ASSALAMUALAIKUM

Thursday, December 16, 2010

DI MANA NAM WEE ? VS DI MANA MELAYU ? VS DI MANA SOI LEK?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selawat Dan Salam Buat Baginda Rasulullah S.A.W


Bosan!! Itulah ayat yang sesuai apabila memperkatakan tentang Nam Wee. Setelah menghantar laporan ke atas beliau, nampaknya ujian dari saya tetap begitu sahaja….sunyi, senyap, tiada sahutan dari mana-mana pihak. Kemudian dapat pula panggilan-panggilan…”kenapa u tak follow up…bla…bla…bla…” Hari ini ingin saya memberikan penjelasan sepenuhnya kepada semua terutamanya orang Melayu.

Baru-baru ini ramai yang bertanya mengapa Nazri dan Nam Wee begitu dan begini dan sekali lagi bla…bla….bla….ayat yang sesuai untuk orang Melayu. Buat pengetahuan semua apa yang di buat oleh Dato Nazri harus di ambil sebagai “loceng amaran kepada semua orang Melayu” . Semua kita tahu bahawa kedudukan Dato Nazri adalah mewakili kerajaan , apa yang diungkap dan dilakukan oleh beliau semata-mata mewakili kerajaan dan kalau dia bercakap mengikut rasa sendiri pun tetap akan dianggap mewakili kerajaan. Apakah kita semua sudah buta dan tuli apabila melihat Dato Nazri berbuat sedemikian dengan Nam Wee?!!!! Inilah isyarat yang menunjukkan bahawasanya KERAJAAN YANG MEWAKILI BANGSA MELAYU SUDAH TIDAK MAMPU LAGI MENGHARAPKAN SOKONGAN ORANG-ORANG MELAYU.!!! Faham!!

Ini adalah pendapat peribadi saya, setelah lama berdiam diri dan mengkaji persoalan budak sekor ni. Kalau DAP atau Nam Wee nak mengheret saya ke mahkamah pun silakan. Saya tetap mengatakan bahawa Nam Wee adalah seekor budak ( bahasa yang sesuai untuk beliau) yang pasti ditaja untuk menimbulkan suasana perkauman di Negara ini. Kenapa? Semata-mata untuk menimbulkan satu kekacauan yang akan memaksa beberapa kerat Melayu yang emosi ini untuk memaksa kerajaan menghumbankan Nam Wee samada ke dalam penjara ataupun ke luar negara. Inilah motif sebenar Nam Wee. Sekiranya keadaan ini berlaku seperti Nam Wee memukul gendang dan Melayu yang paling suka berjoget ini mula menari maka sudah tentu akan memaksa kerajaan untuk mengambil tindakan ke atas beruk sekor ni. Apabila kerajaan mula mengambil tindakan maka inilah “point” yang diharap-harapkan oleh Nam Wee yang sudah tentu akan mengatakan bahawa Melayu “racist”. Ini sudah tentu akan membuat kaum Cina menarik undi keluar dalam menyokong BN. Ada nampak?? Anak Cina makan pengat sendiri mahu ingat.

Ketika itu saya masih tertunggu-tunggu di mana suara Presiden MCA, sepatutnya beliau yang mewakili kaum Cina yang harus mengambil tindakan ke atas Nam Wee. Namun dalam kes sedemikian tak ada seorang pun umat Melayu yang keluar untuk mengatakan bahawa MCA racist. Cuba kalau kes ini berlaku pada anak Melayu dan PERKASA membela anak Melayu tersebut rasanya-rasanya bangsa mana yang akan kutuk PERKASA???

Sudahlah Melayu yang cuba menuding jari menyalahkan sesama bangsa sendiri, lihat saja MCA berdiam diri, kaku dan terus membisu tak kala isu Nam Wee diperkatakan. Aleh-aleh Dato Nazri pula yang kena bantai…dengan bangsa sendiri pula tu. Malu sungguh memalukan. Seharusnya kita mengambil iktibar dan menyorok muka dalam seluar ketika Dato Nazri berbuat sedemikian pada Nam Wee kerana terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa kerajaan yang mewakili Melayu sudah hilang kepercayaa ke atas undi bangsa mereka sendiri untuk menyokong mereka.

Di mana Melayu? Di mana lagi kalau tidak berpecah sesama sendiri atau mengutuk sesama sendiri. Di mana Nam Wee? Terus bahagia melihat perpecahan Melayu memberi ruang yang lebih hebat kepada beliau mengetuk gendang inang untuk Melayu.

