ASSALAMUALAIKUM

Sunday, December 12, 2010

PEMIMPIN DI BELAKANG PEMIMPIN VS ULAMA DI BELAKANG PEMIMPIN

Dengan nama Allah Yanga Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Selawat dan Salam Buat Baginda Rasulullah s.a.w


Sememangnya amat menyedihkan apabila melihat senario politik kebelakangan ini. Ternyata perkataan hormat, syukur dan sabar sudah tidak wujud lagi di kalangan segelintir pemimpin parti. Keputusan yang di ambil oleh Pak Lah baru-baru ini, ternyata suatu keputusan “orang lain turut buat tapi sendiri tanggung”. Apa yang menyedihkan apabila segala apa yang telah menimpa parti hasil dari keputusan pilihanraya lepas semuanya menuding jari kepada hanya seorang pemimpin. Tidak ada seorang pun pemimpin yang berani untuk turut mara kehadapan dan menyatakan bahawa mereka turut bertanggungjawab di dalam keputusan pilihanraya baru ini. Sebaliknya masing-masing mula keluar seperti hero menyatakan bakat kepimpinan masing-masing untuk mentadbirkan negara, mampu memperbaiki itu dan ini setelah Pak Lah mengumumkan tidak akan bertanding. Saya juga merasa sama seperti kata Pak Lah” kadang-kadang saya rasa sedih dan kadang-kadang saya merasa amat lucu, malahan lebih lucu dari sedih…….” Selainnya ini ayat saya……apabila melihatkan seseorang pemimpin yang tidak boleh berbuat apa-apa tanpa menjawat jawatan yang lebih tinggi untuk memulihkan parti. Kemenangan Pak Lah pada peringkat awal sudah tidak diperkatakan lagi. Malahan kali ini pun bukannya kalah tetap menang tetapi nampaknya lebih banyak kalah sesama sendiri dan ingin menang pun sesama sendiri juga. Persoalannya sekarang SIAPA SEBENARNYA YANG INGIN DITENTANG? PARTI SENDIRI ATAUPUN PARTI LAWAN? Anak Cina makan pengat jadi sendirilah mahu ingat.

Setiap manusia membuat kesilapan, tetapi akan senantiasa diberi ruang dan peluang. Tetapi dalam kes Pak Lah lain pula. Ketika pemerintahan Tun Mahathir, ketika kegawatan ekonomi, ramai juga antara pemimpin dan ahli parti menggesa agar Tun meletakkan jawatan dan ramai juga termasuk DSAI yang ingin menangguk di air yang keruh menekan Tun Mahathir agar melepaskan jawatan. Namun Tun pada ketika itu begitu tegas ingin membuktikan bahawa beliau tidak akan mengundurkan diri sehingga beliau berjaya untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara ketika itu. Ternyata sokongan dari parti buat Tun amat merosot, ketika itu juga kita kehilangan Kelantan dan Terengganu kemudian. Namun Tun terus dan tetap diberikan peluang sehingga beliau sendiri akhirnya membuat keputusan di saat-saat tiada tekanan untuk beliau melepaskan jawatan. Pada pandangan saya ketika itulah penyerahan kuasa kepada Pak Lah pun agak memeranjatkan Pak Lah sendiri. Beliau sendiri tidak menyangka akan menjadi Perdana Menteri mendahului Dato Seri Najib. Dalam keadaan terkejut dan mungkin belum bersedia secara mental dan fizikal Pak Lah menerimanya. Kalau orang yang cukup bersedia dan bersiap untuk menjadi Perdana Menteri tentulah akan lebih bersedia dengan struktur dan perancangannya. Apa lagi kalau sudah berbelas tahun berhasrat, bersiap dan bersedia untuk menjadi Perdana Menteri. Bukan sekadar bersedia tetap turut meluap-luap wawasannya macam gunung berapi nak meletup.

Inilah senario pemimpin politik atasan yang banyak penasihat-penasihat yang turut menjadi pemimpin parti. Akibatnya samada nasihat itu akan menjatuhkan pemimpin ataupun nasihat itu akan menjahanamkan sesetengah pucuk pimpinan. Lain sekali di zaman Tun Mahathir, susah kita nak cari penasihatnya yang berhasrat untuk turut menjadi pemimpin politik. Betullah kata peribahasa Cina, di era Pak Lah ramai sangat singa yang ada di atas satu gunung. Akibatnya kuku siapa tajam menanglah dan yang cedera turunlah gunung sorang-sorang.

Kepada pemimpin yang tetiba begitu ramai dan bersemangat untuk menerajui sebagai pemimpin negara yang langsung tidak mempunyai sebarang kesalahan dan kesilapan serta merasa tidak bertanggung jawab ke atas pilihanraya lalu maka ingatlah makan pengat banyak-banyak kalau nak mencari penasihat. Kata pepatah Inggeris “ once bitten twice shy”. Kalau kena pukul selalu tak malu-malu juga tak tau lah manusia jenis apa dah nak kita gelarkan. Pemimpin sekarang harus bertukar wajah, selain dari mencari penasihat professional mereka juga tidak harus lupa untuk mendampingi ulama original. Maksud saya ulama original ialah ulama yang tidak mempunyai sebarang kedudukan mahupun jawatan di dalam parti sebagai penasihat dan pendamping mereka. Barulah selamat dunia akhirat.

