayah-wilayah intima’(afiliasi), iaitu dalam batasan makro yang melampaui batasan kenegerian, ras dan etnik yang diikat dengan kalimah tauhid.


PANDANGAN TOKOH DAN SARJANA ISLAM TERHADAP NASIONALISME

1. HASAN AL BANNA, Pengasas jemaah Ikhwanul Muslimin berpandangan, bahawa apabila yang dimaksudkan dengan nasionalisme itu sebagai kerinduan atau keperihatinan terhadap tanah air, keharusan berjuang membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah dan ikatan kekeluargaan antara masyarakat, maka Nasionalisme semakin dapat diterima, Malah dalam situasi tertentu, ia dianggap sebagai kewajipan yang harus dipikul (Dault,Adhyaksa:Islam dan Nasionalisme, Reposisi Wacana Universal Dalam Konteks Nasional;Jakarta,Pustaka al Kautsar,2005).

2. IBNU KHALDUN, sarjana sosiologi, sejarah, tokoh agama dan politik terkenal mengemukakan teori sosial yang dikenali sebagai ‘assobiyah’ berpendapat bahawa ‘assobiyyah’ sebagai faktor utama kepada kewujudan sesebuah negara dan kerajaan.

Asabiyyah, asabiyyun, ta’sub dan akar asaba yang bermaksud mengikat, menambat atau memintal sesuatu. Assabiyyah diertikan sebagai semangat kekeluargaan, kesedaran berkelompok atau setiakawan dan perpaduan (solidarity).

Menurutnya lagi, keutuhan sesebuah negeri atau kerajaan adalah amat bergantung kepada kekuatan asabiyyah. Baginya, doktrin keagamaan semata-mata tidak mampu mempertahankan kekuasaan tanpa perasaan asabiyyah.

Beliau turut menegaskan perlunya peraturan dan undang-undang ditegakkan dibawah pemerintah yang kuat asabiyyah.(Muhd.Yusuf Ibrahim, Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Persejarahan:Ketokohan dan Karfya, DBP, 1988)

3. DR. MUHAMAMD IMARAH, Menyatakan, Nasionalisme adalah sentimen dan ikatan fitrah melalui kehendak untuk memperkukuhkan kesetiaan manusia pada watan. Beliau menyebut Al Quran mengungkap istilah watan dengan diyar, iaitu bentuk jamak dari kata dar. Ia membawa maksud negeri atau tempat tinggal.

Beliau merujuk ayat 6, Surah Al-Mutahanah yang bermaksud:

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tiada memerangi kamu kerana agama dan tidak pula megusir kamu dari negarimu”.

Berdasarkan ayat Al Quran dan Hadis2 tersebut difahami bahawa watan adalah fitrah rasa cinta pada negeri tempat kelahiran dan tempat tinggal.

Hujah beliau lagi, menegakkan Islam sebagai agama hanya sebagai realiti, tempat tinggal dan geografi. Dengan adanya elemen terbabit, maka dapat dibuktikan adanya peradaban Islam.

Dalam konteks ini keharusan intima’(afiliasi) kepada tanah air diperluaskan kepada dimensi wilayah intima’-gabungan dan hubungan beberapa negara Islam-(Dr-Muhamamad Imarah, Perang Terminologi, Islam verses Barat;Robbani Press, Jakarta,1998).

4. SOEKARNO, berpandangan, Islam menjadi pemikiran memperkukuh dan menebalkan haluan Nasionalisme ke arah yang lebih jauh, iaitu untuk mewujudkan persaudaraan umat manusia.

Bagi Soekarno, konsep Nasionalisme tidak bertentangan dan boleh disesuaikan dengan tasawur islam. Bahkan, beliau menolak bentuk Nasionalisme sempit yang mengarah kepada chauvanisme.

Soekarno turut mencetuskan pemikiran tentang persatuan tiga ideologi besar iaitu Nasionalisme, Islam dan Marxis. Baginya Islam tidak bertentangan dengan Marxisme.