Selama di PERKASA saya lihat pelbagai usaha yang telah dibuat oleh PERKASA untuk menegakkan keadilan untuk bangsa Melayu. Namun sehingga hari apa yang kami dapat hanya kutukan dari bangsa sendiri. Saya masih ternanti-nanti tak kala Ketua Wira membuat demonstrasi APA ADAKAH MANA-MANA GABUNGAN MELAYU YANG MAHU TURUT SERTA MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU?? Jawapannya ada tapi dipentas yang berlainan.

Memang benar dan jelas menunjukkan darah Melayu darah pahlawan tetapi pahlawan yang hanya suka berlawan di kampung sendiri. SAYA CABAR SEMUA MELAYU UNTUK BERSATU DENGAN BERIKRAR MENGATAKAN BAHAWA KAMI AKAN BERSATU DAN TERUS BERSATU MENYATUKAN KAMPUNG DAN DAERAH BAGI MEMASTIKAN PRU13 TETAP BANGSA MELAYU MENERAJUI NEGARA INI. Ada berani??

Saya pasti dialog-dialog lapuk dari bangsa Melayu akan segera terkeluar… “lantak lah biarkan UMNO kecundang…mereka dah kenyang…perasuah dan bla…bla….bla…”. Kalau nak tahu inilah namanya DIALOG DENGKI DAN IRI. Kalau kita rasa semuanya pemimpin Melayu di dalam UMNO seperti di atas makanya di manakah Melayu yang hebat ini? Di mana kita? Yang hanya pandai melalak di belakang tabir maya. Macam orang perempuan zaman kuno bercakap di belakang tabir. Kalau bahasa sekarang sesuai dipanggil PONDAN!!

Keluarlah semua bangsa Melayuku dibelakang tabir selama ini masuklah ke dalam pentas juang PERKASA kalau berani lambungkan kami keluar kalau anda semua lebih hebat mempertahankan hak dan kedaulatan Melayu. Silakan!! Kalau rasa lebih “power’ maka masuklah UMNO dan lambunngkan keluar semua pemimpin UMNO yang anda rasa seperti yang telah dinyatakan tadi. Bawalah segerombolan Melayu yang mungkin seramai ayat yang anda ungkapkan di dalam FB untuk melanggar mana-mana pemimpin yang anda sukai. Jangan sekadar berjuang dengan satu jari menekan “keyboard” dan merasa diri lebih hebat dari mereka yang menapak kaki, mengeluarkan peluh, bergolok bergadai mempertahankan hak dan maruah Melayu. Cukuplah!!

Diamlah semua orang Melayu mulai hari ini perihal kes Nam Wee…kita gesa bapa segala bapa kaum Cina Soi Lek pula memberikan kenyataan beliau ke atas tindakan yang sesuai diambil sebagai rakyat yang mengaku satu Malaysia, mahu hak samarata dan sebagainya untuk membuktikan bahawa beliau Soi Lek juga turut merasa hina apabila bangsa beliau sendiri menghina negaranya. Kalau benar Soi Lek mengaku ini negara Mak Bapak dia yang punya maka inilah masanya beliau membela Negaranya dari dihina dan dikeji….Di mana Soi Lek????? Kenapa berdiam seribu bahasa??? Di mana Melayu???kenapa tak tanya soalan ini????.

Bukalah mata, lebarkan minda wahai bangsaku, jangan hanya melihat Melayu saja bersikap perkauman. Apakah belum cukup bukti di depan mata di mana orang Melayu di letakkan di Singapura, di mana Melayu di letakkan di Pulau Pinang…DAN DIMANA KENYATAAN MAHUPUN TINDAKAN MCA KEPADA NAM WEE???? KETIKA RAJA-RAJA MELAYU DI HINA DI MANA KENYATAAN MCA, DAN MIC??? Apa Raja-Raja Melayu di Malaysia ni Melayu punya saja kah? Bila cakap pasal harta negara semua nak kena samarata, bila mau ambil pingat semua hulur kepala tak kira apa bangsa tapi bila Raja Melayu kena kutuk….mana pigi ini semua worang dan olang???

Banyak sungguh tanda tanya dan soal dalam tulisan kali ni rasa-rasanya siapa nak jawab silakan. Jangan dok merepek, merapu lagi pasal bangsa sendiri jom kita Melayu pukul gendang Cina ngan India pulak tengok siapa pulak nak menari. Cukup-cukuplah bangsa lain dok main gendang kita.

