ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, January 11, 2011

Kasta Paria Vs Balik India

Keluarga Maniam

" Maniam berangkat atas kemahuan sendiri. Dia mendengar cerita tentang kemudahan mencari wang di Malaya daripada seorang penduduk kampungnya waktu dia menyaksikan pawai gajah yang dihiasi dalam perayaan Onam di pekan Tricur. Perayaan itu selalunya diadakan pada akhir bulan Ogos ketika hujan turun dengan banyaknya, sungai-sungai penuh air dan daun-daun kayu menghijau. maniam sangat suka melihat penari-penari Khata-kali yang memakai topeng dan melakonkan kisah-kisah lama. Waktu itulah dia bertemu dengan orang kampungnya itu.

Maniam masih muda. Umurnya baru mencapai 30 tahun. Badannya tegap dan tulang rangkanya besar, perawakannya tinggi dan kulitnya hitam, alis matanya tebal dan anak mata hitamnya segar, dikelilingi dengan mata putih yang menjolok. Satu tanda yang amat jelas bagi orang yang pertama kali berjumpa dengan Maniam ialah dia menyimpan misai yang kecil.

Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagian besar dari penumpang dek yang bersama-samanya itu, dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil.Mereka dari arah utara sedikit bercakap bahasa Malayalam dan Telugu pun berasal dari satu rumpun bahasa Dravidia. satu perkara besar yang membuat mereka senang bergaul, adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak akan takut akan mengotori sesiapa jika bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur. Mereka berasak-asak seperti kambing."

( Halaman 211 dari novel INTERLOK yang dipertikaikan )


Kalau orang Islam mampu menerima hakikat pernah menjadi hamba seperti Bilal sehingga dicatatkan di dalam Al Quran apakah bangsa India tidak mahu menerima hakikat sehingga hendak dipadamkan di dalam sejarah?? Bilal dari hamba menjadi mulia. APakah itu juga telah berlaku dalam masyarakat India yang sesetengahnya menjadi jutawan. Dari asal-usul dan sejarahlah maka manusia mampu mengambil iktibar dan belajar menyedari kebaikan dan keburukan. Di mana salahnya INTERLOK?? Salah kerana menyatakan hakikat dan kebenaran sejarah sesebuah bangsa? Kenapa bakar buku INTERLOK..bakar sahaja seluruh komtar kerana YB dari komtar menyuruh tuan punya kedai nasi kandar bungkus dan balik India...bukan sahaja budak tingkatan 5 dengar satu Malaysia dengar...apakah sekali lagi bangsa India ingin menyatakan bahawa padamkan faktor sejarah bahawasanya bangsa India di Malaysia berasal dari India? Apa agaknya tindakan Maniam selepas ini? Apakah Maniam ingin menukar status bahawasanya India berasal dari Eropah atau orang asli Malaysia? Siapa nak jawab semua ni? Perkauman.... inilah yang dikatakan perkauman yang sebenar...sengaja ingin menyemarakkan jiwa perkauman di kalangan bangsa lain.. Berapa peratus anak-anak berbangsa India di dalam sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia sehingga majoriti pelajar Malaysia harus akur kepada peratusan bangsa yang kecil ini untuk menolak sejarah yang telah lama termaktub. Kalau sistem kasta ingin dipadamkan maka seharusnya ianya dipraktiskan di dalam kehidupan dan keadaan inipun telah berlaku sepertimana yang dilakukan oleh orang Islam menghapuskan sistem perhambaan, namun sejarah tetap kekal di dalam Al Quran sehingga akhir zaman. Di baca dan di tuntut oleh semua pelajar bukan sahaja di tingkatan 5 tetapi diseluruh dunia di semua tingkatan umur...kami ok saja!! Kami terima sejarah dengan dada yang lapang dan terbuka.

Sudah lah Mr Maniam kita sudah masuk ke alaf 2011...ilmu semakin meningkat, sejarah tetap akan kekal sebagai sejarah. Kalau dipraktiskan sejarah di alaf dunia siber tentulah pelik dan seharusnya dibakar hidup2...tapi ini catatan hanya catatan kasi faham la sikit. Kasi open the mind laa...kalau hanya satu page saja yang tidak puas hati so apasal satu buku pula dibakar. Anak Cina makan pengat sendiri mahu ingat la...Jangan menuding jari kalau sendiri yang ingin mencetus perkauman di Malaysia. kerajaan harus mendengar suara majoriti dan isu tersebut adalah sejarah kalau kerajaan sendiri hendak memadamkan sejarah, maka habislah cerita. kena tukar semua sekali fakta sejarah. Sana sensetif sini sensetif maka jadi macam 13 Mei kalau tanya pelajar-pelajar tentang 13 Mei maka kita tukar lagi sekali sejarah. Sejarah tak mungkin dapat ditukarkan, seperti juga seorang pejuang, bunuh seorang timbul lagi seorang begitulah adat dunia. Maka terimalah hakikat dan bacalah sejarah supaya kita terus mendapat iktibar. Dunia senantiasa mengulangi sejarah tanpa kita sedari hanya timbul dalam rupa yang berbeza tetapi hakikatnya perbuatan tetap sama. seperti salah guna kuasa pemimpin, pembunuhan, perang saudara, peperangan agam dan semuanya berulang. Fahami dan kajilah bahawa setiap zaman kita tempuhi perkara dan masalah yang sama, maka itulah Al Quran relevan sehingga sekarang. Iqraq!!

No comments:

Post a Comment