Bayangkan seorang pemimpin tertinggi ingin mempertahankan jawatannya, bila toleh kanan, kiri, depan dan belakang orang yang nak membantu beliau untuk mempertahannkan jawatannya juga turut ingin menawarkan diri bertanding, maka apa akan jadi?? Makan lah pengat, sendiri mahu ingat. Cukup dan sudahlah wahai pemimpin akan datang. Setiap apa yang berlaku ambillah iktibarnya. Kalau nak bertanding, maka bawalah kembali legasi Sulaiman Palestin. Keluarlah bertanding Presiden macam anak jantan, tanpa memberi sebarang tekanan sehingga memaksakan Perdana Menteri meletakkan jawatan. Jangan kita menggunakan psikologi menyalahkan orang yang membawa kemenangan seolah-olah parti telah kalah. Belum kalah lagi apa yang nak disalahkan. Kalau sesiapa di dalam dunia ini diminta untuk memerintah seorang diri dan meyelesaikan masalah seorang diri siapa pun mati. Banyak kejadian yang berlaku di dalam negara ini tidak pernah seorang pun berani menuding jari ke arah pemuda yang seharusnya menjadi harapan bangsa dan pemimpin akan datang. Semasa HINDRAF, BERSIH dan sekarang HINDRAF sekali lagi tak nampak pun pemuda so callaed harapan bangsa keluar memegang kayu dan parang bersama FRU untuk menentang keganasan. Paling kecil ialah ketika Pak Lah diserbu HINDRAF di majlis jamuan hari raya, tak mungkin sorang pemuda pun tak hadir. Soalnya mana mereka? Tak nampak pun di keliling Pak Lah, untuk menjaga keselamatan Pak Lah atau menyelamatkan maruah Pak Lah. Wallahualam!!Inilah akibatnya apabila ada pemimpin di belakang pemimpin dan bukan ulama di belakang seorang pemimpin.

Banyak yang seseorang ulama boleh buat kalau pemimpin mendampingi mereka. Bukan sahaja nasihat yang dimulakan dengan nama Allah tetapi juga doa-doa keselamatan juga mampu mereka bacakan. Al maklumlah sekarang ini pendinding untuk masuk politik kena tebal macam tembok China. Kalau nipis alamat jadi bodohlah pemimpin tersebut. Seseorang pemimpin yang telah dilantik Allah menjadi Perdana menteri tak mungkin asal dari seorang yang bodoh tetapi tak mustahil beliau mampu diperbodohkan. Lagi banyak pemimpin kecil di belakangnya lagi banyak kemungkinan perkara tersebut terjadi. Maklumlah masing-masing ada makna, ada udang disebalik batu, ada halatuju untuk diri sendiri dan bukan untuk yang mereka nasihati.

Itulah manusia, jangan ingat apa yang kita buat hari ini tidak pula akan menimpa kita esok hari. Ingatlah bahawa kehidupan menjadi seorang seorang pemimpin rata-rata yang diizinkan Allah lebih pendek dari kehidupan setelah tidak berjawatan. Fikirkanlah apa ertinya kehidupan seorang bekas pemimpin yang tidak lagi dikenang mahupun dihormati. Ingat juga nasib yang akan menimpa anak dan cucu kita apabila kita sebagai pemimpin dicaci dan maki setelah tidak lagi berjawatan. Selama mana wang dan harta akan menongkat dunia. Belajarlah wahai pemimpin untuk mendampingi ulama dan mendengar hanya nasihat-nasihat dari ulama yang benar. Intipati Al quran juga termaktub tentang hukum-hakam pentadbiran sesebuah negara. Oleh itu mustahil bagi seseorang ulama yang mendalami Al Quran tidak memahami cara Islam mentadbirkan sesebuah negara. Namun kata pepatah orang dahulu “bagai pinang dibelah dua”. Dalam ertikata penjelasan politik seseorang pemimpin atau umaraq itu seharusnya mempunyai ciri seorang yang benar sebelum mereka mendampingi dan menerima nasihat dari seorang ulama. Takut nanti ulama akhirnya hanya menjadi sebahagian dari aksesori politik bagi seorang pemimpin sahaja. Ulama itu amat penting bagi seseorang pemimpin. Siapa lagi yang lebih layak untuk memimpin seorang pemimpin melainkan seorang ulama, sehinggakan kepentingan seseorang ulama itu digambarkan oleh salah seorang tokoh Islam iaitu YAHYA BIN MU’AZ AR RAZI RH.A, kata beliau:

“Ulama itu lebih mencintai umat Muhamad s.a.w daripada bapa dan ibu mereka sendiri. Lalu seorang bertanya “ Bagaimana boleh demikian?,” Yahya menjawab; “sebabnya bapa dan ibu mereka menjaganya dari neraka dunia, sedangkan para ulama menjaganya dari neraka akhirat.”

Macam-macam telah disebutkan di dalam kitab dan sunnah tentang janji Allah kepada para pemimpin yang tidak amanah, syukur dan sabar dalam kepimpinan mereka tetapi masih ramai juga yang sudah hilang keyakinan terhadap Al Quran dan sunnah tentang janji itu adalah benar. Setiap kebaikan akan menerima kebaikan dan setiap kejahatan begitu juga akan dipulangkan. Tidak kurang juga dinyatakan tentang bagaimana keangkuhan Firaun yang begitu gilakan kuasa dari sebuah negara akhirnya ingin menjadi pemimpin dunia akhirnya apa yang jadi. Setiap pemimpin hari ini pada dasarnya lebih memilih untuk mempunyai jawatan terlebih dahulu sebelum turun menyelamatkan bangsa sedangkan semua itu masih boleh dan mampu dilakukan dalam keadaan dan kedudukan mana sekali pun. Kalau semua mengerti akan tanggungjawab seseorang pemimpin yang digambarkan di dalam l Quran dan sunnah tentu saja ramai yang akan menarik diri kerana lebih takut untuk bersoal jawab dengan Allah dari bersoal jawab dengan manusia. Muhasabahlah!!!

Article 2006 di dalam buku VS

No comments:

Post a Comment