Ingatlah kata-kata ini bagi mereka yang gila sangat untuk menonjolkan diri menjadi orang penting, mengutuk dan mengeji sesama sebangsa:

“ MEMANG BAIK MENJADI ORANG PENTING, NAMUN JAUH LEBIH BAIK MENJADI ORANG BAIK”

( Ir. Permadi Alibasyah)

Fikir-fikirkanlah semua persoalan di atas DI MANA KITA BANGSA MELAYU?? Kalau benar kita tidak ingin membela bangsa sendiri maka tinjau-tinjaulah perlakuan bangsa lain, supaya menjadi iktibar bagaimana bersatunya bangsa lain sesama kita. Jangan lagi mempersoalkan tentang membela Agama semata kerana Alif, Ba dan Ta berangkaian. Agama, Bangsa dan Negara.

Pesanan akhir untuk PAS, kalau benar ingin membela Agama semata, maka sudah tentu Rasulullah akan menjadi suri teladan utama. Maka persoalan saya di sini mohon diberikan rujukan mana-mana hadis Junjungan kita berperang bersama kaum kafir menentang musuh?? Mungkin saya bodoh dan jahil, setahu saya semua kafir di Islamkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan sebagai panglima perang seperti..Khalid Al Walid, Hamzah dll. Rasanya-rasanya bila nak masukkan Guan Eng Islam, bagi melengkapkan jihad Islam sebelum berperang menegakkan negara Islam??

Sunday, December 12, 2010

PEMIMPIN DI BELAKANG PEMIMPIN VS ULAMA DI BELAKANG PEMIMPIN

Dengan nama Allah Yanga Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Selawat dan Salam Buat Baginda Rasulullah s.a.w


Sememangnya amat menyedihkan apabila melihat senario politik kebelakangan ini. Ternyata perkataan hormat, syukur dan sabar sudah tidak wujud lagi di kalangan segelintir pemimpin parti. Keputusan yang di ambil oleh Pak Lah baru-baru ini, ternyata suatu keputusan “orang lain turut buat tapi sendiri tanggung”. Apa yang menyedihkan apabila segala apa yang telah menimpa parti hasil dari keputusan pilihanraya lepas semuanya menuding jari kepada hanya seorang pemimpin. Tidak ada seorang pun pemimpin yang berani untuk turut mara kehadapan dan menyatakan bahawa mereka turut bertanggungjawab di dalam keputusan pilihanraya baru ini. Sebaliknya masing-masing mula keluar seperti hero menyatakan bakat kepimpinan masing-masing untuk mentadbirkan negara, mampu memperbaiki itu dan ini setelah Pak Lah mengumumkan tidak akan bertanding. Saya juga merasa sama seperti kata Pak Lah” kadang-kadang saya rasa sedih dan kadang-kadang saya merasa amat lucu, malahan lebih lucu dari sedih…….” Selainnya ini ayat saya……apabila melihatkan seseorang pemimpin yang tidak boleh berbuat apa-apa tanpa menjawat jawatan yang lebih tinggi untuk memulihkan parti. Kemenangan Pak Lah pada peringkat awal sudah tidak diperkatakan lagi. Malahan kali ini pun bukannya kalah tetap menang tetapi nampaknya lebih banyak kalah sesama sendiri dan ingin menang pun sesama sendiri juga. Persoalannya sekarang SIAPA SEBENARNYA YANG INGIN DITENTANG? PARTI SENDIRI ATAUPUN PARTI LAWAN? Anak Cina makan pengat jadi sendirilah mahu ingat.

Setiap manusia membuat kesilapan, tetapi akan senantiasa diberi ruang dan peluang. Tetapi dalam kes Pak Lah lain pula. Ketika pemerintahan Tun Mahathir, ketika kegawatan ekonomi, ramai juga antara pemimpin dan ahli parti menggesa agar Tun meletakkan jawatan dan ramai juga termasuk DSAI yang ingin menangguk di air yang keruh menekan Tun Mahathir agar melepaskan jawatan. Namun Tun pada ketika itu begitu tegas ingin membuktikan bahawa beliau tidak akan mengundurkan diri sehingga beliau berjaya untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara ketika itu. Ternyata sokongan dari parti buat Tun amat merosot, ketika itu juga kita kehilangan Kelantan dan Terengganu kemudian. Namun Tun terus dan tetap diberikan peluang sehingga beliau sendiri akhirnya membuat keputusan di saat-saat tiada tekanan untuk beliau melepaskan jawatan. Pada pandangan saya ketika itulah penyerahan kuasa kepada Pak Lah pun agak memeranjatkan Pak Lah sendiri. Beliau sendiri tidak menyangka akan menjadi Perdana Menteri mendahului Dato Seri Najib. Dalam keadaan terkejut dan mungkin belum bersedia secara mental dan fizikal Pak Lah menerimanya. Kalau orang yang cukup bersedia dan bersiap untuk menjadi Perdana Menteri tentulah akan lebih bersedia dengan struktur dan perancangannya. Apa lagi kalau sudah berbelas tahun berhasrat, bersiap dan bersedia untuk menjadi Perdana Menteri. Bukan sekadar bersedia tetap turut meluap-luap wawasannya macam gunung berapi nak meletup.

