ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, February 1, 2011

BANGSA MELAYU DAN MASA DEPANNYA
(ANJURAN MUBARAK TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI PENCERAMAH UTAMA)

Tanggal 1hb Febuari, jam 3 petang satu forum seperti tajuk di atas di anjurkan oleh MUBARAK telah di adakan dan saya turut hadir untuk mendengar ucapan Tun Dr Mahathir yang seperti biasa di nanti2kan oleh ramai tetamu yang turut hadir. Terdiri dari politikus vateran dan juga beberpa gabungan pertubuhan lain.

Saya pernah menyatakan suatu ketika dahulu di dalam buku politik yang saya hasilkan bahawa, apabila kita menjadi seorang penulis, kita mampu mendengar beribu-ribu ayat yang dicurahkan kepada kita namun, hanya satu ayat sahaja yang akan menarik minat seorang penulis itu. Sebab itulah di kalangan penulis mampu mendengar satu ceramah yang sama tetapi menghuraikannya mengikut perspektif hujahan yang berbeza.

Apa yang menarik dalam salah satu ayat Tun pada saya, adalah apabila menyatakan bahawa beliau tidak begitu menghormati cerita-cerita pahlawan dongeng dahulu kala. Seperti Hang Tuah katanya. Cerita Hang Tuah yang menjelajah seluruh dunia termasuk Jepun dan Turki, senantiasa menang dan tidak pernah kalah , ternyata ianya satu kenyataan dongeng. Malahan sikap Hang Tuah yang suka hanya “yes men” kepada Raja membuatkan ianya juga kelihatan seperti satu dongengan.

Saya bersetuju dengan Tun apabila Tun menyatakan bahawa cerita-cerita dalam sejarah Melayu serta Kepahlawanan Melayu seperti Mat Kilau, Tok Janggut dan beberapa orang tertentu hanya menunjukkan kepahlawanan dan kekuatan mereka sahaja namun gagal diceritakan taktik dan strategi pertempuran mereka.

Di sini ingin saya huraikan pandangan pribadi saya terhadap 2 kenyataan di atas , secara keseluruhan sememangnya saya sendiri agak terkial-kial untuk mencari sejarah kegemilangan bangsa Melayu dari faktor sejarahnya. Tidak ada satu hasil atau karya pun yang berjaya mengenenangahkan sebuah buku strategi yang baik seperti buku Tsun Zhu “The Art of War”. Sekurang-kurangnya negara China mempunyai sebuah legacy dan strategi yang boleh diperturunkan kepada generasi seterusnya, bagaimana untuk menghadapi musuh. Sedangkan di dalam hikayat Melayu atau sejarah Melayu kita hanya menjumpai kepahlawanan mereka, kegagahan mereka dan keberanian mereka. Kita ternyata seperti di ajar untuk mengagumi mereka sebagai tokoh, tetapi tidak pula di ajar bagaimana untuk menjadi mereka? Maka kita hanya menggunakan ayat berani, semangat, dan kekuatan dan kemudian kita terus bertempur tanpa diketahui di mana harus berani, bila harus menunduk, bila harus menyerang musuh dan bagaimana? Akhirnya generasi kemudian akan mengambil semangat, keberanian dan kepahlawanan dan serbu musuh tanpa strategi. Hiportesisnya sampai sekarang kita tak mampu lagi melahirkan tokoh seperti Mat kilau, Tok Janggut dan sebagainya.

Ketika Tun bercakap mungkin beliau sendiri tidak sedar bahawa kepimpinan hari ini hanya melahirkan banyak pengikut dari pemimpin. Kenapa? Jawapanya mudah kerana segala strategi untuk menjadi seorang pemimpin disimpan jauh sekali diceritakan atau dikongsi bersama generasi sekarang. Tun menyatakan : Dilema Melayu 2. Tetapi tidak dinyatakan apakah beliau akan menghasilkan buku itu atau sekadar menggambarkan bangsa Melayu ketika ini yang menghadapi Dilema untuk memilih parti yang mana di sana dan di sini kedua-duanya tiada perbezaan. Tetapi saya ingin menyatakan kepada Tun secara peribadi InsyaAllah kalau diizinkan agar menghasilkan sebuah buku bertajuk “ LEADERSHIP : DO & DON’T”. Mungkin dengan buku ini Tun akan berkongsi kepada kita tentang apa yang harus dan tidak harus dilakukan oleh seseorang yang berkeinginan untuk menjadi seorang pemimpin.

