ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, April 13, 2010

KE MANA ARAH PEMIMPIN KITA?

Perkara 3 di dalam perlembagaan 153 telah menetapkan bahawa Agama Islam adalah agama resmi di Malaysia. Cubalah kita fahamkan betul-betul ayat ini. Namun sekarang apa sudah jadi takala kerajaan sedang berusaha gigih untuk mewujudkan satu perpaduan di dalam negara akhirnya terpaksa memasukkan satu perkara yang sudah resmi di dalam perlembagaan dan digaul sekali di bawah satu bumbung yang diketuai oleh bangsa yang tidak pun menjadi penganut agama resmi di dalam perlembagaan persekutuan.

Apa yang dikatakan hak dan siapa yang dikatakan berhak di dalam tuntutan perlembagaan persekutuan 153 perkara 3 ini? Sekiranya telah termaktub bahawa telah resmi maka jawapannya sudah pasti tiada lagi kompromi dan diskusi antara kaum di dalam negara ini. Untuk apa Islam diletakkan di dalam satu sidang musyuwarah yang diketuai oleh mereka yang tidak selayaknya berstatuskan AGAMA resmi di dalam perlembagaan tersebut. Sungguh menyulitkan apabila soal agama, bangsa dan negara digauli sekali sedemikian.

Satu Malaysia pada saya adalah membawa arti kepada satu permuafakatan antara kaum dalam menetapkan hal-hal yang melibatkan keamanan dan kesejahteraan negara. Namun Islam itu sendiri membawa kesejahteraan dan keamanan. Untuk apa lagi hendah diperbincangkan dengan kaum lain. Kalau sesiapa sahaja waima bangsa mana atau agama apa yang musykil di dalam kesejahteraan agama Islam maka rujuk sahaja kepada mereka yang bertanggungjawab iaitu majlis Agama. Sekiranya ada perkara yang melibatkan keputusan agama maka rujuklah kepada Majlis Raja-Raja yang telah diberikan hak di bawah aturan perlembagaan 153 perkara 3.

Dari tahun 1957 kita merdeka dan selama itulah rakyat Malaysia hidup dengan aman, tenteram dan sejahtera di bawah payung perlembagaan 153, mengapa sekarang ramai yang mulai mempertikaikan tentang kewujudan fasal 153 di dalam perlembagaan persekutuan selama ini. Kalau Tun Mahathir pernah membaca sajak "Melayu mudah Lupa". Namun PERKASA kini kembali untuk mengingatkan sesetengah Melayu yang terlupa tentang hak-hak mereka yang selama ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Setiap bangsa Melayu harus ingat selama ini dengan bersandarkan perlembagaan tersebutlah maka kita masih menjadi Tuan di negara ini. Tetapi bukan sekadar dahulu tetapi kini dan buat selama-lamanya PERKASA akan terus mengingatkan bangsa Melayu akan buku keramat tersebut. Walau ada sesetengah Melayu yang cuba menyatakan bahawa itu perkara sudah sedia ada dan tidak perlu dipertikaikan lagi, maka jawapan kami ialah perkara perlembagaan sememangnya sudah sedia ada tetapi masalahnya bangsa melayu sendiri telah lupa sehingga membiarkan tuntutan bangsa lain memuncak menjolok mata.

Ingat bahawa sekiranya kita membiarkan perlembagaan ini dipermainkan samalah dengan kita membiarkan kepala bangsa Melayu di pijak. Janganlah mereka cuba untuk menggunakan perkataan "racist" di dalam perjuangan PERKASA. Ayat itu sengaja dimainkan supaya rakyat keliru dan mula melupai tuntutan hak dan kepunyaan orang Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan 153. Tidak ada isu "racist" di sini yang ada hanya manupulasi sesetengah kelompok bangsa yang tamak, yang bukan sekadar telah mengaut keuntungan ekonomi negara, tetapi juga mahu mengaut kuasa politik pulak dan sekarang dengan membuka pintu agama, maka mereka pula ingin meletakkan diri mereka di situ.

Apa lagi yang kita tinggal sekiranya ekonomi bangsa habis dikaut, sijil halal kepunyaan Islam juga telah kita perlawakan untuk makan bersama...sekarang apa lagi? Iqraq wahai rakyat Malaysia, apa lagi yang harus kita pelawakan kepada mereka yang lupa asal-usul, mereka yang cuba membelakangkan perlembagaan persekutuan tetapi masih belum mahu berhijrah ke negara lain. Mereka yang enggan menerima buku perlembagaan negara tetapi masih mahu dipanggil rakyat Malaysia. Fikirkanlah!!

3 comments:

  1. BETUL TU KAK PEMIMPIN KITA HARI INI TERLALU TUNDUK PADA TEKANAN BANGSA LAIN.ADAKAH KITA MENJADI RACIST HANYA KERANA KITA MENJAGA KEPENTINGAN BANGSA KITA,JIKA BEGITU SAMALAH SEPERTI MEREKA YAKNI BANGSA BUKAN MELAYU JUGA RACIST,INI KERANA MEREKA JUGA MEMPERTAHAN KAN SEKOLAH,BAHASA MEREKA.JADI KENAPA MELAYU SAHAJA PERLU TUNDUK PADA PERKARA INI...

    ReplyDelete
  2. PERKASA perjuang hak resmi agama sahaja?

    Bagaimana dengan hak agama islam itu sendiri?

    ReplyDelete
  3. ADI JAGAT : Benar...mereka suka memutar belitkan perkataan dan menjadikan satu bahasa yang panjang agar sukar untuk orang lain fahami.

    Pemikir : Anggaplah Perkasa seperti, ulama" atau motivator, atau guru, atau apa sahaja...semuanya bertugas untuk menyampaikan sahaja. Sesungguhnya yang sempurna bukanlah kepada penyampai tetapi apa yang coba untuk disampaikan sahaja itu sudah memadai. Penyampai yang sempurna hanya Muhamad s.a.w. Bagi PERKASA yang serba serbi kekurangan hanya sekadar mengisi satu ruang kosong dalam perjuangan. Terserah juga pada siapa yang ingin turut serta samada sebagai murid atau guru kepada kami kedua2nya kami terima. Salam

    ReplyDelete