Inilah senario pemimpin politik atasan yang banyak penasihat-penasihat yang turut menjadi pemimpin parti. Akibatnya samada nasihat itu akan menjatuhkan pemimpin ataupun nasihat itu akan menjahanamkan sesetengah pucuk pimpinan. Lain sekali di zaman Tun Mahathir, susah kita nak cari penasihatnya yang berhasrat untuk turut menjadi pemimpin politik. Betullah kata peribahasa Cina, di era Pak Lah ramai sangat singa yang ada di atas satu gunung. Akibatnya kuku siapa tajam menanglah dan yang cedera turunlah gunung sorang-sorang.

Kepada pemimpin yang tetiba begitu ramai dan bersemangat untuk menerajui sebagai pemimpin negara yang langsung tidak mempunyai sebarang kesalahan dan kesilapan serta merasa tidak bertanggung jawab ke atas pilihanraya lalu maka ingatlah makan pengat banyak-banyak kalau nak mencari penasihat. Kata pepatah Inggeris “ once bitten twice shy”. Kalau kena pukul selalu tak malu-malu juga tak tau lah manusia jenis apa dah nak kita gelarkan. Pemimpin sekarang harus bertukar wajah, selain dari mencari penasihat professional mereka juga tidak harus lupa untuk mendampingi ulama original. Maksud saya ulama original ialah ulama yang tidak mempunyai sebarang kedudukan mahupun jawatan di dalam parti sebagai penasihat dan pendamping mereka. Barulah selamat dunia akhirat.

Bayangkan seorang pemimpin tertinggi ingin mempertahankan jawatannya, bila toleh kanan, kiri, depan dan belakang orang yang nak membantu beliau untuk mempertahannkan jawatannya juga turut ingin menawarkan diri bertanding, maka apa akan jadi?? Makan lah pengat, sendiri mahu ingat. Cukup dan sudahlah wahai pemimpin akan datang. Setiap apa yang berlaku ambillah iktibarnya. Kalau nak bertanding, maka bawalah kembali legasi Sulaiman Palestin. Keluarlah bertanding Presiden macam anak jantan, tanpa memberi sebarang tekanan sehingga memaksakan Perdana Menteri meletakkan jawatan. Jangan kita menggunakan psikologi menyalahkan orang yang membawa kemenangan seolah-olah parti telah kalah. Belum kalah lagi apa yang nak disalahkan. Kalau sesiapa di dalam dunia ini diminta untuk memerintah seorang diri dan meyelesaikan masalah seorang diri siapa pun mati. Banyak kejadian yang berlaku di dalam negara ini tidak pernah seorang pun berani menuding jari ke arah pemuda yang seharusnya menjadi harapan bangsa dan pemimpin akan datang. Semasa HINDRAF, BERSIH dan sekarang HINDRAF sekali lagi tak nampak pun pemuda so callaed harapan bangsa keluar memegang kayu dan parang bersama FRU untuk menentang keganasan. Paling kecil ialah ketika Pak Lah diserbu HINDRAF di majlis jamuan hari raya, tak mungkin sorang pemuda pun tak hadir. Soalnya mana mereka? Tak nampak pun di keliling Pak Lah, untuk menjaga keselamatan Pak Lah atau menyelamatkan maruah Pak Lah. Wallahualam!!Inilah akibatnya apabila ada pemimpin di belakang pemimpin dan bukan ulama di belakang seorang pemimpin.

Banyak yang seseorang ulama boleh buat kalau pemimpin mendampingi mereka. Bukan sahaja nasihat yang dimulakan dengan nama Allah tetapi juga doa-doa keselamatan juga mampu mereka bacakan. Al maklumlah sekarang ini pendinding untuk masuk politik kena tebal macam tembok China. Kalau nipis alamat jadi bodohlah pemimpin tersebut. Seseorang pemimpin yang telah dilantik Allah menjadi Perdana menteri tak mungkin asal dari seorang yang bodoh tetapi tak mustahil beliau mampu diperbodohkan. Lagi banyak pemimpin kecil di belakangnya lagi banyak kemungkinan perkara tersebut terjadi. Maklumlah masing-masing ada makna, ada udang disebalik batu, ada halatuju untuk diri sendiri dan bukan untuk yang mereka nasihati.