Beliau berhujah bahawa Marxisme hanyalah satu kaedah atau metod untuk memecahkan persoalan-persoalan ekonomi, sejarah dan sosial (yati, Badri, Soekarno;Islam dan Nasionalisme;Bandung,2001).


BENTUK NASIONALISME YANG DITOLAK ISLAM

Islam menolak dan menentang Nasionalisme yang bersifat etnosentrik (berpusat kepada kaum) yang ekstrim (melampau) sehingga tidak memberikan keadilan dan berlaku zalim kepada etnik yang berdaulat.

Kandungan Piagam Madinah jelas membuktikan bahawa Nabi s.a.w memberikan keadilan dan perlindungan kepada orang bukan Islam selagi mereka memberikan ketaatan dan kesetiaan serta tidak membuat kedurjanaan dalam negara.

Islam juga menolak asabiyyah yang bersifat keterlaluan, terikat dengan jemaah serta ta’asub terhadap pemimpin tertentu. Islam turut menolak asabiyyah yang membantu kaumnya atas kezaliman terhadap kaum lain.

PERNAHKAH ISU NASIONALISME MENJADI PERBAHASAN DI NEGARA KITA?

Di negara kita, perbincangan tentang Nasionalisme sudah dimulai saat negara di ambang kemerdekaan lagi.

Antara tokoh-tokoh aktif membahaskannya termasuklah Dr.Burhanuddin Al-Helmi, dato’Onn Jaafar, Ahmad Boestaman dan Ishak Hj.Muhammad. Tokoh-tokoh tersebut adalah pejuang-pejuang politik Nasionalisme melayu yang cukup terkenal bukan sahaja di Tanah Melayu, malah di seluruh Nusantara.

Perbahasan tentang tajuk ini menajam apabila ia melibatkan perjuangan dua parti Melayu terbesar iaiatu PAS dan UMNO. Ia bermula apabila haji Hadi Awang mula mengambil alih tampok kepemimpinan PAS.

Tuduhan bahawa UMNO membawa perjuangan yang bercanggah dengan Islam kerana menjadikan Nasionalisme sebagai landasan perjuangan telah menghangatkan polemik tentang Nasionalisme (asabiyyah). Pandangan Nik Aziz selaku mursyidul Am PAS yang konsisten dengan dakwaannya bahawa perjuangan UMNO adalah perjuangan kebangsaan (asabiyyah)turut menyemarakkan lagi perbahasan mengenainyasehingga kini.

Perlu diingat, sebelum kepimpinan PAS dityerajui oleh apa yang dipanggil ‘kepimpinan ulamak’, PAS semasa era kepemimpinan Allayarham Datuk Asri Muda dan pemimpin sebelumnya jelas mendukung perjuangan Kebangsaan Melayu yang berteraskan Islam.

Misalnya, semangat Nasionalisme Dr.Burhanuddin Al Helmi dapat dikesan dalam ucapannya ketika mesyuarat agung PAS yang ke 12, 1964. Katanya:

“kalau Tanah Melayu ini misalnya, mengikut hak asasi dan hak asalnya dipunyai oleh bangsa Melayu, maka tentu salah hendaknya ada bangsa lain bernafsu jahat untuk merebut dan menjadikan negeri ini hak bangsanya pula. Tiap-tiap bangsa di dunia ini berhak mempertahankan hak bangsanya sendiri. Soal mempertahankan hak sesuatu bangsa itu bukanlah soal perkauman, itu adalah soal bangsa.”

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Daripada pandangan beberapa tokoh dan sarjana yang kita ketengahkan itu, maka dapat disimpulkan secara jelas bahawa Nasionalisme bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Ia adalah sebahagian fitrah manusia untuk hidup secara bermasyarakat di bawah satu kesatuan yang diikat dengan perasaan dan kesedaran bermasyarakat.

Inilah pandangan yang diberikan Al- Jahizh (780-869 M) yang menangggap Nasionalisme adalah perasaan yang diikat dengan ikatan cinta antara manusia dan negerinya sebagai fitrah yang ditetapkan Allah pada diri insan.