Saya harap pemimpin yang ada sekarang ini janganlah menjadi seperti seorang guru silat yang hanya ajar 7 buah silat, pasti simpan satu buah silat untuknya, di mana kata mereka takut anak murid lawan guru, maka sudah tentulah guru ada satu buah lagi nak dipakai.” Kalau begitulah akhlak pemimpin apa yang boleh saya nyatakan pemimpin itu merupakan seorang pemimpin yang penakut dan tidak berkeyakinan. Oleh sebab itulah puncanya ahli-ahli di dalam sesetengah parti akan pastikan ajk yang dilantik di bawahnya lebih bodoh dari segi akademi mahupun pengalaman darinya , dan hasilnya orang yang bijak pandai mencari parti alternatif. Pada pandangan saya kepandaian dan kecerdikan seseorang individu sudah tidak boleh dianggap sebagai satu rintangan kepada mereka lagi tetapi sebagai satu peluang untuk koloberasi sebuah kepimpinan yang mantap.

Akhir kata, dalam keadaan situasi politik yang pada pandangan saya agak “unpredictable” pemimpin seharusnya lebih bersikap terbuka dalam menghadapi orang-orang yang berani, cerdik dan pandai untuk bergabung dan memantapkan parti. Cukup-cukuplah kita melihat atau menjadikan pemimpin ini sebagai idola tetapi pelajari apa rahsia sehingga mereka berjaya menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan hebat dalam kepimpinan mereka. Bukan pakai, bercakap atau bergaya seperti pemimpin ini yang harus kita ikuti tetapi nilai-nilai diri dan ilmu yang mereka bawa harus dipelajari dan diikuti, itulah baru di namakan pemimpin yang hebat melahirkan pemimpin hebat yang lain dan bukan membawa kehebatan hanya untuk diri sendiri, dan kemudian menyesal apabila melihat kelahiran pemimpin yang sumbang, perasuah dan pecah amanah. Soalnya sekarang salah siapa, sehingga pemimpin yang hebat ini tidak mampu melahirkan pemimpin yang hebat juga seperti mereka? Iqraq!!


“I START WITH THE PREMISE THAT THE FUNCTION OF LEADERSHIP, IS TO PRODUCE MORE LEADERS, NOT MORE FOLLOWERS.”
Ralph Nader

2 comments:

  1. persoalan yang memang betul. kita hanya diberi pintu tetapi cara cara membuka pintu dirahsiakan.

    ReplyDelete
  2. Itulah kebanyakkan sikap orang melayu, kononnya suka menyimpan rahsia, tetapi tanpa sedar byk membuka aib sendiri. Memang saya amat kesal termasuk juga pada Tun M, yang byk bercerita tetapi gagal menghasilkan satu cloan seumpama beliau. beliau byk menggunakan dasar penerapan Islam tetapi takut untuk berbicara secara terbuka tentang pengetahuannya yang mendlm ke atas Islam, hya takut dikritik keluarganya. Bagi saya keadaan sedemikian telah wujud dlm sejarah bahawa org yg hebat tidak semestinya mengalir di dlm keluarganya. Seharusnya Tun M lebih berani membuka rahsia kejayaan beliau. Saya amat mengenali keupayaan dan pengetahuan yang mendlm beliau dlm agama. Bagi saya ini satu kerugian apabila kita hanya gah dengan pemimpin , mendapat material dan bukan ilmu dari mereka. Sampai bila ia akan berterusan...wallahualam.

    ReplyDelete