Itulah manusia, jangan ingat apa yang kita buat hari ini tidak pula akan menimpa kita esok hari. Ingatlah bahawa kehidupan menjadi seorang seorang pemimpin rata-rata yang diizinkan Allah lebih pendek dari kehidupan setelah tidak berjawatan. Fikirkanlah apa ertinya kehidupan seorang bekas pemimpin yang tidak lagi dikenang mahupun dihormati. Ingat juga nasib yang akan menimpa anak dan cucu kita apabila kita sebagai pemimpin dicaci dan maki setelah tidak lagi berjawatan. Selama mana wang dan harta akan menongkat dunia. Belajarlah wahai pemimpin untuk mendampingi ulama dan mendengar hanya nasihat-nasihat dari ulama yang benar. Intipati Al quran juga termaktub tentang hukum-hakam pentadbiran sesebuah negara. Oleh itu mustahil bagi seseorang ulama yang mendalami Al Quran tidak memahami cara Islam mentadbirkan sesebuah negara. Namun kata pepatah orang dahulu “bagai pinang dibelah dua”. Dalam ertikata penjelasan politik seseorang pemimpin atau umaraq itu seharusnya mempunyai ciri seorang yang benar sebelum mereka mendampingi dan menerima nasihat dari seorang ulama. Takut nanti ulama akhirnya hanya menjadi sebahagian dari aksesori politik bagi seorang pemimpin sahaja. Ulama itu amat penting bagi seseorang pemimpin. Siapa lagi yang lebih layak untuk memimpin seorang pemimpin melainkan seorang ulama, sehinggakan kepentingan seseorang ulama itu digambarkan oleh salah seorang tokoh Islam iaitu YAHYA BIN MU’AZ AR RAZI RH.A, kata beliau:

“Ulama itu lebih mencintai umat Muhamad s.a.w daripada bapa dan ibu mereka sendiri. Lalu seorang bertanya “ Bagaimana boleh demikian?,” Yahya menjawab; “sebabnya bapa dan ibu mereka menjaganya dari neraka dunia, sedangkan para ulama menjaganya dari neraka akhirat.”

Macam-macam telah disebutkan di dalam kitab dan sunnah tentang janji Allah kepada para pemimpin yang tidak amanah, syukur dan sabar dalam kepimpinan mereka tetapi masih ramai juga yang sudah hilang keyakinan terhadap Al Quran dan sunnah tentang janji itu adalah benar. Setiap kebaikan akan menerima kebaikan dan setiap kejahatan begitu juga akan dipulangkan. Tidak kurang juga dinyatakan tentang bagaimana keangkuhan Firaun yang begitu gilakan kuasa dari sebuah negara akhirnya ingin menjadi pemimpin dunia akhirnya apa yang jadi. Setiap pemimpin hari ini pada dasarnya lebih memilih untuk mempunyai jawatan terlebih dahulu sebelum turun menyelamatkan bangsa sedangkan semua itu masih boleh dan mampu dilakukan dalam keadaan dan kedudukan mana sekali pun. Kalau semua mengerti akan tanggungjawab seseorang pemimpin yang digambarkan di dalam l Quran dan sunnah tentu saja ramai yang akan menarik diri kerana lebih takut untuk bersoal jawab dengan Allah dari bersoal jawab dengan manusia. Muhasabahlah!!!

Article 2006 di dalam buku VS

Wednesday, December 8, 2010

ANWAR IBRAHIM UMNO VS ANWAR IBRAHIM PKR

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Selawat dan Salam Buat Baginda Rasulullah s.a.w

Sebelum membuat keputusan untuk menulis buat kali pertama dalam sejarah penulisan saya, beribu malahan jutaan persoalan bermain di minda. Apakah penulisan yang jujur ini akan kemudiannya di salah ertikan oleh mana-mana pihak? Tetapi bila difikirkan semula ruangan ini adalah ruangan Ikut suka Aku, maka inilah pendapat yang paling jujur ingin diluahkan. Namun seandainya timbul pelbagai spekulasi, maka jawapan saya mudah sahaja, Ikut Suka Aku. Hidup manusia seharusnya dilahirkan merdeka minda dan jiwa dan begitu juga dalam kehidupan seharian. Pendapat dan pandangan penulis adalah sesuatu yang harus diluahkan, dan terserah kepada siapa yang nak baca dan sesiapa yang nak buat spekulasi. Itulah prinsip seorang penulis harus bertanggung jawab ke atas setiap barisan ayat yang dicoretkan.

Sebenarnya saya sudah merasa mual dan loya tekak ketika membuka akhbar dan internet tak ada cerita lain sehingga paling memualkan sekali apabila ada satu statement dari US yang mengatakan bahawa “ Anwar is all about Malaysia”. Apa yang ingin mereka maksudkan bahawa apa sahaja keputusan yang bakal dibuat kepada Dato Seri Anwar Iibrahim (DSAI) akan mencerminkan integriti Malaysia secara keseluruhan. Siapa DSAI ni? Sehingga begitu kuat dapat menaik dan menjatuhkan maruah sebuah negara? Jawapan dan tindakan sebenarnya ada pada kita terutamanya orang media.