Namun, Nasionalisme Islam itu seperti yang dirumuskan Hasan Al Banna adalah tidak terbatas wilayah dan geografi sebagai titik akhir tetapi harus meluas dalam batar makro Dar al-Islam.

Beliau banyak menghubungkan Nasionalisme dengan Islam dengan satu ungkapan yang ringkas, “sesungguhnya Nasionalisme tidak keluar dari statusnya sebagai juzuk dari ajaran Islam”.

Wednesday, February 16, 2011

JAWAPAN%20KEPADA%20NIK%20AZIZ

JAWAPAN%20KEPADA%20NIK%20AZIZ

JAWAPAN TUN KEPADA NIK AZIZ

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam buat Junjungan kita Nabi Muhamad saw

* Mohon dibaca article Tun bertajuk di atas sebelum membaca article saya *


Ternyata warna sebenar Tun telah menjelma. Begitu lama saya terpaksa berhadapan dengan pelbagai rakan dan taulan termasuk musuh memperkecil-kecilkan kami yang mempunyai semangat nasionalis. Kami dikatakan mementingkan bangsa mengatasi agama. Namun setelah membaca coretan Tun, segalanya jelas, bahawa kebenaran Tun tentang perjuangan Islam bukanlah hanya di negara sendiri. Namun bagi mereka yang memperjuangkan Islam di tanah airnya akan tergolong sebagai satu ayat gelaran Tun iaitu Islam Nasionalis.

Saya tidak perduli apa pandangan orang lain terhadap Tun Mahathir tetapi yang pasti di dalam article yang telah beliau keluarkan ini sudah jelas membuktikan bahawa beliau “walk the talk”. Baru hari ini saya sedar ketika Tun melaung-laungkan perjuangan untuk Pelastin tidak ada seorang pun yang kononya kumpulan-kumpulan Islam yang menyahut seruan beliau. Apakah kerana beliau bukan Ulamaq, maka setiap perjuangan beliau untuk menyelamatkan Pelastin dianggap tidak penting.

Hari ini setelah membaca tulisan Tun saya mulai terimbau inikah yang dikatakan Islam? Apabila saudara seIslam sibuk melaungkan selamatkan Pelastin dan mereka hanya pandang dan berpeluk tubuh dan enggan untuk bersatu kerana fahaman politik? Apakah Islam bagi kacamata kumpulan-kumpulan yang menamakan diri mereka para pejuang Islam. Tidak pernah saya melihat umat Islam di malaysia bersatu untuk memperjuangkan Islam secara global. Berbagai kenyataan yang dibuat di dalam akhbar dan pelbagai demonstrasi juga dilakukan untuk memperjuangkan Islam namun, sambutan kumpulan-kumpulan yang kononnya memperjuangkan Islam masih kurang penglibatannya. Apakah perjuangan untuk Islam tidak termasuk memberi sokongan moral?

Kami di Perkasa sendiri telah dan pernah beberapa kali melaungkan perjuangan Islam, namun penyertaan yang bersama kami masih hambar….masing-masing hanya gagah di dala Internet melempiaskan kesalahan, mengorek bangkai seagama dan sebangsa sendiri.

Pernah saya nyatakan pada sahabat saya…sekarang nampaknya lebih ramai yang ingin menjadi Tuhan dari pemimpin. Menjadi Tuhan lebih berkuasa untuk menjatuhkan hukuman ke atas sesiapa sahaja yang mereka inginkan.

Sekiranya kita Iqraq, bacalah dengan setiap tindak tanduk Tun selama ini. Setelah beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri , perkara pertama yang beliau dirikan adalah NGO untuk memperjuangkan rakyat Pelastin….Di situlah masjidil Aqsa masjid Nabi yang seharusnya kita bersama beliau dibarisan hadapan untuk turut serta di dalam perjuangan Yayasan Kepimpinan Perdana (PGPO) Perdana Global Peace Organization.