Ini adalah pendapat dan pandangan saya secara peribadi. Kalau sekadar kes liwat ingin saya bertanya kepada pihak polis. Apakah selama ini kita tidak pernah dengar tentang berpuluh orang yang melaporkan kes liwat? Apakah ini pertama kali kes seumpama ini di war-warkan? Siapa Saifol? Apakah seorang yang tertuduh diliwat harus melaporkannya kepada Timbalan Menteri dahulu dan bukan ke balai polis dahulu? Apakah Saifol ini keturunan Raja Atau anak VVIP sehingga apabila diliwat harus mencari TPM? Apakah Saifol ini diliwat oleh orang kerjaan? Kalau diliwat oleh seorang dari parti pembangkang mengapa harus takut? Tak mungkin Polis begitu bodoh tidak akan melayani beliau tak perlu berjumpa dengan TPM kerna banyak lagi nasib yang sama menimpa orang yang tak seglamour Saifol tapi tak ada pula yang pergi berjumpa dengan TPM. Anak Cina Makan pengat jadi sendirilah mahu ingat.

Rakyat Malaysia saya pasti sudah jelak dengan berita yang begini terutamanya melibatkan DSAI. Perkara sebegini seharusnya janganlah disensasikan. Kalau rumah DSAI kena rompak satu hari apakah satu Malaysia harus turun menyiasat? Apa yang dikatakan oleh pihak USA tentang Malaysia is all About Anwar sebenarnya bukan atas perbuatan mereka tetapi atas perbuatan kita sendiri. Saya amat menyalahkan pihak media dan juga mereka-mereka tidak kiralah di dalam atau di luar kerajaan yang membuka mulut dan melayan pihak media. Seharusnya mereka ini diam dan kata “no Komen” sebab ini bukan persoalan negara ini adalah persoalan individu dengan individu yang langsung tak ada kaitan dengan kerajaan, jadi buat apa nak sibuk-sibuk jaga tepi kain masalah peribadi orang lain. Kalau DSAI nak buat kenyataan itu hak dia tapi kalau pihak media yang di undang tak mahu datang juga itu adalah hak peribadi mereka juga. Sorang tepuk gendang yang sorang lagi pun menari. Kalau menari di atas pentas yang sama tak apa lah juga . Semua bercakap ini adalah konspirasi kerajaan untuk mencemarkan imej DSAI, pada padangan saya kalau betullah konspirasi kerajaan maka hanya budak buta tuli saja yang akan percaya. Tapi bagaimana pula kalau saya katakan ini adalah konspirasi DSAI sendiri untuk menambahkan simpati dan populariti kepada beliau? Bagaimana? Kalau Saifol kenal TPM, Si Saifol ini lebih akrab lagi dengan DSAI sebab pernah berkhidmat selama 3 bulan dengan beliau? Apakah ada orang pernah terfikir perkara ini? Begitu yakin sekali DSAI sampai sanggup bertanding dan menyuruh isterinya melepaskan jawatan penting? Macam sebuah drama tersusun pula. Maklum lah saya orang teater bila ada plot mesti ada sub plotnya. Hanya penulis skrip sahaja yang yakin apakah akhirnya jalan cerita yang ditulis kita hanya penonton tentulah kita tak tahu kesudahan cerita sehinggalah tamat tayangannya. Persoalannya sekarang siapa penulis skrip yang sebenar????? Ingat jangan tak ingat jadi sendirilah mahu ingat!!!

Hanya satu sahaja bukti semua pemimpin ini samada di dalam UMNO atau PKR yang dapat membuktikan kepada rakyat cinta mereka kepada Agama, bangsa dan Tanahair iaitu dengan mengUMNOkan semula DSAI. Hanya dengan cara ini sahaja kedua-dua pihak harus menunjukkan “gentlemen” mereka masing-masing. DSAI minta masuk UMNO dan pihak UMNO pula memberi ruang untuk DSAI. Kalau betul-betul nak bertanding maka kita bertanding atas satu pentas dan bukan bertumbuk dan berlawan di luar rumah. Sampai jiran tetangga masuk campur.

Banyak jawapan yang boleh dijawab andai kata DSAI bertanya kenapa beliau mesti masuk UMNO dan bukan sebaliknya. Jawapannya mudah sebab UMNO tidak salah dan tetap unggul selama 65 tahun teguh. Siapa yang salah ? Jawapannya lagi mudah bukan Presidennya tetapi segelitir pemimpin UMNO yang mencacatkan pertubuhan ini. Mengapa kita tidak boleh menyalahkan Presiden parti kerana beliau tidak bodoh tetapi telah di perbodohkan oleh segelintir pemimpin UMNO yang suka mengampu, menipu dan merapu Presiden parti. Di dalam sejarah Malaysia 5 Presiden UMNO yang dilantik semuanya “Mr Clean”. Tetapi yang beza hanyalah penasihat-penasihat mereka sahaja. Saya percaya walau sebaik mana pun seseorang Presiden UMNO atau sebijak mana sekali pun mereka tidak akan mampu melaksanakan tugas mereka secara bersendirian. Pasti mereka akan mempunyai orang-orang kepercayaan yang jujur dan amanah melaksanakan inspirasi mereka. Kita harus ingat orang yang baik sebenarnya bukan sahaja digemari oleh malaikat tetapi juga syaitan akan berlumba-lumba untuk mendekati mereka. Jadi tak salah lah kalau terdapat beberapa peranan syaitan di keliling Pak Lah tak cukup di luar sampai di dalam rumah pun Pak lah kena hadapi.

Cukuplah selama ini kita cuba memperkasakan UMNO dengan memikirkan kepentingan rakyat tertentu. Sudah sampai masanya kita harus memikirkan bagaimana untuk menjaga hati rakyat secara keseluruhannya. Kalau DSAI begitu berani dan lantang bersuara maka cubalah masuk UMNO kembali dan kita lihat bagaimana jaguhnya beliau akan bersuara dan bertanding di atas pentas yang sama. Manakala ahli dan pemimpin Melayu terutamanyan di kalangan pemuda yang begitu gagah perkasa menjulang keris ke sana ke mari maka sambutlah DSAI dalam UMNO dan berjuanglah secara terbuka dan dari situ kita akan lihat siapa yang sebenarnya gagah dan siapa sebenarnya hanya “gah” kata orang Kedah.

Negara yang sudah hampir 62 tahun merdeka tak mungkin boleh diperintah oleh PKR. Apakah kita nak berpresidenkan bangsa lain di bumi dan tanah Melayu ini? Jadi janganlah nak berangan yang DSAI akan bertongkat langit. Ajal dan maut di tangan Allah. Katakan hari ini PKR menang dan memerintah Malaysia DSAI di lantik menjadi Perdana Menteri tup tup mati tak sampai setahun memerintah siapa agaknya akan menggantikan tempat beliau dah tentulah Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang atau Karpal Sing. Percayalah, baru menang di peringkat negeri pun dah kelam kabut dibuatnya. Nasib ada Raja Melayu di Perak dan Selangor kalau tidak alamat MB semua tak merasalah dari kalangan Melayu. Jadi fikirkanlah masak-masak. Siapa DSAI? Apa lah nak di takutkan kepada seorang manusia bernama DSAI.

Rakyat Malaysia akan mendapat bukti yang nyata akan kesetiaan DSAI kepada bangsanya sekiranya beliau memperlawakan diri untuk memasuki UMNO semula. Tetapi selagi beliau berada di atas pentas PKR jangan haraplah bangsa Melayu akan terbela. Kalau parti macam bubur chacha India, Cina dan Melayu duduk dalam satu magkuk macam ubi keledek, agar-agar dan kacang dalam bubur chacha maka semua kita akan makan, tak ada lagi perkataan pilih bulu, tak kan ada lagi agenda Melayu yang akan disebut adalah agenda sekutu, sebab semua bangsa ada dalam mesyuarat bersekutu. Akhirnya apa kamu makan saya pun mahu makan.

Dengan tegas saya menyatakan UMNO tetap pusat dan pentas perjuangan yang dulu, kini dan selamanya relevan. Yang tidak relevan hanya beberapa pemimpinnya sahaja yang banyak menipu, mengampu dan merapu pada Presiden parti. Itu yang harus ditukar dan bukan parti yang ditukar. Tun Mahathir sendiri kata yang lemah adalah pentadbir Pak Lah jadi mengapa Pak Lah harus berundur?Suatu waktu dahulu la. Kita undurkan sahaja mereka-mereka yang tidak melaksanakan dan merealisasikan tugas yang diamanahkan Pak Lah, dahuluTO FULFIL PROMISES IS THE HIGHEST FORM OF INTEGRITY
. Biarlah beribu orang mengatakan Pak lah lemah atau kurang bijak tetap boleh dikuatkan dan dibijakkan tetapi bagaimana pula dengan pemimpin yang tidak amanah dan bersih? Amanah dan bersih akhlak bukanlah sesuatu yang boleh di ajar dan ianya datang dari peribadi yang lahir secara fitrah dan dikuatkan dengan kekuatan amalan agama dan pegangan kepada Al Quran dan sunnah. Ilmu sedemikian tidak boleh di ajar seperti pelajaran di dalam buku tetapi ianya dianugerahkan atas Ihsan dari Allah. Ramai yang solat dan menyebut nama Allah tetapi tidak terlahir secara peribadi, ada sahaja tohmahan dan fitnah yang akan menimpa diri seseorang itu. Apakah ini semua perbuatan Allah atau diri sendiri? Anak Cina makan pengat sendirilah mahu ingat.