Ketika PGPO membuat pelbagai seminar di seluruh dunia dan juga di dalam negara, di mana kumpulan-kumpulan yang ingin memperjuangkan Islam? Apakah dengan tiada ilmu di dada Islam hanya diperjuangkan di Malaysia. Apakah hanya ketika ada musibah global sahaja pejuang pejuang Islam ini menghulurkan tangan. Sedangkan Tun di PGPO begitu Istiqomah menjalankan pelbagai aktiviti dalam menentukan perjuangan Islam secara global berterusan.

Allah juga pernah berfirman bahawa setiap hambanya yang memperjuangkan ilmu juga termasuk di dalam golongan yang syahid.

Wahai umat Islam saudaraku sekelian bukalah mata, cerahkan minda dan bersihkanlah hati dari dibelenggu dengan apa yang dilihat dari luaran seperti parti, bendera, kumpulan atau apa sahaja. Sekiranya benar-benar ingin memperjuangkan Islam maka tidak kira oleh siapa, di mana dan kumpulan apa…maka keluarlah beramai-ramai untuk memberikan sokongan dan perjuangan moral dalam kesatuan Islam. Janganlah bercanggah dan berpersepsi sesama sendiri apabila melihat rakan dan taulan memperjuangkan bangsa di tanah air ini. Sudah jelas Tun menerangkan apa yang telah berlaku di Turki.

Perjuangan bangsa hanya berlaku di sini di Malaysia dan Islam diseluruh dunia…jelas dan sejelasnya…maka janganlah dipertikaikan lagi perjuangan apa yang harus dan tidak harus di dukung oleh rakan dan saudara seagama anda. Apa yang penting kita tanyalah pada diri kita sendiri BERAPA RATUS ATAU RIBU ATAU JUTA RINGGIT YANG TELAH AKU KORBANKAN UNTUK ISLAM. BERAPA JAUH PERJALANANKU DI DUNIA INI UNTUK MEMBANTU UMAT ISLAM ATAU SEKADAR BERADA DI HADAPAN KOMPUTER SAHAJA ATAU MENJADI PEMASAR KAEDAH BERBAYAR UNTUK ILMU ISLAM?

Marilah kita bertanya pada diri kita sendiri dan memperbanyakkan muhasabah. Tidak ada satu perkara pun yang telah Tun jelaskan kepada umum apa yang telah beliau lakukan untuk dunia Islam. Namun bagi mereka yang diberikan kesempatan oleh Allah mendekati beliau akan tahu perjalanan beliau yang sebenar.

Kita sering mengharapkan seseorang yang hendak menyatakan apa sahaja tentang kebenaran Islam harus mempunyai sifat dan ukuran tertentu sehingga kita mempotretkan setiap guru atau ulamaq kita sebagai seorang yang maksum. Sedangkan kita semua tahu bahawa hanya Rasulullah sahaja manusia akhir yang maksum. Sebab itulah Islam mudah dibenci apabila kita mulai taksub dengan seseorang guru dan ketika terlihat guru kita membuat silap maka kita akan menyalahkan Islam secara keseluruhan. Ingat kita akan di HISAB…..janganlah kita mempertikaikan kemana seseorang itu akan pergi ketika tidak berhijab mahupun solat. Tugasan kita hanya berdakwah, menyuruh kepada kebaikan dan tuntutan Islam dan bukan menghukum. Rasulllah hanya berdakwah menyampaikan, namun tidak pernah menghukum selain dari hanya sekadar menyampaikan. Apakah kita yang setiap hari melafazkan cinta Allah dan Rasul enggan mengikut cara Rasulullah…sampaikan, sampaikan dan sampaikan kemudian serah semuanya kepada Allah sebagai Penghukum.

BERSATULAH UMAT ISLAM SEKELIAN TAK KALA LAUNGAN PERJUANGAN MENEGAKKAN ISLAM BERGEMA. BUTAKAN MATA KEPALA DAN BUKALAH MATA HATI UNTUK TURUT SERTA SUPAYA KITA TIDAK DITIPU OLEH SIAPA DAN FAHAMAN POLITIK APA YANG DIBAWA OLEH SESEORANG YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM. BERSATULAH…BERSATULAH…BERSATULAH DEMI ALLAH DAN RASULULLAH. ALLAHUAKHBAR!!