Janganlah kita hanya mempersoalkan tentang seorang individu yang belum tentu akan memanafaatkan kita. Sekarang pun Allah telah menurunkan bala dengan menimbulkan beberapa peristiwa agama kita Islam makin di hina hanya karena kita sibuk menjaga dan memperkatakan tentang seorang manusia kita mula mengaibkan sesama seagama akhirnya agama kita di hina dan di caci hanya kerana kita gagal menunjukkan akhlak sebenar dari sebuah agama bernama al Islam. Hayatilah kata-kata salah seorang tokoh pemimpin Islam terdahulu iaitu ABDUL A’LA MAUDOODIY RH.A :
“Tiga perkara yang membawa kesesatan :
1. Perhambaan kepada nafsu
2. Mengikut nenek moyang demean membabi buta.
3. ketaatan kepada pihak yang selain dari Allah

Balasan kepada tidak berlaku adil kepada kitab Allah

“Adalah tidak mungkin sesebuah negara yang mempunyai wahyu Allah akan duduk atau berada di dalam penderitaan akan ditindas oleh pihak-pihak lain, akan disepak ke kiri dan ke kanan atau akan diikat lehernya serta dicucuk hidungnya dan di bawa ke arah mana sahaja oleh pihak-pihak lain. Sesebuah negara akan mengalami akibat ini apabila ia berlaku tidak adil (zalim) terhadap wahyu Allah”

Punca kehinaan umat Islam

“Keupayaan orang-orang kafir untuk menguasai kita dan kehinaan kita ditangan mereka pada setiap keadaan adalah merupakan bentuk siksa dari Allah kepada kita kerana kita tidak tahu menghargai ni.mat Islam yang Allah berikan kepada kita.

Bentuk kesyukuran terhadap nikmat allah yang terbesar (Islam)

“Bentuk kesyukuran yang terbaik ialah demean menjadi pengikut-pengikut Nabi Muhamad s.a.w yang taat,”
Mereka yang mempunyai imam di hati tidak akan membiarkan kemungkaran berleluasa juga ia tidak teragak-agak untuk berjuang di jalan Allah s.a.w
Matlamat akhir dari usaha-usaha kita sedunia ialah untuk melakukan revolusi kepimpinan di mana pengaruh mereka yang rosak dan pembuat maksiat dihapuskan supaya teraju kepimpinan adalah berada di tangan orang-orang yang benar dan takut kepada allah.”

Jadi ingat dan masukkanlah kata tokoh tersebut ke dalam hati dan minda kita. Tidak guna kita takut sesama manusia tidak ada faedahnya. Apa yang kita harus takut adalah pada manusia yang takutkan Allah dan bukan manusia yang tidak takut pada manusia. Kerana orang yang takutkan Allah tidak akan keluar mencabar sesama seagama dan sebangsa untuk merosakkan minda dan jiwa masyarakat. Orang yang takutkan Allah akan mengajak kita untuk menanti mahkamah akhirat dan bukan mengheret semua masyarakat ke mahkamah dunia. Ingat negara ini bertanggungjawab untuk menjaga 26 juta rakyat Malaysia dan membela berjuta kes rakyat yang susah dan hina dina dan bukan hanya menumpukan kepada seorang manusia yang telah Allah anugerahkan segalanya suatu ketika dahulu yang pernah merasa, tahta, harta dan kuasa. Tinjau-tinjau lah mereka yang lain juga yang pernah dan sedang berkorban untuk negara tetapi tidak pernah mereasa apa yang pernah DSAI rasakan dahulu. Cukuplah berita-berita tentang beliau, rakyat sedang dahagakan berita kesusahan, penderitaan dan untuk nasib rakyat Malaysia dalam menyelesaikan masalah perut yang kelaparan, anak yang terbuang dan terbiar. Berita inilah yang harus disampaikan untuk kita berbakti beramai-ramai tetapi bukan berkumpul dan berdemostrasi membela satu manusia. Muhasabahlah wahai rakyat Malaysia wahai pemimpin Negara!!!!


(article 2008)